Hijrah 1431: Satu Iktibar


Perutusan Ketua Penerangan PAS Sempena Sambutan Maal hijrah 1431

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan pengertian yang bermakna kepada perjuangan agama Allah di atas muka bumi ini. Hijrah yang memerlukan pengorbanan jiwa, perasaan, tenaga dan harta benda. Baginda berhjijrah kerana ia adalah arahan Allah SWT kerana bumi Makkah tidak subur untuk baginda meneruskan usaha dakwah. Maka baginda berhijrah kerana di Madinah adalah tapak yang subur untuk nabi SAW meneruskan usaha menegakkan Islam yang syumul.

Semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh baginda SAW mesti dijadikan aspirasi kita dalam meneroka jajaran dakwah di negara ini. Hijrah dengan penuh strategik dan perancangan yang begitu rapi bukan secara membuta tuli. Nabi SAW melakukan hijrah dengan mengambil jalan yang jarang manusia lain lalu, bersembunyi di Gua Thur sebelum terus bergerak ke Madinah, semua ini menunjukkan nabi SAW memberi tarbiah kepada kita dalam kerja dakwah dan perjuangan walaupun nabi boleh berdoa kepada Allah dan mengutuskan tentera-tentera Allah untuk membantu nabi tanpa bersusah payah. Sebaliknya nabi telah merancang dengan begitu teliti sekali sewaktu baginda mangatur untuk berhijrah.

Teruskan membaca

SEJARAH KEPIMPINAN ‘ULAMA’ DALAM PAS


Di dalam bab yang lalu telah dibincangkan mengenai sejarah kelahiran Pas di negara ini adalah hasil perjuangan ulama’  dan golongan agama yang hendak melihat Islam mentadbir di negara ini yang bebas daripada badan Induk (Umno)(Abdul Razak Ayub 1985:46). Golongan Ulama’  merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajah. Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS di seluruh tanah air. Kekentalan Pas dengan doktrin agama dan politik yang tidak boleh dipisahkan  telah mempengaruhi dan meresapi kuat ke dalam pemikiran parti Islam melalui wadah politik. (Zulkifli Muhammad, 1954: 13).   

Oleh kerana Pas adalah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar maka ia telah mendapat sokongan dari orang ramai terutama di kalangan tuan guru dan ustaz. Mereka ini adalah kelompok yang mempunyai penyokong  di peringkat akar umbi. Ini dapat dilihat Presiden Pas yang pertama (dulunya Yang Dipertua Agung Pas) dipimpin oleh ulama’  atau sekurang-kurangnya golongan agama kecuali di zaman Dr. Haji Abas Alias. Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang kepimpinan ulama’. 

Walaupun sebuah Dewan ulama’ sudah wujud pada peringkat awal, hampir sama dengan penubuhan Pas (Alias Muhamed, 1992: 94) tetapi agak kurang dalam menentukan dasar dan pembawaan parti.1 Kedudukan Dewan ulama’ hanya setanding dengan dewan-dewan lain yang tidak mempunyai autoriti yang besar. Ketuanya berada di dalam Dewan Harian bersama-sama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Waktu ini kedudukan ulama’ dalam hiraki parti tidak dipandang sebagai kata pemutus. Sehinggalah terdapat desakan di kalangan ahli bahawa perlunya ulama’ ditempatkan dan diinstitusikan dalam parti PAS.(Harun Taib 2000: 4)  

Beberapa fenomena telah berlaku dalam parti dan luar parti telah menuntut PAS melakukan perubahan kepimpinan yang lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan zaman. Ini telah menggerakkan Pas untuk mewujudkan kepimpinan Ulama’ bagi mengembalikan fungsi kewujudan PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam. PAS melihat dekad-dekad kebelakangan ini semacam ada usaha untuk memencilkan peranan ulama’ di mana peranan ulama’ diletakkan di bidang ibadah sahaja. PAS berusaha untuk meletakkan Ulama’  di tempat yang sepatutnya seperti pada zaman kegemilangan awal dahulu.  

Teruskan membaca

PENGLIBATAN ULAMA’ DALAM PAS PADA PERINGKAT AWAL


Gerakan kesedaran Islam di Tanah Melayu bermula dengan pulangnya pelajar-pelajar Melayu yang pernah mendapat didikan di Timur Tengah khususnya di Mesir . Pengaruh ini menjalar masuk ke alam Melayu apabila Syed Sheik  bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaludin al-Azhari yang pulang daripada Mesir. Mereka banyak menerima idea-idea pembaharuan daripada Sheikh Muhammad Abduh seorang pemimpin kebangkitan Islam yang terkenal di Mesir. Apabila Syed Sheik al-Hadi pulang dari Kahirah pada tahun 1904, beliau telah menerbitkan majalah al-Imam di Singapura pada tahun 1906-1908 bersama rakannya Syed Sheik bin Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Toha dan lain-lain lagi.

Al-Imam berjaya mencetuskan perubahan minda para pembaca di Tanah Melayu zaman tersebut. Kemudian mereka menerbitkan akhbar-akhbar seperti Neraca (1911-1915), Tunas Melayu 1913, Ikhwan 1926 dan Saudara 1928. Akhbar ini menanamkan semangat anti penjajah melalui sindiran, kritikan  dan teguran bangsa Melayu di bumi sendiri. Keluaran pertamanya pada 23hb. Julai, 1906. Idea-idea Islam yang syumul dan lengkap ditulis dalam penerbitan mereka.(Abdul Rahman Abdullah, 1987: 154-155, William, R. Roff, 89-90, Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990, 201-202, Haji Mohd. Fakharddin Dato’ Haji Ahmad Gahzali, 2003: 3)

Majalah ini telah meniupkan kesedaran kepada golongan agama untuk bangkit menentang penjajah. Golongan ini telah menggerakkan mereka yang berpendidikan agama kearah pembentukan organisasi politik . Mereka menyeru masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam untuk meninggikan ekonomi dan politik orang Melayu. (Wan Hashim Wan Teh, 1988:37-38, William, R. Roff, 1980: 58) 

Sekitar tahun 1931 perkembangan politik tanah air terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpuln pertama ialah puak kanan yang terdiri daripada mereka yang berpelajaran Inggeris dengan slogan Malaya untuk orang Malaya_. Golongan kedua ialah puak kiri yang berjuang untuk kemerdekaan orang Melayu dengan konsep penyatuan Melayu Raya_ dipelopori oleh Ibrahim Yakob dan Ishak Haji Mohammad.( Shahrom Husain, 1985 :67-68). Kemudian Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Malaya (KMM) untuk kemerdekaan Malaya dan Indonesia, kemudian KMM  telah diharamkan oleh Jepun walaupun pada peringkat awal Jepun memberi kerjasama. Sebagai gantinya Jepun telah menubuhkan Pembebasan Tanah Melayu (PETA). Apabila Jepun menyerah kalah maka hasrat untuk merdeka tidak tercapai. (Shafie Ibrahim, 1981:3)

 Hasil daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan agama di Gunung Semanggul.

Apabila KMM (Kesatuan Melayu Muda) ditubuhkan  di cawangan Gunung Semanggul menjelang tahun 1940an. Pelajar-pelajar Ma’had Ehya telah menyertai KMM. Penyertaan penuntut–penuntut Ehya’ Syarif dalam Gerakan Kesatuan Melayu Muda bukan setakat menjadi ahli, tetapi beberapa orang daripada mereka telah menjadi pemimpin KMM cawangan Gunung Semanggul dan seluruh Perak Utara. (Nabir Abdullah, 1976:76)

Penyertaan secara aktif di dalam politik dan persatuan di kalangan para pelajar Ehya’ pada waktu itu adalah hasil pembawaan guru-guru yang mengajar mereka. Di kalangan guru-guru inilah yang membentuk ideologi pelajar kerana mereka telah menghuraikan fahaman perseorangan (personal ideology) seperti pendapat, sikap, nilai dan bentuk pemikiran kepada para pelajar. (James  C, Scott, 1968:31)

Inilah juga yang dilakukan oleh ustaz Abu Bakar al-Abaqir yang menggalakkan anak muridnya terlibat dengan kegiatan memajukan agama dan bangsa.

Teruskan membaca

MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD: DI KUANTAN BUKAN KELANTAN


Your browser may not support display of this image.
BAPA kepada sembilan anak yang hampir murtad kerana kesempitan hidup menunjukkan paip air yang disambung melalui sebuah surau yang telah dipotong oleh jiran-jirannya di Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading, Kuantan, kelmarin.

Utusan Malaysia 25 Mac 2009 melaporkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya yang berusia 14 tahun hingga 5 bulan daripada murtad.

Pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam.

Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula. 

Berita yang menakutkan bagi orang yang ada kesedaran akidah dan sayang kepada Islam. Ini adalah negeri bakal PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bakal Presiden Parti yang penuh dengan rasuah.

Selalu dalam setiap kali pilihanraya di Kelantan, Datuk Najib juara untuk mengutuk Pas gagal membangunkan rakyat dan membasmi kemiskinan. Tiba-tiba berita dalam Utusan Malaysia 25/3/09 negeri dia orang hendak murtad fasal miskin.

Teruskan membaca

KEGIGIHAN NABI MUHAMMAD SAW QUDWAH UNTUK PENDAKWAH


Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ketika dunia perlukan kepada pembimbing untuk keselamatan dunia dan akhirat. Kehidupan pada waktu itu tidak ada erti kepada manusia untuk menghirup nikmat dunia. Undang-undang yang ada ialah undang-undang rimba, yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus ditindas.

Serigala menjadi pengembala kambing, orang zalim menjadi hakim. Wanita tidak ada nilai dalam hidup. Kehadiran wanita di dunia kononnya membawa sial majal sebab itu perlu dibunuh sejak kecil lagi. Wanita hanya untuk diguna sebagai memuaskan nafsu binatang mereka dan dijadikan sebagai bahan pertaruhan dalam perjudian.

Teruskan membaca

Pengurusan Tarbiah Yang Sistematik


Semua orang akur bahawa tarbiah penting dalam menjana kekuatan parti dan menyediakan tenaga kerja kepada parti untuk akan datang. Di antara rahsia kekuatan Pas sehingga mampu berada dipersada perjuangan di negara ini kerana bertunjangkan kekuatan tarbiah yang menjadi agenda penting kepada parti.

Peranan tarbiah tidak ada noktah terakhir, malahan ia terus berjalan seiring dengan proses kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia juga tidak terhenti kepada ahli bawah sahaja malahan juga kepada mereka yang bergelar pemimpin. Kita akan mengalami kepupusan ahli dan kepimpinan pada masa akan datang jika pengurusan tarbiah tidak diatur dengan baik. Tenaga kerja untuk menggerakkan pilihanraya akan terbantut apabila sistem tarbiah tidak berjalan dengan teratur.

Teruskan membaca

HIJRATUL RASUL SAW UNTUK MENGAMALKAN ISLAM YANG SYUMUL


Kalau hendak menghayati Islam seperti yang Umno pejuangkan , baginda tidak perlu berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Bukan nabi SAW tidak sayang Makkah, tempat tumpah darah baginda . Seperti pepatah menyebut “hujan emas di negeri orang manalah hendak sama dengan gas pemedih mata di negeri sendiri”. Setelah baginda di Isra’ dan Mikraj oleh Allah dengan membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang dapat diimani oleh manusia, namun orang-orang kafir dan musyrik tidak juga menerima. Apa yang berlaku ialah bertambah kesombongan , keingkaran dan keangkuhan terhadap risalah yang dibawa oleh baginda nabi SAW. Malahan mereka melipat ganda untuk menyakit hati baginda nabi Muhammad SAW dan sampai kepada peringkat untuk membunuh baginda dengan harapan cahaya agama tidak bersinar dia atas muka bumi ini.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah baginda diarahkan berhijrah untuk mencari pengkalan baru dalam dakwah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman baginda. Baginda meninggalkan padang permainan sejak dari kecil dan kampung halaman. Ini merupakan satu ujian dan kepahitan. Bukan semua orang boleh melakukannya.

Teruskan membaca

BERTUDUNG BIARLAH IKUT SYARIAT BUKAN ADAT


Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

Teruskan membaca

SEKRETARIAT KHAS DIALOG ULAMA’ DAN UMARA’ PERMULAAN NAJIB UNTUK BINA IMEJ ISLAM


Utusan Malaysia, 22 Dis 2008. – Sebuah sekretariat khas akan ditubuhkan untuk mengendalikan dialog antara ulama dan umara bagi memastikan perbincangan di antara kedua-duanya berlaku secara lebih mapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dialog yang akan dilakukan secara berkala itu penting untuk membolehkan pandangan kedua-dua pihak terhadap sesuatu perkara dapat dibincangkan mengikut keperluan semasa.

”Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penubuhan sekretariat ini yang boleh menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan dialog antara ulama dan umara.

Teruskan membaca

JAGALAH RAHSIA PARTI


Apabila kita menjadi ahli maka kita telah berbaiah dengan parti bahawa kita akan patuh kepada arahan parti dan pimpinan selagi tidak bertentangan dengan Islam. Pas sebagai sebuah gerakan Islam dan dan sebagai salah sebuah parti politik yang terbesar dan menjadi kuasa pencabar kepada parti pemerintah pada hari ini.

Kedatangan Pas di arena politik dan gerakan Islam di negara ini yang mempunyai matlamat yang suci untuk mendaulatkan syariat Allah di muka bumi. Tugas ini mesti diteruskan dan Pas tidak pernah berundur selangkah dalam mencapai cita-cita murni. Maka sudah tentulah Pas merupakan halangan terbesar Umno/BN untuk mereka bermaharajalela di negara ini.

Dengan kekuatan organisasi 6332 cawangan dan ahli hampir mencecah satu juta orang yang mempunyai struktur parti yang lengkap bermula daripada Majlis Syura Ulama’, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dewan Ulama’, Dewan Pumuda, Dewan Muslimat, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri, Kawasan, Cawangan.

Manakala struktur parti di peringkat jentera pilihanraya yang lengkap daripada peringkat pusat sampai kepada lokaliti (kampung dan lorong) Pas mempunyai struktur yang jelas dan kemas.

Teruskan membaca

PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS


Muqaddimah

Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.

Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Teruskan membaca

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan


Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Teruskan membaca

LAZAT BERIBADAT DALAM BULAN RAMADHAN KALAU ADA ILMU


Surau masjid dah banyak lapang, kereta pun senang hendak parking, ruang solat sudah selesa. Ia berbeza dengan awal Ramadhan dulu. Kalau Isya masuk pukul 8.30 malam, jam 8.15 malam sudah penuh manusia di ruang solat sehigga melimpah di luar bangunan. Ini adalah fenomena biasa dalam masyarkat Islam di negara kita. Yang direbutnya awal Ramadhan sahaja, manakala yang akhir hanya tinggal ahli tetap dan berpecen di surau dan di masjid. Kenapa keadaan ini berlaku? Pada anggapan saya, kerana mereka beribadat hanya kerana suka-suka dan anggap ini hanya pesta solat terawikh, kerana lihat jiran dan rakan di sebelah rumah pergi. Takut kawan di pejabat tanya di mana awak solat tarawikh.

Memanglah apabila buat ibadah bukan kerana faham tetapi kerana semangat dan ikut orang semata-mata maka ia cepat luntur. Pengalaman saya sewaktu kanak-kanak dahulu kerana tidak tahu nilai erti kelebihan Ramadhan yang dianggap pengghulu segala bulan. Maka kita hendak Tok Imam baca mesti laju, bangun solat dalam keadaan malas kerana terpaksa. Punca terjadi demikian kerana tidak ada ilmu, ibadah hanya dengan semangat sahaja atau ikut orang. Dengan sebab itu Islam amat menitik berat soai ilmu dalam semua hal. Islam menghendaki supaya membuat sesuatu biarlah faham bukan ikut secara membuta tuli sahaja. Dengan sebab itu dalam perjuangan pun kita hendak supaya masyarakat faham apa yang Pas hendak bawa di negara ini.

Teruskan membaca

Al-Quran Sebagai Penyuluh Untuk Pendakwah


Apabila muncul 17 Ramadhan setiap tahaun kebanyakan negeri di Malaysia cuti umum, kerana mengingatkan peristiwa turunnya al-quran yang merupakan kitab suci yan terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansukh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari qiamat. Ia dibawah peliharaan Allah yang maha agung. Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipurlara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraish yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamirkan di pasar ‘Ukaz. Allah menjadikan nabi Muhammad SAW seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera

Teruskan membaca

TAQWA BEKALAN UNTUK PEJUANG


Perkara utama yang akan diporolehi oleh hamba yang menunaikan puasa ialah taqwa. Firman Allah SWT “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa seperti mana yang diwajibkan keatas orang yang sebelum daripada kamu berpuasa semoga kamu bertaqwa”. Perkataan taqwa yang sering didengar setiap kali khutbah jumaat, kerana ia adalah merupakan satu rukun yang mesti dibaca oleh khatib.

Ibadat puasa yang terakhir untuk diperolehi ialah taqwa kepada Allah SWT. Taqwa ialah menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Imam Hassan Basri menyatakan taqwa ialah memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka. Ibn Abbas menghuraikan taqwa ialah orang yang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal serta taat kepada perintahnya. Kesimpulannya taqwa ialah menjunjung segala perintah Allah dengan penuh rasa perhambaan kepada Allah tanpa ada sedikit keraguan terhadap apa yang diperintah oleh Allah SWT.

Beberapa anugerah Allah yang akan berikan kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita sebagai pejuang agama Allah perlu melipat ganda untuk mendapat darjat taqwa kerana ia akan menjadi bekalan yang cukup bermakna. Antara faedah taqwa yang akan diperolehi oleh hambanya ialah,

Teruskan membaca