PAS Ucap Takziah, Pondok Lubuk Tapak Terbakar


Parti Islam Se-Malaysia mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah yang kehilangan 3 blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran jam 2 pagi hari ini.

Pondok Lubuk Tapah merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan pada tahun 1931.

Pondok ini telah banyak berbakti kepada rakyat Kelantan dan umat Islam dinegara ini umumnya dan PAS berharap agar alumni Lubuk Tapah bersama ahli PAS dapat memberikan sumbangan bagi membina semula bangunan yang telah terbakar.

Bagi yang ingin memberikan sumbangan bolehlah hubungi pejabat pondok berkenaan di talian : 09-7905672 atau saudara Azlan 014-5064930.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

BTN : Gagasan 1 Malaysia menyanggah pandangan Ketua Penerangan Umno


Kenyataan Media

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyanggah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa bahawa Negara ini akan musnah jika tiada Biro Tata Negara (BTN).

Pandang beliau jelas menafikan fakta sejarah bahawa masalah perkauman di negara ini sebenarnya menjadi begitu serius selepas BTN diwujudkan dimana kita melihat para peserta kalangan pelbagai kaum diajar tentang sejarah dan kepentingan kewujudan parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC.

Teruskan membaca

Bahasa Ketiga: Bahasa Mandarin dan Tamil patut diutamakan berbanding Bahasa Jepun


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia memandang positif hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mewujudkan Bahasa Ketiga untuk diajar di Sekolah Menengah Harian. Walaubagaimana pun, PAS meminta agar pihak Kementerian menimbangkan semula cadangan menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga yang akan diajar.

PAS tidak menafikan keperluan memperlajari Bahasa Jepun memandangkan kepesatan teknologi semasa yang banyak dipengaruhi oleh negara Jepun. Walaubagaimana pun Kementerian wajar melihat keperluan peringkat domestik di mana dalam negara ini kebanyakan rakyat bercakap dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Mandarin), Bahasa India (Tamil) dan Bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa lain hanya digunakan oleh kumpulan minoriti sahaja begitu juga dengan Bahasa Jepun.

PAS memahami hasrat Kementerian yang mahu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia ke kedudukan yang lebih tinggi. Tetapi kos untuk menghadirkan guru-guru pakar dari luar negara ini amat tinggi sedangkan hasil atau pun manfaat tidaklah begitu besar bagi penggunaan domestik. Jika program ini disasarkan untuk melahirkan pelajar dan tenaga kerja ke luar negara yang fasih berbahasa Jepun bagi keperluan masa akan datang, maka tumpuannya hanya untuk pergi di Jepun sahaja.

Teruskan membaca

PPSMI sepatutnya dimansuhkan lebih awal, Kekurangan Guru BI Masalah Sebenar


Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
 
Namun menjadi persoalan, kenapa tahun 2012 baru PPSMI dimansuhkan sedangkan semasa perlaksanaannya dulu Kerajaan mengambil masa kurang dari enam bulan untuk melaksanakannya. Keputusan Kabinet dibuat pada Julai 2002 dan PPSMI dilaksanakan pada Januari 2003.
 
Adalah tidak masuk akal Kerajaan mampu mengubah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu yang diamalkan sejak 50 tahun lalu kepada PPSMI dalam tempoh Lima bulan tetapi tidak mampu membetulkan keadaan itu dengan segera walhal Dasar PPSMI baru Enam tahun dilaksanakan.
 

MANSUH PPSMI : KEMENANGAN RAKYAT


Satu kemenangan untuk  rakyat apabila PPSMI dimansuhkan bermula tahun 2012. Demikian diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini. Beliau membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Teruskan membaca

Manik Urai: Guna dana Kem. Pelajaran untuk pikat pengundi, Umno nafikan hak pelajar di tempat lain


Pilihanraya Kecil N41 Manik Urai merupakan pertembungan dua parti politik terbesar tanah air, PAS vs Umno. PAS melihat bahawa ini adalah pertembungan politik peribadi yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana kementerian atau agensi Kerajaan.

Justeru itu, PAS melihat tindakan Umno mengunakan dana Kementerian Pelajaran bagi memberikan uniform dan beg sekolah secara percuma kepada 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai sebagai satu tindakan ‘rasuah politik’ kepada keluarga pelajar berkenaan sempena musim pilihanraya.

PAS tidak menolak sebarang bantuan kepada rakyat termasuk di Manik Urai. Tetapi tindakan memberikan bantuan kepada pelajar di Manik Urai (disini sahaja) pada musim Piliharaya Kecil adalah tidak kena, apatah lagi pemberian itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu atas alasan sebagai ‘tanda ingatan’ kementerian berkenaan. Pemberian pertama telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru semalam dan bakinya akan diberi sepanjang tempoh berkempen.

Teruskan membaca

Oxford ajar UiTM cara layan pelajar yang dibicarakan


Tindakan Universiti Oxford yang memberikan ijazah Doktor Falsafah kepada Abdul Razak Baginda baru-baru ini wajar diambil pengajaran oleh Universiti Teknologi Mara serta Universiti lain di Malaysia.

Razak mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Selepas dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas, beliau memohon untuk menyambung pengajiannya dan pihak Oxford menerimanya permohonan itu dan akhirnya memberikan anugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil) selepas beliau menyelesaikan disertasi beliau.

Dalam kes beliau, Oxford tidak mengantung beliau walaupun mengetahui bahawa beliau sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Oxford membenarkan permohonan penangguhan pengajian beliau sehinggalah kes berkenaan selesai atau beliau dibebaskan.

Perkara ini jelas berbeza dengan kes seorang mahasiswa UiTM, Helman Sanuddin yang didakwa dimahkamah kerana dituduh menyertai satu perhimpunan membantah akta ISA pada 8 Jun 2001, di Masjid Negara.

Teruskan membaca

HAD 10 SUBJEK SPM: DASAR PELAJARAN UMNO/BN MAKIN BERSERABUT


1.Dasar pelajaran negara semakin pening macam kepala pemimpin Umno pening melihat rakyat tidak mahu BN.

2.Setiap kali berubah Menteri, maka berubahlah dasar. Yang menjadi mansa ialah guru, pegawai kementerian dan pelajar.

3. Dasar berubah hendak tunjuk setiap Menteri ada idea baru walaupun isinya habuk tidak ada. Apabila Mahyudin Yasin menjadi Menteri Pelajaran, maka ia mencadangkan pelajar SPM hanya ambil setakat 10 matapelajaran dan hendak wajib subjek Inggeris wajib lulus dalam SPM.

4.Kenapa beliau hendak hadkan 10 mata pelajaran sahaja. Berilah demokrasi sikit pada pelajar yang hendak ambil lebih mata pelajaran. Pelajar yang hendak ambil lebih dia tahulah kemampuannya. Pelajar yang tidak mampu mereka tidak ambil lebih mata pelajaran hanya cukup makan sahaja.

5. Apa masalahnya pelajar hendak ambil lebih daripada 10 mata pelajaran. Apakah pemimpin Umno cemburu kerana yang berjaya mendapat cemerlang dalam SPM adalah daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh seorang Tok Guru.

Teruskan membaca

KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS


Muqaddimah

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para rasul dan nabi-nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara ini Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan obak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islam mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Kepimpinan adalah mereka yang mesti banyak bekorban dan berjuang, kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam konteks menguruskan perjuangan. Lebih-lebih lagi menjadi pemimpin Pas yang perlu banyak bekorban. Memimpin Pas bukan satu status kemasyhuran tetapi ia sebagai tanggungjawab, kerana Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang sentiasa diburu dan diperhati oleh musuh dalam dalam luar negara.

Teruskan membaca

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’


Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Teruskan membaca

Pengurusan Tarbiah Yang Sistematik


Semua orang akur bahawa tarbiah penting dalam menjana kekuatan parti dan menyediakan tenaga kerja kepada parti untuk akan datang. Di antara rahsia kekuatan Pas sehingga mampu berada dipersada perjuangan di negara ini kerana bertunjangkan kekuatan tarbiah yang menjadi agenda penting kepada parti.

Peranan tarbiah tidak ada noktah terakhir, malahan ia terus berjalan seiring dengan proses kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia juga tidak terhenti kepada ahli bawah sahaja malahan juga kepada mereka yang bergelar pemimpin. Kita akan mengalami kepupusan ahli dan kepimpinan pada masa akan datang jika pengurusan tarbiah tidak diatur dengan baik. Tenaga kerja untuk menggerakkan pilihanraya akan terbantut apabila sistem tarbiah tidak berjalan dengan teratur.

Teruskan membaca

SASTERAWAN NEGARA DI MARKAZ TARBIAH MELEWAR: SATU SEJARAH


a samad saidSejarah bagi Markaz Tarbiah Taman Melewar kerana 1hb Feb 2009 Ahad malam Isnin telah dikunjungi oleh Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said. Beliau hadir bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris anjuran Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan.

Turut berceramah pada malam itu ialah Tuan Haji Mohd Sabu (Naib Presiden Pas), Hanifa Maidin (Ajk Pas Pusat), Tuan Haji Mohd Nor Mohammad (Pesuruhjaya WP), Prof Dr Shahrir Mohd Zin (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masukhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan saya sebagai pengerusi majlis.

Teruskan membaca

HIJRATUL RASUL SAW UNTUK MENGAMALKAN ISLAM YANG SYUMUL


Kalau hendak menghayati Islam seperti yang Umno pejuangkan , baginda tidak perlu berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Bukan nabi SAW tidak sayang Makkah, tempat tumpah darah baginda . Seperti pepatah menyebut “hujan emas di negeri orang manalah hendak sama dengan gas pemedih mata di negeri sendiri”. Setelah baginda di Isra’ dan Mikraj oleh Allah dengan membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang dapat diimani oleh manusia, namun orang-orang kafir dan musyrik tidak juga menerima. Apa yang berlaku ialah bertambah kesombongan , keingkaran dan keangkuhan terhadap risalah yang dibawa oleh baginda nabi SAW. Malahan mereka melipat ganda untuk menyakit hati baginda nabi Muhammad SAW dan sampai kepada peringkat untuk membunuh baginda dengan harapan cahaya agama tidak bersinar dia atas muka bumi ini.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah baginda diarahkan berhijrah untuk mencari pengkalan baru dalam dakwah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda meninggalkan padang permainan sejak dari kecil dan kampung halaman. Ini merupakan satu ujian dan kepahitan. Bukan semua orang boleh melakukannya.

Teruskan membaca

BERTUDUNG BIARLAH IKUT SYARIAT BUKAN ADAT


Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

Teruskan membaca

TAMAT SEGERA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS


Sekarang Kementerian Pelajar pening kepala menanggani pengajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Akhbar Utusan Malaysia 17/12/2008 melaporkan ada tujuh opsyen hasil daripada persidangan meja bulat. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan persidangan meja bulat PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, semua opsyen tersebut adalah hasil lima siri persidangan meja bulat PPSMI yang disertai oleh wakil parti politik, tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, opsyen itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah selain memulakan PPSMI dari tahun empat hingga sekolah menengah.

Teruskan membaca