Awas Operasi Lalang Edisi 1 Malaysia


Parti Islam Semalaysia Pas bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku  selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr  Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres  China yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%. Teruskan membaca

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.

Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.

Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah..

Teruskan membaca

55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.

Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Teruskan membaca

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan pendedahan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menang di Sibu kerana bijak memainkan isu terutamanya isu Kapal Selam Scorpene dan kehilangan dua enjin Jet TUDM.

Pendedahan yang dibuat ketika pertemuan dengan ahli-ahli Umno di Bagan Datoh Ahad lepas sebenarnya membongkar kelemahan Najib sendiri kerana dua isu ini berlaku ketika zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Ahli Umno dan BN kena melihat fakta ini. Najib kini menjadi beban kepada mereka. Jika Pak Lah dulu dijatuhkan kerana dikatakan menjadi punca kekalahan BN akibat sikapnya yang tidak tegas dan mengutamakan keluarga, kini Najib juga bakal membawa petaka yang sama kepada BN menjelang PRU-13.

Umno-BN tidak mampu menafikan dakwaan dan fakta yang dibentangkan oleh Pakatan. Malah kes rasuah kapal selam yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis menghantui Najib. Kebocoran yang berlaku kepada kapal selam itu turut memalukan sistem pertahanan negara dikalangan negara ASEAN. Malah kematian Altantuya yang dikaitkan dengan urusniaga Kapal selam ini juga masih menjadi misteri dan rakyat hingga kini tidak tahu siapakah sebanranya Sirul Azhar dan Azilah Hadri. Bagaimana wajah mereka, kenapa hendak disembunyikan.

Teruskan membaca

PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

Teruskan membaca

Kebanjiran warganegara asing di Malaysia membimbangkan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan dengan seluruh rakyat Malaysia yang kini begitu resah dengan kebanjiran warganegara asing khususnya mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin atau tinggal melebihi waktu.

Pekerja asing yang berpermit sahaja kini sudah melebihi 2.1 juta orang dan mereka bekerja dipelbagai sektor. Manakala mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin dan tinggal melebihi waktu yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasan berjumlah sekitar 500 ribu – 800 ribu orang.

Sektor keselamatan (Pengawal Keselamatan) negara kini dikuasai oleh warganegara Nepal, Pembantu rumah dikuasai oleh warganegara Indonesia, restoran mamak pulak dikuasai oleh warganegara India, begitu juga sektor perkilangan, perladangan dan sebagainya.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kewujudan koloni-koloni khas bagi warganegara asing ini hingga merubah suasana negara ini dan menakutkan rakyat.

Teruskan membaca

Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Teruskan membaca