Najib Gelabah Menghadapi Kebangkitan Rakyat


Najib Gelabah Menghadapi Kebangkitan Rakyat

Parti Islam Semalaysia Pas nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama  dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk  mendapat sokongan majoriti kerana masih  ada lagi rakyat yang belum berpuas hati  terhadap BN. Teruskan membaca

TUN MAHATHIR UGUT MELAYU


Parti Islam Semalaysia Pas kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan melayu jika terus berpecah. Pas berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini. Berkali-kali Pas tegaskan kepada rakyat kalau umno kalah yang menangnya ialah Pas. Umno akan berhadapan dengan Pas di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno. Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham. Teruskan membaca

Daftar Pengundi : BN tidak Konsisten, SPR Tersepit


Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih. Semalam Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dimana, setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Pakatan rakyat sudah lama mencadangkan perkara ini dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan ‘freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision’ dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.

Jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber. Akibat penolakan itu, SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikan bayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3. Tetapi cadangan ini pula ditolak oleh Dr. Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.

Teruskan membaca

Pendakwaan Liong Sik Buktikan Kewujudan Penyelewengan Kalangan Pemimpin BN


Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA merangkap menteri kanan di zaman pemerintahan Mahathir membuktikan bahawa dakwaan Pakatan selama ini berhubung wujudnya penyelewengan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah benar.

Liong Sik yang juga mantan Menteri Pengangkutan bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan Kerajaan bagi pembelian tanah seluas 999.5 ekar bernilai RM1,088,456,000.00 di Pulau Indah.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin bahawa ramai lagi pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini dan Liong Sik hanyalah kambing hitam bagi menunjukan lakonan ‘kejujuran’ Kerajaan BN hari ini bagi menutup kes PKFZ.

PAS juga curiga dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengatakan bahawa siasatan ke atas skandal PKFZ adalah “mencukupi” dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula.

Teruskan membaca

Al-Fatihah-Pemergian Ust. Hassan Shukri Ke Rahmatullah Satu Kehilangan Besar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Ust. Hassan Shukri dan semua pendokong PAS. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat PAS dan Gerakan Islam hari ini.

Harakahdaily-Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Teruskan membaca

PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah Seks


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius peningkatan 50 peratus jenayah seks dinegara ini sejak 2005-2009. Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen menunjukan peningkatan ketara iaitu dari 2,427 kes pada 2005 kepada 4,238 kes pada 2009 melibatkan jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram.

PAS melihat statistik jumlah tangkapan keseluruhan kes keganasan seks bagi tempoh 5 tahun, iaitu sebanyak 11,347 kes berbanding yang dilaporkan sebanyak, 17,283 kes lebih merisaukan kerana jumlah yang masih belum diselesaikan setiap tahun masih banyak iaitu sekitar 34 peratus.

Mangsa pula terdiri dari kanak-kanak sehinggalah kalangan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas. Dalam sesetengah kes, mangsa bukan sahaja dirogol tetapi ada yang diragut, dicederakan dan dibunuh. Masyarakat pasti lebih risau membaca statistik ini kerana peningkatan kes adalah sebanyak 50 peratus sedangkan jumlah kes yang diselesaikan masih kekal ditakuk lama.

Dalam hal ini PAS melihat bahawa Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan selama ini mempunyai masalah. Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama.

Teruskan membaca

Dua Tahun Pakatan Rakyat, PAS Kekal Sebagai Komponen Yang Penting


Pada hari ini, 8 Mac adalah hari yang paling bermakna buat rakyat dan Pakatan Rakyat (PR). Dua tahun yang lalu iaitu pada 2008 rakyat telah menunjukan betapa seriusnya mereka mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Kelantan kekal ditangan PAS dan lima negeri lagi jatuh ke tangan PAS, PKR, DAP iaitu-Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mujurlah Wilayah tidak ada DUN).

Dengan kejayaan itu, ia memberikan inspirasi kepada penubuhan PR yang mengukuhkan kedudukan rakyat yang bencikan kezaliman BN. PR menguasai 82 kerusi Parlimen dan BN menguasai 140 kerusi Parlimen.

Selepas 8 Mac 2008, Umno kembali menyedari bahawa mereka kini kembali bersendirian menjadi juara BN selepas kekalahan teruk komponen lain kecuali parti-parti di Sabah Sarawak. Umno cuba memujuk PAS untuk bergabung di Selangor, Perak dan Kedah.

Teruskan membaca