Slogan Umno Dahulukan Rakyat, Halwa Telinga Pilihanraya


Slogan “Umno Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Pas berpandangan Slogan umno dahulukan rakyat hanyalah halwa telinga  sahaja untuk melalikan rakyat di negara ini. Ia tidak lebih daripada modal pilihanraya yang sudah hampir, bukan sebagai satu tanggungjawab yang berterusan daripada seorang pemimpin. Teruskan membaca

Eksperimen Rakyat Memilih Pakatan Rakyat Dalam PRU 2008 Tepat


Gesaaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang. Pas berpandangan ucapan Datuk Seri Najib sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan kehadapan walaupun beliau ini terkenal degan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seoalah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja. Teruskan membaca

JANJI 100 Hari, BN Resah


Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO umno  menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara Teruskan membaca

Wikileaks, Jangan Lupa Isu Kenaikan Harga Barang


Walaupun isu wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun Pas mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Teruskan membaca

Najib Gelabah Menghadapi Kebangkitan Rakyat


Najib Gelabah Menghadapi Kebangkitan Rakyat

Parti Islam Semalaysia Pas nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama  dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk  mendapat sokongan majoriti kerana masih  ada lagi rakyat yang belum berpuas hati  terhadap BN. Teruskan membaca

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang


Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat “sekolahkan” pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas  naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.

Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunai dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

Pas mengharapkan seluruh jentera penerangan Pas dan Pakatan Rakyat  mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan Pas mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Di antara perkataan  yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak Bn dalam pilihanraya akan datang. ” Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula” “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu””Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat” “Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat””Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa””Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli””Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat””Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya””Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah” “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis””Mana Wang Petronas Dihabiskan””Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil””Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?””Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini””Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN”

PAS Ganti Umno: Rasional Dan Tindakan


 

Pas dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada  11 Mei 1946, manakala Pas ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. Pas sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan umno berjuang atas perjuangan bangsa. Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya Pas menggantikan umno, ertinya orang melayu perlu menyertai Pas sebagai wadah penyelamat di negara ini. Ini memandangkan umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah Pas Teruskan membaca

Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali.


Tan Sri Muhyidin Yasin  menggesa semua pimpinan parti komponen Bn diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. Pas berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali,   dekat dengan rakyat apabila hampir  dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat  bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab. Teruskan membaca

Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor


Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)  seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka Teruskan membaca

Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi


Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan  Pas untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan  bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan Teruskan membaca

Daftar Pengundi : BN tidak Konsisten, SPR Tersepit


Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih. Semalam Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dimana, setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Pakatan rakyat sudah lama mencadangkan perkara ini dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan ‘freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision’ dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.

Jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber. Akibat penolakan itu, SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikan bayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3. Tetapi cadangan ini pula ditolak oleh Dr. Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.

Teruskan membaca

Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

Teruskan membaca

Undi pos, undi keramat BN


Oleh Mutaligat

Penyokong PR menanti dengan penuh debaran malam Ahad lalu, ketika menanti pengumuman Keputusan PRK Sibu yang dijadualkan pada jam 9.00 malam.

Namun selepas 2 jam menunggu baru ianya diumumkan. Memang kita tahu jika BN kalah sudah tentu keputusan lambat diumumkan. Akhirnya ia terpaksa diumumkan setelah segala ‘usaha’ untuk ‘memenangkan’ BN gagal.

Teruskan membaca