Pas Tidak Akan Naik Kapal Bocor


Parti Islam Semalaysia Pas menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN. Pas tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan Pas akan berusaha supaya  ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan Pas. Pas tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang umno  sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang hanya mementingkan” perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan Pas yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. Pas sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

Pas menganggap cukuplah umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai  rakyat yang tidak bertanah   Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.Pas tidak akan izinkan umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. Pas wajib ganti umno.

Pelabur Percaya PR, BN Perlu Serah Mandat


Pas mengucap tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana mendakwa bahawa pelabur tidak datang  ke negara ini kerana percaya  dakyah pembangkang.  Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah ,menyerahkan madat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini Teruskan membaca

Rasai Keperitan Rakyat: Najib Cakap, Pemimpin PR Buat


 

 

Parti Islam Semalaysia Pas menganggap ucapan  Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, supaya pemimpin perlu merasai derita rakyat hanya retorik sahaja, kerana ia  menyimpang daripada tindakan. Realiti yang berlaku pada hari ini pemimpin negara yang memerintah 57 tahun setelah merdeka bukan memikirkan supaya rakyat miskin terbela dan kualiti hidup ditingkatkan. Bahkan kemiskinan dan penderitaan rakyat ini telah menjadi umpan untuk memancing undi setiap kali pilihanraya. Teruskan membaca

PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Teruskan membaca

PAS Mahu Kerajaan Tambah 12 Ketetapan lagi Berhubung Usul kutuk Israel


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:

  1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.
  2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.
  3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.
  4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.
  5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996. Teruskan membaca

Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

Teruskan membaca

Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.

PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.

PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.

Teruskan membaca

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Teruskan membaca

Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat Dari Mursyidul Am PAS


Oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

Teruskan membaca

Ringkasan Prestasi 4 kerajaan negeri Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun


Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Teruskan membaca

Umno sabotaj ekonomi Kelantan dengan JPP dan wang ehsan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan karenah Umno yang tidak pernah ikhlas membantu Kelantan. Kelantan yang diperintah PAS selama dua dekad, tidak pernah sunyi dengan gangguan dan sabotaj dari Umno yang masih menguasai Kerajaan Persekutuan atas tiket Barisan Nasional.

Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mengesa agar Kelantan tidak berterusan ‘eksport’ rakyatnya dan mendakwa bahawa kedudukan perniagaan di negeri itu sebagai tidak bermaya adalah salah satu contoh persepsi buruk yang cuba ditimbulkan oleh Umno. Kedudukan ekonomi Kelantan masih baik dan peluang perniagaan sentiasa ada di Kelantan.

Isu Kelantan ‘eksport’ rakyatnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana negeri lain seperti Johor, Terengganu, Pahang, dan Kedah juga adalah antara negeri yang aktif mengeksport rakyatnya. Negeri Johor sebelum ini dilaporan mengeksport lebih dari 100 ribu rakyatnya untuk bekerja di Singapura iaitu negara jiran Malaysia. Ini berbeza dengan Kelantan yang kebanyakkan rakyatnya bekerja di Lembah Klang dan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia secara umumnya. Sebelum ini, perkara sebegini tidak pernah menjadi isu, kenapa sekarang beliau membangkitkannya.

Teruskan membaca

Umno tak anjur perarakan, kenapa Pulau Pinang Di Pertikai?


Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Teruskan membaca

Penderhaka : Tok Pa Ungkit Pemberian 9.3 Juta, Tapi Rampas Royalti 1 Bilion


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dakwaan rakyat elantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM 1 Bilion.

Beliau sepatutnya malu kepada ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatannya itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno. Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan.

PAS mengecam surat layang di edarkan bagi memburuk-burukan imej ahli parlimen Gua Musang itu. Adalah tidak wajar beliau menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri diatas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Teruskan membaca

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara


Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahamann mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010.

Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW.

Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat.

Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun umno sapu bersih di kawasan melayu

Teruskan membaca

Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Hasil negeri

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Teruskan membaca