PUASA MELATIH DIRI SUPAYA SIMPATI KEPADA ORANG MISKIN


PUASA MELATIH DIRI SUPAYA SIMPATI KEPADA ORANG MISKIN
IDRIS AHMAD
11/8/11
 
Puasa ialah amalan kerohanian seorang hamba dengan Allah SWT. Mereka yang berpuasa sanggup meninggalkan makan minum semata-mata kerana Allah SWT. Puasa mendidik manusia untuk bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada mereka yang mempunyai lebihan rezki. Ketika berpuasa kita terasa lapar dan dahaga, kesemuanya mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik yang masih ramai di dalam negara kita walaupun negara, sudah mencapai kemerdekaan 54 tahun. Paling malang sekali isi rumah miskin ia melibatkan orang Islam, sedangkan pemimpin negara ialah orang Islam. Rakyat tertanya-tanya kenapa Sabah dan Trengganu mendahului negeri termiskin di negara ini, sedangkan negeri tersebut menghasilkan “emas hitam”.
 
Sebenarnya masih ramai rakyat yang tidak cukup zat, berapa ramai kanak-kanak ke sekolah dengan perut kosong kerana tidak ada makanan yang hendak dialas perut ketika ke sekolah. Kesemua ini menuntut kepada kita yang menunaikan Ramadhan merasai keperitan penderitaan yang mereka alami sepanjang masa. Sedangkan kita hanya Allah uji dalam masa lapan jam sahaja untuk sebulan Ramadhan.
 
 
 
Ibn Abbas Radhiallahu’anhuma meriwayatkan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (Bukhari)
 
Seperti yang kita maklum baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang sangat dermawan seperti disebut oleh Anas bin Malik radhiallahu’anhu:
 
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (Bukhari dan Muslim)
 
Dermawan baginda dikatakan melebihi angin yang menghembus kencang. Diibaratkan demikian kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi tanpa banyak berfikir, sebagaimana angin yang berhembus. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh baginda adalah amat perlu kita sebagai umat nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ingin mengikut jejak langkah baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam melatih diri kita supaya menjadi seorang yang melihat orang sekeliling kita.
 
Beberapa insiden yang tragis berlaku di dalam negara kita baru-baru ini dengan berita orang yang melarat terpaksa menagih simpati kepada gereja, ia amat memalukan umat Islam. Menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik, terutama agensi kerajaan seperti Baitul Mal, pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi ini yang mempunyai kewangan yang kukuh sepatutnya mesti mengambil berat, berbanding dengan individu dan NGO yang mempunyai kekangan kewangan.
 
Kita mengharapkan, pejabat agama atau pejabat pungutan zakat yang  begitu sistematik ketika memungut zakat, perlulah melakukan perkara yang sama ketika mengagihkan kepada mereka yang berhak. Kerana ini adalah hak mereka bukan untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak ada kaitan untuk membela nasib mereka. Jika kita sanggup bersusah payah ketika hendak memungut zakat, maka wajib pula kita bersusah payah untuk memberi kepada yang berhak. Permudahkan prosedur, bukan menyusahkan mereka yang sudah susah. Jika ini berlaku, akhirnya gereja yang memudahkan mereka memberi  bantuan. Konsepnya samalah mereka yang terjebak meminjam Along, kerana mudah berbanding berurusan dengan bank.
 
Sekurang-kurangnya apa yang terjadi di Gereja Methodist Damansara Utama menyedarkan kita umat Islam dan institusi yang mengagihkan zakat, supaya lebih pro aktif untuk membantu mereka yang berhajat. Kemanakah wang kutipan zakat yang beratus juta setiap tahun? Logiknya  sudah tidak ada lagi orang miskin yang merempat? Muallaf yang dibuang keluarga meminta sedekah dan menagih simpati. Kesemua ini terjadi kerana berlaku pengagihan yang tidak betul dan mengkhianat amanah, maka tunggulah bala daripada Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  “Siapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan orang Muslim, maka ia bukan di kalangan aku”.
Jika mereka pergi mengadu nasib kepada institusi bukan Islam maka Allah SWT akan menyiksa kita kerana mengabaikan saudara seagama mereka. Waliyazubillah.
 
 

Tender Di Pulau Pinang, Umno atau MCA Yang Bohong?


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  Presiden MCA marah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana diskriminasi terhadap orang China dan lebih utamakan orang Melayu dalam isu pemberian kontrak. Kenyataan daripada Presiden MCA ini, menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa yang pembohong?. Umno atau MCA yang bohong, atau kedua-dua pembohong.

MCA menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya memberikan tender kepada dua kontraktor Cina (2 peratus)  sedangkan jumlah projek ditawarkan sebanyak 968 buah bernilai RM125 juta.

Selama-lama ini pemimpin Umno membawa isu ini kepada pengundi-pengundi melayu terutamanya, dengan mengatakan melayu Pulau Pinang ditindas  di bawah pimpinan YAB Lim Guan Eng.

Sebenarnya MCA dan Umno sudah dilanda penyakit demam panas, sehingga hilang daya ingatan dan rasional. Umno hendak beli undi Melayu, MCA hendak beli undi China. Biarlah mereka bercakap merapu asalkan cita-cita politik mereka tercapai.

YAB Lim Guan Eng mengatakan beliau memberi kontrak berdasarkan kebolehan melalui tender terbuka. Beliau menyatakan beliau bukan rasis, tetapi melawan rasuah.

Kenyataan Presiden MCA sekarang sudah terjawab. Kerana inilah yang menjadi modal penceramah Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas Melayu dengan tujuan orang Melayu jangan sokong Pas, kerana DAP bersama dengan Pakatan Rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dana RM1 Juta, NGO Pengampu Umno Bising Jika Untuk Kepentingan Rakyat.


Dana  RM1 Juta, NGO Pengampu Umno Bising Jika Untuk Kepentingan Rakyat.
Idris Ahmad
5/8/11
 
Tahniah kepada kerajaan Paktan Rakayat Selangor yang pro aktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihanraya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan daftar pengundi baharu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul. Negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR.
Bagaimanapun ia hanya terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik di Selangor sahaja.Kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu. Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera. Hampir 1100 orang penduduk tetap di Selangor didaftar sebagai pengundi
 
Seperti yang dijangka akan bangunlah puak umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan ini. Mereka takut hendak buat kenyataan atas nama umno, kerana orang  buta pun kenal tabiat buruk umno.  Antaranya Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Hujah puak pengampu umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor.
 
Mereka ini akan susah hati jikalau projek untuk kebaikan rakyat, tetapi menikus ketika pemimpin umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin umno. Rakyat tidak dengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang  menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh Balkis (bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri 
Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir), untuk melihat samada terdapat salah laku. Bagaimana pegawai-pegawai Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan PKNS dan yang lain memberi keterangan di perbicaraan Selcat adalah memeranjatkan. Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan “teknikal” DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan ini

Kemelut Dawama, Contoh Pengswastaan Ala BN


 Negara dikejutkan dengan berita kakitangan Dawama diberi cuti tanpa gaji sehingga kepada satu waktu yang tidak dimaklumkan. Hampir 400 kakitangan Dawama telah menerima notis tersebut bermula pada 1 hb Ogos 2011 termasuk Sabah dan Sarawak.

Dawama ialah syarikat yang ber tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka  menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002.Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Sejak tahun 2002 Dewan Bahasa Dan Pustaka mengalami kerugian RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum diswasta DBP mencatat keuntungan setiap tahun RM20 juta. Dewan Bahasa Dan Pustaka yang diletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, yang menterinya sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin mesti bertindak mengatasi kemeluk Dawama.

Paling malang notis cuti tanpa gaji dikeluarkan ketika kakitangan yang beragama Islam menyambut awal Ramadhan pada tahun ini.Penyiasatan menyeluruh perlu dibuat kenapa berlaku kepada agensi  mendapat kontrak tetap daripada DBP untuk mencetak dan memasarkan buku Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya kenapa berlaku demikian?Setelah pemimpin umno merosakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ketika memperkenalkan Metematik dan Sains sekarang satu lagi pengkhianatan umno terhadap institusi yang memertabatkan Bahasa Melayu mengalami krisis kewangan sehingga menjejaskan penerbitan DBP yang telah dimonopoli oleh Dawama.

DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya Balai Berita. Kes Dawama menambahkan satu lagi hujah ketidak wibawaan kerajaan Barisan Nasional untuk menguruskan negara ini. Inilah akibat dasar pengswastaan ala BN yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni. Akhirnya segala kerugian ini rakyat akan dibebankan, kerana kerajaan terpaksa mengambil alih syarikat yang menghadapi masalah. Model pengswastaan BN mudah sahaja hendak memahaminya, untung kroni sapu, apabila rugi rakyat tanggung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal


Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno. Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat. Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa  kerajaan akan menambahkan lagi  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.

Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat

Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka  hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat


Parti Islam Semalaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan  hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dip otong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

Pas bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri  Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat,  terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
Pas menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

Gula Naik 20 sen, Bn Gagal Urus Negara


Parti Islam Semalaysia Pas  berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)

Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan  menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan  minyak petrol, naik harga gula, naik harga  tol.

Pas hairan  kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011.  Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan  pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.

Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah  harga gula  di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

Sedar Bahaya Rasuah, Bila Projek Untuk Kroni Sudah Habis


Parti Islam Semalaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia  yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan  Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR


Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Teruskan membaca

BANTAH DISKAUN TOL BAS EKSPRES DITARIK OLEH KERAJAAN


Parti Islam SeMalaysia Pas membantah langkah kerajaan  menarik balik pemberian subsidi  tol 50 peratus kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari lalu, akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang,  ini  akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

Pas mendesak  kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana  kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana  kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus  kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti.

Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

DEBAT 100 HARI DATUK NAJIB JANGAN JADI LEBAI MALANG


Parti Islam SeMalaysia Pas mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anuar Ibrahim sudah  mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah. Sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.  Subsidi untuk  rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah  RM47 bilion  dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya.  Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana
Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap. Teruskan membaca

Hasil Perjuangan ANAK; Generasi Kedua Dapat 500 Lot Tanah


Hasil Perjuangan ANAK;  Generasi Kedua  Dapat 500 Lot Tanah

Idris Ahmad

19/1/11

Parti Islam Semalaysia Pas mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan AnakAnak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot  bagi generasi kedua Felda Johor Teruskan membaca

By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

Sebelum Rampas Kelantan, Pulihkan Ekonomi Malaysia Dahulu.


Sebelum Rampas Kelantan, Pulihkan Ekonomi Malaysia Dahulu.7/1/11

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan. Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini  pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia. Teruskan membaca