Wajib Ubah Sebelum Negara Parah


Wajib Ubah Sebelum Negara  Parah
Idris Hj Ahmad
21/12/12

Rakyat Malaysia wajib ubah kerajaan di dalam PRU akan datang. BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat. Terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China. Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington. Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.   

Satu ketika dahulu rekod Altantuya yang masuk ke negara ini  hilang daripada Imigresen.  Sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.
Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh  hilang.
Masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib. Sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan   Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu..
Hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang  RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya. Oleh itu rakyat wajib ubah demi kesejahteraan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Langat 2, Biadab TIdak Hormat Hak Negeri


Langat 2, Biadab TIdak Hormat Hak  Negeri
Idris hj Ahmad
14/9/12

Tindakan kerajaan Pusat hendak membina loji  Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.   Tanah, air, hasil hutan,  adalah hak negeri, ini satu pencerobohan.

Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar. Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran  ‘non revenue water’  daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.

Kerajaan Selangor yang pro rakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2, sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.  

Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah  menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat. Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan  dirompak.

Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamaddun tanpa restu daripada kerajaan negeri.  Ini adalah undang-undang rimba. Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu, walaupun tanpa restu kerajaan negeri. JIka berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal kerajaan pusat yang ceroboh hak negeri.

Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja.


BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja.
Idris Hj Ahmad
7/8/12
BN hari ini sudah hilang ideologi dan kesegaran di dalam perjuangan untuk menarik sokongan rakyat. Mereka hanya mampu hidup kerana masih jadi parti pemerintah. Dengan kapasiti sebagai parti yang memerintah maka mereka menggunakan segala kemudahan kerajaan dan dana setiap kementerian untuk menabur halwa telinga kepada rakyat. Datuk Seri Najib dilihat sebagai tokoh roforamsi yang tidak ada isi. Mungkin pada permulaan orang agak teruja dengan laungan reformasi. Tetapi setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja.
Najib telah membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk beli sokongan supaya rakyat memilih BN dengan berbagai-bagai janji. Ini semua perbelanjaan luar jangka.
Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta.
Termasuklah juga berbagai pengumuman ‘
Projek “one-off” yang memakan belanja hampir RM3.57 billion. Seperti

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1 Malaysia and Bantuan Buku 1 Malaysia.

Tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan yang diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac 2012 RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada 14 Jun 2012. Ertinya sudah lebih RM23 bilion bajet tambahan pada tahun ini sahaja.
Peruntukan segera sebanyak RM609j dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012)ketika lawatan PM, TPM ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.
Apakah BN Umno boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?.

Tanpa Provokasi Berjuta Wang Negara Selamat.


Tanpa Provokasi Berjuta Wang Negara Selamat.
Idris Hj Ahmad
15/7/12

Tahniah kepada peserta Himpunan Gerakan Selamat Felda (GSF) pada 14 Julai 2012 kepada Duli yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Tahniah juga kepada  Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.

Himpunan hari ini terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.

Wang negara hangus  sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional. Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provoksi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Negara Bankrap Modal Baru BN


Negara Bankrap Modal Baru BN
Idris Haji Ahmad
24/4/12
Bankrap adalah satu modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap 3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.
Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun
mengenepikan prinsip ketelusan.
Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.
Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.

HAPUS PTPTN MELAYU TERGUGAT ALASAN PAK PANDIR


Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenayataan Pak Pandir yang kelaur daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan  IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno. Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi  kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta.

Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit. Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian  terakhir Umno untuk menyelamatkan  kuasa mereka. Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir   55 tahun. Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat.  
Jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk hapus PTPTN maka lebih baik serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan.  Najib rasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang. Bukan mustahil Najib akan istiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac 2012. Walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskan, kerana ini melibatkan perjanjian. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu


Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu

Idris Hj Ahmad

23/3/12

 

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dania maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rezab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rezab Melayu. Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rezab  Melayu pada tahun 1957, pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar. Sekarang mungkin tanah rezab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar?. Persoalannya siapa punya angkara?

 

Buktinya 200 ekar tanah rezab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.). Sewaktu Umno berkuasa 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.  Seluas 26,000 hektar  tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

 p-

Belanja Pertunangan RM409,767, Rakyat Mahu Bukti.


Rakyat masih menunggu jawapan dan bukti pembayaran daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran majlis pertunangan anak beliau sebanyak RM409,767 di Hotel Shangrila.

Sehingga kini Pejabat Perdana Menteri hanya menafi perbelanjaan ini daripada wang rakyat, sedangkan saudara Rafizi Ramli berjaya membuktikan dengan fakta, tempahan ini  dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ketika rakyat disuruh ikat perut kerana indeks harga pengguna yang meningkat, subsidi hendak dikurangkan, barang keperluan harian terus melonjak, tiba-tiba Perdana Menteri boleh membelanja sejumlah wang yang begitu besar untuk majlis pertunangan anak beliau.

Rakyat tidak kisah kalau benar wang ini daripada poket peribadi beliau dengan Datin Rosmah. Memang rakyat sudah maklum mereka berdua ialah suami isteri yang banyak wang. Tetapi jika ia menggunakan harta rakyat untuk kemewahan peribadi maka ia perlu disiasat hingga ke akar umbi. Lebih-lebih lagi penafian sudah dibuat secara rasmi. Jika berlaku sebalikanya maka ini satu pembohongan yang besar dilakukan oleh seorang Perdana Menteri, orang yang bohong tidak layak untuk memegang amanah rakyat dan mesti diturun segera daripada tampuk kuasa.

Wang sebanyak RM409,767 hanya untuk satu malam majlis pertunangan anak Najib Rosmah. Sedangkan untuk kos seorang siswazah  Fakulti Pergigian untuk  tempoh empat tahun hanya RM151,208, Fakulti Perubatan  untuk tempoh lima tahun RM235,390, Fakulti Farmasi untuk tempoh empat tahun RM56,360.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

DEB GAGAL, POLITIK DENDAM DAN DISKRIMINASI


Kegagalan Dasar Ekonomi Baru  berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa. Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat.
.
Kegagalan ini telah menarik perhatian Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Tun Azlan menegur kegagalan DEB berpunca daripada orang yang melaksanakannya, bukan salah dasarnya.

Kenapa DEB gagal?. Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat?Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu. Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.

Apakah kegagalan DEB suatu yang dirancang dan membiarkan orang Melayu merempat. Dengan ini  ia boleh dijadikan modal pemimpin negara memenuhi tembolok mereka dengan alasan untuk mendapat projek bagi membela Melayu. Walaupun hakikatnya projek ini tidak sampai kepada sasaran.

DEB tidak akan berjaya jika sikap pilih kasih dan sikap politik dendam yang  tidak menghormati kebebasan untuk memilih kerajaan yang demokratik.Kelantan adalah kayu ukur bagaimana Umno yang mendakwa parti Melayu telah menindas orang Melayu. . Apa dosa rakyat  Kelantan sehingga sanggup diketepikan kerana mereka memilih Pas untuk menerajui negeri mereka. Sejak 1991 terdapat 118 projek pusat disekat, antaranya ialah Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Kerai yang diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Pihak kerajaan Kelantan telah mengambil iniasitif sendiri untuk membina lebuhraya dengan anggaran kos RM1.5-RM1.8 bilion. Tender telah ditutup pada 9 Februari 2012.

Perkara yang sama berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat di kampung yang dinafikan hak mereka untuk mendapat  baja, tanah, bantuan kewangan,tapak niaga, kontrak kecilan.

Sekiranya Pas dan PR diberi mandat ia mampu untuk membela rakyat termiskin. Kelantan yang serba kekurangan mampu mengurangkan tahap kemiskinan nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam . Rahsia kejayaan ini ialah pemimpin yang amanah dan tidak pilih kasih berdasarkan kepada fahaman ideologi
Kayu ukur yang ditunjukkan oleh kerajaan BN terhadap kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah sejak 1990 adalah contoh politik dendam yang tidak berkesudahan.

Jika sikap yang ada,  rancanglah apa sahaja dasar untuk orang Melayu ia  akan menemui kegagalan, jika yang memerintah ini ialah Umno BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KWSP; BUKAN TABUNG BULUH KERAJAAN BN


KWSP; BUKAN TABUNG BULUH KERAJAAN BN

Wang KWSP ialah wang simpanan hari tua, ia bukan tabung buluh kerajaan BN untuk dibelanja sewenang-wenangnya bagi maslahat politik. Terbaru Senator Datuk Nong Chik mengumumkan kerajaan akan menggunakan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu 20,000 penyewa di Kuala Lumpur membeli rumah.

Kenapa wang KWSP yang digunakan? Kenapa kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan sendiri?. Apakah ini petanda kerajaan BN sudah kritikal dari segi kewangan sehingga terpaksa mengguna dana awam. 

Bagaimana pula nasib rakyat di luar Kuala Lumpur yang menjadi penyumbang kepada KWSP. Kenapa mereka dianak tirikan? Rakyat Sabah dan Sarawak juga perlukan rumah Adakah ini hanya projek untuk mengambil hati pengundi di Parlimen Lembah Pantai yang bakal  ditandingi oleh Senator Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin..

Paling menyedihkan sekali menurut Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin tidak dimaklumkan semasa beliau menghadiri mensyuarat Lembaga Pengarah KWSP. Beliau mewakili kesatuan di lembaga KWSP dari tahun 2007 hingga 31 Januari 2012.

Sebelum ini dana KWSP juga digunakan untuk valueCap sebanyak RM5 bilion, Felda RM6 bilion, pinjaman kepada GLC tanpa penjamin RM55.1 bilion.

Dana KWSP untuk simpanan hari tua, bagaimana nasib para pekerja selepas bersara, terutama mereka yang berpendapan rendah. Dividen KWSP hanya berkisar 5 hingga 6 peratus. Sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera boleh memberi sebanyak 15 peratus.

KWSP berada di tangga ke 9 pada tahun 2010 sebanyak AS145.570 bilion berbanding tahun 2009  di tangga ke 18. Ini menunjukkan pungutan KWSP setiap tahun meningkat. Anggaran setiap bulan KWSP memungut sebanyak RM500 juta. Seramai 5.7 juta penyumbang, ahli MTUC 800,323 dengan 390 kesatuan. Malangnya ia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan BN.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

BN Menyesal  Rakyat Selangor Masih Bersama PR


BN Menyesal  Rakyat Selangor Masih  Bersama PR
Idris hj Ahmad
30/12/11

Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana  menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan. Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN ? Mereka tidak pernah mimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2500′, guru Kafa mendapat elaun RM1500, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS) RM100.00, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5000 bagi mereka yang berpendapatan RM1500 sebulan, berjaya melunaskan hutang RM 173 juta daripada RM800 juta. 

Sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno. Impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian. Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya.

Perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah  “khurafat”yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat. 

 Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan yang sudah memberi keselesaan kepada kerajaan BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa.

Kelantan Bukan Negeri Republik


Kelantan Bukan Negeri Republik
Idris ahmad
25/11/11

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat. Contohnya bayaran pasport antarabangsa, stem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang di pungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan. Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK 8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai?. Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih Pas. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada. Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah. Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan samaada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990      kepada nombor enam. Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman Pas memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih. 

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak Pas menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. Pas yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa  dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insyaAllah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno


RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang Runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan Teruskan membaca

Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.


Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.
Idris Ahmad
31/10/11
Setiap kali laporan Ketua Audit negara di keluarkan masalah yang berlaku tetap sama. Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih. Ini adalah skima yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi. Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena. Teruskan membaca

Pas Mampu Selamatkan Melayu Islam


Pas Mampu Selamatkan Melayu Islam
Idris Ahmad
14/10/11

Pas mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi.
Sebenarnya ini hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang melayu terus menyokong Umno, ketika parti ini tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat
Kenyataan ini adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya. Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan. Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pengkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.
InsyaAllah doa almarhum Ustaz Fadhil Nor dikabulkan Allah, supaya umur Tuan Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini.
Oleh itu Pas perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Pas terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti Pas mampu mememlihara Melayu Islam. Begitu juga ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Pas yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010. Hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 RM718 juta. Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.
Pas mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil. Merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak. Menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik. Bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.
Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi.Mengkambing hitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang