Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?


Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Tubuh Jawatankuasa Salah Laku Polis?
Idris Haji Ahmad
17 Mei 2012
Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badwi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri
Laporan terbaru daripada pihak BERSIH 3.0 yang melaporkan seorang peserta BERSIH 3.0, Mohd Safuan Mamat @ Nordin tampil menyerah diri membantu siasatan di balai Polis Dang Wangi namun dicederakan menggunakan batang paip hitam di dalam lokap.

Lebih mengejutkan, seorang tahanan turut menampar beliau sebanyak empat kali dan polis hanya memerhatikan tindakan berkenaan.

Beliau diminta untuk mengaku bersalah atas kejadian memusnahkan kereta polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.
Apa sudah jadi dengan Institusi polis?. Jika ini yang berlaku, tidak hairanlah samsing jalan Kebun Kelang bebas memukul orang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat. Jika di dalam balai polis tidak selamat, tempat mana lagi yang rakyat selamat. Apakah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang mencederakan Datuk Seri Anuar Ibrahim ketika berada di dalam lokap.
IPMC hanya melibatkan polis jahat sahaja. Polis yang baik dan profesional kenapa perlu takut?. Keganasan polis memang diakur oleh siasatan SUHAKAM ketika BERSIH 2.0. Tetapi malangnaya SUHAKAM hanya boleh menyiasat tetapi tidak boleh untuk mendakwa.
Imej polis semakin teruk di padangan masyarakat awam. Kita simpati dengan polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis. Ini semua angkara “nila setitik susu sebelanga binasa”.

SPRM Mesti Di Bawah Parlimen


 

Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM. Teruskan membaca

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan pendedahan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menang di Sibu kerana bijak memainkan isu terutamanya isu Kapal Selam Scorpene dan kehilangan dua enjin Jet TUDM.

Pendedahan yang dibuat ketika pertemuan dengan ahli-ahli Umno di Bagan Datoh Ahad lepas sebenarnya membongkar kelemahan Najib sendiri kerana dua isu ini berlaku ketika zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Ahli Umno dan BN kena melihat fakta ini. Najib kini menjadi beban kepada mereka. Jika Pak Lah dulu dijatuhkan kerana dikatakan menjadi punca kekalahan BN akibat sikapnya yang tidak tegas dan mengutamakan keluarga, kini Najib juga bakal membawa petaka yang sama kepada BN menjelang PRU-13.

Umno-BN tidak mampu menafikan dakwaan dan fakta yang dibentangkan oleh Pakatan. Malah kes rasuah kapal selam yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis menghantui Najib. Kebocoran yang berlaku kepada kapal selam itu turut memalukan sistem pertahanan negara dikalangan negara ASEAN. Malah kematian Altantuya yang dikaitkan dengan urusniaga Kapal selam ini juga masih menjadi misteri dan rakyat hingga kini tidak tahu siapakah sebanranya Sirul Azhar dan Azilah Hadri. Bagaimana wajah mereka, kenapa hendak disembunyikan.

Teruskan membaca

Konvoi Gaza-PAS kutuk Israel, minta rakyat Malaysia solat hajat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan helikopter tentera Israel yang menyebab 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera. Rakyat Malaysia antara yang dilaporkan terkorban dalam serangan barbarian ini.

Konvoi bantuan untuk rakyat Gaza yang mengandungi 7 buah kapal ini telah memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung oleh tentera Israel dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara sahaja yang melaporkan diserang.

Kapal-kapal ini turut membawa ahli-ahli parlimen dari Malaysia, Eropah dan beberapa negara lain dan mereka kini berdepan dengan serang-serang yang lebih berat dari regim Israel.

Teruskan membaca

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Teruskan membaca

Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.

PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.

PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.

Teruskan membaca

PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

Teruskan membaca

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua


picture8Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Teruskan membaca

PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara


Gambar lain boleh dilihat di bawah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Teruskan membaca

APCO Punca Najib Enggan Halang Blair, Rakyat Akan Berhimpun


Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.

APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.

Teruskan membaca

PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah Seks


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius peningkatan 50 peratus jenayah seks dinegara ini sejak 2005-2009. Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen menunjukan peningkatan ketara iaitu dari 2,427 kes pada 2005 kepada 4,238 kes pada 2009 melibatkan jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram.

PAS melihat statistik jumlah tangkapan keseluruhan kes keganasan seks bagi tempoh 5 tahun, iaitu sebanyak 11,347 kes berbanding yang dilaporkan sebanyak, 17,283 kes lebih merisaukan kerana jumlah yang masih belum diselesaikan setiap tahun masih banyak iaitu sekitar 34 peratus.

Mangsa pula terdiri dari kanak-kanak sehinggalah kalangan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas. Dalam sesetengah kes, mangsa bukan sahaja dirogol tetapi ada yang diragut, dicederakan dan dibunuh. Masyarakat pasti lebih risau membaca statistik ini kerana peningkatan kes adalah sebanyak 50 peratus sedangkan jumlah kes yang diselesaikan masih kekal ditakuk lama.

Dalam hal ini PAS melihat bahawa Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan selama ini mempunyai masalah. Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama.

Teruskan membaca

GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN


Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadi manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Teruskan membaca

Kematian Syafiah Humairah tamparan hebat kepada Kerajaan dan rakyat


Parti-Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa kesal dan dukacita diatas kematian seorang anak kecil yang tidak berdosa, Syafiah Humairah Sahari. PAS melihat kematiannya adalah tamparan hebat kepada Kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat dinegara ini.

PAS yakin, majoriti rakyat dinegara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung dikhalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya. PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini.

PAS juga menyeru kepada Kerajaan untuk menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah. Usha murni membina masyarakat bukan tergantung kepada satu Kementerian ini sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat dinegara ini.

Teruskan membaca

Kebanjiran warganegara asing di Malaysia membimbangkan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan dengan seluruh rakyat Malaysia yang kini begitu resah dengan kebanjiran warganegara asing khususnya mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin atau tinggal melebihi waktu.

Pekerja asing yang berpermit sahaja kini sudah melebihi 2.1 juta orang dan mereka bekerja dipelbagai sektor. Manakala mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin dan tinggal melebihi waktu yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasan berjumlah sekitar 500 ribu – 800 ribu orang.

Sektor keselamatan (Pengawal Keselamatan) negara kini dikuasai oleh warganegara Nepal, Pembantu rumah dikuasai oleh warganegara Indonesia, restoran mamak pulak dikuasai oleh warganegara India, begitu juga sektor perkilangan, perladangan dan sebagainya.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kewujudan koloni-koloni khas bagi warganegara asing ini hingga merubah suasana negara ini dan menakutkan rakyat.

Teruskan membaca

Anggota Rasuah, Kredibiliti SPRM Tercalar


suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionParti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkat intergriti pegawai-pegawai penguasanya bagi memastikan organisasi itu mampu untuk memberikan jaminan kepada rakyat akan kesungguhannya membanteras rasuah dinegara ini.

Pendakwaan dimahkamah terhadap seorang Penolong Penguasa SPRM Selangor yang dituduh meminta rasuah sebanyak RM250,000 dari seorang suspek yang dituduh merasuah pegawai lain di Imigresen dan jabatan pendaftaran negara amat memalukan dan mencalarkan imej SPRM. Harapkan pagar, pagar pula jual diri.

Teruskan membaca