Amaran Kepada Malaysiakini, Zahid Rabun Dengan Media Pro BN.

Amaran Kepada Malaysiakini,  Zahid Rabun Dengan Media Pro BN. 
Idris hj ahmad
21/5/13
 
Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media yang tidak pro BN  yang melaporkan laporan yang betul, yang boleh  merbahaya kepada BN. Pencapaian yang tidak baik oleh  BN di PRU 13 kerana adanya portal, blog, media baru yang menjadi pengimbang berita untuk menjawab fitnah dan pembohongan televisyen yang dikuasai oleh BN.
 
Maklumlah orang baru dapat kuasa, mula hendak tunjuk taring. 
Menjadi kehairanan kepada kita kenapa Malaysiakini yang diberi amaran. Jika apa yang dilaporkan tidak betul sila dakwa di mahkamah. Bukan bercakap dengan penuh emosi. Apakah beliau marah dengan keputusan PRU 13? Adakah beliau marah kepada media yang banyak melaporkan berita di Kementerian Pertahanan dahulu? Seperti isu kapal selam, komisyen kapal selam, enjin jet hilang dan sebagainya.
 
Apakah etika kewartawanan zahid pakai?. Kalau belasah dan fitnah pembangkang maka ini dianggap beretika. Melaporkan berita yang menyemarak perkauman adakah  ini beretika?. Jika ada portal dan akhbar yang mendedahkan untuk kepentingan awam ini dianggap tidak ada etika kewartawanan kerana menggugat kepentingan Umno BN. Jika laporan menguntungkan Umno maka ini dianggap tidak bersalah, malah dianggap suci dalam debu.
Etika mana yang media pro Umno ambil. Sehingga sanggup menyiarkan berita yang diambil daripada blog yang terkenal sebagai bekas penjenayah rasuah seperti Papa Gomo.  Menyiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia berita  video seks, melaporkan berita-berita yang meniup kemarahan bangsa lain. Adakah amaran pernah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Apakah mereka ini kebal dari segi undang-undang?. Adakah laporan ini pada hemat Zahid memenuhi etika kewartawanan.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Pengundi Cina Tolak BN,, Bukan Tolak Melayu.

Idris Hj Ahmad
9/5/13 

Kenyataan DS Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa PRU 13 adalah tsunami Cina, merupakan kenyataan orang yang pendek akal. Sebenarnya inilah modal Umno BN yang menjadi senjata untuk mengekalkan kuasa di dalam PRU 13. Umno sudah tepu idea untuk membangunkan supaya rakyat sejahtera, akhirnya yang ada modal ugutan dan fitnah kepada pihak lawan. 
BN melalui Biro Tatanegara telah menanamkan dokrin untuk  menakutkan pegawai kerajaan dengan fitnah jahat kepada Pakatan Rakyat.
Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon Pas, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu.

Umno ketinggalan keretaapi, 
Isu Melayu terancam menjadi modal Umno kepada Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat.  Umno berjaya memutar belit isu ini kononnya Dap mengancam Islam dan menghina Islam. Media Umno berjaya memadamkan penghinaan pemimpin Mca  terhadap Islam. Seperti  kenyataan pemimpin Mca yang  menghina Islam, kononnya Islam   boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan  Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri. Mana pula bukti Dap yang dituduh rasis menghina agama sepanjang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang.
Umno cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding kepada orang lain.   Sebab itu Melayu yang berfikir menolak Umno. Kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka. Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir?. Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen?. Siapa yang menindas Kelantan ?. Siapa yang menjadikan Melayu miskin?. Siapa yang menjadi Melayu banyak terlibat dadah?. Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid?. Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?. Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Awas manifesto BN “Racun Untuk Rakyat”.

Awas manifesto  BN “Racun Untuk Rakyat”.
Idris hj Ahmad
9/4/13

Datuk Seri  Najib berjanji jika BN menang rakyat pendapatan RM3000 kebawah  akan men dapat RM1200 setahun dan belia bujang  RM600.. Ertinya akan bertambahlah hutang negara dan rakyat. BN hendak tiru manifesto PR. yang menyantuni rakyat. 
Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang akan dibeban kepada rakyat. Model kerajaan Selangor yang banyak merakyatkan ekonomi seperti memberi air percuma, tabung kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi skim yang diberi oleh kerajaan PR.

Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion. 

Dulu Umno menuduh cadangan PR hendak menurunkan harga kereta akan membawa negara muflis. Sekarang mereka pula hendak menurun harga kereta.

Tahun 2004 hutang  RM242 bilion meningkat  kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011.
Hutang negara pada tahun  2012 RM502 B. Meningkat ketara 107.4 % hutang sejak 8 tahun.
Ertinya setiap rakyat akan menanggung hutang  hampir  RM18,000 seorang. 
Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab 
Kerajaan semakin kurang.

Sekarang bahana kepada rakyat semakin terasa pengangguran di kalangan siswazah seramai 76200, 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan, 1118 pilot yang tidak ada kerja, 8000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur. 

Najib hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah.
Semua gara-gara pemimpin BN tidak bijak urus ekonomi akhirnya dihempap kepada rakyat. 

Buktinya  Insyuran kenderaan sudah naik 10 peratus pada 15/2/13. Pemilik senjata api yang berumur 60 tahun dikenakan bayaran RM100 untuk pemeriksaan doktor di hospital kerajaan. 

Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol.
Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melasanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.

Peringatan Kepada Pengundi

Peringatan Kepada Pengundi.

Pilihanraya bukan pesta cari duit. Pilihanraya bukan fikir apa yg calon aku sokong boleh bagi wang. Pilihanraya ialah kita memilih pemimpin atau parti yg akan menguruskan negara dgn amanah dlm masa 5 tahun. Tersilap memilih bererti  azab dunia sdg menanti.
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Rakyat Terperangkap Strategi Najib

Rakyat Jangan Terperangkap Strategi Najib
Idris Hj Ahmad
2/4/13 

Rakyat jangan leka dengan strtategi Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyembunyikan tarikh PRU 13. Ini salah satu strategi untuk rakyat lupa masalah negara dan masaalah peribadi yang dipikul oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Beliau hendak rakyat, termasuk penyokong Umno hanya bincang bila tarikh pembubaran Parlimen dan tidak bincang masalah negara dan masalah peribadi .  Najib begitu tertekan dengan  penolakan rakyat terhadap Umno dan BN. Beliau tentu runsing, jika 2008 populariti Tun Abdullah Badwi tidak seteruk beliau, lima negeri tumbang. Sedangkan populariti Najib lebih teruk daripada zaman Pak Lah.
Najib pula diselubungi dengan masalah peribadi dan keluarga. Ia menjadi bahan ketawa di media baru, termasuk dari kalangan pemimpin Umno. Mereka hanya menunggu masa untuk membelasah Najib, selepas beliau tidak ada kuasa.  

Najib dihantui, kebimbangan tidak mendapat dua pertiga, telahan lagi jika BN tumbang. Jika gagal mendapat mandat sebanyak itu, Najib dan Rosmah  kena bersedia untuk meninggalkan kemewahan kerana akan dihambat oleh ahli Umno sendiri.
Oleh itu semua rakyat jangan sibuk meramal tarikh pilihanraya kerana ini adalah strategi Najib untuk meleka rakyat daripada membincang masalah negara. 

Hakikatnya rakyat sudah tidak sabar untuk menukar kerajaan BN. Bila sahaja Najib bubar tidak penting, tugas kita ialah memastikan jentera kita bersedia. Kita jangan terikut-ikut dengan taktik Najib yang menyembunyikan kepada semua manusia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tugas Ahli Dekat PRU

Musim Pilihanraya. Jadilah kita sebagai ahli yg baik dan produktif.
1. Cari kerja bukan tunggu kerja.
2.Jgn marah org yg hdk buat kerja.
3.Jgn byk mesyuarat. Kerja tak buat.
4.Ikut arahan kalau ada arahan.
5.Dermalah RM1, jgn tunggu ada RM10.
6.Solat hajat setiap malam.
7.Baca al-Quran wpun 3 ayat.
8.Jgn lupa doa utk kemenangan Islam.
9.Ajak org atas pagar utk sokong Pas dan PR.
10.Tel adik beradik spy balik mengundi.
11.Edar Harakah yg dah baca pd. Kawan2.
13.Jgn lupa terangkan tawaran PR. Hapus PTPTN, Turun harga minyak. Turun harga kereta. Hap  us tol.
14.Beritahu pengundi negara akan bankrap jika BN perintah. 
15. Beritahu pengundi hutang negara RM502 bilion. Setiap rakyat tanggung hutang RM18K.
16.Beritahu pengundi banyak kelebihan yg diperolehi di negeri PR.
17.Negeri BN apa yg rakyat dapat? 
18. Meyakinkan rakyat beri peluang 5 tahun pd PR utk buktikan. Jika PR pun zalim pilih semula BN, PRU 14.
19. Jgn banyak kritik. Tapi kita tdk buat  kerja.
20. Rajin datang ke Markaz. Di sana  banyak kerja yg boleh dibuat.
21. Negeri PR, wpun 5 tahun perintah lebih baik drp 55 tahun BN perintah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

PR Tidak Mahu Media Pemfitnah

PR Tidak Mahu Media Pemfitnah 
Idris Hj Ahmad
29/3/13

KenyataanKetua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya, menuduh PR berjanji untuk menghapuskan  semua undang-undang berkaitan media massa satu kenyataan yang karut.  Pengampu media Umno cuba mengalih isu. Nanti mereka  boleh tuduh pula PR tidak perlu mahkamah dan polis serta SPRM, kononnya atas alasan kebebasan. 

Bilakah pemimpin PR yang mendakwa tidak perlu langsung kepada undang-undang untuk kawal media?. Apa yang ditentang ialah terlalu mengawal maklumat, walau pun untuk kepentingan awam. Misalnya penyelewingan di dalam pemberian kontrak sehingga merugikan rakyat seperti amalan kerajaan BN pada hari ini yang sudah menjadi rahsia umum, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. 

Tidak munasabah PR hendak menghapuskan undang-undang media. Jika tidak ada undang-undang, maka  penyebar fitnah akan melampau. PR bukan sahaja hendak betulkan media, malahan hendak betulkan seluruh sistem yang sudah rosak angkara BN selama 55 tahun. Pengampu media yang menjadi penyebar fitnah juga akan disekolahkan semula supaya memahami etika kewartawanan.

Yang paling kelakar ialah mereka mendakwa 
pelbagai fitnah dan tohmohan mudah dilemparkan jika tidak ada undang-undang yang mengikat penyebaran maklumat.  Etika kewartawanan tidak lagi bermakna dan pemilikan media massa oleh pihak asing yang berniat jahat terhadap negara juga mungkin berleluasa.

Kenyataan ini seolah-olah meludah ke muka media pro Umno yang melakukan fitnah tanpa mengira hukum agama dan undang-undang. Lebih-lebih lagi di musim pilihanraya.  Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar mereka akan dibela dan disediakan dana saman fitnah oleh bos-bos Umno. 
Dakwaannya lagi  media di negara ini tertib kerana ada undang-undang. Satu  kenyataan yang lucu daripada pengampu Umno seolah-olah macam dia berbicara dengan rakyat Malaysia yang buta mata. Apakah laporan di dalam Utusan Malaysia itu tertib dan berakhlak? Contohnya isu video kononnya gambar  DS Anuar Ibrahim yang disiarkan oleh media Umno. Layakkah akhbar ini yang sampai di sekolah-sekolah dibaca oleh pelajar yang mentah dari segi hubungan seks.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Muhyiddin, Hishamudin dan Aziz Yusuf Jangan Mengarut

Muhyiddin, Hishamudin dan Aziz Jangan Mengarut
Idris Hj Ahmad
26/3/13

Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf  membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.

Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13. Manakala  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi. Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.

Janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi. Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan. PRU 12 menjadi bukti negeri yang dimenangi oleh PR berjalan dengan selesa. Negeri Terengganu yang dimenangi oleh Umno berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Datuk Seri Idris Jusuh yang mengadakan tunjuk perasaan mengatakan Sultan Terengganu binatang.

Jika benar mereka ada dokumen dan bukti, maka perlu kena siasat dan ambil tindakan pencegahan segera sebelum terlambat. Rakyat Malaysia tidak mahu tragedi Lahad Datu berulang kembali, apabila pemberontak sudah bertapak baru hendak bertindak.

Berkenaan dengan gangguan ceramah, Hishamudin tidak perlu tunggu pilihanraya. Sekarang pun sudah ada gangguan dan pengganas yang menganggu ceramah PR. Apa tindakan yang telah diambil kepada pengacau? Bertindaklah secara profesional tanpa memilih bulu. Jangan cemarkan institusi hukum di negara ini, angkara terlalu ikut telunjuk Umno-BN.

PR yakin peralihan kuasa berlaku dengan baik. Terbukti dan teruji kekecohan yang berlaku angkara penyokong Umno. Hampir 50 demontrasi di Pulau Pinang, demo kepala lembu di Selangor. Nasib baik pemimpin PR berjaya menenangkan penyokongnya supaya tidak melayan provokasi penyokong Umno-BN yang tidak boleh menerima hakikat adat perlawanan. Mereka membuat kecoh kerana balang oksigen mereka bocor, sehingga sesak nafas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Artis Sokong Pas, Ulamak Sokong Umno

Artis Sokong Pas, Ulamak Sokong Umno
IDris Hj Ahmad
19/3/13
Ketika artis, pegaawai tertinggi tentera  dan pegawai kerajaan tidak sokong Umno,, tiba-tiba  ada  cendekiawan Islam sedia tubuh badan penasihat khas BN untuk tadbir Kelantan. Dunia sudah tua, manusia yang diberi otak untuk memahami agama Allah pula hendak sokong perjuangan Umno yang batil dan penuh dengan rekod buruk sepanjang 55 tahun merdeka. 

Apakah mereka ini golongan yang telah buta hati sehingga tergamak untuk membantu Umno di Kelantan. Kita tidaklah anggap pemerintahan Pas di Kelantan sempurna, sekurang-kurangnya lebih baik daripada negeri yang Umno perintah. 
Kenapa Prof Mahmud Zuhdi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya tidak menegur sikap zalim kerajaan Pusat yang sekat royalti minyak hampir RM12 bilion. 118 projek sejak RMK 6 disekat sampai di Kelantan. Apakah tidak berdosa kerja kerajaan  Pusat? 

Kalau pun mereka ini hendak sangat kepentingan dunia dan makanlah sepuas-puas atas dunia ini, janganlah umum kepada orang lain tentang sikap pengampu mereka. Sepatutnya mereka orang agamawan membantu mengukuhkan kerajaan yang dipimpin oleh seorang Tuan Guru yang belajar kitab sama seperti mereka belajar. Seorang tokoh agama berjaya membawa kemajuan dunia dan ukhrawi di Kelantan, walau pun dihalang daripada berbagai sudut. Adakah mereka mampu bertahan seperti Tuan Guru Nik Aziz jika mereka berada di tempat Tuan Guru Nik Aziz.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?
Idris Hj Ahmad
26/2/13
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung.  Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut.  Kenapa pemimpinUmno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut? Apakah pemimpin Umno tidak pernah  membaca peribahasa ini ketika mengambil  kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat. Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN. Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno.
Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Najib Tertekan, PR Mara Ke Depan.

Najib Tertekan, PR Mara Ke Depan.

8/3/13

Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR. Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikuloleh Najib dan BN, sedangkan PR mara  dengan bergaya dan meyakinkan. Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa. Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib. Hari ini negara  pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat.

Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya m enunggu masa untuk menyumbat gol sahaja. Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen. Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri. Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Lahad Datu, Jangan Lupa Isu Negara.

Lahad Datu, Jangan Lupa Isu Negara.
Idris Hj Ahmad
15/3/13

Takziah kepada perwira kita yang terkorban kerana mempertahankan negara di Lahad Datu. Tragedi melambangkan kegagalan kepimpinan Datuk Seri Najib dan pemimpin BN yang gagal menjaga keselamatan rakyat dan negara. Walau bagaimana pun rakyat jangan lupa dengan isu-isu negara yang menjadi bebanan kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin sehingga tarikh pilihanraya melebihi tarikh “iddah” pilihanraya.

Isu yang membabitkan rasuah, kroni, pengagihan kekayaan yang hanya tertumpu kepada individu tertentu telah menjadi barah kepada kepimpinan Najib.

Semua jentera parti mesti menyegarkan ingatan  mengenai isu yang  terpaksa ditanggung oleh  rakyat. Sehingga taraf hidup rakyat semakin tertekan, pengangguran di kalangan siswazah 76, 200 orang, seramai 10,200 pemegang Diploma Pendidikan tidak ada kerja. 1118 juruterbang menganggur kerana tidak ada kapal terbang untuk dibawa, sedangkan kos pengajian RM300,000. Seramai 8000 jururawat tidak ada kerja, kos pengajian RM63,000.

Projek NFC kepada suami Syarizat Dr Mohamad salleh sebanyak RM250 juta. Hutang Tan Sri Tajudin Ramli RM589 juta dihapus kira, sedangkan anak kita hutang PTPTN RM30,000 dikejar sampai lubang kelambu. Bukan sedikit hutang Tajudin rakyat yang perlu bayar. Bagaimana Raja Farhana Raja Nong Chik umur 26 tahun mendapat kontrak RM30.8 juta untuk membina Institut Kemahiran Bina Negara di Johor. Adakah Raja Farhana akan dapat projek itu jika beliau bukan anak Nong Chik?
Hebat sungguh anak Jamaludin Jarjis yang bernama Ikhwan yang memperolehi projek Radar Subang yang bernilai RM280 juta. Rakyat tidak boleh terima bagaimana anak Nazri Aziz yang bernama Hang Nadem mampu memakai kereta Hummer yang berharga RM459 ribu atas nama Michael Chia (tauke balak)  orang yang dituduh memberi wang kepada Tan Sri Musa Aman. Betapa mewahnya anak Menteri, sedangkan, siswazah terpaksa meminta ehsan untuk dapat kerja bagi sesuap nasi. Ketua Menteri Sabah pula dituduh mendapat wang RM40 juta daripada Michael Chia (tauke balak), kononya untuk tabung politik Umno. Adakah beliau akan bagi kepada Musa Aman jika beliau hanya tukang sapu sampah di bandar Kota Kinabalu?
Pendedahan di dalam Suruhanjaya DiRaja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah amat mengerikan. Bagaimana penglibatan secara langsung Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Aziz Shamsudin ketika itu. Supaya kes tidak terburai keluar, pegawai yang terlibat di simpan di Kemunting, sedangkan jerung sebenar bebas begitu sahaja. Bagaimana Datuk Mohd Akjan Ali Muhammad ditabal menjadi Sultan Sulu merupakan ahli Umno di Bahagian Kota Kinabalu. Sudah tentu ada kad pengenalan, dan layak dapat BR1M.

Jangan biarkan isu-isu ini dilupakan. Memang ini strtategi Umno supaya rakyat lupakan isu ini.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?
Idris Hj Ahmad
26/2/13
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung.  Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut.  Kenapa pemimpinUmno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut? Apakah pemimpin Umno tidak pernah  membaca peribahasa ini ketika mengambil  kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat. Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN. Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno.
Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Muhyiddin Ajar Rakyat Berbohong

Muhyiddin Ajar Rakyat Berbohong
Idris Hj Ahmad
15/1/13

Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri mengajar rakyat berbohong. Beliau masih menggatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 sebagai Himpunan Shamsidar. Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu bloger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala. Sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran. Tidak hairan kepada kita jika murid sekolah bercakap bohong kerana Menterinya seorang pembohong. Lebih memalukan lagi Muhyiddin ini anak seorang Tuan Guru. Kenapa terjadi begini?. Adakah layak seorang Menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar. Apakah otak seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh berbohong walaupun satu dunia sudah maklum ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat, tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Shamsidar.
Apakah pemimpin yang pembohong seperti ini boleh dipercayai untuk menjaga harta rakyat. Jika perkara yang jelas seperti ini pun dia boleh berbohong, cuba bayangkan perkara yang rakyat tidak ketahui. Patutlah nasib Melayu di Johor tidak terbela semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor. Pemimpin yang pembohong ini mesti dinyahkan daripada terus memegang kuasa, kerana ia amat merbahaya kepada negara.

By ustazidrisahmad Posted in Politik