Catatan Dhuha Ogos


Catatan Dhuha Ogos

Catatan Dhuha.

Amat beruntung jika pendakwah berjaya menguasai media sosial dan manfaatkan sepenuhnya untuk berdakwah. Idris Hj Ahmad 29 Zulkaedah 1440/ 1 Ogos 2019 Khamis

Catatan Dhuha.

Kita jangan marah jika golongan yang anti Islam menguasai ruang media sosial, sedangkan kita masih berpeluk tubuh membiarkan Islam dihentam daripada berbagai sudut. Idris Hj Ahmad 1 Zulhijah 1440/ 2 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Apabila kita merenung dan memikir, rupanya banyak ruang yang boleh kita sumbang untuk menyedarkan masyarakat kepada Islam. Idris Hj Ahmad 2 Zulhijah 1440/ 3 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Bersyukurlah kepada Allah bagi mereka yang menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) pada tahun ini. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu sampai ke sana. Idris Hj Ahmad 3 Zulhijah 1440/ 4 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ibadah haji merupakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kedua-dua ini anugerah Allah yang cukup mahal kepada tetamu Allah SWT.Idris Hj Ahmad 4 Zulhijah 1440/ 5 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Seluruh pelusuk dunia menuju ke Baitullah untuk menunaikan ibadah haji. Walau pun susah dan sukar, semuanya akan berusaha sampai ke sana untuk menyahut seruan Ilahi.Idris Hj Ahmad 5 Zulhijah 1440/ 6 Ogos 2019 Catatan Dhuha.

Kegembiraan yang tidak terhingga apabila melihat hasil dakwah tercapai. Ibarat kita menunggu buah daripada pokok yang kita semai. Idris Hj Ahmad 26 Zulhijah 1440/ 27 Ogos 2019 Selasa..

Catatan Dhuha.

Kenapa perlu ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji?. Kenapa tidak boleh ke tempat lain, supaya dapat mengurangkan kesesakan di Makkah?. Jawapannya inilah perintah Allah yang tidak boleh diubah mengikut akal manusia. Idris Hj Ahmad 6 Zulhijah 1440/ 7 Ogos 2019 Rabu

Catatan Dhuha.

Jamaah haji akan melihat dan bertemu berbagai bentuk dan rupa paras manusia. Semuanya membuktikan kekuasaan Allah SWT yang mencipta setiap hambanya .Idris Hj Ahmad 7 Zulhijah 1440/ 8 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Berkat doa Nabi Allah Ibrahim AS, menjadikan setiap orang yang beriman tertarik untuk ke Baitullah walau pun tidak ada promosi seperti hendak ke negara lain .Idris Hj Ahmad 8 Zulhijah 1440/ 9 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

9 Zulhijjah merupakan perhimpunan terbesar umat Islam di Arafah. Disunatkan berpuasa kepada mereka yang tidak menunaikan haji. Perbanyakkan doa dan hajat kepada Allah SWT.Idris Hj Ahmad 9 Zulhijah 1440/ 10 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

10 Zulhijjah bermulanya ibadah korban dan tamatnya sehingga 13 Zulhijjah. Beruntung mereka yang melaksanakan ibadah korban. Idris Hj Ahmad 10 Zulhijah 1440/ 11 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Amat rugi bagi mereka yang ada kelapangan rezki, tetapi tidak menunaikan ibadah korban. Jangan kedekut untuk berkorban. Idris Hj Ahmad 11 Zulhijah 1440/ 12 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Duit ada, tetapi tidak mahu melaksanakan korban. Kalau hendak korbankan wang ringgit pun masih kedekut, apakah diharapkan untuk korban yang lain. Idris Hj Ahmad 12 Zulhijah 1440/ 13 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Niat kita korban, bukan hendak makan daging segar, tetapi hendak menghidupkan sunnah nabi Ibrahim AS.SWT. Betulkan niat. Idris Hj Ahmad 13 Zulhijah 1440/ 14 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Ibadah korban ialah ibadah tauhid. Ibadah yang meletakkan Allah sebagai matlamat korban. Sebab itu kita mengikut panduan korban yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT. Idris Hj Ahmad 14 Zulhijah 1440/ 15 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Binatang korban yang disembelih sama sahaja binatang yang disembelih di luar musim korban. Cuma yang membezakan ialah niat dan syarat-syarat sah korban. Idris Hj Ahmad 15 Zulhijah 1440/ 16 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Betapa gembiranya di wajah penerima daging korban yang terdiri daripada orang miskin. Inilah masanya mereka hendak menjamah makanan yang agak mewah. Idris Hj Ahmad 16 Zulhijah 1440/ 17 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Sebenarnya orang kaya tidak sangat terasa hati apabila mereka tidak menerima daging korban, kerana mereka sudah biasa. Berbeza dengan orang susah. Idris Hj Ahmad 17 Zulhijah 1440/ 18 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ibadah korban kita boleh ikut peraturan yang ditentukan oleh Allah. Kenapa pula urusan hidup kita sukar untuk dipandu dengan panduan agama. Ajaib!. Idris Hj Ahmad 18 Zulhijah 1440/ 19 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kejayaan tidak berhasil tanpa pengorbanan.Pengorbanan merupakan pra syarat kemenangan. Idris Hj Ahmad 19 Zulhijah 1440 /20 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Semua Nabi dan Rasul melakukan pengorbanan untuk mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Walau pun Nabi kekasih Allah, namun mereka juga terpaksa bersusah payah. Idris Hj Ahmad 20 Zulhijah 1440/ 21 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Dakwah tidak sampai ke negara kita, jika tidak ada pengorbanan di kalangan pendakwah. Mereka merentasi laut semata-mata untuk sampaikan dakwah. Idris Hj Ahmad 21 Zulhijah 1440/ 22 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Jika kamu tidak mampu berdakwah jangan kamu sekat orang yang hendak berdakwah. Besar kesalahan ini di sisi Allah SWT. Idris Hj Ahmad 22 Zulhijah 1440/ 23 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Manusia boleh penjarakan seorang supaya risalah Islam tidak tersebar. Namun mereka tidak boleh sekat cahaya Islam terus tersebar. Idris Hj Ahmad 23 Zulhijah 1440/ 24 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Tidak ada jalan pintas untuk melihat Islam bertapak di sanubari masyarakat. Semua melalui jalan onar dan duri. Inilah sunnah perjuangan. Idris Hj Ahmad 24 Zulhijah 1440/ 25 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Hanya insan terpilih sahaja yang sanggup terjun ke medan dakwah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Idris Hj Ahmad 25 Zulhijah 1440/ 26 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kegembiraan yang tidak terhingga apabila melihat hasil dakwah tercapai. Ibarat kita menunggu buah daripada pokok yang kita semai. Idris Hj Ahmad 26 Zulhijah 1440/ 27 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Hendak berdakwah tetapi jangan bagi manusia marah. Bukankah semua rasul-rasul dimarahi oleh kaumnya sendiri?. Idris Hj Ahmad 27 Zulhijah 1440/ 28 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Rasul yang bijaksana dan maksum pun dimusuhi oleh kaumnya. Ini kan pula kita yang serba lemah dan kekurangan. . Idris Hj Ahmad 28 Zulhijah 1440/ 29 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Matlamat dakwah untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan untuk mengabdikan diri sesama manusia. Idris Hj Ahmad 29 Zulhijah 1440/ 30 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Syukur kepada Allah, negara telah menyambut kemerdekaan ke 62. Semoga jasa dan pengorbanan mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dinilai sebagai amal soleh. Idris Hj Ahmad 30 Zulhijah 1440/ 31 Ogos 2019 Sabtu.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s