Judi, Mansuh Subsidi, GST dan Minyak Naik bukti Kerajaan Najib tiada duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Teruskan membaca

Kemangkatan Sultan: Pimpinan dan ahli PAS rafak takziah


KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS merakamkan ucapan takziah kepada kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi awang dalam satu kenyataan berkata, PAS mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkanroh baginda bersama orang-orang yang soleh.

“Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010.

“Patik sekalian berdoa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan baginda di kalangan orang-orang yang soleh,” katanya.

Teruskan membaca

Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz


Oleh Ismail Hashim  

Harakah, PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Teruskan membaca

Banyakkan menerang bukan menyerang – Abdul Hadi


Oleh Nazri Abdullah   

SHAH ALAM, Harakahdaily-9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.

Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.

“Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan,” ujarnya.

Teruskan membaca

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS


Oleh Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Teruskan membaca

Halang beri laporan media perkara lama


KUALA LUMPUR, Utusan Malaysia 27 Dis. – Ketetapan yang membenarkan hanya pemimpin tertentu dalam Pas mengeluarkan kenyataan media bukannya perkara baru tetapi ia telah diamalkan secara meluas oleh parti itu sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan mendakwa ia merupakan mekanisme baru parti bagi mengawal media daripada melaporkan berita yang boleh membawa imej buruk kepada Pas.

Teruskan membaca

Harussani condong bela UMNO: Pas


SHAH ALAM, Sinar Harian, 16 Dis 2009 – Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Teruskan membaca

10 Ribu Tiket Percuma Untuk Pelajar Sekolah Bagi Menonton Konsert Ella, Mas Idayu


Dalam keadaan semua orang bercakap mengenai keruntuhan akhlak dan moral maka tiba-tiba berita 10 ribu tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah Selangor menonton konsert yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2008 oleh pihak penganjur.(Utusan Malaysia 19hb Jun 2008).

Apakah ini modal insan yang kita hendak lahirkan. Apakah ini rupa paras remaja sekolah yang kita hendak bentuk?. Sudah cukup Umno/BN menjahanamkan remaja dan belia melalui budaya yang tidak membangunkan intelektual dan jati diri rakyat negara ini.

Teruskan membaca

CONTOH KETUANAN MELAYU DI NEGERI DARUL UMNO JOHOR?


KOTA TINGGI 13 Jun 2008- (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah ini kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini.

Lebih mengecewakan, kata mereka, pejabat tanah didakwa telah meluluskan permohonan sebuah syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakan tanah tersebut.

Teruskan membaca

PM jangan hanya pandai cabar pelajar, cabar diri sendiri dahulu – Ustaz Idris


Oleh Abu Bakar Rahman

KUALA LUMPUR, (Hrkh) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jangan hanya pandai menyuruh pelajar bumiputera menghadapi cabaran sedangkan kerajaan pimpinannya tidak pernah lulus dalam cabaran mempersiapkan guru-guru, sistem dan prasarana yang sewajarnya dan boleh digunakan untuk membolehkan para pelajar mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan berkesan, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Teruskan membaca