Hishamuddin Baru Sedar Mengenai Keselamatan Ahli Politik.


Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishamudin Hussin Onn  menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam? Apakah beliau selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang beliau jenis Menteri yang tidak ambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samsing Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Sekarang baru beliau bersuara,  Itu pun apabila kononnya  Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul  pada 25/3/12 ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina d Kajang.  Jika tidak kena kepada Dr Wee maka Hishamuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat.. 

Di antara ceramah Pakatan Rakyat yang diganggu,  21 Januari 2012 ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun Kelang sehingga seorang cedera dan 11 Februari 2012 ceramah aktivis pelajar di Kampung Idaman Kelang.  Ceramah Tn Haji Mohd Sabu di Seremban, Rembau, Muar. Malahan ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim 19 Februari 2012 di Sembrong Johor kawasan Hisahamudin sendiri sehingga cermin kereta pecah. Begitu juga ceramah Anwar Ibrahim di ganggu di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah Melaka. 

Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN d Melaka. Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samsing upahan Umno? 

Mereka lakukan ini sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat. Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini.

Umno Mesti Putuskan Hubungan Dengan Parti Komunis China


Umno Mesti Putuskan Hubungan Dengan Parti Komunis China
Idris ahmad
24/10/11

Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar benar ikhlas hendak melawan komunis. Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis. Rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MOU dengan Parti Komunis China pada 5 ogos 2010.  Ini bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti. Lebih merbahaya  lagi Umno bersetuju untuk menghantar Pemuda Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini berarti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak. Jika Datuk Seri Najib memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka. Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Pari komunis China. Apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya?  Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya? Pas menganggap kedua-dua sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.

Suruhanjaya Aduan Dan Salahlaku Polis Mesti Diadakan Semula


Suruhanjaya Aduan Dan Salahlaku Polis Mesti Diadakan Semula
Idris ahmad
15/7/11

Tragedi keganasan polis di himpunan Bersih 9/7/11 menuntut IPMC Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis mesti diadakan semula. Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia. Sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa. Pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya seolah negara ini tidak mempunyai undang dan prosedur tangkapan. Penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam  himpunan 9/7/11. Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih. Seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat
Sekiranya Suruhanjaya Aduan Dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam. Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahnakan keamanan negara.

Suruhanjaya ini bukan sahaja untuk melihat tingkahlaku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang. Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan akta polis. Semasa mereka berindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak ambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak, akhirnya mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya Bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.

Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah Suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN.

SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR


Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Teruskan membaca

Perlantikan Khusrin Ke Arah Malayan Union?


Perlantikan Khusrin Ke Arah Malayan Union?
Ustaz idris ahmad
29/12/10

Parti Islam SeMalaysia Pas berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri

Pas hendak mengigatkan kerajaan pusat, Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.

Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan

Pas merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Pas hendak mengigatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya

Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah


Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah

Parti Islam Semalaysia Pas menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Teruskan membaca

GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH CERMIN


Parti Islam Semalaysia Pas kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti ‘tikus membaiki labu’. Pas berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang melayu supaya jangan berjinak dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Sejak mutaakhir isu Meayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Teruskan membaca

Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat.


Tindakan  Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. Pas berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha  untuk membendung maklumat penyelewingan kerajaan Bn dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum umno Bn hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk  melemparkan fitnah kepada Pas dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah umno Bn lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat Teruskan membaca

Najib Takut Dengan Kartun Zunar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun. Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka.

Teruskan membaca

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

Teruskan membaca

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.

Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.

Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah..

Teruskan membaca

Mahasiswa 21 tahun berhak berpolitik


KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

“Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka,” katanya.

Teruskan membaca

PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

Teruskan membaca

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua


picture8Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Teruskan membaca

PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah Seks


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius peningkatan 50 peratus jenayah seks dinegara ini sejak 2005-2009. Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen menunjukan peningkatan ketara iaitu dari 2,427 kes pada 2005 kepada 4,238 kes pada 2009 melibatkan jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram.

PAS melihat statistik jumlah tangkapan keseluruhan kes keganasan seks bagi tempoh 5 tahun, iaitu sebanyak 11,347 kes berbanding yang dilaporkan sebanyak, 17,283 kes lebih merisaukan kerana jumlah yang masih belum diselesaikan setiap tahun masih banyak iaitu sekitar 34 peratus.

Mangsa pula terdiri dari kanak-kanak sehinggalah kalangan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas. Dalam sesetengah kes, mangsa bukan sahaja dirogol tetapi ada yang diragut, dicederakan dan dibunuh. Masyarakat pasti lebih risau membaca statistik ini kerana peningkatan kes adalah sebanyak 50 peratus sedangkan jumlah kes yang diselesaikan masih kekal ditakuk lama.

Dalam hal ini PAS melihat bahawa Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan selama ini mempunyai masalah. Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama.

Teruskan membaca