1.kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas.
2.’molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar.
3. Daging babi di perkarangan masjid.
KOMEN! Kenapa d Pulau Pinang. Pelik ye!. Kita harapkan pihak polis dpt tangkap siapa yg punya angkara. PDRM memang hebat. Mesti boleh tangkap punya. Cegah sebelum parah. Islam Rahmat untuk Semua.
Boleh dikatakanSetiap hari emak bapa dtg ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Minta bantuan utk pendaftaran anak ke IPTA yg mesti dibayar RM1900 sebelum daftar. Hdk buat mcm mana PRU 13, org Melayu tolak tawaran PR. Yg terima tawaran PR org Cina, fasal Cina miskin. Melayu tolak fasal Melayu kaya. Waktu kita kempen rumah ke rumah. Mereka kata kami tdk mahu pendidikan percuma. Lepas PRU baru menyesal. KESIAN YA!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah
Eratkan Ukhwah Kukuhkan Jamaah
Idris Hj Ahmad
13/6/13
Apabila Baginda Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, tiga perkara asas yang baginda lakukan iaitu mendirikan masjid, mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, menegakkan syariat Allah. Ukhwah diberi perhatian yang lebih kerana ia adalah tonggak kepada pembinaan sebuah negara. Negara goyang jika ukhwah longgar, begitu juga di dalam jamaah. Oleh sebab itu jika perkara ini diabaikan ia mendatangkan musibah yang tidak baik kepada perjalanan jamaah.
Pentingnya Ukhwah Di Dalam Jamaah.
@Boleh merapatkan saf kepimpinan di dalam jamaah. Bila ukhwah renggang banyak kerja jamaah akan terencat. Sebab itu ikatan ukhwah mesti dipelihara demi kelangsungan perjuangan. Perjalanan jamaah bergerak secara sukarela, bukan dengan paksa. Bagaimana jamaah hendak bergerak jika perasaan mahabbah tidak ada di kalangan anggota.
@Hilang perasaan buruk sangka sesama sahabat, kerana syaitan gagal menghasut. Sebarang keraguan terus mendapat penjelasan dan penerangan. Kerana punca hubungan renggang berpunca daripada sangka buruk. Firman Allah SWT
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain” Al-Hujurat 49:12.
@Mengelak daripada musuh jamaah dapat bertapak di dalam parti. Mereka gagal untuk berlakon dan menjadi virus pemusnah di dalam jamaah, kerana segala tingkah laku mereka sentiasa diperhati di kalangan ahli. Semua ahli akan mengawal daripada semua sudut menjadi SB jamaah untuk melaporkan kalau ada pengkianat dalam parti.
Sebab ukhwah musnah
@Tidak ada program yang disusun oleh jamaah. Akhirnya ahli membawa cara fikir dan tindakan menurut kehendak masing-masing. Maka jadilah kapal yang banyak nakhoda.
@Mendengar pandangan orang lain, tanpa mengambil kira pandangan sesama jamaah. Seorang itu lebih percaya orang luar daripada ahli sendiri. Maka akan berlakulah jamaah dalam jamaah.
@Zaman media baru, pandangan jamaah tidak dipedulikan. Kadang-kadang ahli lebih percaya kepada persepsi yang berjaya dibentuk. Maklumat yang diperolehi kadang-kadang daripada ejen musuh yang berlakon ahli Pas. Mereka inilah yang membuat adu domba sehingga kita berselerak dan ukhwah hancur. Inilah dilema gerakan Islam seluruh dunia ketika menghadapi zaman langit terbuka. Ia juga menimpa kepada Gerakan Islam di dunia hari ini. Rujukan mereka ialah Face book, portal dan blog. Akhirnya musuh bertepuk tangan.
@Ahli tidak sedia untuk mengikuti program khusus seperti usrah, tamrin, liqa al-fikri. Mereka lebih selesa ikut program umum daripada program khusus.
@Apabila jarang bertemu dan bersua mata, maka banyak maklumat diambil daripada media baru, akhirnya membentuk persepsi negatif kepada jamaah dan pimpinan.
@Pimpinan tidak turun ke peringkat akar umbi untuk memberi pengisian dalaman dan dialog terbuka bersama ahli.
@Masalah ahli yang tidak suka dirinya ditarbiah. Puncanya kerana merasa dirinya sudah hebat. Akhirnya timbul sikap ego di dalam jamaah. Sinilah bibit ukhwah rosak di dalam jamaah.
Cara Hendak Atas
@Bacalah kisah-kisah sahabat yang menunjukkan ukhwah yang mantap melalui madrasah Rasulullah SAW. Terutama orang Ansar dan Muhajirin, sehingga Allah merakamkan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT
“Dan orang-orang (Ansar) dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin) , atas dirinya sendiri meski pun mereka juga memerlukan”( Al-Hashr 59:9)
@Mesti tanamkan di dalam diri ahli Pas di semua peringkat bahawa perpecahan di dalam jamaah akan menguntungkan pihak musuh. Firman Allah SWT
“Janganlah kamu bertelingkah, nanti akan hilang kehaibatan kamu”
@Kita mesti mengelak untuk mewujudkan faktor-faktor yang boleh merenggangkan ukhwah di kalangan ahli. Contohnya di dalam mesyuarat kalau tidak bersetuju biarlah dengan bahasa yang beradab. Jangan menghina pandangan ahli mesyuarat. Tidak bersetuju tidak mengapa tetapi jangan menghina. Biarlah mesyuarat dengan suasana penuh ukhwah bukan ‘adawah (permusuhan). Jadikan mesyuarat tempat untuk subur kasih sayang. Biarlah ahlinya seronok untuk datang mesyuarat, bukan bosan apabila hadir mesyuarat.
@Segera mendapat maklumat daripada batang tubuh sahabat jika beliau adalah orang yang dituduh. Supaya penjelasan ini akan menamatkan tuduhan dan fitnah kepada setiap ahli.
@Program kerohanian mesti dirancakkan di dalam organ parti. Kerana manhaj tarbiah Pas merangkumi pembinaan akal, jasmani dan rohani. Kadang-kadang terlepas pandang, sehingga sudut tarbiah ruhiah dikesampingkan akhirnya bibit-bibit perpecahan mudah menyerap masuk di dalam jamaah.
@Usrah yang menjadi tunggak kepada gerakan Pas perlu diaktifkan daripada peringkat Pusat hingga ke cawangan. Usrah merupakan siri pertemuan di kalangan ahli dengan skala kecil, tetapi mempunyai impak yang besar. Seboleh mungkin pertemuan mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Usrah akan mengikat talian ukhwah yang tinggi di kalangan ahli yang hadir. Komunikasi dua hala akan berlaku dengan mudah. Tidak bosan, kerana ia boleh berpeluang tukar pandangan, bertanya, berdialog. Segala kekusutan dalam jamaah akan dapat diatasi dengan mudah. Sebagai mana kita maklum, permasalahan di dalam jamaah berlaku akibat daripada kekusutan kecil tidak diselesaikan di peringkat awal sehingga merebak besar. Usrah adalah satu daripada mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan dalam jamaah.
@Usah gunakan media untuk menkritik sesama ahli, walaupun kita rasakan pandangan kita betul. Orang awam melihat dan menilai kenapa sesama ahli Pas bergaduh. Mereka tidak melihat permusuhan itu bersifat peribadi antara si Mamat dengan si Dolah, tetapi mereka menempelak kenapa sesama ahli pun bergaduh. Perlu diingat jika kita menggunakan media, maka rakan kita satu jamaah juga akan menggunakan media. Hasilnya orang awam akan menghukum kita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pagi tadi ada seorg sahabat tanya saya. Mcm mana Ustaz! Perang sesama sendiri dlm FB, Blog. Jawab saya inilah balanya! Hal rumah tangga jamaah cerita dekat org. Halu bertemu lesong yang kenyang UMno dan agen Umno. Dua2 ada pengikut. Dedah mendedah. Ayah PIn yg sesat pun ada pengikut! Tak kan kita yg betul tdk ada pengikut. Hari ini Ikhwan juga menghadapi masalah ini apabila salah guna media baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pagi tadi ada seorg sahabat tanya saya. Mcm
Jika kita tidak mahu membina jamaah jgn pula kita meruntuhkan jamaah. Jika kita malas utk buat kerja jamaah jangan kita halang org hdk bekerja dgn jamaah. Kalau kita tdk menyumbangkan apa2 pd jamaah, jgn pula kita buat kerja utk menumbangkan jamaah. Kalau kita tdk mahu buat kebaikan pd jamaah, jgn kita menyusahkan jamaah. Kalau kita tdk tahu fakta dlm jamaah, jgn Kita buat dusta pd jamaah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jika kita tidak mahu membina jamaah jgn pula
Maksud Hadis Nabi SAW “sebaik2 manusia, mereka dapat dimanfaatkan oleh orang lain”. Kita sebagai ahli Pas kena jadi ahli yang cerdik boleh ditumpang ilmu oleh org lain. Kalau tdk cerdik biarlah boleh diajar. Inilah adab kalau dia sebagai ahli Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Maksud Hadis Nabi SAW “sebaik2 manusia, mereka dapat
Israk Mikraj, Ujian, Teladan kepada Pejuang Islam
Isra’ Mikraj Ujian , Teladan Kepada Pejuang Islam
Idris Hj Ahmad
5/6/13
Isra’ Mikraj adalah peristiwa yang menjadi ujian keimanan pada masa itu. Orang Islam diuji dengan peristiwa yang menguji keimanan mereka. Mereka yang cekal keimanan seperti Abu Bakar al-Siddiq menerima sahaja pengkhabaran ini tanpa berbelah bagi. Pada beliau apa yang disampaikan oleh baginda akan diterima tanpa banyak soal. Kerana beliau yakin individu yang bernama Muhammad SAW seorang yang jujur dan amanah.
Kita boleh bertanya diri masing-masing, apakah situasi kita jika sempat berada di zaman Nabi SAW?. Bersama Abu Jahal kah atau bersama Abu Bakar al-Sidiq.
Peristiwa Isra’ Mikraj banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai anggota di dalam Harakah Islamiah Pas. Kita mesti yakin dengan dasar yang Pas bawa. Samaada waktu menang atau kalah Kita mesti terus istiqamah dengan Islam. Inilah landasan yang telah kita bina sejak tahun 1951. Pasang surut di dalam perjuangan adalah lumrah. Ia sebagai satu proses untuk menguji ahli dan pemimpin samaada sabar atau tidak. Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah. Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar, lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita sebagaimana Firman Allah SWT ” Merendah diri dengan orang Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam”
Yang paling sedih sehingga ada yang mencadangkan Pas ini perlu menjadi parti politik, bukan sebagai sebuah gerakan Islam. Dengan andaian Pas tidak akan maju selagi masih menjadi Harakah Islamiah. Pas tidak maju jika masih hendak mengambil kira hukum dalam semua hal. Fahaman ini cukup merbahaya jika kita mengambil sikap demikian. Pas mampu bertahan kerana kita tidak memisahkan dengan gerakan dakwah. Di sinilah ada keberkatan dan semangat untuk orang lain bersama dengan Pas. Umno yang menjadi saingan Pas pada hari ini sudah berada dihujung senja. Ideologi mereka sudah tidak relevan. Ia mampu bertahan kerana ada kuasa sahaja. Jika mereka hilang kuasa, maka Umno akan diletakkan di Muzium sahaja.
Ia berlainan dengan Pas, kerana tegak di atas manhaj yang jelas dan dasar yang jelas.
Isra’ Mikraj merupakan medan ujian keimanan. Begitulah juga kita, berjuang bersama dengan Pas kerana keyakinan dengan dasar. Seandainya tujuan duniawi maka kita tidak kesampaian bersama dengan Pas. Barang pasti apabila kita bersama dengan Pas kita sudah berjaya melawan musuh dalam dan luar.
Segala tawaran dan habuan dunia ditolak jika bertembung dengan kepentingan agama. Inilah nilai keimanan yang sudah dipahat di dalam dada setiap anggota Pas.
Puak kafir Quraish menolak pengkhabaran yang disampaikan oleh baginda. Mereka mengukur dari ukuran dunia, bukannya wahyu. Mereka menggunakan akal, tidak boleh menerima Nabi SAW ke Masjidil Aqsa dan ke Sidratul Muntaha dalam masa yang singkat. Kebiasaan mereka ke Palestin daripada Makkah memakan masa selama 40 hari 40 malam. Semuanya gara-gara kerana menggunakan akal.
Perjuangan Islam juga jika menggunakan akal, sama seperti puak-puak kafir Quraish yang menolak peristiwa Isra’ Mikraj. Perjuangan berteraskan Iman memerlukan kepada kesabaran yang tinggi untuk meyakinkan seruan perjuangan diterima.
Sikap Nabi SAW telah menjadi suri teladan kepada kita. Baginda yakin terhadap apa yang baginda bawa. Ummu Hani’ pernah melarang baginda daripada menceritakan kepada orang ramai, kerana yakin orang Quraish akan menolak cerita tersebut. Baginda menjawab dengan tegas, samaada orang percaya atau tidak ini bukan urusan beliau, kewajipannya hanya menyampaikan risalah ini kepada orang ramai. Inilah qudwah yang wajib diteladani oleh kita sebagai anggota harakah Islamiah. Tidak takut dengan penolakan orang, yang penting risalah mesti disampaikan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nikmat Berjuang Bersama Pas
Nikmat Berjuang Bersama Pas
@Mentarbiah diri supaya serasi dengan cara hidup Islam.
@Tenang dan senang hati
@Ramai sahabat di seluruh dunia.
@Ukhwah yang mantap.
@Tidur lena.
@Idea segar.
@Jiwa merdeka.
@Pengalaman yg tidak ada di Universiti.
@Insaf diri krn di dalam Pas terdapat individu yg berjiwa besar walau pun miskin harta.
@Pas sebagai sebuah universiti yg mematangkan ahli.
@Ahli yg cemerlang menguruskan Pas, cemerlang pula di tempat kerjaya.
@Unit Amal dan Guru Pasti “ikon” ahli yg ikhlas.
@Boleh belajar menguruskan krisis.
@Memahami tingkah laku sosial ahli yang berbagai latar belakang aktivis, ulamak, profesional.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile
Perjuangan Umno Sudah Tidak Bertenaga
Perjuangan Umno Sudah Tidak Bertenaga
Idris Hj Ahmad
4/6/13
Selepas keputusan PRU 13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadi BN parti tunggal dan gubal semua parti komponen jadi satu sahaja. Ia disuarakan oleh pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.
Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.
Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno.
Sampai bila Melayu hendak ditakutkan. Kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai. Sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu.
Umno berada di situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi. Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut. Mereka sedar, Melayu musnah semua angkara Umno. Golongan ini mula mempersoal, kenapa 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang. Umno telah kianat amanah untuk membantu orang Melayu. Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik. Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat. Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu. Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN
Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN.
Idris Hj Ahmad
31/5/13
Masih tidak puas hati dengan keputusan rakyat menolak BN, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara.
Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. Sebenarnya kerajaan boleh bertindak daripada sekarang dengan undang-undang yang sedia ada, jika mahu bertindak.
Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan?.
Memang terbukti BN tewas digerbang maya, walau pun BN menguasai media perdana. Dengan kewujudan media baru BN kehilangan undi di bandar dan pinggir bandar. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.
BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G inilah yang paling ditakuti oleh BN.
Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi.
Janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku memang undang-undang ini jika digubal untuk pembangkang. Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kita berjuang dlm Pas kerana dasar, bukan krn org. Wpun kita marah kpd mana2 pemimpin, jgn sampai kita marah pd Pas. Pemimpin boleh pergi. Pas tetap ada. Mana2 pemimpin yg tdk ikhlas akan tercicir. InsyaAllah Pas akan selamat. Ramai yg ikhlas drp tdk ikhlas. Doa mereka mustajab. Jgn kita marah pejat bakar kelambu. Ingat! Jika Pas hancur tdk ada lagi jamaah yg sehebat Pas akan dpt mengganti. Pengalaman di Indonesia, bila Masyumi hilang sampai hari ini tdk ada pengganti. Sabar itu penawar. Bukankah kita masuk Pas krn dasar bukan kerana org. Usia kita sudah lanjut. Bimbang bila dibuka buku amalan, kosong di akhirat. Lawan Umno dan lawan Pas sama hebat! Lebih baik kita lawan Umno saja. Jgn kita bantu Umno utk lawan sesama sendiri.
Kita berjuang dlm Pas kerana dasar, bukan krn
Kalah Menang Adalah Tarbiah
Kalah Menang Adalah Tarbiah
Idris Hj Ahmad
27/5/13
Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagai Sabda Rasulullah SAW “Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman”.
Protes mesti dibuat sebagai menunjukkan kita tidak rela dengan penipuan dan penyelewingan. Islam tidak benarkan negara ditadbir oleh mereka yang menang secara menipu.Pas sudah menyertai Pilihanraya sejak diperkenalkan di negara ini pada tahun 1955. Kerana ini adalah wasilah Pas untuk mendapatkan kuasa, supaya Islam dapat dijadikan cara hidup yang lengkap. Tanpa kuasa Pas hanya boleh menyeru tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan idealisma perjuangan parti.
Oleh itu menjadi calon di dalam Pas adalah amanah, bukan kemuliaan. Apabila menjadi calon, ia bukan bertanding atas tiket peribadi tetapi atas nama jamaah. Ia menjadi duta Pas. Tingkah laku dan tutur kata diperhati oleh orang ramai kerana ia mewakili parti yang menjadikan Islam sebagai dasar.
Oleh itu menjadi calon bukan pilihan individu. Melobi meminta menjadi calon merupakan pantang larang di dalam Pas. Orang yang hendak sangat menjadi calon, inilah senarai pertama yang akan ditendang daripada senarai.
Restu daripada majoriti ahli dan organ parti merupakan perkara asas untuk menjadi calon. Kerana kita bertanding atas lambang parti. Menang kalah kita bersama dengan parti. Jangan sama sekali kita takbur kepada jentera parti. Kononnya menang kerana popular peribadi kita, bukan faktor jentera. Jika mempunyai sifat ini, ia akan mendatangkan musibah kepada jamaah.
Bukan senang untuk menjadi calon Pas. Ia memerlukan kekuatan fizikal, spritual dan mental. Terutama untuk menghadapi serangan musuh dan media yang sarat dengan fitnah. Terpaksa menghadapi memokan masyarakat, ahli keluarga yang tidak sealiran.Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah orang yang bersama dengan para Anbiya’ di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan. Masyarakat akan fokus kepada kita, kerana kita mewakili Parti Islam SeMalaysia (Pas). Mereka akan menilai apakah orang Pas bercakap serupa dengan bikin. Ada atau tidak kelainan (tamayyuz) dengan pihak musuh. Segala tingkah laku, perkataan, pakaian, ahli keluarga, cara hidup semuanya dinilai oleh kawan dan lawan.
Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. Penyakit riya’, suma’ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.
Ujian bagi mereka yang kalah, bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima’ (bersama) jamaah. Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan. Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah “Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah”. Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung “Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan perjuangan dan mengakhiri perjuangan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Amaran Kepada Malaysiakini, Zahid Rabun Dengan Media Pro BN.
Pengundi Cina Tolak BN,, Bukan Tolak Melayu.
Idris Hj Ahmad
9/5/13
Kenyataan DS Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa PRU 13 adalah tsunami Cina, merupakan kenyataan orang yang pendek akal. Sebenarnya inilah modal Umno BN yang menjadi senjata untuk mengekalkan kuasa di dalam PRU 13. Umno sudah tepu idea untuk membangunkan supaya rakyat sejahtera, akhirnya yang ada modal ugutan dan fitnah kepada pihak lawan.
BN melalui Biro Tatanegara telah menanamkan dokrin untuk menakutkan pegawai kerajaan dengan fitnah jahat kepada Pakatan Rakyat.
Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon Pas, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu.
Umno ketinggalan keretaapi,
Isu Melayu terancam menjadi modal Umno kepada Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat. Umno berjaya memutar belit isu ini kononnya Dap mengancam Islam dan menghina Islam. Media Umno berjaya memadamkan penghinaan pemimpin Mca terhadap Islam. Seperti kenyataan pemimpin Mca yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri. Mana pula bukti Dap yang dituduh rasis menghina agama sepanjang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang.
Umno cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding kepada orang lain. Sebab itu Melayu yang berfikir menolak Umno. Kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka. Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir?. Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen?. Siapa yang menindas Kelantan ?. Siapa yang menjadikan Melayu miskin?. Siapa yang menjadi Melayu banyak terlibat dadah?. Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid?. Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?. Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Awas manifesto BN “Racun Untuk Rakyat”.
Awas manifesto BN “Racun Untuk Rakyat”.
Idris hj Ahmad
9/4/13
Datuk Seri Najib berjanji jika BN menang rakyat pendapatan RM3000 kebawah akan men dapat RM1200 setahun dan belia bujang RM600.. Ertinya akan bertambahlah hutang negara dan rakyat. BN hendak tiru manifesto PR. yang menyantuni rakyat.
Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang akan dibeban kepada rakyat. Model kerajaan Selangor yang banyak merakyatkan ekonomi seperti memberi air percuma, tabung kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi skim yang diberi oleh kerajaan PR.
Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion.
Dulu Umno menuduh cadangan PR hendak menurunkan harga kereta akan membawa negara muflis. Sekarang mereka pula hendak menurun harga kereta.
Tahun 2004 hutang RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011.
Hutang negara pada tahun 2012 RM502 B. Meningkat ketara 107.4 % hutang sejak 8 tahun.
Ertinya setiap rakyat akan menanggung hutang hampir RM18,000 seorang.
Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab
Kerajaan semakin kurang.
Sekarang bahana kepada rakyat semakin terasa pengangguran di kalangan siswazah seramai 76200, 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan, 1118 pilot yang tidak ada kerja, 8000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur.
Najib hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah.
Semua gara-gara pemimpin BN tidak bijak urus ekonomi akhirnya dihempap kepada rakyat.
Buktinya Insyuran kenderaan sudah naik 10 peratus pada 15/2/13. Pemilik senjata api yang berumur 60 tahun dikenakan bayaran RM100 untuk pemeriksaan doktor di hospital kerajaan.
Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol.
Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melasanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.