Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.


Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Idris Hj Ahmad

12/5/12

Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

 

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah.

 

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu .

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

 
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.  Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

 

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

 

Sent from my iPad

Judi Bikin Umno Bergolak, Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato’ Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

Teruskan membaca

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

Teruskan membaca

55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.

Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Teruskan membaca

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan pendedahan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menang di Sibu kerana bijak memainkan isu terutamanya isu Kapal Selam Scorpene dan kehilangan dua enjin Jet TUDM.

Pendedahan yang dibuat ketika pertemuan dengan ahli-ahli Umno di Bagan Datoh Ahad lepas sebenarnya membongkar kelemahan Najib sendiri kerana dua isu ini berlaku ketika zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Ahli Umno dan BN kena melihat fakta ini. Najib kini menjadi beban kepada mereka. Jika Pak Lah dulu dijatuhkan kerana dikatakan menjadi punca kekalahan BN akibat sikapnya yang tidak tegas dan mengutamakan keluarga, kini Najib juga bakal membawa petaka yang sama kepada BN menjelang PRU-13.

Umno-BN tidak mampu menafikan dakwaan dan fakta yang dibentangkan oleh Pakatan. Malah kes rasuah kapal selam yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis menghantui Najib. Kebocoran yang berlaku kepada kapal selam itu turut memalukan sistem pertahanan negara dikalangan negara ASEAN. Malah kematian Altantuya yang dikaitkan dengan urusniaga Kapal selam ini juga masih menjadi misteri dan rakyat hingga kini tidak tahu siapakah sebanranya Sirul Azhar dan Azilah Hadri. Bagaimana wajah mereka, kenapa hendak disembunyikan.

Teruskan membaca

PAS Mahu Kerajaan Tambah AP Gula, Selesaikan Mogok Peniaga Segera


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan menambahkan permit import (AP) bagi gula dan segera menyelesaikan mogok yang yang dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang bermula hari ini.

Tindakan 20 ribu ahli persatuan ini mungkin tidak akan menjejaskan rakyat yang tinggal dibandar besar kerana mempunyai pasaraya besar yang mudah dikawal oleh kerajaan, tetapi secar tidak langsung ia akan memberikan masalah kepada rakyat diluar bandar.

PAS melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan lesen penjualan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung merumitkan lagi masalah kekurangan barang-barang ini dipasaran. Walaupun pada masa ini lesen ini diberikan secara percuma, tetapi sambutannya amat sedikit. Hanya 1500 peruncit sahaja yang mengisi borang berbanding dari 70 ribu yang ada.

Keengganan para peruncit memberikan kerjasama amat mengecewakan rakyat. PAS yakin dari lebih 70 ribu peruncit diseluruh negara, majoriti mereka tidak bersetuju dengan kempen boikot ini. Walaubagaimana pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah turun padang dan meningkatkan penguatkuasaan mereka.

Teruskan membaca

Ustaz Hassan Shukri: Perginya Murabbi, Naqib & Ayahanda Pemuda Gombak


Oleh Pemuda Gombak

Dalam kenangan …

(Gambar penulis bersama Ustaz Hassan Shukri dalam program usrah gabungan bulan lalu)

Allah Taala berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud : Di antara orang-orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Kita semua baru selesai dan pulang dari Muktamar Tahunan Pas yang diadakan di PUTIK Kelantan. Semua lapisan jawatankuasa dalam PAS hadir sebagai tanggungjawab bersama. Menyulusuri agenda perbincangan untuk kepentingan parti. Sama-sama menanggung amanah parti untuk bekerja bagi kepentingan dan memartabatkan Islam.

Namun, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Sedih semua golongan yang cintakan Islam. Kesedihan ini meliputi penduduk langit dan bumi. Perginya insan yang sepanjang hayatnya hidup dengan memperjuangkan Islam. Beliau adalah Murabbi, Naqib dan Ayahanda Pemuda Gombak iaitu Almarhum Al-Fadhil Ust Hassan Syukri Hafizahullah. Namanya antara Insan Murabbi yang menjadi regular naqib bagi Pemuda Gombak.

Teruskan membaca

PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Teruskan membaca

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Teruskan membaca

Al-Fatihah-Pemergian Ust. Hassan Shukri Ke Rahmatullah Satu Kehilangan Besar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Ust. Hassan Shukri dan semua pendokong PAS. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat PAS dan Gerakan Islam hari ini.

Harakahdaily-Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Teruskan membaca

Judi : Rasuah Kebajikan RM 525 juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat


Judi : Rasuah Kebajikan RM 525 juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap sumbangan duit hasil judi bernilai RM 525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola baru-baru ini.

Sumbangan ini diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka dari menentang kelulusan judi bola yang diberikan Kerajaan kepada syarikat beliau.

PAS melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik. Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain.

Kaki-kaki judi dinegara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan Kerajaan. Masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

PAS berharap agar Kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Konvoi Gaza-PAS kutuk Israel, minta rakyat Malaysia solat hajat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan helikopter tentera Israel yang menyebab 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera. Rakyat Malaysia antara yang dilaporkan terkorban dalam serangan barbarian ini.

Konvoi bantuan untuk rakyat Gaza yang mengandungi 7 buah kapal ini telah memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung oleh tentera Israel dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara sahaja yang melaporkan diserang.

Kapal-kapal ini turut membawa ahli-ahli parlimen dari Malaysia, Eropah dan beberapa negara lain dan mereka kini berdepan dengan serang-serang yang lebih berat dari regim Israel.

Teruskan membaca

Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

Teruskan membaca

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Teruskan membaca

Mahasiswa 21 tahun berhak berpolitik


KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

“Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka,” katanya.

Teruskan membaca