Catatan Dhuha Jun 2019


Catatan Dhuha Jun 2019

Catatan Dhuha.

Bertuahnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang diberi lailatul qadar. Walau pun umur kita pendek tetapi diberi lailatul qadar yang menyamai 1000 bulan . Idris Hj Ahmad 27 Ramadhan 1440/ 1 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Hikmah Allah tidak memberi tahu bilakah lailatul qadar, supaya manusia sentiasa siap sedia sepanjang masa. Idris Hj Ahmad 28 Ramadhan 1440/ 2 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Jika Lailatul Qadar telah diketahui malamnya, maka akan berlakulah ibadah di malam terpilih sahaja.Idris Hj Ahmad 29 Ramadhan 1440/ 3 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ramadhan sudah hendak meninggalkan kita. Bagaimana pencapain kita pada tahun ini. Adakah lebih baik atau sebaliknya. Muhasabah bersama. Idris Hj Ahmad 30 Ramadhan 1440/ 4 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Selamat menyambut hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Ucaplah kepada sahabat kita dengan taqabbalallahu minna waminka (تقبل الله منا ومنك). Idris Hj Ahmad 1 Syawal 1440/ 5 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kita kembali kepada fitrah hidup bersyariat. Setelah sebulan berjaya melawan nafsu. Semoga madrasah Ramadhan menjadi menjadi mercu tanda orang yang beriman. Idris Hj Ahmad 2 Syawal 1440/ 6 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Jadilah diri kita Rabbaniyyin, bukan Ramadhaniyyin. Golongan Rabbaniyyin akan terus beribadat walau pun di luar bulan Ramadhan. Golongan Ramadhaniyyin hanya bersemangat di bulan Ramadhan, tetapi layu selepas Ramadhan. Idris Hj Ahmad 3 Syawal 1440/ 7 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Walau pun gembira dengan sambutan Eidil Fitri, jangan pula terlepas untuk berpuasa 6 hari di dalam syawal. Idris Hj Ahmad 4 Syawal 1440/ 8 Jun 2019 Sabtu

Catatan Dhuha.

Jadikan diri kita perintis kebaikan, dan jangan jadi diri kita penutup kebaikan. Semoga ia menjadi pahala jariah setelah kita meninggal dunia. Idris Hj Ahmad 5 Syawal 1440/ 9 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Melakukan ibadah walau sedikit tetapi berterusan, lebih baik daripada beramal banyak tetapi terhenti dan terputus. Idris Hj Ahmad 6 Syawal 1440/ 10 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Kejayaan pasti diperolehi oleh orang yang bertaqwa samaada cepat atau lambat. Bertaqwalah kepada Allah SWT. Idris Hj Ahmad 7 Syawal 1440/ 11 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Orang yang zalim mengakhiri hidupnya di dalam keadaan hina. Berlaku adillah, semoga hidup dihormati dan mati dirahmati. Idris Hj Ahmad 8 Syawal 1440/ 12 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Pelbagai bantahan dan penghinaan datang kepada mereka yang istiqamah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Inilah Sunnah berjuang. Idris Hj Ahmad 9 Syawal 1440/ 13 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Menyalahi perintah Allah dan Rasulullah SAW satu mala petaka yang boleh mengakibatkan kebinasaan hidup di dunia dan di akhirat. Idris Hj Ahmad 10 Syawal 1440/ 14 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Orang yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah mereka yang meleburkan seluruh usaha dan kekuatannya untuk Islam. Idris Hj Ahmad 11 Syawal 1440/ 15 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Walau pun sumbangan kita kecil untuk Islam tetap dinilai. Sebagai mana juga sumbangan kita kecil untuk melawan Islam tetap dinilai. Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 12 Syawal 1440/ 16 Jun 2019 Ahad

Catatan Dhuha.

Kenapa Yahudi bersungguh-sungguh untuk menceroboh Palestin, sedangkan ia bukan negeri yang kaya dengan minyak?. Semuanya kerana berkaitan dengan akidah mereka. Idris Hj Ahmad 13 Syawal 1440/ 17 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Jika yahudi seluruh dunia bersatu untuk menawan Palestin kerana akidah batil mereka. Kenapa kita umat Islam tidak boleh bersatu untuk mempertahankan Islam. Idris Hj Ahmad 14 Syawal 1440/ 18 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Kita sering ulang mengenai ahzab di dalam takbir dua hari raya. Kenapa?. Kerana ahzab akan ada sepanjang masa hingga kiamat.Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 15 Syawal 1440/ 19 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Biar kita dihina kerana mempertahankan Islam. Asalkan jangan dihina kerana melawan Islam.Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 16 Syawal 1440/ 20 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Hari ini seluruh kepimpinan PAS daripada semua peringkat berhimpun di Kuantan untuk merancang masa depan politik Islam di negara ini. Muktamar penuh dengan ukhwah dan mahabbah. Idris Hj Ahmad 17 Syawal 1440/ 21 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Walau pun Islam dikecam dan cuba untuk menjauhkan masyarakat dengan Islam. Namun PAS tetap menongkah arus dengan gagasan Islam Memimpin. Idris Hj Ahmad 18 Syawal 1440/ 22 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Mereka yang bimbang dengan Islam memimpin disebabkan takut hilang kuasa, kejahilan, iri hati, takut terjejas ekonomi, bertentangan dengan nafsu, utamakan akal daripada wahyu. Idris Hj Ahmad 19 Syawal 1440/ 23 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kepimpinan dalam PAS untuk Fastabiqul Khairat (berlumba untuk kebaikan). Ia adalah taklifun (bebanan) bukan tashrifun (kemuliaan). Selamat memikul amanah, semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Idris Hj Ahmad 20 Syawal 1440/ 24 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Berjuang untuk mencari redha Allah, biar pun manusia marah pada mulanya. Akhirnya manusia akan menerima. Mereka yang mencari redha manusia, berakhir dengan kehinaan. Idris Hj Ahmad 21 Syawal 1440/ 25 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila bekerja untuk menuntut kepuasan manusia, sampai bila pun tidak tercapai. Tetapi kita akan merasa satu kepuasan apabila bekerja kerana Allah SWT. Idris Hj Ahmad 22 Syawal 1440/ 26 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Melakukan dosa, jiwa menjadi tidak tenteram dan dada sentiasa tersekat. Melakukan kebaikan, jiwa tenteram dan dada menjadi lapang. Idris Hj Ahmad 23 Syawal 1440/ 27 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Perkara yang senang untuk diukur seorang itu amanah atau tidak, apabila ia melibatkan kewangan. Perkara lain agak payah untuk diukur. Idris Hj Ahmad 24 Syawal 1440/ 28 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Seorang yang tidak amanah dengan wang ringgit, maka jangan diharap manusia ini akan jujur dalam tugas yang diamanahkan.

Idris Hj Ahmad 25 Syawal 1440/ 29Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Makanan daripada sumber haram, sedapnya hanya sekejap, tetapi azabnya panjang. Perhatikan daripada mana sumber dapatan kita. Idris Hj Ahmad 26 Syawal 1440/ 30 Jun 2019 Ahad.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s