BERJAMAAH ITU RAHMAT


Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat, berpecah itu adalah azab” . Demikianlah hadis Rasululah SAW yang memperingatkan kepada kita terutama kita sebagai anggota jamaah Islam yang dipayungi oleh Parti Islam Semalaysia. Hadis ini menunjukan bahawa dalam kerja Islam kita perlu buat secara berjamaah, bukan bekerja seorang diri walaupun kita bijak.

Rasulullah SAW sebagai manusia yang paling bijak di kalangan makhluk Allah dia atas muka bumi ini, baginda tidak lupa dalam gerak kerja baginda. Baginda tetap membuat satu kerja dengan berjamaah. Sebab itu Rasulullah (SAW) telah membentuk jamaah awal di rumah al-Arqam Abi Arqam. Ini hendak menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajar kita dalam melaksanakan kerja Islam ia perlu berjamaah. Sebab itu Pas sebagai sebuah jamaah yang tersusun rapi dengan mempunyai skil kepimpinan yang mantap, tidak pernah mengabaikan hal ini.

Alim macam mana sekalipun, warak macam mana sekalipun ia tidak boleh membuat keputusan secara persendirian. Kerana Pas ini parti Islam, ia bukan “parti Turperware”. Apa taraf sekalipun dan apa kelulusan sekalipun dan apa pangkat sekali pun ia tidak boleh buat keputusan secara sendiri. Inilah yang baginda ajar kepada umatnya.

Teruskan membaca

Pemimpin perlu selami derita rakyat – Ustaz Idris


Oleh Saidah Hairan

ImageRamai orang mahu jadi pemimpin kerana senang kaya, dapat pangkat, kuasa dan populariti. Jawatan pemimpin tidak lagi dianggap amanah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Timbalan Pengarah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan maksud ‘ulul amri’ ketika diwawancara Harakahdaily.

HARAKAH: Ramai orang mahu jadi pemimpin tetapi segelintir berjaya memegang jawatan pemimpin. Boleh ustaz jelaskan perkara ini?

USTAZ IDRIS: Pertama apabila kita bercakap soal kepimpinan, perkara yang perlu kita sedar ialah apabila lahir seseorang, dia tidak akan terus menjadi pemimpin yang baik. Ia perlu pada satu bentuk latihan (tamrin) yang perlu kita lakukan, satu oleh parti kepada dia dan yang kedua dia sendiri bersedia untuk diprogramkan untuk menjadi pemimpin dan kita mempunyai piawai dan kalau tidak pun Nabi Muhamad s.a.w., Khalifah Ar-Rasidin yang kita anggap sebagai satu lambang paling tinggi.

Teruskan membaca

PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA


Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra’ Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra’ Mukraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Teruskan membaca

FORUM MASUK ISLAM:FITNAH JANGAN DIKEJUT


Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agamanya. Islam bukan ciptaan manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam. Islam bukan agama yang memaksa untuk orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan melahirkan golongan munafik dalam Islam.

Peraturan Islam, apabila sudah menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami dari agama lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam agama kamu menghalang daripada keluar agama kamu.

Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima pakai Islam sebagai ajaran anak peri bumi di negara ini. Dan inilah juga dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur tangan dari kalangan orang lain.

Teruskan membaca

ISRA’ MIKRAJ :PENGAJARAN BUAT PEJUANG ISLAM


“Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Teruskan membaca

PERKASAKAN DAKWAH UMUM DI ERA KEMENANGAN


Di antara hikmah nabi Muhammad SAW berhjrah ialah kerana hendak Islam itu berkuasa bukan Islam dikuasai. Islam memerintah bukan Islam yang diperintah. Islam menjadi tuan rumah bukan Islam itu tetamu. Kalau risalah Islam yang baginda diamanahkan oleh Allah SWT hanya untuk solat dan tawaf di kabah, maka baginda tidak perlu untuk berhijrah dan meninggalkan kampung halaman yang tercinta.

Tetapi demi Islam dan kedaulatanya maka baginda berhijrah untuk memastikan Islam ada pengkalan untuk menyebarkan Islam ke negeri lain. Alhamdulillah Pas bersama dalam pakatan rakyat telah di anugerahkan nikmat untuk membolehkan dakwah Islam bernafas setelah berada di zaman penjajahan moden yang tidak benarkan Islam di hayati dalam konteks seperti yang nabi saw ajar kepada kita.

Maka di kesempatan inilah maka kita perlu untuk memperkasakan dakwah umum kepada masyarakat setelah mereka dibutakan hati dan telinga untuk mendengar kalimah Islam yang sebenar. Mereka berjaya meracunkan rakyat di negara ini mengenai Islam menurut acuan dan nafsu mereka sehingga mengelirukan rakyat di negara ini.

Teruskan membaca

ISU TUDUHAN LIWAT:INDAHNYA KALAU SYARIAT ISLAM DILAKSANAKAN DI NEGARA INI


Masyarakat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan berita tuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan 23 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh Mohd Saiful Azlan pada 26hhb Julai 2008. Apakah ini satu lagi konspirasi yang melibatkan plot yang sama pada tahun 1998. Wallahua’lam.

Apa yang berlaku ini adalah satau tuduhan yang berat yang dikenakan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan melibatkan maruah peribadi beliau dan juga keluarga. Rakyat Malaysia tidak sanggup lagi untuk melihat peristiwa tilam diusung pula ke dalam mahkamah. Anak kita yang masih kecil bertanya apa dah jadi dengan Malaysia, ketika tilam diusung ke mahkamah. Kesemua ini menuntut kepada kita untuk terus merenung bahawa inilah masanya untuk kita memikirkan bahawa Syariat Islam adalah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang ada pada hari ini.

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa terutama terhadap musuh politik , tetapi dengan syariat Islam perkara ini dapat dibendung dan disekat, kerana ada satu hukuman “qazaf” yang akan dikenakan sebanyak 80 rotan jika tidak ada 4 orang saksi. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima perbuatan yang terkutuk yang menjadi amalan kaum Nabi Lut sehingga Allah mendatangkan balasan terhadap kerja buat mereka dengan diterbalikkan bumi.

Teruskan membaca

MENANG JUGA MERUPAKAN SATU TARBIAH


Apabila seorang telah menjadi ahli Pas bermakna ia telah berbai’ah dengan Pas sebagai sebuah Parti Islam dan Jamaah yang berpegang kepada dasar Islam seperti dalam fasa 3 Perlembagaan Pas. Maka soal kalah menang adalah lumrah dalam perjuangan. Sebenarnya apabila kita memahami bahawa kalah juga merupakan tarbiah, menang juga merupakan satu proses tarbiah. Semua ini jalan untuk mematangkan Pas dan ahlinya. Ada orang yang tidak tahan diuji dengan kekalahan maka ia berundur daripada parti dan tidak mahu bergerak dalam parti lagi kerana tidak tahan diuji.

Justeru itu seperti yang saya sebut tadi bahawa kemenangan juga adalah merupakan satu proses tarbiah secara praktikal, kerana sewaktu menang baru kita tahu bahawa tarbiah adalah tonggak kekuatan dalam parti kita. Tarbiah bukan sahaja cakap di lidah yang tidak bertulang. Mudah kita berbicara, seperti kata-kata Imam Hassan al-Banna “bahawa bercakap lebih mudah daripada buat, buat lebih susah daripada ikhlas dalam amal”

Teruskan membaca

10 Ribu Tiket Percuma Untuk Pelajar Sekolah Bagi Menonton Konsert Ella, Mas Idayu


Dalam keadaan semua orang bercakap mengenai keruntuhan akhlak dan moral maka tiba-tiba berita 10 ribu tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah Selangor menonton konsert yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2008 oleh pihak penganjur.(Utusan Malaysia 19hb Jun 2008).

Apakah ini modal insan yang kita hendak lahirkan. Apakah ini rupa paras remaja sekolah yang kita hendak bentuk?. Sudah cukup Umno/BN menjahanamkan remaja dan belia melalui budaya yang tidak membangunkan intelektual dan jati diri rakyat negara ini.

Teruskan membaca

ISLAM HADHARI PUN PROGRAM POLITIK ?


Utusan Malaysia 28/5/08 melaporkan reaksi pemimpin Umno dan pendokong Islam hadhari mengenai tindakan kerajaan Selangor melarang program Islam Hadhari antaranya, Kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “ Pengharaman Islam Hadhari tindakan politik”

”Saya anggap dia (Hassan) tidak faham atau pun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini kerana pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mungkin dia berfikiran demikian kerana konsep ini dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),” kata Dato’ Seri Khir Toyo .

Teruskan membaca

EZAM AKHIRNYA KE UMNO JUGA


Dengan rasmi Ezam memohon masuk Umno pada 28/5/08. Borang diserah sendiri pada Datuk Seri Abdullah Badwi di Bangunan Parlimen. Pelik tapi itu yang berlaku pada saudara Ezam yang saya kenali rapat dan saya kagum dengan stail kepimpinan beliau. Beliau sanggup di ISA, dipenjara kerana OSA. Satu ketika dulu menurut Tun Musa Hitam beliau matang waktu muda kerana kehebatan beliau waktu memimpin gerakan PKR.

Namun beliau telah membuat keputusan sendiri untuk menyertai Umno dalam keadaan Umno sudah tidak laku, terutama di kalangan genarasi siber. Tidakkah beliau terfikir kawan-kawan beliau yang balik menyertai Umno seperti Roslan Kassim, Zaid Mat Arif, Hamdan Taha, Hanafiah Man dan lain-lain lagi. Di manakah mereka sekarang ini dalam persada politik Umno. Saya cuba merayu beliau melalui SMS supaya jangan masuk Umno. Beliau rply kepada saya jam 2.10 pagi 26/5/05 ketika saya dalam perjalanan pulang berceramah di Selinsing Perak. SMS beliau menyatakan sudah final untuk ke UMNO dan ada agenda tersendiri.

Teruskan membaca

NAJIB WAJAR BINA JATI DIRINYA DULU SEBELUM NASIHAT ORANG LAIN.


Oleh Ustaz Haji Idris Haji Ahmad

KUALA LUMPUR 26 Mei 2008 – Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 40 Tahun Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di sini hari ini, berkata, pembinaan jati diri rakyat supaya memiliki daya tahan, kekuatan moral dan kekuatan rohani dalam menghadapi pengaruh globalisasi melalui usaha mengukuhkan prinsip-prinsip asas ketuhanan dan keagamaan juga patut menjadi faktor pembentukan doktrin itu. (Utusan Malaysia 27/5/08)

Kita mengharapkan Datuk’ Seri Najib Tun Razak sebelum nasihat orang lain supaya ada ketahanan moral dan ketahanan rohani supaya beliau perlu melihat dirinya dahulu. Jangan orang ketawa kepada Dato’ Seri Najib, macam ketam ajar anak berjalan betul.

Apakah membiarkan isterinya Datin Rosmah Mansur berlaga pipi, dengan artis lelaki daripada India (Salman Khan) pada malam anugerah Golden Indian Film Award satu perbuatan bermoral. Apakah ini jati diri yang Dato’ Seri Najib suruh untuk rakyat tiru dalam menghadapi globalisasi.

Teruskan membaca

Menang! Jangan Lupa Peranan Tarbiah


Alhamdulillah pencapaian Pas dalam PRU 12 agak memberangsangkan dan lebih baik daripada keputusan pilihanraya 1969 dan 1999. Satu gelombang revolusi rakyat melalui peti undi telah terbukti berjaya menamatkan khurafat rakyat Malaysia bahawa Umno/BN sahaja yang boleh memerintah.

Keputusan PRU 12 adalah dirujuk, membuktikan kesemua teori itu sudah ketinggalan lapuk. Terutama generasi muda yang celik maklumat yang berada di saluran orang muda. Manakala saluran satu masih tidak berubah, kerana khurafat Umno yang sudah sedaging dengan hidup mereka. Mereka yang berada disaluran ini kita serah kepada Allah SWT sahaja untuk menentukannya.

Teruskan membaca