Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?


Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?
Idris Haji Ahmad
17 Mei 2012
Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badwi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri
Laporan terbaru daripada pihak BERSIH 3.0 yang melaporkan seorang peserta BERSIH 3.0, Mohd Safuan Mamat @ Nordin tampil menyerah diri membantu siasatan di balai Polis Dang Wangi namun dicederakan menggunakan batang paip hitam di dalam lokap.

Lebih mengejutkan, seorang tahanan turut menampar beliau sebanyak empat kali dan polis hanya memerhatikan tindakan berkenaan.

Beliau diminta untuk mengaku bersalah atas kejadian memusnahkan kereta polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.
Apa sudah jadi dengan Institusi polis?. Jika ini yang berlaku, tidak hairanlah samsing jalan Kebun Kelang bebas memukul orang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Jika di dalam balai polis tidak selamat, tempat mana lagi yang rakyat selamat. Apakah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang mencederakan Datuk Seri Anuar Ibrahim ketika berada di dalam lokap.
IPMC hanya melibatkan polis jahat sahaja. Polis yang baik dan profesional kenapa perlu takut?. Keganasan polis memang diakur oleh siasatan SUHAKAM ketika BERSIH 2.0. Tetapi malangnaya SUHAKAM hanya boleh menyiasat tetapi tidak boleh untuk mendakwa.
Imej polis semakin teruk di padangan masyarakat awam. Kita simpati dengan polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis. Ini semua angkara “nila setitik susu sebelanga binasa”.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Faham Atau Tidak Bersih 3.0?


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Faham Atau Tidak Bersih 3.0?

Idris  Hj Ahmad

8/5/12

 

Macam mana satu fatwa dikeluarkan tanpa mengetahui tasawwur (gambaran) sebenar mengenai hukum yang hendak diputuskan. Bagaimana suatu fatwa boleh dikeluarkan jika suatu isu tidak dilihat secara menyeluruh. Misalnya kalau yang bertanya itu apa hukum minum “tuak” oleh orang Kelantan kepada ustaz daripada Selangor. Maka sudah tentu ustaz itu akan menjawab haram. Tetapi jika diberi penjelasan bahawa tuak dibuat daripada pokok nipah, jikalau di sebelah utara menyebut nira, maka sudah tentulah hukumnya halal. Kerana apa ustaz dari Selangor itu menjawab haram,  kerana istilah tuak ialah benda yang memabukkan, tetapi setelah mendapat penjelasan maka hukum itu berubah.

Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendapat maklumat di sebelah pihak sahaja. Sepatutnya kena tanya dan bincang dahulu apa itu Bersih 3.0. Jangan mereka hanya faham Bersih itu hanya air mutlak dalam bab Feqah sahaja iaitu air yang suci, lagi menyucikan.

Amat malang rakyat Malaysia apabila kewibawaan Majlis Fatwa yang sepatutnya mempertahankan kredebiliti mereka yang dianggotai oleh 14 mufti dan ulamak di negara ini telah mengeluarkan hukum tanpa mendapat penjelasan daripada pihak kedua. Apakah ini disiplin Majlis Fatwa Kebangsaaan?. Amat malang sekali fatwa yang dikeluarkan hanya kes yang terpilih. Kenapa Majlis Fatwa tidak bincang apa hukum pilihanraya tipu?. Apakah hukum kerajaan yang membazir wang rakyat?. Apakah hukum demontrasi yang dibuat oleh penyokong Umno di negeri Pakatan Rakyat seperti demo kepala lembu di Selangor sehingga boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan agama. Sudah cukuplah banyak institusi kerajaan yang dipertikaikan kewibawaannya seperti badan kehakiman, SPR, PDRM dan SPRM. Jangan pula rakyat memandang rendah  kepada kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya sanggup menjadi alat  dan membincang perkara yang menguntungkan pemerintah  walaupun  tanpa merujuk kepada pihak kedua untuk mendapat penjelasan supaya berlaku adil.

Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN


Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.
Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden  gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah  kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid


Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid

Idris  ahmad
18/7/11

Tahniah atas keberanian 11 doktor Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa memang polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 julai 2011. Walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas memang polis melakukan. Mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut

11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ

Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Hishamudin Husin Onn, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku,  selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan. Beliau tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai 2011. Sikap tidak profesional polis dan keganasan polis sudah ditonton oleh dunia. Datuk Hishamudin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional. Di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi, sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Datuk Hishamudin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa.

Terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku di perkarangan hospital Tung Shin jalan Pudu, bukan hospital di Ghaza Plestin.

Demo Air Rakyat, Tahniah Kepada Anak Muda


 Parti Islam Semalysia Pas mengucap tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera. Teruskan membaca

Polis Diminta Jaga Keselamatan Negara Bukan Keselamatan


Parti Islam Semalaysia Pas membantah sikap primitif dan tidak bertamaddun polis  yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini. Antaranya  tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit Batu Pahat pada 31hb Julai 2010. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.. Sekurang-kurang-kurangnya 9 ditangkap terdiri dari 7 lelaki dan 2 wanita.. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Di  Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak,  Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos 2010. Teruskan membaca

Konvoi Gaza-PAS kutuk Israel, minta rakyat Malaysia solat hajat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan helikopter tentera Israel yang menyebab 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera. Rakyat Malaysia antara yang dilaporkan terkorban dalam serangan barbarian ini.

Konvoi bantuan untuk rakyat Gaza yang mengandungi 7 buah kapal ini telah memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung oleh tentera Israel dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara sahaja yang melaporkan diserang.

Kapal-kapal ini turut membawa ahli-ahli parlimen dari Malaysia, Eropah dan beberapa negara lain dan mereka kini berdepan dengan serang-serang yang lebih berat dari regim Israel.

Teruskan membaca

Viva Palestina: 7 termasuk warga Malaysia ditahan


KAHERAH, Jan 6 – Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.

Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Dis lepas.

Teruskan membaca

Demontrasi – PAS Kasihan Melihat Lakonan Terburuk Umno Selangor


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) amat kasihan melihat Umno dan penyokongnya yang kini begitu terdesak dalam melakukan apa jua cara bagi memecah belahkan Pas dan Pakatan Rakyat. Demontrasi yang kononnya dilakukan oleh Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di Shah Alam semalam jelas menunjukan kebodohan Umno dalam menguruskan kekalahan mereka di Selangor. Jelas kejadian semalam adalah aksi lakonan terburuk Umno sejak Mac 2008.

PAS mendapati penganjur demontrasi berkenaan mempergunakan Islam dan juga agenda perjuangan Melayu sebagai modal menarik perhatian umum yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. PAS jelas sebagai sebuah parti yang mengangkat Islam sebagai roh perjuangan, menolak perjuangan perkauman sempit yang dilaung-laungan oleh para demontrans yang didalangi Umno semalam.

PAS tegas dalam hubungan bersama Pakatan Rakyat dan kesal dengan pihak-pihak yang mempergunakan nama PAS bagi tujuan mewujudkan keraguan dan kekeliruan terhadap identiti pendokong dan penyokong PAS yang sebenar. Jelas yang hadir dalam himpunan berkenaan bukanlah ahli-ahli PAS, malah mereka merupakan orang-orang upahan Umno yang kini semakin nazak di Selangor. Mereka malu mengunakan nama Umno untuk berdemontrasi dan terdesak meminjam nama PAS bagi meraih simpati.

Teruskan membaca

POLIS TAKUT KEPADA SAMSENG UMNO


Kenyataan Media

PAS memandang berat kerana telah berlakunya penangkapan terpilih terhadap pesalah penjenayah di negara ini. Buktinya dalam isu demo pada 28/9/2009 yang melibatkan kepala lembu diheret dalam demontrasi tersebut kita tidak dengar apa-apa tindakan.

Ini adalah kes demo yang pertama berlaku penghinaan terhadap agama lain kerana membantah pembinaan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam. Dalang diketahui seperti pepatah mengatakan bahawa dah terang lagi bersuluh.

Pas konsisten dengan pendirian bahawa perhimpunan aman dibenarkan, tetapi bukan demo yang bersifat provokatif perkauman dan menghina agama, kerana kita menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Menjadi tanda tanya kepada Pas kenapa mereka yang terlibat dalam demo tersebut tidak diambil tindakan.

Teruskan membaca

PAS MENGUTUK PERARAKAN ANTI AGAMA


Pas mengutuk demontrasi yang membawa kepala lembu selepas jumaat  di pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Shah Alam pada 28/8/2009. Tindakan ini dibuat ekoran pemindahan tapak kuil lama di Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Bantahan dibuat  oleh “Badan Bertindak”  penduduk Seksyen 23.  

Pas memandang berat tindakan yang dianggap sebagai provokasi untuk menimbulkan huru hara dalam negeri Selangor. Kita bimbang ada tangan ajaib sebagai satu cara untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor. Dengaan harapan ada pula sebelah pihak yang dihina akan bangkit bertindak,  dengan cara ini suasana tidak tenteram akan berlaku. Teruskan membaca

PESERTA DEMO MANSUH ISA DIUPAH


Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin Rais Yatim fikir di belakang penganjur demo ialah taukeh judi dan perasuah politik. Untuk pengetahuan Rais Yatim, peserta demo ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri.  Walaupun kami miskin harta tetapi kami kaya semangat. Kami bukan rakyat yang lidah bercabang, tidak mempunyai pendirian politik. Kami tidak pernah  membakar jambatan sebagai ikrar tidak akan kembali  kepada umno. Kami pejuang tulin, kezaliman akan kami lawan tanpa diupah. Kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga.

Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami  tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta  dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA.  Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.

Teruskan membaca

Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat


Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Teruskan membaca

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA


Oleh Abdul Rahim Sabri

NONEMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Teruskan membaca