BR1M RM500 Umno Jangan Perasan


BR1M RM500 Umno Jangan Perasan
Idris Ahmad
23/1/12

Umno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno.   Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara. Semua rakyat yang layak wajib  ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno.

Pemimpin Umno bising dan menjadi modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya mengenai pemberian BR1M.. Maklumlah pemberian yang diberi 55 tahun setahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk. Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno Bn untuk memberinya. Keadaan yang sama juga berlaku di Trengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an,  tetapi  rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila Pas memerintah Terengganu 1999.

Percayalah Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan PR, walaupun mengalami kekangan kewangan. Kerajaan PR mampu laksanakan, kerana dasar  penjimatan dan memerangi rasuah. Umno terpaksa ikut, jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN. Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurang generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500.00 setelah 55 tahun merdeka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemaraan PR, Menggerunkan BN


Kemaraan PR, Menggerunkan BN
Idris ahmad
16/1/12

Konvensyen PR kali ketiga sudah selesai pada 14/1/12 di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah. Ia merupakan satu lonjakan kepada PR untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya. Usaha BN untuk melihat  PR berpecah gagal, malahan hubungan PR semakin akrab. Pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji. Ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri,  walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Lebih menggerunkan apabila  komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu  menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini. Sebenarnya sebahagian besar  10 perkara  sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan.
 

PR sudah iltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan, dalam masa dua minggu tarif letrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan.Cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut, nampaknya pemimpin Umno hanya berani digelanggang sendiri tanpa lawan,tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara.

Sent from my iPad

Bersatu Tawan Putrajaya, Bukan Jatuhkan PR


Bersatu Tawan Putrajaya, Bukan Jatuhkan PR

Idris Ahmad
12/1/12

Rakyat Selangor bersatu hati untuk menawan Putrajaya supaya melincinkan agenda untuk rakyat di negara ini. Bukan bersatu  untuk menaikkan kembali Umno BN di Selangor yang terbukti parti yang mengkhianat amanah rakyat.

Banyak ganguan yang dihadapi oleh negeri Pakatan Rakyat selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat.

BN yang tidak menghormati konsep Fedaralisme yang berjalan di negara ini. Banyak hak negeri dinafikan, sedangkan hak pusat seperti bayaran pasport, stem, cukai kastam, saman kesalahan lalu lintas, hasil minyak semua dibolot oleh kerajaan pusat.

Oleh itu cadangan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed  yang menyeru rakyat Selangor bersatu hati untuk menawan Selangor di dalam pilihanraya akan datang supaya seiring dengan Putrajaya adalah cadangan daripada orang yang kecewa.

Beliau mengatakan kerajaan PR gagal mengatasi masalah sampah, air dan peniaga bumiputera. Sebenarnya rakyat tidak menghadapi masalah, yang sakit dan tidak bernafas sekarang ialah kroni Umno yang tidak dapat projek. Sekarang syarikat kroni Umno telah dihinggapi histeria kerana syarikat pungutan sampah telah diambil alih oleh Kerajaan Tempatan. Sebab itu berbagai sabotaj dilakukan terhadap kerajaan negeri.

BN Tergugat Di Perak, 135 Wakil Rakyat Terpaksa Berkampung


BN Tergugat Di Perak, 135 Wakil Rakyat Terpaksa  Berkampung
Idris ahmad
10/1/12

Seramai 135 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan mengikuti program pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di beberapa kawasan di utara negeri ini selama tiga hari dua malam bermula 12 Januari ini sebagai petanda Perak tidak  selamat untuk BN. Sebelumnya pemukiman ini telah dibuat di Selangor. Semua ini gara-gara Perak dan Selangor bukan selamat untuk BN di dalam PRU akan datang. Menurut Pengerusi Kelab ADUN BN (BBBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tupuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan. Rakyat Perak akan mengajar pemimpin BN yang menggambil alih dengan cara yang tidak demokratik setelah 11 bulan PR memerintah Perak. Sekarang pemimpin Umno BN terpaks melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat. 

Pemimpin Umno sedar bahawa rakyat benci dengan gelagat mereka ketika mengambil alih kuasa tempoh hari. Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan. Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu.

Walau bagaimana pun rakyat Perak beruntung kerana PR kuat sehingga BN terpaksa menurun bala tenteranya dan membawa berkandar-kandar projek untuk rakyat Perak. Amat rugi negeri yang rakyatnya menyokong Umno, kerana mereka dianak tiri kerana pemimpin Umno sedar mereka ini di dalam gengam Umno BN.

Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat


Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat

Idris ahmad
1/12/11

Tan Seri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC pada 29 november 2011 telah  menyatakan  Dap ganti Pas, bukan Pas ganti Umno. Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar. Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan Pas yang menang sudah tentu antara Umno atau Pas. Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chaw Sow Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung. Kalau inilah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia. Lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Timbalan Presiden Umno menyebut Dap ganti Pas sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih Pas dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara. Parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh  Ketua  Audit  Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

Walaupun Tan Seri Muhyiddiin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada  menyokong Pas, kononnya Dap yang mengganti Pas. Tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno. Jika inilah yang berlaku maka MCA ganti Umno?.

Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN


Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN
Idris ahmad
21/11/11

Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada BN dalam PRU 13 akan datang. Kebimbangan ini disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN. Beliau sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda, mereka anggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja. Sepatutnya beliau tidak perlu takut jika kerajaan  dan pemimpin BN  adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat. Pemimpin PR tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka. Orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran. Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog. Walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi. Kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru. Ini dapat dilihat diruang komen Malaysia Kini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN. Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN. 

Pas Mampu Selamatkan Melayu Islam


Pas Mampu Selamatkan Melayu Islam
Idris Ahmad
14/10/11

Pas mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi.
Sebenarnya ini hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang melayu terus menyokong Umno, ketika parti ini tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat
Kenyataan ini adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya. Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan. Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pengkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.
InsyaAllah doa almarhum Ustaz Fadhil Nor dikabulkan Allah, supaya umur Tuan Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini.
Oleh itu Pas perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Pas terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti Pas mampu mememlihara Melayu Islam. Begitu juga ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Pas yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010. Hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 RM718 juta. Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.
Pas mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil. Merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak. Menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik. Bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.
Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi.Mengkambing hitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang

Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN


Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN
Idris Ahmad
10/10/11
Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN. Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.
Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.
Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.
Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.
Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa”

Pilihanraya Bersih, Seperti Meminta Sisik Daripada Ikan Keli


Seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen  hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh SPR.  Beliau mengumumkan jawatankuasa ini sebagai reaksi  Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih. Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah
Kopi.

Jika beliau jujur supaya perjalanan pilihanraya bersih dan telus maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepada beliau untuk menangguhkan pilihanraya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan. Sebaliknya beliau   menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan  Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihanraya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Isu Gereja, Menenggelam Pendaftaran Pemilih Warga Asing


Isu Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodis Damansara Utama telah  menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta.

Manakala media perdana BN cuba  menimbus isu pendaftaran ini.

Parti Islam Semalaysia Pas telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu ini. Kononnya merekalah pembela agama. Pas istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi. Sejarah telah mencatatkan berlaku  penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda Pas dalam operasi lalang 1987 kerana isu kristianisasi.

Tahniahlah kepada pemimpin umno dan media umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam , umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.

Kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. Sepatutnya kalau umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hanya Orang Salah Takut Celup Jari


Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.  Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut  biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik,
1. Penggunaan  biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR  telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
3. Apa jaminan sistem biometrik  yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.  Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.

4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

5.Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.

Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik


Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir  kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya  dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR  mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang  untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil  , seolah-olah kita minta  teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib Kemaruk Tawan Kelantan.


Datuk Seri Najib Tun Razak nampak kemaruk untuk tawan Kelantan yang diperintah oleh Pas sejak 21 tahun yang lalu. Ketika berucap di Machang Kelantan beliau dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihanraya akan datang. Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya tawan Kelantan dengan memperlekehkan “scoreboard” stadium yang masih menggunakan menual, kerana tidak kemampuan pemimpin Pas.

Sebelum beliau hendak menawan Kelantan, tolong perhati dulu negeri-negeri yang umno perintah termasuk negeri Pahang. Kelantan walaupun diperintah oleh Pas tidaklah sampai mengemis untuk membayar gaji kakitangan dan melaksanakan negeri berkebajikan seperti skim kifalah, bantuan makanan kepada orang miskin dan terbaru bantuan perkahwinan.
Jika Umno menawan Kelantan semua skim ini akan dikuburkan, seperti di Terengganu, Pas menghapuskan cukai pintu kediaman, selepas Umno menang cukai pintu dikenakan kembali.

Di dalam keaadaan Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak dan hak pendaratan minyak Kelantan terus membangun dengan pesat dari segi spritual dan material. Maklumlah negeri Kelantan seolah-olah berada di planet lain, sehingga hak mendarat minyak dinaikkan ke Songkla Siam yang jauh 270 kilometer, berbanding dengan Kelantan hanya 150 kilometer sahaja. Inilah demokrasi ala 1Malaysia
.
Walaupun “scoreboard” di stadium Kelantan menggunakan manual, stadium tidak runtuh. Kita bimbang jika stadium yang Datuk Seri Najib hendak bina, runtuh pula seperti stadium Trengganu yang berharga RM291 juta. Ia hanya sempat “bernyawa” setahun sahaja, seolah-olah binaan  stadium diikat dengan tali pisang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dap Ganti Umno,Hishamudin Pembohong


Parti Islam Semalaysia Pas berpandangan  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,   seorang pembohong  kerana mendakwa Dap ganti Pas. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat  Agung  Umno  Pasir Putih Kelantan .Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa umno wajib diganti dengan Pas, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa Dap ganti Pas supaya orang Islam  menjauhkan diri dengan Pas. Realiti yang berlaku ialah MCA,MIC, Gerakan ganti umno. Contohnya  umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak  kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.

Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza Pas dengan Dap. Bagaimana Dap hendak mengganti Pas, sedangkan Dap hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada Dap melawan Mca, Gerakan, Mic.
Realiti yang berlaku ialah Pas lawan Umno, kalau umno kalah, Pas yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan Pas, maka yang menang ialah Dap? Pas harapkan beliau jangan nyayuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN


Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN

Idris Haji Ahmad

1/3/2011

 

Isu Yang Timbul

Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.

Persoalannya apakah  Mca dan Gerakan bukan parti China?

Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.

Benarkah tuduhan itu?

Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam. Teruskan membaca