Catatan Dhuha Sep 2019


Catatan Dhuha Sep 2019

Pantasnya masa bergerak, kita sudah melangkah tahun 1441 hijriah. Ertinya kita semakin dekat dengan lubang kubur dan jauh daripada keluarga. Idris Hj Ahmad 1 Muharam 1441/ 1 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Nabi SAW berhijrah ke Madinah untuk mengajar kita bahawa Islam dan politik (pemerintahan ) tidak boleh berpisah. Idris Hj Ahmad 2 Muharam 1441/ 2 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Sekiranya Islam hanya berkisar kepada hubungan dengan Allah semata-mata, maka baginda SAW tidak perlu berhijrah ke Madinah untuk mendapat kuasa pemerintahan. Idris Hj Ahmad 3 Muharam 1441/ 3 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila kuasa berada di tangan baginda di Madinah, maka ajaran Islam yang syumul dapat dihayati berbanding ketika di Makkah. Idris Hj Ahmad 4 Muharam 1441/ 4 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kuasa yang ada kepada baginda ketika di Madinah menjadi petunjuk, Islam mesti memimpin untuk mencapai keadilan sejagat. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 5 Muharam 1441/ 5 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Kita mesti mengisikan kemerdekaan dengan agenda Islam. Inilah formula yang paling mujarab untuk mengangkat martabat negara dan ummah setelah 62 merdeka. Idris Hj Ahmad 6 Muharam 1441/ 6 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Pejuang-pejuang kemerdekaan telah memberi saham yang bermakna kepada kita. Tugas kita mesti melakukan islah yang lebih baik daripada mereka. Idris Hj Ahmad 7 Muharam 1441/ 7 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Baginda mendirikan masjid Quba’ ketika sampai di Madinah. Sebagai bukti setiap pembangunan fizikal tidak boleh dipisahkan dengan pembangunan insan. Idris Hj Ahmad 8 Muharam 1441/ 8 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Di mana sahaja kita berada jangan kita jauh dengan masjid dan surau. InsyaAllah mereka yang ada di sana majoritinya orang yang soleh. Idris Hj Ahmad 9 Muharam 1441/ 9 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kalau hendak bersahabat carilah mereka yang jinak dengan masjid. InsyaAllah mereka merupakan sahabat yang boleh membimbing kita di dunia dan akhirat. Idris Hj Ahmad 10 Muharam 1441/ 10 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Masjid adalah tempat yang paling baik untuk mengikat tali persaudaraan. Oleh itu baginda telah mengambil langkah awal dengan membina masjid apabila sampai di Madinah. Idris Hj Ahmad 11 Muharam 1441/ 11September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan mesti diikat atas nama Islam, bukan benda, puak atau kaum. Inilah perpaduan sejati, yang lahir dari ketulusan hati dan Iman. Idris Hj Ahmad 12 Muharam 1441/ 12 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Perpaduan jika berpaksikan kepada dunia dan harta, ia tidak kekal lama. Manusia tidak pernah puas dengan dua perkara ini. Islam mesti menjadi teras. Idris Hj Ahmad 13 Muharam 1441/ 13 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Perpaduan tidak akan berlaku jika tidak mempunyai jiwa yang besar. Mereka yang mempunyai jiwa yang kental sahaja yang mampu untuk membawa bahtera perpaduan. Idris Hj Ahmad 14 Muharam 1441/ 14 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan tidak berlaku jika sejarah lama diungkit. Sebab itu perlu ada jiwa yang besar untuk memandang ke hadapan dan meletakkan kepentingan Islam dan ummah mengatasi kepentingan peribadi. Idris Hj Ahmad 15 Muharam 1441/ 15 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Sepanjang sejarah manusia, apabila ada usaha penyatuan atas nama Islam, maka akan ada suara yang tidak senang dengan perkara ini. Idris Hj Ahmad 16 Muharam 1441/ 16 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Hendak membina perpaduan memakan masa yang lama. Tetapi hendak meruntuh hanya dengan sekelip mata sahaja. Idris Hj Ahmad 17 Muharam 1441/ 17 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Perpaduan akan dapat dibina apabila kita fokus kepada agenda bersama bukan aspek perbezaan. Kalau hendak cari perbezaan, sampai bila pun kita tidak boleh bersatu. Idris Hj Ahmad 18 Muharam 1441/ 18 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kalau pihak yang menegak kebatilan boleh bersatu sesama mereka, kenapa pula pihak yang menegak kebenaran tidak boleh bersatu. Idris Hj Ahmad 19 Muharam 1441/ 19 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Arab jahiliah yang berperang sesama sendiri boleh disatukan dengan Islam. Kenapa pula orang Melayu tidak boleh bersatu atas nama Islam. Idris Hj Ahmad 20 Muharam 1441/ 20 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Kenapa perlu takut apabila orang Islam bersatu atas nama Islam?. Sejarah terpahat, tidak ada orang bukan Islam dizalimi apabila orang Islam bersatu. Idris Hj Ahmad 21 Muharam 1441/ 21 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Orang bukan Islam yang minoriti boleh hidup dengan aman di dalam negara yang majoriti orang Islam. Mereka bebas mengamalkan agama dan mengumpul kekayaan tanpa diganggu. Idris Hj Ahmad 22 Muharam 1441/ 22 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kenapa orang bukan Islam aman di dalam negara umat Islam yang majoriti? Kerana Islam telah mengajar penganutnya haram melakukan zalim kepada orang bukan Islam. Inilah hebatnya Islam. Idris Hj Ahmad 23 Muharam 1441/ 23 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Jika orang melayu hendak maju di dunia dan bahagia di akhirat, maka Islam jangan dipinggirkan. Jika tidak, melayu akan merempat di negeri sendiri. Idris Hj Ahmad 24 Muharam 1441/ 24 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Orang Arab hebat suatu ketika dahulu kerana mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab meminggirkan Islam maka ia sudah hilang daya saing. Idris Hj Ahmad 25 Muharam 1441/ 25 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Sejarah kesultanan Melayu Melaka hebat dan terkenal di seantario dunia kerana mereka berpegang dengan Islam. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 26 Muharam 1441/ 26 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Ketika Aus dan Khazraj disatukan oleh baginda SAW, maka Yahudi tidak senang hati dan cuba mengadu domba api permusuhan sehingga mereka bergaduh. Idris Hj Ahmad 27 Muharam 1441/ 27 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Bersatu amalan baik, berpecah amalan buruk. Memang sukar untuk bersatu setelah lama bergaduh. Mereka yang mempunyai jiwa yang besar sahaja yang mampu melaksanakannya. Idris Hj Ahmad 28 Muharam 1441/ 28 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan adalah nikmat anugerah Allah SWT. Yang menyatukan hati kita ialah Allah SWT. Makhluk tidak berkuasa untuk menyatukan hati sesama manusia. Idris Hj Ahmad 29 Muharam 1441/ 29 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Jika sejarah lama diungkit, maka suami isteri yang bercerai tidak akan rujuk buat selama-lamanya. Biarlah sejarah lama menjadi sempadan dan tauladan. Idris Hj Ahmad 30 Muharam 1441/ 30 September 2019 Isnin.

Sent from my iPhone

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s