PAS DAN KUASA


Pas Dan Kuasa

Idris Hj Ahmad

11/10/12

Sejarah kelahiran Pas ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

” Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan Pas di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya Pas, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasal 3. Dasar Pas ialah Islam.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Di Dalam fasa 5. Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Di dalam fasal ini jelas bahawa Pas berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya Pas tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh Pas tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Di dalam Fasal 8 Perlembagaan Pas telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu:

i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar Pas dalam Perlembagaan Pas.

ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam Pas serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti Pas.

iii.Rayuan disiplin

Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas sudah membayangkan inilah perjuangan Pas yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh Pas seperti yang disebut pepatah cina “Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat”

Pas hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. Pas tidak mengiktiraf pendekatan “Matlamat menghalalkan cara”. Pas perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka’bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Kuasa yang Pas miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.

Kalau tuduhan orang mengatakan Pas utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau Pas gilakan kuasa lebih baik Pas bersetongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya Pas tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya Pas terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang Pas laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah.

Ahli Pas, Teliti Arahan Al-Quran.


Ahli Pas, Teliti Arahan Al-Quran.
Idris Hj Ahmad
9/8/12

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Ia adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat. Quran sahaja yang masih kekal dan segar, segala mukjizat nabi SAW yang lain, kita tidak sempat melihat. Tetapi al-Quran ia kekal sampai hari kiamat. Kerana ini adalah janji Allah di dalam al-Quran.
Maksud firman Allah SWT
“Sesungguhnya kami telah turunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya kami yang memeliharanya”.

Semoga Allah menggolongkan kita sebagai pejuang Islam berminat untuk membaca al-Quran dan meneliti kandungannya. Kemudian digolongkan pula sebagai golongan yang memelihara al-Quran dan Al Quran pula memelihara kita. Kita mengharapkan Allah menjadikan kita di kalangan orang yang mendirikan hukum Allah.
Ketika kita membaca al-Quran kita membayangkan ia adalah panduan hidup kita. Ia juga merupakan perlembagaan parti kita. Sudah tentu kita berbangga kerana yang di baca, telah menjadi rujukan kepada perjuangan kita.

Membaca al-Quran ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT
“Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezki yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi, agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurnianya, sesungguhnya dia Maha pengampun dan pembalas” (Surah Fatir, 29-30)

Al-Quran menjadi wajib kepada ahli Pas, terutama yang bertaraf pemimpin dari semua peringkat. Tidak layak kita menamakan diri kita sebagai pejuang Islam jika al-Quran kita tidak membacanya. Sebaik-baiknya al-Quran mesti dibaca disetiap hari, jangan lebih daripada tiga hari kita tidak membaca al-Quran. Telahan lagi di bulan Ramadan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran. Kerana al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekali gus di dalam bulan Ramadan dan diturunkan kepada nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Tiga belas tahun di Makkah, ayat yang ditekankan ialah ayat Aqidah. Manakala di Madinah selama 10 tahun ayat yang berhubung kait dengan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang membaca al-Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, dicatat baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”
Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di akhirat. Sebagai sabda Rasulullah SAW
“Bacalah al-Quran, kelak dihari qiamat ia akan mensyafaatkan tuannya”
Berkata Saidina Ali karramallahuwajhah siapa yang membaca al-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang , maka atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di dalam keadaan tiada bersuci , maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.

Sebagai pejuang agama Allah mesti ada kelainan daripada orang lain ketika mengadap al-Quran. Kita memaca, bukan sekadar membaca, tetapi mesti teliti dengan baik dan menyerap di dalam hati. Sedikit yang kita membaca sambil merenung dan memahami maksudnya adalah lebih baik daripada membaca tanpa merenung dan memahaminya.
Apabila kita membaca al-Quran, maka hendaklah kita teliti, fahamkan dan renungkan tiap-tiap ayat al-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah Allah, atau larangannya, janjinya dan ancamannya. Selepas itu kita renungkan diri, keluarga kita adakah kita patuh dengan perintah itu dan menjauhi larangannya pula.
Jika kita membaca ayat berhubung dengan hijab dan pakaian seorang muslimah di dalam surah al-Nur. Kita segera muhasabah, adakah isteri dan anak-anak kita membalut aurat atau menutup aurat. Kalau hanya balut aurat segera betulkan keadaan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Pas, kerana ini adalah pandangan pertama orang kepada ahli dan pimpinan Pas. Tidak ada makna jika kita gagal menyerap ayat ini di dalam rumah tangga kita, walaupun kita bergegar untuk menegakkan al-Quran, sedangkan di dalam rumah tangga kita gagal menyerapkan penghayatan al-Quran.
Adakah kita percaya dan yakin dengan janji tuhan serta ancamannya? Jika memang ada , maka segeralah memuji Allah dan mensyukurinya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufik dan pertolongannya. Oleh itu hendaklah kita istiqamah melakukannya tanpa jemu.

Tetapi jika kita merasakan diri kita tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak menjauhi larangannya, maka segeralah kita memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya kerana kesalahan kita. Sesudah itu hendaklah berazam untuk mematuhi perintahnya serta menjauhi larangannya.

Jika kita membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah dari kaum yang tidak beriman dengan menyebut sifat yang buruk itu, segera kita muhasabah diri kita, adakah kita tergolong dengan ciri yang disebut. Jika ada, terus bertaubat kepada Allah.
Berkata Imam Hasan Basri Rahimahullah, orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahawa lambaran al-Quran sebagai surah yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.

Membesarkan Allah serta berlaku khusyuk dan khudhuk ketika membaca al-Quran adalah sifat orang mukmin yang sebenarnya. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah sifat orang yang membelakangkan al-Quran, keyakinannya hampir tidak ada, hatinya kosong dari hakikat mengenal Allah dan mengenal kalam Allah.
Seperti firaman Allah SWT
“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran, ataukah hati mereka terkunci” (Muhammad, 24)

Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian dari kelakuan tersebut, dan dia melindungi kita dari semua jenis bala dan bahaya.

Apa Khabar Puasa Kita?


Apa Khabar Puasa Kita?
Idris Hj Ahmad
2/8/12

Ramadhan sudah berlalu hampir separuh. Nampaknya masa berjalan begitu cepat sekali. Semua orang merasakan terlalu pantas masa berjalan, sehingga tidak sedar bahawa puasa sudah hampir separuh Ramadhan. Benarlah ini tanda akhir zaman sebagaimana nabi SAW peringatkan . Sabda Rasulullah SAW
“Tidak berlaku kiamat sehinggalah jarak masa menjadi dekat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Sehari seperti sejam. Sejam seperti api yang menyambar bahan bakar”.
Cuba kita bayangkan dulu jika kita berpuasa memang terasa begitu lama. Sekarang sebaliknya. Ini adalah petanda dunia sudah tua, ia akan menemui ajal yakni kiamat.
Bagi kita ahli Pas rebutlah peluang Ramadhan yang masih berbaki, terutama di malam sepuluh terakhir bagi merebut Lailatul Qadar. Perbanyakkan berdoa kerana ia adalah senjata mukmin yang paling kukuh untuk menghadapi cabaran masa depan. Mohonlah kepada Allah agar Allah berikan kekuatan Iman dan istiqamah dan kemenangan kepada perjuangan Islam di negara ini.
Beberapa perkara yang boleh kita muhasabah diri kita apabila separuh Ramadhan berlalu. Apakah ada peningkatan amal kita di dalam amalan sunat kita di dalam bulan Ramadhan ini. Jika tidak, cepat-cepat perhebatkan, kerana masih ada peluang. Ramadhan ialah bulan ibadah. Semua amalan digandakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Sebagaimana Nabi SAW bersabda “Siapa yang melakukan satu fardhu digandakan sampai tujuh puluh fardu, siapa yang melakukan amalan sunat, maka ia menyamai satu
fardu”.
Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Perbanyakkan amalan sunat kerana ia menampung kekurangan amalan fardu yang kita lakukan selama ini.

Solat tarawih jangan diabaikan. Tidak kiralah berapa kita mahu amalkan dari segi bilangan rakaat. Tidak perlu perbesarkan soal bilangan rakaat, kerana ia hanya sunat muakkad. Kesemuanya ada hujah masing-masing. Tidak perlulah polimik bilangan ini dibawa ke dalam jamaah sehingga membawa kepada masam muka di kalangan ahli jamaah. Perkara yang sudah lama dibincang sejak dahulu lagi. Apa yang penting ialah kita buat. Bukan perkara bilangan yang hendak kita polimikkan. Tidak ada makna jika perkara ini diperbesarkan sedangkan masalah Islam dihina, hukum Allah diketepikan, penindasan dan ketidak adilan berluasa di dalam masyarakat.
Apa yang penting, biarlah ruh tarawih dihayati oleh kita semua. Tidak ada makna jika buat lapan atau dua puluh, tetapi ruhnya hilang. Biarlah buat dengan tenang dan tertib. Imamnya membaca dengan keadaan tartil dan tenang.
Janganlah kita sebagai pejuang Islam sibuk hendak mencari imam yang cepat habis solat.
Tidak elok sangatlah kita jika kita bersikap sedemikian. Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja, tidak seperti ibadah lain setiap hari dan sepanjang bulan. Siapa boleh jamin kita mampu bertemu lagi di bulan Ramadhan akan datang. Berapa ramai kenalan, ahli keluarga, jiran kita yang tidak diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Mungkin tahun depan kita juga tidak sempat bertemu Ramadhan. Oleh itu anggaplah Ramadhan ini terahir kepada kita. Azamlah terbaik untuk Ramadhan pada kali ini.
Bagaimana pula dengan al-Quran? Sudah berapa juzuk dihabiskan?. Mesti berazam supaya al-Quran dapat dikhatamkan. Amat memalukan kita sebagai ahli Pas terutama yang bertaraf pemimpin daripada pusat sehingga cawangan jika tidak mampu menghabiskan al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Apa makna al-Quran menjadi rujukan parti, jika kita tidak membaca. Ketika masyarakat menolak kandungan al-Quran, jangan pula kita sebagai pejuang agama Allah tidak membaca al-Quran. Kerana membaca al-Quran adalah ibadah yang terbaik. Sebagaimana nabi SAW bermaksud “Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran”
Sesibuk mana sekalipun al-Quran tidak boleh disampingkan. Kita mampu habiskan al-Quran di dalam Ramadhan jika disiplinkan diri. Kebiasaan satu juzuk mempunyai 10 helai. Jika setiap waktu sebelum dan selepas solat sehelai insyaAllah, lima waktu dapat satu juzuk. Ertinya jika sebulan dapat khatam al-Quran.
Alhamdulillah kebanyakan masjid di kendalikan oleh orang yang minat dnegan Islam akan mengadakan tazkirah. Ini merupakan langkah yang bijak untuk proses pencerahan ilmu di dalam masyarakat. Kesempatan ini diambil dengan kehadiran mereka yang tidak berapa jinak dengan masjid. Selalunya akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Cuma perlu ada kebijaksanaan untuk menghuraikan isi tazkirah yang membangkit kesedaran beragama dan rasa ingin kepada akhirat. Biarlah masanya jangan melebihi 30 minit, isinya tepat dan padat. Bagi ahli Pas jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat motivasi dan maklumat yang membolehkan kita istiqamah di dalam perjuangan berlandaskan ilmu. Penuhilah dan renunglah butir-butir mutiara yang dikeluarkan oleh pentazkirah agar ia boleh menghidupkan hati supaya terus bersinar di dalam diri kita.
Ambillah peluang untuk sama-sama bangun dan bermunajat kepada Allah terutama di waktu dini hari (sahur) kerana ia adalah waktu yang mustajab Allah perkenankan permintaan hambanya. Perjuangan kita amat kritikal kehadapan. Musuh tidak akan biarkan kita meraih kemenagan dengan permaidani merah, mereka akan buat apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai. Soal moral, dosa, pahala, syurga, neraka bukan perhitungan mereka. Mereka sudah buta hati dan hilang rasioanal. Apabila dunia sudah beraja di hati, maka agama diketepikan di dalam tindakan mereka. Maka Allahlah yang mesti dijadikan tempat pengaduan kita, dan penyerahan yang bulat kepadanya. Tidak ada kuasa yang akan dapat menandingi kuasa Allah. Firaun, Namrud, Haman megah dengan kuasa akhirnya tersungkur dengan kehendak Allah SWT.

RAMADHAN MERASAI KEPERITAN ORANG SUSAH


RAMADHAN MERASAI KEPERITAN ORANG SUSAH
Idris Hj Ahmad
26/7/12

Ibadah puasa ialah ibadah yang tidak diberi apa-apa keistimewaan pada pelakunya. Samaada ia kaya atau miskin tanggungjawab berjalan sama rata, tidak ada unsur pilih kasih. Jika ibadah lain kita boleh lihat ada tempat VVIP (orang kenamaan)diberi layanan istimewa untuk mengerjakan solat, walaupun datang lewat daripada orang awam. Begitu juga ibadah haji, semakin hilang ruhnya, apabila orang kenamaan bertawaf mereka dikawal, tidak perlu berhimpit seperti orang biasa. Ia berlainan dengan ibadah puasa semuanya kena menahan makan dan minum daripada masuk waktu subuh hingga tenggelam matahari. Tidak ada siapa yang berpuasa ia diberi keistimewaan. Semuanya merasai kelaparan tidak kira apa darjat sekalipun. Inilah ibadah puasa yang mempunyai hikmah yang tersendiri, hanya Allah lebih mengetahui daripada segalanya.
Puasa memberi keinsafan kepada mereka yang kaya dan mempunyai limpahan rezki bahawa inilah kelaparan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin perut kita berkeroncong dalam jangka masa 8 jam sahaja, kemudian sewaktu berbuka kita dilimpahi dengan nikmat dan juadah yang berbagai rasa. Sedangkan ada di kalangan saudara kita samaada di dalam atau di luar negara, mereka masih berlapar walaupun azan mahgrib berkumandang di udara menandakan waktu berbuka sudah bermula. Pada mereka berpuasa dengan tidak berpuasa sama sahaja.
Kelaparan terhadap saudara kita di Rohingya, Syria, Plestin dan ada sebahagian kecil saudara kita di negara kita. Maka perkara ini kita tidak boleh terlepas pandang begitu sahaja.
Puasa memberi tarbiah kepada kita sebagai ahli gerakan Islam mengenai penderitaan orang yang kurang bernasib baik.
Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW “Siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya maka ia bukan di kalangan kami”

Rasulullah s.w.w bersabda, yang bermaksud: “Tidak patut dinamakan beriman, orang yang tidur malam dalam keadaan kenyang sedang jiran yang berada berhampirannya dalam keadaan lapar, sedangkan ia mengetahuinya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Hadis ini mengigatkan kepada kita tentang Islam bukan agama yang hanya penting diri tanpa mengambil berat mengenai masalah orang lain. Ini menunjukkan Islam ialah agama yang memastikan hubungan dengan Allah dan manusia. Perkara ini mesti seimbang, maka cacat seorang yang hanya baik dengan Allah tetapi tidak baik hubungan dengan manusia.

Ramadhan amat menggalakkan kita yang bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ini adalah amalan Rasulullah SAW yang memang seorang pemurah, tetapi di bulan Ramadhan baginda lebih pemurah.

Kita bersedekah yakni dengan membelanjakan harta di jalan kebajikan untuk menuntut keredaan Allah SWT dan mendapat pahala. Firman Allah SWT
Ertinya “Dan segala apa yang kamu belanjakan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kamu hanya membelanjakan itu hanya untuk menempa keredhaan Allah, dan segala apa yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu, sedangkan kamu tidak akan dirugikan:” (Al-Baqarah. 272).

Kehadiran Ramadhan ,tarbiahlah diri kita supaya menambah kegemaran untuk bersedekah, maka rugilah orang yang tidak memikirkan anjuran Allah untuk bersedekah sehingga dibiarkan sifat kikir itu menguasai dirinya dan ia merasa sayang hendak mensedekahkan suatu kelebihan harta yang terdapat di dalam dirinya . Kadang kala sampai zakat pun dia abaikan kerana terlalu kikir. Nauzubillah.
Peringatan baginda mengenai perkara ini perlu diambil iktibar.
Sabda Rasulullah SAW
“Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat disebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru Ya Allah! Ya TuhanKu! ,kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula : Ya Allah! Ya Tuhanku, berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya”.

Yakinlah bahawa doa Malaikat itu mustajab. Orang yang menahan hartanya atau pun kikir untuk membelanjakan di jalan kebajikan miskipun hartanya tidak binasa secara zahir , tetapi hakikatnya ia binasa juga , kerana tidak dimanfaatkan oleh orang untuk kepentingan akhirat mahu pun dunia. Di dalam erti kata yang lain hartanya hilang keberkatan.

Jadilah diri kita orang yang mengambil berat mengenai orang miskin, kerana mereka adalah orang yang cukup sensitif di dalam masyarakat. Mereka tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Orang kaya selalunya jiwa mereka besar berbanding dengan orang miskin. Orang kaya, dia tidak kisah jika orang lain tidak mengambil berat masalah mereka.
Sejarah terpahat, Nabi SAW merupakan orang yang cukup mengambil berat mengenai orang susah dan kadang-kadang baginda makan bersama-sama orang miskin.
Mana-mana pemimpin yang mengambil berat kepada orang susah dan berusaha untuk memberi kelapangan hidup kepada mereka ini adalah kayu ukur ia seorang pemimpin yang prihatin kepada masalah rakyat.
Akhlak yang ditunjukkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang meninjau masalah rakyat pada malam hari adalah satu contoh yang unggul tercatat di dalam lipatan sejarah. Pernah satu malam Saidina Umar bertemu dengan seorang Yahudi yang sudah tua usianya. Beliau tidak kenal Saidina Umar, maka ditanya kepada beliau berkenaan dengan kehidupan beliau. Maka Yahudi tadi memeberi tahu bahawa dulu sewaktu beliau muda beliau memberi jizyah (cukai keatas kafir zimmi), malangnya apabila ia sudah tua ia tidak lagi diperdulikan oleh Umar. Maka Saidina Umar yang mendengar ucapan Yahudi terus balik ke gudang Baitul Mal untuk mengambil makanan untuk diberikan kepada si Yahudi tadi. Ketika itu khadamnya minta untuk memikul makanan untuk dibawa kepada Yahudi. Saidina Umar menjawab apakah di akhirat nanti kamu akan memikul dosa aku?. Saidina Umar merasa beliau zalim kepada Yahudi tadi, kerana sewaktu muda beliau memungut jizyah sedangkan sewaktu beliau tua maka dia tidak diperdulikan.
Mutaakhir hari ini apabila Dr Mursi yang baru memenangi kerusi Presidein Mesir dengan undian sebanyak 13,230,131 mewakili 51.7 peratus dengan majoriti 882,751 undi ke atas lawannya Ahmad Syafiq yang memperolehi undi sebanyak 12,347,380 undi mewakili 48.3 peratus.

Beliau telah mendekati orang miskin di Mesir. Tidakan beliau telah menaikkan lagi sokongan rakyat Mesir terhadap kepimpinan beliau. Rakyat Mesir yang berjumlah 85 juta, 40 juta hidup di dalam keadaan miskin, lebih 20 juta rakyatnya memiliki pendapatan RM60 sebulan.

Habiskan Umur Untuk Perjuangan


Habiskan Umur Untuk Perjuangan
Idris Hj Ahmad
24/5/12
Hidup ialah nikmat dan anugerah Allah kepada manusia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. Nabi SAW telah bersabda “Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya”.
Umur yang panjang ialah anugerah nikmat yang Allah berikan kepada manusia, maka hendaklah digunakan dengan betul bukan dihabis kepada perkara yang tidak berfaedah. Kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT.
Kehadiran kita ke atas muka bumi sebagai manusia bukan atas pilihan kita tetapi ia adalah ketentuan Allah SWT kepada kita. Samada kita suka atau tidak, kita sudah dijadikan sebagai mahkluk Allah yang terpilih. Merupakan mahkhluk yang paling elok kejadiannya. Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian”. (al-Tin 95:4)

Pengiktirafan Allah kepada manusia bukan ia berlalu begitu sahaja tanpa ada tanggungjawab yang wajib dipikul oleh manusia. Manusia mesti mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi untuk memastikan peraturan alam berjalan menurut paksi yang Maha Agung. Sebarang keingkaran akan membawa padah setelah kematian nanti.
Oleh itu Allah menganugerahkan nikmat hidup maka perlulah kita guna dengan sebaik mungkin supaya ia menjadi amal saleh. Allah memberikan umur dan hayat untuk hidup jangan dipersiakan begitu sahaja. Kerana setiap detik nyawa kita akan dipersoal oleh Allah SWT kepada kita. Sebagai mana Sabda Rasulullah SAW
“Tidak bergerak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga disoal empat perkara , tubuh badannya kemana yang ia gunakan, mengenai hartanya daripada mana ia perolehi dan kemana ia belanjakan, mengenai ilmunya adakah ia beramal dengannya”
Oleh itu sewaktu kita hdup dan sihat dan kuat kita habiskan umur kita kepada perjuangan. Tidak ada makna hidup tanpa perjuangan. Apa erti kita menjadi manusia sekiranya Islam tidak dihayati oleh manusia lain? Apa erti kita sebagai khalifah Allah sekiranya kita tidak memperdulikan kepimpinan negara yang kianat kepada amanah rakyat?
Beramallah sebelum Allah menjemput kita. Berbaktilah kepada agama Allah sebelum nyawa berada di hujung halkum dan martahari naik di sebelah barat. Pada ketika itu tidak ada guna lagi untuk kita hendak berbakti kepada Allah SWT. Sebagaimana orang yang tidak beriman menyatakan bahawa
“Ya Allah kembalilah ke dunia untuk kami beramal soleh dengan apa yang telah kami tinggalkan selama ini” (al-Mu’minun 23:99-100)
Pada ketika itu tidak ada makna lagi. Kerana hari akhirat merupakan hari pembalasan bukan untuk membuat amalan.
Justeru itu segala nikmat hidup yang Allah SWT berikan kepada kita hendaklah kita manfaat dengan sebaik mungkin.

Siapa yang panjangkan umur dan menghabiskan untuk taat kepada Allah maka kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Setiap hari ia mengerjakan amal bakti dan berebut untuk mendapatkannya. Kerana ia sedar bahawa amal soleh hanya boleh dilakukan di dunia sahaja kerana akhirat ialah tempat balasan bukan tempat amalan. Sebaliknya jika ia dipanjangkan umur ,dihabiskan untuk melakukan maksiat dan menderhakai Allah maka ini adalah celaka kerana ia menambahkan kejahatan dan menambahkan maksiat kepad Allah.

Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup sebelum ajal datang ,mengejut. Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila -bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada Allah SWT.

Oleh itu modal untuk kita memberi kebahagiaan kepada kita ialah umur yang masih berbaki untuk menyimpan simpanan bekalan di hari akhirat. Jangan kita membelanjakan yakni menghabiskan usia umur kita kepada perkara yang sia-sia sahaja, kelak kita akan menyesal dan berduka cita sesudah mati ketika itu baru sedar bahwa amalan kita kurang dan hendak kembali kepad Allah SWT.

Kita tidak mahu ketika kita ditunjukkan amalan maka kita hendak memilih mati sahaja, tetapi malangnya di akhirat tidak ada mati lagi yang ada ialah balasan tuhan yang maha adil. Hidup ini adalah tanggungjawab yang wajib dipenuhi dan nikmat yang perlu disyukuri. Kita tidak perlu memohon kepada Allah dicabutkan nyawa kita jika belum sampai ajalnya. Walaupun kita didatangi berbagai ujian dan musibah. Kerana ini bukan ajaran Islam, sebagai Rasulullah SAW bersabda bermaksud
“Tidaklah sepatutnya seorang kamu mengharapkan kematian dan tidak pula mendoakan supaya kematian itu datang sebelum waktu nya, kerana bila seorang telah mati putuslah amalnya, dan bagi orang beriman (dengan umur yang panjang) peluang menambah kebaikan” (Riwayat Muslim)
Nabi SAW juga mengingatkan kepada kita supaya tidak perlu kita meminta Allah menarik nyawa kita sebelum sampai masanya. Kerana hidup adalah peluang untuk kita bertaubat dan membanyakkan amal kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
“Janganlah kamu mengharapkan kematian. Jika dia seorang yang berbuat kebaikan, mudah-mudahan bertambah kebaikannya dan kalau dia seorang yang berbuat salah, mudah-mudahan dia berpeluang bertaubat” (Bukhari)

Jamaah Diutamakan Kemenangan Berganda.


Jamaah Diutamakan Kemenangan Berganda.

Perjuangan tidak boleh digerakkan secara individu ia mesti bersama jamaah. Inilah sunnah Rasulullah SAW yang ditunjukkan oleh baginda kepada umatnya. Baginda boleh berjuang secara inidividu, kerana Allah boleh membantu baginda walaupun tanpa jamaah. Persoalannya jika baginda tidak tunjuk kepada umatnya bahawa kerja berjamaah ini wajib maka sudah pasti sukar bagi umatnya yang bukan seorang Rasul untuk berjuang. Barang pasti perjuangan yang penuh dengan ranjau dan duri tidak akan dapat dilakukan secara individu, ia mesti dilakukan secara berjamaah.
Apabila kita menjadi ahli, maka kita mesti mamahami apa yang terdapat di dalam arahan parti dan peraturan dan disiplin parti. Kita tidak boleh membuat sesuka hati kita apabila kita sudah berbaiah dengan parti ketika kita mengisi borang keahlian. Suatu perkara yang silap, apabila seorang yang menjadi ahli parti tiba-tiba tidak mahu mengikat dirinya sebagai seorang ahli parti dan hendak ikut kepalanya tanpa ada kawalan daripada parti. Almarhum Abu A’la Al Mauddudi mengatakan jika ada orang yang bersikap demikian orang ini tidak layak berada didalam jaamaah Islam sebaliknya layak berada di dalam jamaah gotong royong.

Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyatakan “Wajib atas kamu berjamaah, kerana berjamaah itu rahmat dan berpecah itu satu musibah”.

Adab sebagai orang yang bersama dengan jamaah ia mesti mengutamakan jamaah daripada peribadi. Ia juga merupakan pra syarat untuk mendapat kemenangan berganda.

Kita tidak boleh membiarkan wujudnya golongan nifaq di dalam perjuangan, atau dalam erti kata yang lain musang berbulu ayam. Golongan munafik yang ada di sepanjang zaman sejak daripada zaman Rasulullah SAW di Madinah hingga kini merupakan gunting di dalam lipatan.
Setiap individu mesti menghindarkan diri untuk menunjulkan diri samaada di dalam kumpulan yang kecil atau besar kerana tabiat ini tidak disukai oleh orang ramai dan juga anggota jamaah.

Mesti menunjukkan bahawa ini adalah program jamaah. Ertinya kejayaan jamaah yang ditunjukkan bukan kejayaan individu. Hebat macam mana individu di dalam jamaah jika tidak dibantu oleh amilin di dalam jamaah maka ia akan gagal dan mendapat natijah yang cemerlang.

Buat kerja bukan kerana untuk mendapat pujian. Asuhlah diri kita supaya mengikhlaskan diri, bukan kerana hendak dipuji. Jika pujian yang diburu, kita bimbang kekuatan dan semangat akan luntur apabila kerja tidak dipuji. Kita tidak bimbang jika musuh hina atas kerja buat kita yang ikhlas, ini adalah lumrah di dalam perjuangan. Kerana Allah lebih ketahui nawaitu kita, daripada manusia. Prinsipnya ialah keredahaan Allah yang dicari bukan keredhaan manusia.
Antara sifat ahli yang mengutamakan jamaah ialah membuang sifat pentingkan diri sendiri. Kerana menjadi lumrah kepada manusia mereka mempunyai sikap pentingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun sifat ini mesti diubah, sekiranya sifat ini yang menguasai di dalam tubuh badan kita maka agak sukar ia memberi keutamaan kepada jamaah. Ia perlu mendahului kepentingan jamaah walaupun kadang-kadang terpaksa mengobankan dirinya sendiri. Ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi diri orang lain.

Perlu ada semangat pengorbanan samaada tenaga, harta dan nyawa untuk memenangkan Islam. Tanpa ada ciri ini, maka sukar perjuangan akan diperolehi. Semua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang terdahulu mengorbankan perkara ini. Ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga kerana perjuangan mereka tidak direstui oleh anak isteri seperti yang ditunjukkan oleh nabi Nuh dan nabi Lut A.S. Terpaksa berlawan dengan kaum kerabat sendiri sebagaimana baginda nabi SAW. Kerana mereka yang berada di saf hadapan menentang baginda ialah bapa saudara mereka sendiri seperti Abu Lahab, Abu Jahal. Nabi Ibrahim berdepan dengan bapanya sendiri sebagai pengukir berhala. Apakah mampu Islam tersebar jika tanpa pengorbanan nabi-nabi terdahulu yang menjadi qudwah kepada kita?

Apa pun berlaku di dalam jamaah, keputusan yang wajib diambil ialah jamaah mesti diutamakan. Jangan bakar kelambu jika marahkan pejat. Sekiranya ada individu yang kita tidak puas hati maka biarlah individu itu sahaja yang kita marah. Jangan sampai kita memboikot program parti dan tidak mahu menggerakkan jentera parti terutama musim pilihanraya. Kerana perjuangan kita bukan kerana individu, individu boleh pergi tetapi jamaah mesti diutamakan.
Mesti peruntukkan masa kepada parti dan memasukkan dalam jadual harian hidup kita. Sekurang-kurangnya 2 jam sehari bagi mereka yang bukan bertugas sepenuh masa. Ini bermakna kita menyumbangkan masa untuk satu minggu 14 jam daripada 168 jam. Di dalam sebulan baru 56 jam kita sumbang kepada parti, sedangkan Allah anugerah kepada kita 672 jam. Selebihnya bolehlah kita menyelesaikan keperluan hidup kita. Ertinya nisbah untuk jamaah masih terlalu kecil jika dibandingkan masa untuk urusan peribadi. Walau bagaimana pun ini sudah baik jika kita dapat memikirkan dengan serius untuk menjalankan tugas jamaah.
Perlu tanamkan di dalam diri kita, jika kita tidak mengutamakan parti, bererti kita telah menjadi penyumbang utama membantu kemenangan kepada Umno. Kita jangan merasa bahawa menyokong Umno sahaja salah, tetapi kita tidak membuat kerja jamaah di cawangan kita juga merupakan satu kesalahan sehingga kezaliman berkekalan di negara ini.

TARBIAH MENGATASI KECICIRAN DALAM PAS


TARBIAH MENGATASI KECICIRAN  DALAM PAS

Idris Haji Ahmad

16/2/12

Gejala keguguran adalah satu fenomena yang biasa dan berulang-ulang berlaku di dalam Jamaah Islam. Kita boleh lihat di dalam gerakan Islam di mana-mana sahaja akan berlaku fenomena ini, dan tidak terkecuali kepada Pas. Nama-nama yang hebat tetapi hilang kemudiannya, pada hal mereka adalah orang yang cergas, bekerja dan bertanggungjawab pada permulaannya.

Ada di kalangan mereka yang meninggalkan jamaah, ada yang tawaquf, ada yang keluar dan mengasaskan jamaah baru dan ada pula yang menggabung dengan jamaah lain dan ada yang bergabung dengan parti musuh.

Walaupun ada orang yang menganggap bahawa gejala keciciran ini sebagai satu penapisan  dan tidak memberi apa-apa kesan kepada jamaah dan ahli. Namun di sana ada juga berlakunya gejala keciciran ini mendatangkan kesan yang negatif kepada jamaah. Sungguh pun begitu ia melambatkan perjuangan dan mengganggu perancangan jamaah.

Selalunya gejala keguguran berlaku ialah orang yang berada di barisan hadapan (pemimpin) dan ada sedikit yang berlaku di peringkat ahli biasa.

Menurut al-Marhum Ustaz Fathi Yakan gejala keciciran banyak memberi akibat buruk kepada perjuangan Islam antaranya;

a.Menyebabkan tersebarnya fitnah serta meracuni gerakan yang boleh meruntuh dan merugikan Islam dan dakwah.

b.Terbuka rahsia-rahsia jamaah. c.Melemahkan gerakan dan menarik musuh untuk menghancurkannya.

d.Menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap gerakan. Jika ini berlaku segala rancangan dan perjalanan  gerakan akan terhenti.

 

Di sana terdapat beberapa faktor berlakunya gejala keciciran antaranya kerana sebab jamaah dan sebab sikap anggota jamaah. Walaupun di sana banyak faktor-faktor penyumbang kepada gejala keciciran namun kelemahan sudut perlaksanaan tarbiah adalah merupakan faktor yang besar. Timbul persoalan, gejala keciciran ini berlaku di kalangan orang yang mengendalikan tarbiah.  Dekat mana yang tidak betul? Tarbiah lemahkah? Tarbiah tidak berkesankah? Jika orang biasa boleh dimaafkan. Masalahnya terjadi kepada mereka yang berada di hiraki parti yang tinggi.

 

Untuk menjawab kemusykilan ini kita melihat bagaimana Allah SAW menyatakan kepada seorang Badwi yang mengaku dirinya beriman

“Orang-orang Arab Badwi berkata”kami telah beriman”.Katakanlah (kepada mereka), kamu belum beriman, tetapi katakanlah “Kami telah tunduk (Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hati mu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya. Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang)” (al-Hujurat; 49:12)

 

 

 

Mungkin tarbiah yang mereka bercakap hanya di lidah dan dihalkum sahaja, ia tidak meresap ke dalam hati. Sebab itulah tarbiah tidak boleh hanya sedap di lidah tidak meresap di hati. Yang penting kesan tarbiah meresap di dalam jiwa dan sanubari sehingga merasakan Allah memerhatikan apa tindakan mereka dan takut kepada dosa dan neraka. Nabi SAW mengingatkan kepada kita

“Jadilah diri kamu memelihara (beramal) dan jangan jadikan diri kamu hanya pandai meriwayat (bercakap) sahaja”

 

Apabila jamaah meletakkan tarbiah di dalam ruang yang kecil dan tidak bermaya berbanding dengan pentadbiran dan politik maka ini satu perkara yang merbahaya. Akibatnya tindakan dan cara muamalat (perhubungan)  mereka jauh dari akhlak Islam. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan tegang. Ia amat berlainann dengan suasana kerohanian yang dibentuk sehingga membentuk jiwa dan riqabatullah (pengawasan Allah).

Jika penumpuan tarbiah tidak diberikan maka mereka yang bergelar pimpinan hanya memfokuskan mengenai politik berdasarkan kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ia merasa puas hati dengan kedudukannya tanpa merasakan apa apa kekurangan diri, rohani dan tarbiah. Tanpa perlu kepada makanan iman di dalam hidupnya. Jika ia tidak mengambil langkah segera maka ia akan jatuh ke kancah keciciran dalam perjuangan.

Oleh itu mahu tidak mahu anggota harakah samaada terdiri daripada saf pimpinan (qiadah) atau barisan pejuang (jundi) mestilah mengikuti tarbiah walaupun betapa  sibuk dalam apa jua keadaan sekalipun. Terutama ketika perjuangan kita menghadapi saat yang getir , tarbiah lebih perlu diberi perhatian, bukan sebaliknya. Sebab keperluan manusia kepada pemeliharaan Allah dan mengingati Allah lebih diperlukan dalam  suasana seperti itu.

Lojiknya mengatakan bahawa tarbiah tidak perlu untuk mereka yang berada di saf hadapan adalah tidak betul. Tarbiah bukan sahaja untuk ahli biasa. Kerana pimpinanlah orang yang paling banyak diuji, kadang-kadang yang membawa kebinasaan dan keciciran. Ia bertentangan dengan Islam dan falsafah pendidikannya. Falsafah yang menghendaki tarbiah berterusan sehingga mati. Dan Fitrah perjuangan Islam pula sentiasa diujui oleh Allah terutama kepada mereka yang berada di saf hadapan. Kita mewajibkan pengawasan diri, sentiasa mengigati Allah untuk menyuburkan iman. Mohonlah kepada Allah supaya hati sentiasa berjaga-jaga dari su’ul munqalib  dan sentiasa memohon dari Allah supaya dimatikan di dalam kesudahan yang baik. Sebagaimana doa yang diajar oleh nabi Muhammad SAW “Ya Allah yang membalikkan hati, engkau tetapkan hati aku di atas agamamu ”.

Kita sebagai anggota Pas tanpa  kecuali, mestilah mengikuti tarbiah dari semasa ke semasa. Hubungan anggota  (individu) dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan dengan Islam. Inilah sebagai penyelamatnya untuk mengatasi gejala keciciran dalam perjuangan.

Boleh Kritik Pas


Boleh Kritik Pas
Idris haji Ahmad
24/1/12

Sebagai sebuah parti Islam ia tidak sunyi daripada kecacatan dan kelemahan. Selagi yang memimpin itu bernama manusia. Pemimpin Pas bukan maksum ia juga terdedah kepada kecacatan dan kekurangan. Sifat maksum hanya Rasulullah SAW sahaja, selain daripada mereka semuanya tidak maksum.

Ayat yang lazim dibaca selepas daripada mesyuarat dan perjumpaan ialah tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Di dalam surah al-Asr memberi panduan kepada orang yang beriman supaya menghidupkan budaya tausiah (nasihat dan teguran) di kalangan mereka terutama di kalangan anggota jamaah. Manakala tasbih kaffarah untuk memohon keampunan daripada Allah mungkin ada kesilapan dan kesalahan sepanjang pertemuan dan perbincangan.

Pas tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk mengkritik termasuk daripada musuh. Bukan semua kritikan daripada musuh kita membakul sampahkan sahaja, malahan perlu untuk dimuhasabah di kalangan pimpinan. Begitu juga kritikan daripada orang yang di luar jamaah yang memberi pandangan sebagai orang luar. Pas bersedia untuk menerima kritikan daripada pemerhati bebas, cuma jangan ada unsur fitnah.

Menurut Abu Ala Al Maududi seorang pemimpin gerakan Islam Jamiat Islami Pakistan di dalam tulisannya ada menyatakan, suatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut yang tidak berfikir panjang akan mendapati jamaahnya  diresapi kesilapan-kesilapan walaupun sebuah jamaah itu melalui jalan yang benar. Dengan adanya kritikan maka segala  kesilapan dapat diminimumkan di dalam jamaah.

Jika tidak ada tegur menegur maka kesilapan demi kesilapan berterusan akan berlaku di dalam jamaah kerana tidak ada siapa yang berani menegur. Ini merupakan satu musibah kepada jamaah dan akan menghalang jamaah daripada terus maju.

Kita boleh melihat di dalam Muktamar Tahunan Pas. Ahli bebas memberi pandangan dan kritikan kepada pimpinan tanpa ada sekatan dan tapisan. Muktamar tidak dijadikan sebagai pesta mengampu pemimpin. Pimpinan Pas pula menerima kritikan dengan dada terbuka dan mengambil teguran sebagai satu peringatan.

Oleh itu salah satu daripada agenda usrah ialah sesi muhasabah di kalangan anggota ahli usrah. Naqib boleh muhasabah ahli dan ahli boleh muhasabah naqib. Ertinya tidak ada batu penghalang di antara mereka untuk membina peribadi dan jamaah melalui sessi muhasabah.

Cuma perlu diambil ingatan bahawa teguran ini datang dengan hati yang ikhlas bukan kerana dendam untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. Jika ada sifat ini maka teguran ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan kepada jamaah.

Gunalah saluran yang betul ketika memberi teguran. Lagak kita tidak boleh bertindak seperti orang yang tidak ada jamaah. Janganlah kita luahkan rasa tidak puas hati mengenai jamaah melalui Face book, blog, twiter, akhbar, televisyen. Janganlah mengkritik di majlis ceramah atau majlis ilmu, kerana pendengar  Ini bukan ahli Pas sahaja, mungkin musuh. Jika berlaku demikian rupa ia akan menguntung musuh Pas. Walaupun kita boleh memuas hati kita tetapi ia memberi mudharat kepada jamaah. Jangan kita membantu musuh daripada dalam tanpa kita sedari.

Sekiranya teguran masih tidak membawa apa-apa perubahan kepada jamaah dan pimpinan, maka parti membenarkan kita menukar pemimpin yang lain setiap dua tahun sekali. Kita boleh memilih pemimpin yang bersedia untuk menerima teguran untuk kebaikan jamaah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas


Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas

Idris Haji Ahmad

19/1/12

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60). 

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.” 

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

 

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

 

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

 

 

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud:  Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

 

Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan
Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian
Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW
 

 

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
 

Cara untuk mengubat

 

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

 

 

Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

 

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

 

Firman Allah s.w.t

 

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

 

 

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

 

Juga sabdanya s.a.w.:

 “Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

 

Rasulullah SAW bersabda

 

 

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. 

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

TINDAKAN DISIPLIN SATU TARBIAH


TINDAKAN DISIPLIN SATU TARBIAH
Idris Ahmad
12/1/12
Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Semalaysia Pas kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini  merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh  dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa  disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.
Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah nabi SAW yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah.
Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain baginda menerima dari  alasan mereka.
Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan nabi SAW. Beliau menyangka baginda tidak tahu,  sangkaan beliau meleset kerana baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.
Apabila baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW di masjid untuk meminta maaf, maka baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Sham datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Sham kerana sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengabil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam.
Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana  Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang  bertemu Rasulullah saw. lalu ia bertanya, “Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang  sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?”
Rasulullah saw. menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!”
Istri Hilal menjelaskan, “Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”. Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.
 
Selama lima puluh hari lima puluh  malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada baginda SAW memberi tahu bahawa Allah SWT telah mengampunkan mereka bertiga.
Mendengar berita itu Kaab terus   sujud syukur kepada Allah.
 
Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya “Bergembiralah kau pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!”
“Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?” tanyaku sabar.
“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!” jawab Rasul saw.
 

Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah saw.”
Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.
“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)
 
Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta’ah yang membocor rahsia mengenai persiapan baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpedapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan: Ya . kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Bermaksud,
“Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang” (al-Taubah 9:102)
 
Pernah berlaku kepada seorang aktivis Pas di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu Pas dan menghadiri program Pas walaupun beliau bukan ahli Pas. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.
 
 
Rumusannya
1.Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.
2.Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri
3.Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.
4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.
5.Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.
6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.
7. Allah akan menguji kepada kita samaada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh Pas yang sentiasa mencari peluang
8.Contohilah seorang ahli biasa Pas d Pasir Salak  walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada Pas
9.Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa. 

Satu Cawangan Satu Usrah


Nizam tarbiah Parti Islam Semalaysia Pas banyak. Antaranya ialah usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, riadhah. Usrah pula menjadi tonggak kepada program tarbiah.  Pengabaian kepada usrah bermakna ia akan membawa kecacatan kepada Pas di masa akan datang. Kerana tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jamaah.

 

Perlu difahami bahawa usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincang masalah  organisasi dalam jamaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.

 

Usrah bermakna keluarga.  Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.

 

Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha untuk membina fikrah Islam dalam diri dan membina peribadi Muslim, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada mereka di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan pengabdian kepada manusia dan taghut.

 

Kesimpulannaya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jamaah. Kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah.

 

Ketika Pas memulakan kepimpinan ulamak 1982 maka gerakan usrah tumbuh seperti cendawan. Boleh dikatakan setiap ahli Pas mengenali usrah, sehingga melahirkan individu yang berkualiti walaupun bilangan mereka sedikit. Boleh dikatakan setiap cawangan ada markaz, hasil daripada suntikan usrah sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi. Malahan antara sebab yang menjadi penyebab kepada desakan supaya Pas membawa gagasan kepimpinan ulamak ialah apabila order lama yang tidak berapa selesa dengan istilah usrah. Mereka hanya hendak menjadikan Pas sebagai sebuah parti politik semata-mata, sedangkan mereka lupa Pas sebagai gerakan Islam dan gerakan politik. Ketika itu muncul tokoh-tokoh tarbiah di dalam Pas seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, Ustaz Yahya Osman, Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Tokoh-tokoh ini cuba meletakkan Pas sebagai landasan yang betul supaya ada perbezaan dengan lawannya Umno pada ketika itu. Sebelumnya tidak banyak beza dari segi shakhsiah dan pakaian ahli Pas dengan ahli Umno, Cuma yang berbeza ialah ideologi poitik ketika menjelang pilihanraya umum. Waktu itu muslimat yang berjubah dan bertudung labuh di merata tempat. Lelaki pula yang berjubah dan berserban.

 

Pengalaman saya turun mengadakan muzakarah tarbiah di peringkat negeri-negeri yang  melibatkan peserta daripada semua Lajnah Tarbiah kawasan-kawasan amat menduka citakan. Umumnya apabila ditanya kepada kawasan-kawasan, hanya 30 peratus sahaja usrah di cawangan-cawangan berjalan.

Jika trend ini berlaku ia tidak baik kepada masa depan Pas, terutama dari sudut perkaderan, pembinaan syaksiah ahli dan gerak kerja jamaah terutama persiapan menghadapi pilihanraya.

 

Usrah di peringkat cawangan amat perlu dilaksanakan, kerana kekuatan Pas terletak di cawangan-cawangan. Jika usrah berjalan dengan baik, tidak timbul soal penculaan di setiap lokaliti tidak berjalan. Malahan daftar pemilih juga tidak menjadi kalut, kerana setiap minggu perkara ini akan diperingatkan oleh naqib di dalam setiap kali pertemuan kepada semua ahli keluarga yang belum lagi mendaftar. Ertinya banyak perkara di dalam organisasi dapat diselesaikan.

 

Selalu persoalan yang ditimbulkan oleh cawangan-cawangan, mereka tidak ada naqib. Maka dengan sebab itu usrah tidak berjalan. Jawapan saya kepada mereka jangan menjadi alasan untuk tidak membuat usrah. Perkara yang penting ialah pertemuan mingguan. Mereka boleh melaksanakan sendiri,  dengan membaca Yasin, solat hajat dan isi dengan tazkirah tulisan pimpinan Pas seperti tulisan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib dan buku keluaran Lajnah Tarbiah Pas Pusat. Cukup sekadar membaca di dalam dua muka surat tanpa huraian (kalau mampu lebih baik) kemudian boleh berbincang dengan ahli mengenai organisasi, kebajikan ahli dan sebagainya. Apa yang penting ialah pertemuan supaya ukhwah terjalin dengan kukuh.

 

Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas


Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas
Idris Ahmad
8/12/11
Perkara kedua  yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah ialah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Mereka disatukan   di atas dasar akidah, bukan atas bangsa. Rasulullah SAW menitik beratkan soal ukhwah supaya budaya asabiah di kalangan masyarakat Arab jahiliah yang telah menjadi darah daging dapat dimusnahkan. Bukan senang untuk   memecah tradisi masyarakat  Arab yang tebal dengan fahaman asabiah dan bangga dengan keturunan . Baginda memberi tarbiah kepada kita bahawa semangat ukhwah kena dimantapkan, lebih lebih lagi ketika negara Madinah baru dibentuk pada ketika itu. Inilah asas yang paling awal perlu dilakukan jika kita mahu membentuk masyarakat yang mantap untuk menghadapi cabaran semasa.
Sehingga persahabatan mereka yang kita tidak akan bertemu dalam sejarah sepanjang zaman. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya
“Setelah mereka tiba di Madinah Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’. Saad telah berkata kepada Abdul Rahman, “Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan Ansar, marilah kita bahagi dua harta itu, saya mempunyai dua isteri , pilih yang mana satu awak suka supaya saya ceraikan dia, apabila selesai ‘iddahnya, berkahwinlah dengan dia”. Abdul Rahman bin ‘Auf menjawab, mudah-mudahan Allah memberkati keluarga  dan hartamu, tunjukkanlah saya di mana pasar kamu”
 
Ahli Pas perlu membentuk ikatan ukhwah yang mantap di kalangan ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli. Ikatan ini dibentuk tanpa ada pilih kasih di kalangan anggota parti. Ia dibina di atas dasar Islam bukan atas dasar duniawi, bukan dibina di atas dasar benda atau pangkat.
Apabila ada ikatan kasih sayang barulah semangat untuk berkorban akan dijelmakan. Kita perlu bina ikatan ini seperti bangunan yang tersusun kukuh. Jamaah hanya kuat apabila wujudnya pertautan hati di kalangan anggota parti. Ia bukan dibina di atas dasar pura-pura atau atas dasar dunia dan kebendaan.
Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan hati ialah sifat kasih sayang yang suci, sifat timbang rasa, sifat baik sangka dan semangat ingin berkorban sesame anggota.Hati yang dipenuhi dengan kebencian tidak akan bersatu. Perpaduan yang dibina di atas dasar pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenar.
Persahabatan yang berasakan kepada sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Suatu persahabatan yang hanya mementingkan perniagaan tidak akan melahirkan sifat timbangrasa dan kasih sayang. Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang belainan ini , tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah. 
Sebuah jamaah yang kuat apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mencintai matlamat yang dituju.
Jamaah yang kukuh ukhwah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat  untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan.
 
Ketika sambutan masyarakat terhadap Pas begitu memberangsangkan maka soal ukhwah adalah suatua perkara yang amat perlu dititik beratkan. Sekiranya ukhwah longgar maka perjalanan jamaah juga akan tempang. Mutu kerja dan semangat di kalangan anggota akan hilang.
Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan ukhwah yang teguh walaupun bilangan ahlinya  sedikit di suatu tempat, terutamanya bagi ahli Pas yang berada di luar bandar. Banyak di kalangan orang Melayu yang tinggal di pendalaman bukan mereka tidak sudi untuk menyertai Pas, tetapi mereka bimbang akan dipulau oleh ahli Umno sewaktu kenduri dan mati. Sebab itu kita boleh lihat perkara ini yang diterjemahkan di dalam peti undi setiap kali pilihanraya. Jika dicula,  tidak ramai yang menjadi ahli Pas, tetapi apabila peti undi dibuka, Pas mendapat sokongan berganda.
Oleh itu cawangan Pas di seluruh negara perlu memperhebatkan program yang boleh mengikat dan memberi motivasi keberanian untuk orang bersama dengan Pas. Masyarakat luar Bandar mereka tidak termakan sangat dengan isu yang berlaku di dalam negara. Yang menjadi perhitungan mereka ialah “politik  bermasyarakat”.  Pada mereka apa erti mereka sensitif dengan isu penyelewingan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, jika mereka dipulau oleh ahli Umno.
Oleh itu program usrah, kemasyarakatan dan kebajikan adalah pengikat kepada ahli Pas untuk berani berjuang bersama dengan Pas. Biar mereka ada keberanian kerana kebajikan mereka  dipedulikan oleh jamaah.
Sepanjang pengalaman saya melihat cawangan yang kuat dengan ikatan ukhwah dan kemasyarakatan di situ ahlinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk melawan Umno. Sebab itu program kebajikan perlu diaktifkan dalam apa keadaan sekali pun jika kita mahu mendapat sokongan ahli terutama di kawasan pendalaman.
Walaupun nampak remeh sahaja isu ini tetapi isu inilah yang menyebabkan ahli Umno bimbang untuk menyeberang menyertai Pas takut dipulau apabila mereka berbuat demikian.
 

Menjelang 60 Tahun, Rahsia Kekuatan Pas


Menjelang 60 Tahun, Rahsia Kekuatan Pas
Idris Ahmad
29/9/11
Pas akan menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988.

Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah.

Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin.

Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno.

Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja

Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti.

Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut,

“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)
Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam

Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan.

Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti.
Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini. Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW”Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa”. Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labor semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan
ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka.

Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Semalaysia Pas

Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati

“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”

Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri.
Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan

Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat.

Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama’ dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar.

Ulama’ yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas.

Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak.

Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja.

Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas.

Ustaz Hassan Shukri: Perginya Murabbi, Naqib & Ayahanda Pemuda Gombak


Oleh Pemuda Gombak

Dalam kenangan …

(Gambar penulis bersama Ustaz Hassan Shukri dalam program usrah gabungan bulan lalu)

Allah Taala berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud : Di antara orang-orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Kita semua baru selesai dan pulang dari Muktamar Tahunan Pas yang diadakan di PUTIK Kelantan. Semua lapisan jawatankuasa dalam PAS hadir sebagai tanggungjawab bersama. Menyulusuri agenda perbincangan untuk kepentingan parti. Sama-sama menanggung amanah parti untuk bekerja bagi kepentingan dan memartabatkan Islam.

Namun, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Sedih semua golongan yang cintakan Islam. Kesedihan ini meliputi penduduk langit dan bumi. Perginya insan yang sepanjang hayatnya hidup dengan memperjuangkan Islam. Beliau adalah Murabbi, Naqib dan Ayahanda Pemuda Gombak iaitu Almarhum Al-Fadhil Ust Hassan Syukri Hafizahullah. Namanya antara Insan Murabbi yang menjadi regular naqib bagi Pemuda Gombak.

Teruskan membaca

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS


Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Teruskan membaca