PAS Jemput SPRM pantau Bagan Pinang


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan SPRM kerana terdapat calon yang mempunyai sejarah sabitan rasuah yang cuba mencalonkan diri untuk bertanding. Tan Sri Isa Samad mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di Bagan Pinang.

Oleh itu, SPRM dipelawa untuk membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.

Teruskan membaca

Advertisements

INSYAALAH HAJI FAUZI AKAN MENGEKALKAN KEMENANGAN PAS /PR DI MANIK URAI


ImageAlhamdulillah Haji Fauzi Abdullah telah dipilih oleh parti untuk mewakili Pas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri  Manik Urai  14hb Julai 2009. Pemilihan beliau ialah berdasarkan kajian awal  yang dibuat oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dan  Pas kawasan Kuala Kerai.  Kajian yang dibuat untuk mengambil beberapa segmen pengundi di Manik Urai, menunjukkan beliau adalah calon yang layak untuk mengekalkan kemenangan Pas di Manik Urai.

Peribadi beliau yang mudah didampingi oleh masyarakat dan seorang yang dermawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi  wakil rakyat di Manik Urai dengan iklim georafi dan demografi.

InsyaaAllah dengan kemenangan ini akan memberi  satu jawapan kepada Umno bahawa ia sudah tidak relevan dengan politik di Kelantan dan di Malaysia.

AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI


Semua ahli Pas diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis .

InsyaAllah Pas yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan dariapda qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada Pas dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.

Teruskan membaca

Oxford ajar UiTM cara layan pelajar yang dibicarakan


Tindakan Universiti Oxford yang memberikan ijazah Doktor Falsafah kepada Abdul Razak Baginda baru-baru ini wajar diambil pengajaran oleh Universiti Teknologi Mara serta Universiti lain di Malaysia.

Razak mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Selepas dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas, beliau memohon untuk menyambung pengajiannya dan pihak Oxford menerimanya permohonan itu dan akhirnya memberikan anugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil) selepas beliau menyelesaikan disertasi beliau.

Dalam kes beliau, Oxford tidak mengantung beliau walaupun mengetahui bahawa beliau sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Oxford membenarkan permohonan penangguhan pengajian beliau sehinggalah kes berkenaan selesai atau beliau dibebaskan.

Perkara ini jelas berbeza dengan kes seorang mahasiswa UiTM, Helman Sanuddin yang didakwa dimahkamah kerana dituduh menyertai satu perhimpunan membantah akta ISA pada 8 Jun 2001, di Masjid Negara.

Teruskan membaca

MODEL EKONOMI BARU PULA?


Laporan akhbar 12HB Jun 2009 pada hari ini melaporkan bagaimana Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hendak mencadangkan Model Ekonomi Baru.Kenyataan yang dikeluarkan sebagai keresahan pemimpin Malaysia yang yang menghadapi suasana gawat ekonomi pada hari ini. kerana keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius ekonomi.

Apa model sekalipun tidak berjaya jika perkara asas dalam sistem ekonomi tidak diperbetulkan dahulu, antaranya ialah

  • Persoalan rasuah dan ketirisan , sampai hari ini tidak diatasi dengan baik. Slogan untuk menghapuskan rasuah hanya retorik yang tidak kesampaian.
  • Selagi dasar mementingkan kroni dan bukan merit kerja tidak dibuang maka selagi itulah ekonomi tidak boleh meningkat. Kerana yang diutamakan ialah Umno Putera dan BN Putera bukan berdasarkan kepada merit. Akhirnya berlakulah seperti bumbung stadium runtuh. Bumbung stadium bukan buat dengan atap nipah kenapa boleh runtuh?. Jawapannya tepuk meja buka laci.
  • Teruskan membaca

HAD 10 SUBJEK SPM: DASAR PELAJARAN UMNO/BN MAKIN BERSERABUT


1.Dasar pelajaran negara semakin pening macam kepala pemimpin Umno pening melihat rakyat tidak mahu BN.

2.Setiap kali berubah Menteri, maka berubahlah dasar. Yang menjadi mansa ialah guru, pegawai kementerian dan pelajar.

3. Dasar berubah hendak tunjuk setiap Menteri ada idea baru walaupun isinya habuk tidak ada. Apabila Mahyudin Yasin menjadi Menteri Pelajaran, maka ia mencadangkan pelajar SPM hanya ambil setakat 10 matapelajaran dan hendak wajib subjek Inggeris wajib lulus dalam SPM.

4.Kenapa beliau hendak hadkan 10 mata pelajaran sahaja. Berilah demokrasi sikit pada pelajar yang hendak ambil lebih mata pelajaran. Pelajar yang hendak ambil lebih dia tahulah kemampuannya. Pelajar yang tidak mampu mereka tidak ambil lebih mata pelajaran hanya cukup makan sahaja.

5. Apa masalahnya pelajar hendak ambil lebih daripada 10 mata pelajaran. Apakah pemimpin Umno cemburu kerana yang berjaya mendapat cemerlang dalam SPM adalah daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh seorang Tok Guru.

Teruskan membaca

UMNO BOIKOT PRK PENANTI UMPAMA SERIGALA TAKUT KEPADA KAMBING.


Mana ada sejarah PRK sejak merdeka Umno/BN boikot pilihanraya. Ini satu sejarah politik negara, kerana BN parti yang masih berkauasa diperingkat pusat dan mempunyai kelebihan media dan kewangan. Sah Umno umpama serigala takut kepada kambing.

Pembangkang boikot PRK adalah lumrah biasa, seperti di Sungai Lembing Pahang pada tahun 2004, dan Batu Talam Pahang. Pembangkang boikot ada asasnya kerana protes terhadap SPR. Umno boikot atas asas apa? Jawabnya kerana takut “3 Ya”. Antatuya, pilihanraya dan hantu raya.

Teruskan membaca

KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS


Muqaddimah

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para rasul dan nabi-nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara ini Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan obak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islam mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Kepimpinan adalah mereka yang mesti banyak bekorban dan berjuang, kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam konteks menguruskan perjuangan. Lebih-lebih lagi menjadi pemimpin Pas yang perlu banyak bekorban. Memimpin Pas bukan satu status kemasyhuran tetapi ia sebagai tanggungjawab, kerana Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang sentiasa diburu dan diperhati oleh musuh dalam dalam luar negara.

Teruskan membaca

Hapus Tol : Khir Toyo Sudah Menjadi Pejuang Rakyat?


KUALA LUMPUR 27 Mei 2009 Utusan On Line melaporkan- Kerajaan perlu memandang serius cadangan mengurangkan kadar tol secara besar-besaran atau memansuhkan terus tol dalam bandar supaya rakyat tidak lagi menyelar kerajaan sebagai cakap tidak serupa bikin, kata bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Pengakuan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan prihatin beliau berkenaan dengan tol salah satu daripada perkara yang ajaib di dunia. Sama seperti Umno/BN boikot PRK Penanti 31/5/09. Mana ada sejarah pilihanraya parti pemerintah boikot pilihanraya. Sah memang Khir Toyo dan Umno sudah buang tabiat.

Teruskan membaca

SEJARAH KEPIMPINAN ‘ULAMA’ DALAM PAS


Di dalam bab yang lalu telah dibincangkan mengenai sejarah kelahiran Pas di negara ini adalah hasil perjuangan ulama’  dan golongan agama yang hendak melihat Islam mentadbir di negara ini yang bebas daripada badan Induk (Umno)(Abdul Razak Ayub 1985:46). Golongan Ulama’  merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajah. Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS di seluruh tanah air. Kekentalan Pas dengan doktrin agama dan politik yang tidak boleh dipisahkan  telah mempengaruhi dan meresapi kuat ke dalam pemikiran parti Islam melalui wadah politik. (Zulkifli Muhammad, 1954: 13).   

Oleh kerana Pas adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar maka ia telah mendapat sokongan dari orang ramai terutama di kalangan tuan guru dan ustaz. Mereka ini adalah kelompok yang mempunyai penyokong  di peringkat akar umbi. Ini dapat dilihat Presiden Pas yang pertama (dulunya Yang Dipertua Agung Pas) dipimpin oleh ulama’  atau sekurang-kurangnya golongan agama kecuali di zaman Dr. Haji Abas Alias. Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang kepimpinan ulama’. 

Walaupun sebuah Dewan ulama’ sudah wujud pada peringkat awal, hampir sama dengan penubuhan Pas (Alias Muhamed, 1992: 94) tetapi agak kurang dalam menentukan dasar dan pembawaan parti.1 Kedudukan Dewan ulama’ hanya setanding dengan dewan-dewan lain yang tidak mempunyai autoriti yang besar. Ketuanya berada di dalam Dewan Harian bersama-sama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Waktu ini kedudukan ulama’ dalam hiraki parti tidak dipandang sebagai kata pemutus. Sehinggalah terdapat desakan di kalangan ahli bahawa perlunya ulama’ ditempatkan dan diinstitusikan dalam parti PAS.(Harun Taib 2000: 4)  

Beberapa fenomena telah berlaku dalam parti dan luar parti telah menuntut PAS melakukan perubahan kepimpinan yang lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan zaman. Ini telah menggerakkan Pas untuk mewujudkan kepimpinan Ulama’ bagi mengembalikan fungsi kewujudan PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam. PAS melihat dekad-dekad kebelakangan ini semacam ada usaha untuk memencilkan peranan ulama’ di mana peranan ulama’ diletakkan di bidang ibadah sahaja. PAS berusaha untuk meletakkan Ulama’  di tempat yang sepatutnya seperti pada zaman kegemilangan awal dahulu.  

Teruskan membaca

PENGLIBATAN ULAMA’ DALAM PAS PADA PERINGKAT AWAL


Gerakan kesedaran Islam di Tanah Melayu bermula dengan pulangnya pelajar-pelajar Melayu yang pernah mendapat didikan di Timur Tengah khususnya di Mesir . Pengaruh ini menjalar masuk ke alam Melayu apabila Syed Sheik  bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaludin al-Azhari yang pulang daripada Mesir. Mereka banyak menerima idea-idea pembaharuan daripada Sheikh Muhammad Abduh seorang pemimpin kebangkitan Islam yang terkenal di Mesir. Apabila Syed Sheik al-Hadi pulang dari Kahirah pada tahun 1904, beliau telah menerbitkan majalah al-Imam di Singapura pada tahun 1906-1908 bersama rakannya Syed Sheik bin Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Toha dan lain-lain lagi.

Al-Imam berjaya mencetuskan perubahan minda para pembaca di Tanah Melayu zaman tersebut. Kemudian mereka menerbitkan akhbar-akhbar seperti Neraca (1911-1915), Tunas Melayu 1913, Ikhwan 1926 dan Saudara 1928. Akhbar ini menanamkan semangat anti penjajah melalui sindiran, kritikan  dan teguran bangsa Melayu di bumi sendiri. Keluaran pertamanya pada 23hb. Julai, 1906. Idea-idea Islam yang syumul dan lengkap ditulis dalam penerbitan mereka.(Abdul Rahman Abdullah, 1987: 154-155, William, R. Roff, 89-90, Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990, 201-202, Haji Mohd. Fakharddin Dato’ Haji Ahmad Gahzali, 2003: 3)

Majalah ini telah meniupkan kesedaran kepada golongan agama untuk bangkit menentang penjajah. Golongan ini telah menggerakkan mereka yang berpendidikan agama kearah pembentukan organisasi politik . Mereka menyeru masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam untuk meninggikan ekonomi dan politik orang Melayu. (Wan Hashim Wan Teh, 1988:37-38, William, R. Roff, 1980: 58) 

Sekitar tahun 1931 perkembangan politik tanah air terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpuln pertama ialah puak kanan yang terdiri daripada mereka yang berpelajaran Inggeris dengan slogan Malaya untuk orang Malaya_. Golongan kedua ialah puak kiri yang berjuang untuk kemerdekaan orang Melayu dengan konsep penyatuan Melayu Raya_ dipelopori oleh Ibrahim Yakob dan Ishak Haji Mohammad.( Shahrom Husain, 1985 :67-68). Kemudian Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Malaya (KMM) untuk kemerdekaan Malaya dan Indonesia, kemudian KMM  telah diharamkan oleh Jepun walaupun pada peringkat awal Jepun memberi kerjasama. Sebagai gantinya Jepun telah menubuhkan Pembebasan Tanah Melayu (PETA). Apabila Jepun menyerah kalah maka hasrat untuk merdeka tidak tercapai. (Shafie Ibrahim, 1981:3)

 Hasil daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan agama di Gunung Semanggul.

Apabila KMM (Kesatuan Melayu Muda) ditubuhkan  di cawangan Gunung Semanggul menjelang tahun 1940an. Pelajar-pelajar Ma’had Ehya telah menyertai KMM. Penyertaan penuntut–penuntut Ehya’ Syarif dalam Gerakan Kesatuan Melayu Muda bukan setakat menjadi ahli, tetapi beberapa orang daripada mereka telah menjadi pemimpin KMM cawangan Gunung Semanggul dan seluruh Perak Utara. (Nabir Abdullah, 1976:76)

Penyertaan secara aktif di dalam politik dan persatuan di kalangan para pelajar Ehya’ pada waktu itu adalah hasil pembawaan guru-guru yang mengajar mereka. Di kalangan guru-guru inilah yang membentuk ideologi pelajar kerana mereka telah menghuraikan fahaman perseorangan (personal ideology) seperti pendapat, sikap, nilai dan bentuk pemikiran kepada para pelajar. (James  C, Scott, 1968:31)

Inilah juga yang dilakukan oleh ustaz Abu Bakar al-Abaqir yang menggalakkan anak muridnya terlibat dengan kegiatan memajukan agama dan bangsa.

Teruskan membaca

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’


Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Teruskan membaca

ORANG INI SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO


Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah;

1.Orang yang bodoh

2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana

3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen)

Teruskan membaca

UMNO MOHON RESTU RAKYAT BUKIT GANTANG UNTUK MENJADI PENGKHIANAT RAKYAT


Satu tag baru untuk Umno /BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Biasa kita lihat tag BN ialah “Undilah Barisan Nasional”, tetapi kali ini agak berlainan sedikit.

Mungkin inilah perubahan yang hendak dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru pegang jawatan PM ke 6 pada 3 April 2009. Antara perubahannya ialah tag baru “mohon restu rakyat”.

Umno/BN memohon restu rakyat Bukit Gantang untuk meneruskan parti yang berlumur dengan najis rasuah. Apa tidaknya inilah sejarah pemilihan Umno yang paling teruk di dunia . Cuba bayangkan calon yang bertanding 269 orang, manakala aduan rasuah ialah 900 aduan. Pening kepala JK Disiplin parti Umno yang sudah tua-tua belaka, terpaksa memikul biawak hidup dalam Umno.

Teruskan membaca

UMNO BODOH METEMATIK


Tahukah rakyat Malaysia ,matematik Umno 7000 ribu ekar lebih sedikit daripada 3000 ekar.?

Ini satu ilmu hisab moden Umno?. Pihak universiti kena cari formula baru macam mana metematik boleh jadi macam ini.

Tetapi inilah yang berlaku dalam kempen PRK Bukit Gantang. Mereka tuduh Haji Nizar memberi geran tanah kepada China di Perak, tetapi mereka tidak beritahu kepada rakyat Haji Nizar juga beri geran tanah kepada orang Melayu. Malahan tanah yang diduduki oleh orang Melayu lebih banyak daripada orang China. Tetapi pemimpin Umno yang berkarat biru bukan sahaja buta agama malahan juga buta angka. Mereka tidak tahu beza antara angka 7 ribu dengan 3 ribu. Mereka tidak bagi tahu yang Haji Nizar bagi geran tanah 7000 ekar pada orang melayu, manakala untuk China di Kampung baru 3000 ekar sahaja, yang tinggal di situ sudah hampir 70 tahun

Teruskan membaca