Catatan Dhuha Julai 2019


Catatan Dhuha Julai 2019

Catatan Dhuha.

Kejujuran membuka hati orang ramai untuk infaq apabila diminta. Tidak amanah menutup hati orang lain untuk infaq. Idris Hj Ahmad 27 Syawal 1440/ 1 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Infaq, waqaf bukan perkara yang boleh dipaksa. Ia datang daripada ketulusan hati penderma dan serasi dengan ketulusan hati orang yang diderma. Idris Hj Ahmad 28 Syawal 1440/ 2 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Mungkin kita merasa untung apabila kita tidak amanah dengan wang yang diamanahkan. Lama kelamaan manusia lain akan ketahui juga. Untung hanya sekejap. Idris Hj Ahmad 29 Syawal 1440/ 3 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Memang mencabar keimanan kita apabila yang diamanahkan itu ialah wang dan harta. Hanya mereka yang benar-benar takut azab Allah sahaja yang boleh bersifat jujur. Idris Hj Ahmad 1 Zulqaedah 1440/ 4 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Amal ibadat kita bergantung kepada sumber makanan yang kita perolehi. Jika kita makan makanan yang haram, amalan kita diterima. Letih dan penat sahaja. Idris Hj Ahmad 2 Zulqaedah 1440/ 5 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Salah satu tanggapan yang salah mengenai wang daripada sumber yang haram hanya tidak boleh makan. Tetapi kalau diguna untuk minyak kereta, beli kenderaaan ia tidak haram. Fahaman menyelewing. Idris Hj Ahmad 3?Zulqadeh 1440/ 6 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Wang yang haram tidak boleh dibersihkan dengan membuat program kebajikan, sedekah, buat rumah anak yatim, bina masjid. Air yang keroh di ulu tidak akan jernih di hilir. Idris Hj Ahmad 4 Zulqadeh 1440/ 7 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Amal ibadah biarlah berkualiti walau pun sedikit. Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak, tetapi terhenti. Idris Hj Ahmad 5 Zulkaedah 1440/ 8 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Manusia mempunyai sifat jemu dalam amal. Oleh itu Islam menggalakkan apabila membuat suatu amalan biarlah dalam keadaan istiqamah dan sesuai dengan kemampuan diri. Idris Hj Ahmad 6 Zulkaedah 1440/ 9 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila seorang yang jatuh di lembah kehinaan, maka ia tenggelam dengan hawa nafsu dan merasa lazat dengan dosa yang dilakukan. Idris Hj Ahmad 7 Zulkaedah 1440/ 10 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Jangan kita merasa bangga dengan amal ketaatan kita. Bimbang ditipu oleh syaitan, sehingga wujudnya sifat ujub. Nauzubillah. Idris Hj Ahmad 8 Zulkaedah 1440/ 11 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Betapa besar dosa yang dilakukan tidak menghalang bagi kita untuk bertaubat dan memohon ampunan daripada Allah SWT, kecuali syirik. Idris Hj Ahmad 9 Zulkaedah 1440/ 12 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Allah SWT Maha adil lagi Maha pengampun. Oleh kerana manusia tidak sunyi dengan kesalahan maka Allah memberi jalan keluar melalui pintu taubat. Idris Hj Ahmad 10 Zulkaedah 1440/ 13 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Jangan merasa putus harapan, mengenangkan banyak maksiat yang dilakukan. Pintu taubat terbuka dengan luas kepada hambanya. Idris Hj Ahmad 11 Zulkaedah 1440/ 14 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Pintu taubat masih terbuka kepada setiap hamba Allah SWT. Penamatnya apabila matahari naik di sebelah barat dan nyawa sudah ke halkum. Idris Hj Ahmad 12 Zulkaedah 1440/ 15 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ketika kita memohon keampunan dengan Allah SWT, maka wajib berbaik sangka dengan limpahan rahmatNya Allah akan menerima hajat kita. Idris Hj Ahmad 13 Zulkaedah 1440/ 16 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ingatlah rahmat Allah itu luas kepada hambanya. Oleh itu jangan kita berputus asa untuk memburu rahmat Allah SWT. Idris Hj Ahmad 14 Zulkaedah 1440/ 17 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Jangan kita menjadi hamba yang jauh daripada rahmat Allah. Kerana tidak ada makna hidup tanpa rahmatNya. Idris Hj Ahmad 15 Zulkaedah 1440/ 18 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Hendak mulia istiqamahlah dengan Islam ketika senang dan susah. Mungkin permulaannya dihina, tetapi akhirnya dimulia. Idris Hj Ahmad 16 Zulkaedah 1440/ 19 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Sejarah terbukti mereka yang istiqamah dengan Islam mengakhiri hidupnya dengan mulia. Jasa mereka diingati dan dikenang sepanjang masa. Idris Hj Ahmad 17 Zulkaedah 1440/ 20 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Semua pihak mendakwa mereka di pihak yang benar. Oleh itu mereka bermatian untuk mempertahankannya. Neraca kita ialah Islam sebagai penentu benar atau batil. Idris Hj Ahmad 18 Zulkaedah 1440/ 21 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kita memburu kebenaran, walau pun kontra dengan dengan pemikiran dan kehendak kita. Kalau pun pahit, itulah kebenaran.Idris Hj Ahmad 19 Zulkaedah 1440/ 22 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Fitrah manusia suka kepada perkara baik dan benar. Hati kecil manusia tidak merasa tenang dengan kebatilan yang dipejuangkan.Idris Hj Ahmad 20 Zulkaedah 1440/ 23 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Tidak semua yang kita idam tercapai. Tidak semua yang kita benci akan hilang. Inilah lumrah hidup sebagai manusia.Idris Hj Ahmad 21 Zulkaedah 1440/ 24 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Penegak kebatilan mengalami masalah jiwa yang kacau. Kerunsingan dan keresahan bermain di kepala. Luaran nampak tenang, dalam bergelora. Idris Hj Ahmad 22 Zulkaedah 1440/ 25 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Malaysia menduduki ke­lompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam pe­nembusan media sosial mudah alih, demikian menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019. Idris Hj Ahmad 23 Zulkaedah 1440/ 26 Julai 2019 Jumaat

Catatan Dhuha

Media sosial boleh menjadi racun atau penawar. Terpulang kepada penggunanya. Manfaatlah secara terbaik. Idris Hj Ahmad 24 Zulkaedah 1440/ 27 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Ledakan media sosial kita tidak boleh ketepikan begitu sahaja. Jika tidak, kita akan ketinggalan maklumat. Idris Hj Ahmad 25 Zulkaedah 1440/ 28 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ruang dakwah begitu luas dengan kewujudan media sosial. Berbanding dakwah secara sistem konvensional sasarannya terhad. Idris Hj Ahmad 26 Zulkaedah 1440/ 29 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Pendakwah mesti merebut peluang keemasan di era ledakan media sosial. Jangan biarkan golongan yang menjauhkan masyarakat dengan Islam menguasai medan ini. Idris Hj Ahmad 27 Zulkaedah 1440/ 30 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Kita tidak mampu untuk menyekat penggunaan media sosial. Tetapi kita perlu masuk ke gelanggang yang sama untuk menerang dan menyerang. Idris Hj Ahmad 28 Zulkaedah 1440/ 31 Julai 2019 Rabu.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan komen