Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN


Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN

Idris hj Ahmad
7/6/12

Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi  tidak faham konsep Federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa. Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu.

Alasan dangkal Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.  kerana Kerajaan PR hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah kerajaan Pusat selepas PRU 13,, bukan sekarang ini.  Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi.

Kerajaan negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasuk kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pastport antarabangsa, cukai ke atas restoran. Masalahnya sekarang semua hasil ini diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor. Nampaknya semangat Federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.

Jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel. Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada dipenghujung hayat, insayaAllah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN. Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno


RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang Runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan Teruskan membaca

Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.


Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.
Idris Ahmad
31/10/11
Setiap kali laporan Ketua Audit negara di keluarkan masalah yang berlaku tetap sama. Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih. Ini adalah skima yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi. Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena. Teruskan membaca

Pemimpin Dan Media Umno, Hentikan Pembohongan Berita Bersih


Pemimpin Dan Media Umno, Hentikan Pembohongan Berita Bersih
Idris ahmad
11/7/11

Pemimpin Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13.

Media umno  cuba hendak memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan. Pengamal media pro BN juga sudah melanggar etika laporan yang penuh dengan prajudis dan fitnah. Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi 

Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.

Kita menasihat pemimpin BN dan media pro BN hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini. Biarlah kamu meninggalkan  
pemerintahan kamu dengan tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang. InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang. Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri umno pada masa akan datang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib Takut Dengan Kartun Zunar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun. Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka.

Teruskan membaca

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

Teruskan membaca

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.

Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.

Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah..

Teruskan membaca

55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.

Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Teruskan membaca

PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Teruskan membaca

Judi : Rasuah Kebajikan RM 525 juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat


Judi : Rasuah Kebajikan RM 525 juta Oleh Vincent Tan Menghina Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap sumbangan duit hasil judi bernilai RM 525 juta yang diberikan oleh Tan Sri Vincent Tan bagi tujuan kebajikan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation adalah satu rasuah dan penghinaan kepada rakyat yang menentang kelulusan judi bola baru-baru ini.

Sumbangan ini diberikan dengan harapan rakyat menutup mulut mereka dari menentang kelulusan judi bola yang diberikan Kerajaan kepada syarikat beliau.

PAS melihat bahawa beliau cuba mempermain-mainkan tuntutan rakyat yang mahu lesen judi ditarik balik. Sumbangan beliau ini adalah datang dari sumber yang haram dan sesuatu yang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan perkara kebaikan kerana ia diperolehi melalui penindasan kepada orang lain.

Kaki-kaki judi dinegara ini bertambah setiap tahun berikutan pertambahan pusat-pusat judi dan jenis lesen judi yang diluluskan Kerajaan. Masalah sosial, beban hutang, kemiskinan, keruntuhan keluarga dan masyarakat akibat gejala judi adalah antara sumbangan lain Vincent Tan kepada masyarakat yang tidak diceritakan oleh media.

PAS berharap agar Kerajaan serius menangani masalah masyarakat ini dan menarik balik kelulusan judi yang diberikan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

Teruskan membaca

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Teruskan membaca

Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi


Oleh Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘kepala besar’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).

Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.

“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.

Teruskan membaca

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Teruskan membaca

PAS Mahu Forum Ekonomi Islam Dunia Kuala Lumpur Sokong Iran Boikot APCO-Israel


6th-wiefParti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18-20 Mei 2010 membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.

Forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya Islam harus melihat perkara ini sebagai isu bersama. Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel. Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel seperti Indonesia, Turki, Jordan, Mauritania dan beberapa lagi negara.

Perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel sedangkan mereka semua termasuk Kerajaan BN Malaysia bersekongkol untuk menyokong Zionis Israel. Mereka kena boikot Israel dan semua syarikat yang ada hubungkait dengan pelobi Israel termasuk APCO.

Teruskan membaca