Catatan Dhuha Oktober 2019


Catatan Dhuha Oktober 2019

Catatan Dhuha.

Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat melaksanakan tanggungjawab. Idris Hj Ahmad 2 Safar 1441/ 1 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Melakukan amal kerana manusia mendatangkan keresahan di dalam diri, kerana kita hendak memburu keredaan manusia. Idris Hj Ahmad 3 Safar 1441/ 2 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Beramal kerana Allah melahirkan sikap istiqamah. Dalam apa suasana dan keadaan ia terus beramal tanpa memperdulikan apa yang manusia hendak kata. Idris Hj Ahmad 4 Safar 1441/ 3 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Sifat ikhlas tidak akan dapat dibentuk di dalam masa yang singkat. Ia memerlukan proses, latihan yang memakan masa sehingga sebati dalam jiwa. Idris Hj Ahmad 5 Safar 1441/ 4 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Sifat ikhlas bukan perkara yang boleh dilakon dan berpura-pura. Ia mesti lahir daripada jiwa yang luhur hasil daripada tarbiah yang dilalui. Idris Hj Ahmad 6 Safar 1441/ 5 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Menderma itu adalah kehidupan dan bakhil adalah kematian. Ingatlah bahawa berinfaq satu kebahagiaan, sedangkan bakhil adalah kesengsaraan. Idris Hj Ahmad 7 Safar 1441/ 6 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ilmu mesti beramal. Ilmu tanpa amal sama seperti seorang yang membaca buku berenang tetapi tidak turun berenang. Idris Hj Ahmad 8 Safar 1441/ 7 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Orang yang berilmu tidak akan pernah diturun atau dipecat dari jawatan keilmuannya, kerana ilmu adalah kurniaan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 9 Safar 1441/ 8 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Mudah-mudahan ilmu yang kita miliki bermanfaat samaada bagi diri kita mahu pun orang lain. Semoga Allah menjadikan ilmu kita sebagai sebab kita mendapat redha dan rahmatnya. Idris Hj Ahmad 10 Safar 1441/ 9 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Orang yang kaya ilmu insyaAllah ia kaya jiwa dan harta. Syaratnya mesti beramal dengan ilmu. Kalau tidak beramal maka kehinaan yang akan menimpa. Idris Hj Ahmad 11 Safar 1441/ 10 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Kebanyakan manusia apabila ditimpa musibah maka imannya semakin kuat dan kesolehannya makin bertambah. Apabila musibah hilang ia mula jauh dengan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 12 Safar 1441/ 11 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Kejayaan yang sebenar jika Allah redha kepada hambanya dan orang sekelilingnya juga redha dan senang hati kerana mendapat manfaat daripadanya. Idris Hj Ahmad 13 Safar 1441/ 12 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Orang yang soleh hidupnya tenang walau pun harta yang dimiliki tidak seberapa. Tenang ialah milik Allah yang diberi kepada hamba yang terpilih sahaja. Idris Hj Ahmad 14 Safar 1441/ 13 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Jiwa yang kotor dengan maksiat hidupnya tidak tenang. Pemikirannya kusut, langkahnya semua sumbang. Idris Hj Ahmad 15 Safar 1441/ 14 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Sesiapa yang membiasakan dirinya melakukan kebaikan, akhirnya ia menjadi sifat tetap bagi dirinya. Misalnya orang yang sentiasa senyum maka sukar meninggal kebiasaannya. Idris Hj Ahmad 16 Safar 1441/ 15 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Jangan membiasakan tabiat buruk, nanti sukar untuk membuangnya. Segera ke pangkal jalan, supaya tidak menjadi tabiat. Idris Hj Ahmad 17 Safar 1441/ 16 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Manusia memiliki nafsu baik dan nafsu buruk. Akal yang Allah anugerahkan perlu membuat pertimbangan samaada nafsu baik atau buruk. Idris Hj Ahmad 18 Safar 1441/ 17 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Anak-anak mesti dididik supaya menjadi kebisaan untuk melakukan kebaikan. Apabila sudah besar, tidak lagi bermasalah untuk membentuk watak yang baik. Idris Hj Ahmad 19 Safar 1441/ 18 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Anak boleh menjadi penawar atau racun. Apabila dididik menjadi soleh ia akan menjadi penawar dan penghubung kita sewaktu di alam barzakh. Jika berlaku sebaliknya, malang bagi ibu dan bapa. Idris Hj Ahmad 20 Safar 1441/ 19 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Mendidik anak di zaman sekarang begitu mencabar. Ia berbeza di zaman dahulu, kerana cabaran persekitaran waktu kini amat kritikal. Idris Hj Ahmad 21 Safar 1441/ 20 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Saya cukup hormat kepada ibu bapa yang memiliki anak yang ramai, tetap berjaya mendidik anak yang soleh. Ini ibu bapa mithali. Idris Hj Ahmad 22 Safar 1441/ 21 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ramai ibu bapa makan hati dan mengalir air mata kekesalan apabila melihat perangai anaknya yang tidak menyejukkan mata, berpunca daripada kesilapan mendidik. Idris Hj Ahmad 23 Safar 1441/ 22 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ibu bapa merupakan guru yang pertama bagi anak-anak. Watak dan tingkah laku ibu bapa banyak mempengaruhi sikap anak-anak apabila dewasa nanti. Idris Hj Ahmad 24 Safar 1441/ 23 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Antara perkara yang silap, apabila ibu bapa menyerah seratus peratus kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Idris Hj Ahmad 25 Safar 1441/ 24 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Untuk menjadi anak mewarisi perjuangan Islam, ia perlu dididik sejak kecil mengenai perjuangan. Perjuangan bukan seperti harta pusaka yang boleh diwarisi. Idris Hj Ahmad 26 Safar 1441/ 25 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Tugas pendakwah membina manusia. Dalam masa yang sama ada pula tangan yang meruntuh. Inilah sunnah yang terpaksa dilalui oleh pendakwah. Idris Hj Ahmad 27 Safar 1441/ 26 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Pendakwah mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 28 Safar 1441/ 27 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Pendakwah tidak menjanjikan benda, tetapi menyedarkan hati untuk menerima petunjuk ilahi. Hidayah milik Allah. Idris Hj Ahmad 29 Safar 1441/ 28 Oktober 2019 Isnin.

menceritakan perkara sam’iyyat (hanya dengar tetapi tidak dapat melihat seperti syurga dan neraka). n tanggungjawab. Idris Hj Ahmad 1 Safar 1441/ 1 Oktober 2019 Selasausaka yang boleh diwarisi. Idris Hj Ahmad 26 Safar 1441/ 25 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Tanggapan yang silap, dakwah hanya dibebankan kepada ustaz. Orang lain tidak perlu memikul tugas ini. Idris Hj Ahmad 1 Rabiul Awal 1441/ 29 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Medan dakwah begitu luas untuk disebarkan. Oleh itu ia memerlukan tenaga yang banyak daripada semua orang yang beriman. Idris Hj Ahmad 2 Rabiul Awal 1441/ 30 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Ustaz dan ustazah mesti merasa malu jika mereka tidak memberi tenaga untuk berdakwah selain daripada tugas hakiki. Tenaga anda amat diperlukan. Idris Hj Ahmad 2 Rabiul Awal 1441/ 31 Oktober Khamis.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tarbiah ialah amal dan ujian. Ust Hj Idris Hj Ahmad Naib Presiden PAS 21/10/19


Tarbiah ialah amal dan ujian.

Ust Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS

21/10/19

Banyak persoalan ditanya kepada saya, kenapa orang yang hebat  ditarbiah dan mentarbiah orang, boleh gugur dalam perjuangan.Telahan daripada itu, ada yang menerima ujian tetapi lari daripada perjuangan.

Jawapan saya, tarbiah bukan perkara yang diucap, tetapi ia mesti diamal. Tarbiah bukan apa yang diungkap di lidah, tetapi apa yang serap ke hati.Tarbiah bukan untuk menjadi rijal kalam (orang yang bercakap) sebaliknya ia mesti menjadi rijal amal (orang yang beramal).

Beramal pula bukan sekadar beramal, tetapi ia beramal dengan ketulusan hati. Beramal kalau sekadar hendak tunjuk kepada orang dan berlakon semata-mata ia tidak kekal, akhirnya terserlah sifat yang sebenar. Akhirnya, kita boleh mendapat jawapannya. Selama ini hanya lakonan di luar sahaja. Nauzubillah.

Senang menulis mengenai tarbiah, tetapi payah untuk beramal apa yang ditulis. Mudah bercakap mengenai tarbiah, yang sukarnya ialah beramal apa yang diucap.

Kita cuba jadikan diri kita seperti kata-kata Saidina Abdullah Ibn Mas’ud

“Jadilah kamu orang yang memelihara ilmu, jangan hanya jadi orang yang pandai menceritakan ilmu sahaja”. Kita mendoakan kepada Allah semoga kita adalah golongan yang mentarbiah diri dan beramal apa yang kita cakap.

Ujian juga merupakan tarbiah. Ada manusia yang tahan diuji dengan senang, ia mampu istiqamah. Tetapi apabila diuji dengan susah ia terkulai layu. Ada manusia yang diuji dengan kesusahan ia mampu meneruskan perjuangan. Tetapi diuji dengan kesenangan ia terus tewas. Kata-kata Saidina Umar RA “ Kami diuji dengan kesusahan, kami mampu sabar. Apabila diuji dengan senang, kami tidak mampu sabar”

Oleh itu, kita tidak boleh mendabit dada, kita sudah hebat  dengan tarbiah. Kita mesti terus berusaha untuk mentarbiah diri dan berakhir dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan istiqamah dengan apa yang kita tulis dan kita ucap. Kita jangan jemu-jemu berdoa supaya kita sentiasa hidup di bawah naungan tarbiah. Hidup dan mati kita dengan tarbiah. Inilah hakikat tarbiah dan kesan tarbiah. Sentiasa merasakan Allah memerhati gerak kita, samaada keseorangan atau di hadapan orang.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha Sep 2019


Catatan Dhuha Sep 2019

Pantasnya masa bergerak, kita sudah melangkah tahun 1441 hijriah. Ertinya kita semakin dekat dengan lubang kubur dan jauh daripada keluarga. Idris Hj Ahmad 1 Muharam 1441/ 1 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Nabi SAW berhijrah ke Madinah untuk mengajar kita bahawa Islam dan politik (pemerintahan ) tidak boleh berpisah. Idris Hj Ahmad 2 Muharam 1441/ 2 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Sekiranya Islam hanya berkisar kepada hubungan dengan Allah semata-mata, maka baginda SAW tidak perlu berhijrah ke Madinah untuk mendapat kuasa pemerintahan. Idris Hj Ahmad 3 Muharam 1441/ 3 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila kuasa berada di tangan baginda di Madinah, maka ajaran Islam yang syumul dapat dihayati berbanding ketika di Makkah. Idris Hj Ahmad 4 Muharam 1441/ 4 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kuasa yang ada kepada baginda ketika di Madinah menjadi petunjuk, Islam mesti memimpin untuk mencapai keadilan sejagat. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 5 Muharam 1441/ 5 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Kita mesti mengisikan kemerdekaan dengan agenda Islam. Inilah formula yang paling mujarab untuk mengangkat martabat negara dan ummah setelah 62 merdeka. Idris Hj Ahmad 6 Muharam 1441/ 6 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Pejuang-pejuang kemerdekaan telah memberi saham yang bermakna kepada kita. Tugas kita mesti melakukan islah yang lebih baik daripada mereka. Idris Hj Ahmad 7 Muharam 1441/ 7 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Baginda mendirikan masjid Quba’ ketika sampai di Madinah. Sebagai bukti setiap pembangunan fizikal tidak boleh dipisahkan dengan pembangunan insan. Idris Hj Ahmad 8 Muharam 1441/ 8 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Di mana sahaja kita berada jangan kita jauh dengan masjid dan surau. InsyaAllah mereka yang ada di sana majoritinya orang yang soleh. Idris Hj Ahmad 9 Muharam 1441/ 9 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kalau hendak bersahabat carilah mereka yang jinak dengan masjid. InsyaAllah mereka merupakan sahabat yang boleh membimbing kita di dunia dan akhirat. Idris Hj Ahmad 10 Muharam 1441/ 10 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Masjid adalah tempat yang paling baik untuk mengikat tali persaudaraan. Oleh itu baginda telah mengambil langkah awal dengan membina masjid apabila sampai di Madinah. Idris Hj Ahmad 11 Muharam 1441/ 11September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan mesti diikat atas nama Islam, bukan benda, puak atau kaum. Inilah perpaduan sejati, yang lahir dari ketulusan hati dan Iman. Idris Hj Ahmad 12 Muharam 1441/ 12 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Perpaduan jika berpaksikan kepada dunia dan harta, ia tidak kekal lama. Manusia tidak pernah puas dengan dua perkara ini. Islam mesti menjadi teras. Idris Hj Ahmad 13 Muharam 1441/ 13 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Perpaduan tidak akan berlaku jika tidak mempunyai jiwa yang besar. Mereka yang mempunyai jiwa yang kental sahaja yang mampu untuk membawa bahtera perpaduan. Idris Hj Ahmad 14 Muharam 1441/ 14 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan tidak berlaku jika sejarah lama diungkit. Sebab itu perlu ada jiwa yang besar untuk memandang ke hadapan dan meletakkan kepentingan Islam dan ummah mengatasi kepentingan peribadi. Idris Hj Ahmad 15 Muharam 1441/ 15 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Sepanjang sejarah manusia, apabila ada usaha penyatuan atas nama Islam, maka akan ada suara yang tidak senang dengan perkara ini. Idris Hj Ahmad 16 Muharam 1441/ 16 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Hendak membina perpaduan memakan masa yang lama. Tetapi hendak meruntuh hanya dengan sekelip mata sahaja. Idris Hj Ahmad 17 Muharam 1441/ 17 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Perpaduan akan dapat dibina apabila kita fokus kepada agenda bersama bukan aspek perbezaan. Kalau hendak cari perbezaan, sampai bila pun kita tidak boleh bersatu. Idris Hj Ahmad 18 Muharam 1441/ 18 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kalau pihak yang menegak kebatilan boleh bersatu sesama mereka, kenapa pula pihak yang menegak kebenaran tidak boleh bersatu. Idris Hj Ahmad 19 Muharam 1441/ 19 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Arab jahiliah yang berperang sesama sendiri boleh disatukan dengan Islam. Kenapa pula orang Melayu tidak boleh bersatu atas nama Islam. Idris Hj Ahmad 20 Muharam 1441/ 20 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Kenapa perlu takut apabila orang Islam bersatu atas nama Islam?. Sejarah terpahat, tidak ada orang bukan Islam dizalimi apabila orang Islam bersatu. Idris Hj Ahmad 21 Muharam 1441/ 21 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Orang bukan Islam yang minoriti boleh hidup dengan aman di dalam negara yang majoriti orang Islam. Mereka bebas mengamalkan agama dan mengumpul kekayaan tanpa diganggu. Idris Hj Ahmad 22 Muharam 1441/ 22 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kenapa orang bukan Islam aman di dalam negara umat Islam yang majoriti? Kerana Islam telah mengajar penganutnya haram melakukan zalim kepada orang bukan Islam. Inilah hebatnya Islam. Idris Hj Ahmad 23 Muharam 1441/ 23 September 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Jika orang melayu hendak maju di dunia dan bahagia di akhirat, maka Islam jangan dipinggirkan. Jika tidak, melayu akan merempat di negeri sendiri. Idris Hj Ahmad 24 Muharam 1441/ 24 September 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Orang Arab hebat suatu ketika dahulu kerana mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab meminggirkan Islam maka ia sudah hilang daya saing. Idris Hj Ahmad 25 Muharam 1441/ 25 September 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Sejarah kesultanan Melayu Melaka hebat dan terkenal di seantario dunia kerana mereka berpegang dengan Islam. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 26 Muharam 1441/ 26 September 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Ketika Aus dan Khazraj disatukan oleh baginda SAW, maka Yahudi tidak senang hati dan cuba mengadu domba api permusuhan sehingga mereka bergaduh. Idris Hj Ahmad 27 Muharam 1441/ 27 September 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Bersatu amalan baik, berpecah amalan buruk. Memang sukar untuk bersatu setelah lama bergaduh. Mereka yang mempunyai jiwa yang besar sahaja yang mampu melaksanakannya. Idris Hj Ahmad 28 Muharam 1441/ 28 September 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Perpaduan adalah nikmat anugerah Allah SWT. Yang menyatukan hati kita ialah Allah SWT. Makhluk tidak berkuasa untuk menyatukan hati sesama manusia. Idris Hj Ahmad 29 Muharam 1441/ 29 September 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Jika sejarah lama diungkit, maka suami isteri yang bercerai tidak akan rujuk buat selama-lamanya. Biarlah sejarah lama menjadi sempadan dan tauladan. Idris Hj Ahmad 30 Muharam 1441/ 30 September 2019 Isnin.

Sent from my iPhone

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha Ogos


Catatan Dhuha Ogos

Catatan Dhuha.

Amat beruntung jika pendakwah berjaya menguasai media sosial dan manfaatkan sepenuhnya untuk berdakwah. Idris Hj Ahmad 29 Zulkaedah 1440/ 1 Ogos 2019 Khamis

Catatan Dhuha.

Kita jangan marah jika golongan yang anti Islam menguasai ruang media sosial, sedangkan kita masih berpeluk tubuh membiarkan Islam dihentam daripada berbagai sudut. Idris Hj Ahmad 1 Zulhijah 1440/ 2 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Apabila kita merenung dan memikir, rupanya banyak ruang yang boleh kita sumbang untuk menyedarkan masyarakat kepada Islam. Idris Hj Ahmad 2 Zulhijah 1440/ 3 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Bersyukurlah kepada Allah bagi mereka yang menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) pada tahun ini. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu sampai ke sana. Idris Hj Ahmad 3 Zulhijah 1440/ 4 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ibadah haji merupakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kedua-dua ini anugerah Allah yang cukup mahal kepada tetamu Allah SWT.Idris Hj Ahmad 4 Zulhijah 1440/ 5 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Seluruh pelusuk dunia menuju ke Baitullah untuk menunaikan ibadah haji. Walau pun susah dan sukar, semuanya akan berusaha sampai ke sana untuk menyahut seruan Ilahi.Idris Hj Ahmad 5 Zulhijah 1440/ 6 Ogos 2019 Catatan Dhuha.

Kegembiraan yang tidak terhingga apabila melihat hasil dakwah tercapai. Ibarat kita menunggu buah daripada pokok yang kita semai. Idris Hj Ahmad 26 Zulhijah 1440/ 27 Ogos 2019 Selasa..

Catatan Dhuha.

Kenapa perlu ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji?. Kenapa tidak boleh ke tempat lain, supaya dapat mengurangkan kesesakan di Makkah?. Jawapannya inilah perintah Allah yang tidak boleh diubah mengikut akal manusia. Idris Hj Ahmad 6 Zulhijah 1440/ 7 Ogos 2019 Rabu

Catatan Dhuha.

Jamaah haji akan melihat dan bertemu berbagai bentuk dan rupa paras manusia. Semuanya membuktikan kekuasaan Allah SWT yang mencipta setiap hambanya .Idris Hj Ahmad 7 Zulhijah 1440/ 8 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Berkat doa Nabi Allah Ibrahim AS, menjadikan setiap orang yang beriman tertarik untuk ke Baitullah walau pun tidak ada promosi seperti hendak ke negara lain .Idris Hj Ahmad 8 Zulhijah 1440/ 9 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

9 Zulhijjah merupakan perhimpunan terbesar umat Islam di Arafah. Disunatkan berpuasa kepada mereka yang tidak menunaikan haji. Perbanyakkan doa dan hajat kepada Allah SWT.Idris Hj Ahmad 9 Zulhijah 1440/ 10 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

10 Zulhijjah bermulanya ibadah korban dan tamatnya sehingga 13 Zulhijjah. Beruntung mereka yang melaksanakan ibadah korban. Idris Hj Ahmad 10 Zulhijah 1440/ 11 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Amat rugi bagi mereka yang ada kelapangan rezki, tetapi tidak menunaikan ibadah korban. Jangan kedekut untuk berkorban. Idris Hj Ahmad 11 Zulhijah 1440/ 12 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Duit ada, tetapi tidak mahu melaksanakan korban. Kalau hendak korbankan wang ringgit pun masih kedekut, apakah diharapkan untuk korban yang lain. Idris Hj Ahmad 12 Zulhijah 1440/ 13 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Niat kita korban, bukan hendak makan daging segar, tetapi hendak menghidupkan sunnah nabi Ibrahim AS.SWT. Betulkan niat. Idris Hj Ahmad 13 Zulhijah 1440/ 14 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Ibadah korban ialah ibadah tauhid. Ibadah yang meletakkan Allah sebagai matlamat korban. Sebab itu kita mengikut panduan korban yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT. Idris Hj Ahmad 14 Zulhijah 1440/ 15 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Binatang korban yang disembelih sama sahaja binatang yang disembelih di luar musim korban. Cuma yang membezakan ialah niat dan syarat-syarat sah korban. Idris Hj Ahmad 15 Zulhijah 1440/ 16 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Betapa gembiranya di wajah penerima daging korban yang terdiri daripada orang miskin. Inilah masanya mereka hendak menjamah makanan yang agak mewah. Idris Hj Ahmad 16 Zulhijah 1440/ 17 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Sebenarnya orang kaya tidak sangat terasa hati apabila mereka tidak menerima daging korban, kerana mereka sudah biasa. Berbeza dengan orang susah. Idris Hj Ahmad 17 Zulhijah 1440/ 18 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ibadah korban kita boleh ikut peraturan yang ditentukan oleh Allah. Kenapa pula urusan hidup kita sukar untuk dipandu dengan panduan agama. Ajaib!. Idris Hj Ahmad 18 Zulhijah 1440/ 19 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kejayaan tidak berhasil tanpa pengorbanan.Pengorbanan merupakan pra syarat kemenangan. Idris Hj Ahmad 19 Zulhijah 1440 /20 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Semua Nabi dan Rasul melakukan pengorbanan untuk mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Walau pun Nabi kekasih Allah, namun mereka juga terpaksa bersusah payah. Idris Hj Ahmad 20 Zulhijah 1440/ 21 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Dakwah tidak sampai ke negara kita, jika tidak ada pengorbanan di kalangan pendakwah. Mereka merentasi laut semata-mata untuk sampaikan dakwah. Idris Hj Ahmad 21 Zulhijah 1440/ 22 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Jika kamu tidak mampu berdakwah jangan kamu sekat orang yang hendak berdakwah. Besar kesalahan ini di sisi Allah SWT. Idris Hj Ahmad 22 Zulhijah 1440/ 23 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Manusia boleh penjarakan seorang supaya risalah Islam tidak tersebar. Namun mereka tidak boleh sekat cahaya Islam terus tersebar. Idris Hj Ahmad 23 Zulhijah 1440/ 24 Ogos 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Tidak ada jalan pintas untuk melihat Islam bertapak di sanubari masyarakat. Semua melalui jalan onar dan duri. Inilah sunnah perjuangan. Idris Hj Ahmad 24 Zulhijah 1440/ 25 Ogos 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Hanya insan terpilih sahaja yang sanggup terjun ke medan dakwah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Idris Hj Ahmad 25 Zulhijah 1440/ 26 Ogos 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kegembiraan yang tidak terhingga apabila melihat hasil dakwah tercapai. Ibarat kita menunggu buah daripada pokok yang kita semai. Idris Hj Ahmad 26 Zulhijah 1440/ 27 Ogos 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Hendak berdakwah tetapi jangan bagi manusia marah. Bukankah semua rasul-rasul dimarahi oleh kaumnya sendiri?. Idris Hj Ahmad 27 Zulhijah 1440/ 28 Ogos 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Rasul yang bijaksana dan maksum pun dimusuhi oleh kaumnya. Ini kan pula kita yang serba lemah dan kekurangan. . Idris Hj Ahmad 28 Zulhijah 1440/ 29 Ogos 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Matlamat dakwah untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan untuk mengabdikan diri sesama manusia. Idris Hj Ahmad 29 Zulhijah 1440/ 30 Ogos 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Syukur kepada Allah, negara telah menyambut kemerdekaan ke 62. Semoga jasa dan pengorbanan mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dinilai sebagai amal soleh. Idris Hj Ahmad 30 Zulhijah 1440/ 31 Ogos 2019 Sabtu.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha Julai 2019


Catatan Dhuha Julai 2019

Catatan Dhuha.

Kejujuran membuka hati orang ramai untuk infaq apabila diminta. Tidak amanah menutup hati orang lain untuk infaq. Idris Hj Ahmad 27 Syawal 1440/ 1 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Infaq, waqaf bukan perkara yang boleh dipaksa. Ia datang daripada ketulusan hati penderma dan serasi dengan ketulusan hati orang yang diderma. Idris Hj Ahmad 28 Syawal 1440/ 2 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Mungkin kita merasa untung apabila kita tidak amanah dengan wang yang diamanahkan. Lama kelamaan manusia lain akan ketahui juga. Untung hanya sekejap. Idris Hj Ahmad 29 Syawal 1440/ 3 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Memang mencabar keimanan kita apabila yang diamanahkan itu ialah wang dan harta. Hanya mereka yang benar-benar takut azab Allah sahaja yang boleh bersifat jujur. Idris Hj Ahmad 1 Zulqaedah 1440/ 4 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Amal ibadat kita bergantung kepada sumber makanan yang kita perolehi. Jika kita makan makanan yang haram, amalan kita diterima. Letih dan penat sahaja. Idris Hj Ahmad 2 Zulqaedah 1440/ 5 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Salah satu tanggapan yang salah mengenai wang daripada sumber yang haram hanya tidak boleh makan. Tetapi kalau diguna untuk minyak kereta, beli kenderaaan ia tidak haram. Fahaman menyelewing. Idris Hj Ahmad 3?Zulqadeh 1440/ 6 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Wang yang haram tidak boleh dibersihkan dengan membuat program kebajikan, sedekah, buat rumah anak yatim, bina masjid. Air yang keroh di ulu tidak akan jernih di hilir. Idris Hj Ahmad 4 Zulqadeh 1440/ 7 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Amal ibadah biarlah berkualiti walau pun sedikit. Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak, tetapi terhenti. Idris Hj Ahmad 5 Zulkaedah 1440/ 8 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Manusia mempunyai sifat jemu dalam amal. Oleh itu Islam menggalakkan apabila membuat suatu amalan biarlah dalam keadaan istiqamah dan sesuai dengan kemampuan diri. Idris Hj Ahmad 6 Zulkaedah 1440/ 9 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila seorang yang jatuh di lembah kehinaan, maka ia tenggelam dengan hawa nafsu dan merasa lazat dengan dosa yang dilakukan. Idris Hj Ahmad 7 Zulkaedah 1440/ 10 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Jangan kita merasa bangga dengan amal ketaatan kita. Bimbang ditipu oleh syaitan, sehingga wujudnya sifat ujub. Nauzubillah. Idris Hj Ahmad 8 Zulkaedah 1440/ 11 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Betapa besar dosa yang dilakukan tidak menghalang bagi kita untuk bertaubat dan memohon ampunan daripada Allah SWT, kecuali syirik. Idris Hj Ahmad 9 Zulkaedah 1440/ 12 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Allah SWT Maha adil lagi Maha pengampun. Oleh kerana manusia tidak sunyi dengan kesalahan maka Allah memberi jalan keluar melalui pintu taubat. Idris Hj Ahmad 10 Zulkaedah 1440/ 13 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Jangan merasa putus harapan, mengenangkan banyak maksiat yang dilakukan. Pintu taubat terbuka dengan luas kepada hambanya. Idris Hj Ahmad 11 Zulkaedah 1440/ 14 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Pintu taubat masih terbuka kepada setiap hamba Allah SWT. Penamatnya apabila matahari naik di sebelah barat dan nyawa sudah ke halkum. Idris Hj Ahmad 12 Zulkaedah 1440/ 15 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ketika kita memohon keampunan dengan Allah SWT, maka wajib berbaik sangka dengan limpahan rahmatNya Allah akan menerima hajat kita. Idris Hj Ahmad 13 Zulkaedah 1440/ 16 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ingatlah rahmat Allah itu luas kepada hambanya. Oleh itu jangan kita berputus asa untuk memburu rahmat Allah SWT. Idris Hj Ahmad 14 Zulkaedah 1440/ 17 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Jangan kita menjadi hamba yang jauh daripada rahmat Allah. Kerana tidak ada makna hidup tanpa rahmatNya. Idris Hj Ahmad 15 Zulkaedah 1440/ 18 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Hendak mulia istiqamahlah dengan Islam ketika senang dan susah. Mungkin permulaannya dihina, tetapi akhirnya dimulia. Idris Hj Ahmad 16 Zulkaedah 1440/ 19 Julai 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Sejarah terbukti mereka yang istiqamah dengan Islam mengakhiri hidupnya dengan mulia. Jasa mereka diingati dan dikenang sepanjang masa. Idris Hj Ahmad 17 Zulkaedah 1440/ 20 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Semua pihak mendakwa mereka di pihak yang benar. Oleh itu mereka bermatian untuk mempertahankannya. Neraca kita ialah Islam sebagai penentu benar atau batil. Idris Hj Ahmad 18 Zulkaedah 1440/ 21 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kita memburu kebenaran, walau pun kontra dengan dengan pemikiran dan kehendak kita. Kalau pun pahit, itulah kebenaran.Idris Hj Ahmad 19 Zulkaedah 1440/ 22 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Fitrah manusia suka kepada perkara baik dan benar. Hati kecil manusia tidak merasa tenang dengan kebatilan yang dipejuangkan.Idris Hj Ahmad 20 Zulkaedah 1440/ 23 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Tidak semua yang kita idam tercapai. Tidak semua yang kita benci akan hilang. Inilah lumrah hidup sebagai manusia.Idris Hj Ahmad 21 Zulkaedah 1440/ 24 Julai 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Penegak kebatilan mengalami masalah jiwa yang kacau. Kerunsingan dan keresahan bermain di kepala. Luaran nampak tenang, dalam bergelora. Idris Hj Ahmad 22 Zulkaedah 1440/ 25 Julai 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Malaysia menduduki ke­lompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam pe­nembusan media sosial mudah alih, demikian menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019. Idris Hj Ahmad 23 Zulkaedah 1440/ 26 Julai 2019 Jumaat

Catatan Dhuha

Media sosial boleh menjadi racun atau penawar. Terpulang kepada penggunanya. Manfaatlah secara terbaik. Idris Hj Ahmad 24 Zulkaedah 1440/ 27 Julai 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Ledakan media sosial kita tidak boleh ketepikan begitu sahaja. Jika tidak, kita akan ketinggalan maklumat. Idris Hj Ahmad 25 Zulkaedah 1440/ 28 Julai 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ruang dakwah begitu luas dengan kewujudan media sosial. Berbanding dakwah secara sistem konvensional sasarannya terhad. Idris Hj Ahmad 26 Zulkaedah 1440/ 29 Julai 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Pendakwah mesti merebut peluang keemasan di era ledakan media sosial. Jangan biarkan golongan yang menjauhkan masyarakat dengan Islam menguasai medan ini. Idris Hj Ahmad 27 Zulkaedah 1440/ 30 Julai 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Kita tidak mampu untuk menyekat penggunaan media sosial. Tetapi kita perlu masuk ke gelanggang yang sama untuk menerang dan menyerang. Idris Hj Ahmad 28 Zulkaedah 1440/ 31 Julai 2019 Rabu.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha Jun 2019


Catatan Dhuha Jun 2019

Catatan Dhuha.

Bertuahnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang diberi lailatul qadar. Walau pun umur kita pendek tetapi diberi lailatul qadar yang menyamai 1000 bulan . Idris Hj Ahmad 27 Ramadhan 1440/ 1 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Hikmah Allah tidak memberi tahu bilakah lailatul qadar, supaya manusia sentiasa siap sedia sepanjang masa. Idris Hj Ahmad 28 Ramadhan 1440/ 2 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Jika Lailatul Qadar telah diketahui malamnya, maka akan berlakulah ibadah di malam terpilih sahaja.Idris Hj Ahmad 29 Ramadhan 1440/ 3 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ramadhan sudah hendak meninggalkan kita. Bagaimana pencapain kita pada tahun ini. Adakah lebih baik atau sebaliknya. Muhasabah bersama. Idris Hj Ahmad 30 Ramadhan 1440/ 4 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Selamat menyambut hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Ucaplah kepada sahabat kita dengan taqabbalallahu minna waminka (تقبل الله منا ومنك). Idris Hj Ahmad 1 Syawal 1440/ 5 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kita kembali kepada fitrah hidup bersyariat. Setelah sebulan berjaya melawan nafsu. Semoga madrasah Ramadhan menjadi menjadi mercu tanda orang yang beriman. Idris Hj Ahmad 2 Syawal 1440/ 6 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Jadilah diri kita Rabbaniyyin, bukan Ramadhaniyyin. Golongan Rabbaniyyin akan terus beribadat walau pun di luar bulan Ramadhan. Golongan Ramadhaniyyin hanya bersemangat di bulan Ramadhan, tetapi layu selepas Ramadhan. Idris Hj Ahmad 3 Syawal 1440/ 7 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Walau pun gembira dengan sambutan Eidil Fitri, jangan pula terlepas untuk berpuasa 6 hari di dalam syawal. Idris Hj Ahmad 4 Syawal 1440/ 8 Jun 2019 Sabtu

Catatan Dhuha.

Jadikan diri kita perintis kebaikan, dan jangan jadi diri kita penutup kebaikan. Semoga ia menjadi pahala jariah setelah kita meninggal dunia. Idris Hj Ahmad 5 Syawal 1440/ 9 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Melakukan ibadah walau sedikit tetapi berterusan, lebih baik daripada beramal banyak tetapi terhenti dan terputus. Idris Hj Ahmad 6 Syawal 1440/ 10 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Kejayaan pasti diperolehi oleh orang yang bertaqwa samaada cepat atau lambat. Bertaqwalah kepada Allah SWT. Idris Hj Ahmad 7 Syawal 1440/ 11 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Orang yang zalim mengakhiri hidupnya di dalam keadaan hina. Berlaku adillah, semoga hidup dihormati dan mati dirahmati. Idris Hj Ahmad 8 Syawal 1440/ 12 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Pelbagai bantahan dan penghinaan datang kepada mereka yang istiqamah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Inilah Sunnah berjuang. Idris Hj Ahmad 9 Syawal 1440/ 13 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Menyalahi perintah Allah dan Rasulullah SAW satu mala petaka yang boleh mengakibatkan kebinasaan hidup di dunia dan di akhirat. Idris Hj Ahmad 10 Syawal 1440/ 14 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Orang yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah mereka yang meleburkan seluruh usaha dan kekuatannya untuk Islam. Idris Hj Ahmad 11 Syawal 1440/ 15 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Walau pun sumbangan kita kecil untuk Islam tetap dinilai. Sebagai mana juga sumbangan kita kecil untuk melawan Islam tetap dinilai. Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 12 Syawal 1440/ 16 Jun 2019 Ahad

Catatan Dhuha.

Kenapa Yahudi bersungguh-sungguh untuk menceroboh Palestin, sedangkan ia bukan negeri yang kaya dengan minyak?. Semuanya kerana berkaitan dengan akidah mereka. Idris Hj Ahmad 13 Syawal 1440/ 17 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Jika yahudi seluruh dunia bersatu untuk menawan Palestin kerana akidah batil mereka. Kenapa kita umat Islam tidak boleh bersatu untuk mempertahankan Islam. Idris Hj Ahmad 14 Syawal 1440/ 18 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Kita sering ulang mengenai ahzab di dalam takbir dua hari raya. Kenapa?. Kerana ahzab akan ada sepanjang masa hingga kiamat.Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 15 Syawal 1440/ 19 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Biar kita dihina kerana mempertahankan Islam. Asalkan jangan dihina kerana melawan Islam.Fikir dan renunglah. Idris Hj Ahmad 16 Syawal 1440/ 20 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Hari ini seluruh kepimpinan PAS daripada semua peringkat berhimpun di Kuantan untuk merancang masa depan politik Islam di negara ini. Muktamar penuh dengan ukhwah dan mahabbah. Idris Hj Ahmad 17 Syawal 1440/ 21 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Walau pun Islam dikecam dan cuba untuk menjauhkan masyarakat dengan Islam. Namun PAS tetap menongkah arus dengan gagasan Islam Memimpin. Idris Hj Ahmad 18 Syawal 1440/ 22 Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Mereka yang bimbang dengan Islam memimpin disebabkan takut hilang kuasa, kejahilan, iri hati, takut terjejas ekonomi, bertentangan dengan nafsu, utamakan akal daripada wahyu. Idris Hj Ahmad 19 Syawal 1440/ 23 Jun 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Kepimpinan dalam PAS untuk Fastabiqul Khairat (berlumba untuk kebaikan). Ia adalah taklifun (bebanan) bukan tashrifun (kemuliaan). Selamat memikul amanah, semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Idris Hj Ahmad 20 Syawal 1440/ 24 Jun 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Berjuang untuk mencari redha Allah, biar pun manusia marah pada mulanya. Akhirnya manusia akan menerima. Mereka yang mencari redha manusia, berakhir dengan kehinaan. Idris Hj Ahmad 21 Syawal 1440/ 25 Jun 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Apabila bekerja untuk menuntut kepuasan manusia, sampai bila pun tidak tercapai. Tetapi kita akan merasa satu kepuasan apabila bekerja kerana Allah SWT. Idris Hj Ahmad 22 Syawal 1440/ 26 Jun 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Melakukan dosa, jiwa menjadi tidak tenteram dan dada sentiasa tersekat. Melakukan kebaikan, jiwa tenteram dan dada menjadi lapang. Idris Hj Ahmad 23 Syawal 1440/ 27 Jun 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Perkara yang senang untuk diukur seorang itu amanah atau tidak, apabila ia melibatkan kewangan. Perkara lain agak payah untuk diukur. Idris Hj Ahmad 24 Syawal 1440/ 28 Jun 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Seorang yang tidak amanah dengan wang ringgit, maka jangan diharap manusia ini akan jujur dalam tugas yang diamanahkan.

Idris Hj Ahmad 25 Syawal 1440/ 29Jun 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Makanan daripada sumber haram, sedapnya hanya sekejap, tetapi azabnya panjang. Perhatikan daripada mana sumber dapatan kita. Idris Hj Ahmad 26 Syawal 1440/ 30 Jun 2019 Ahad.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha april 2019


CATATAN DHUHA APRIL 2019

Catatan Dhuha.

Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan Isra’ wal mikraj. Namun tetap mempercayainya. Idris Hj Ahmad 25 Rejab 1440/ 1 April 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Di manakah kita, jika kita hidup di zaman berlakunya Isra’ wal mikraj. Mampukah kita berhadapan dengan gerakan supaya meragui Isra’ wal mi’raj. Tepuk dada tanya iman. Idris Hj Ahmad 26 Rejab 1440/ 2 April 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ketegasan nabi Muhammad SAW dan berani menghadapi risiko penolakan peristiwa Isra’ wal mi’raj mesti menjadi suri teladan kepada kita, kerana berani menyatakan Islam dalam apa keadaan. Idris Hj Ahmad 27 Rejab 1440/ 3 April 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Jika nabi Muhammad SAW bimbang orang lari daripada baginda kerana menceritakan Isra’ wal mi’raj sudah tentu baginda menyembunyikan cerita tersebut. Sifat para Rasul mesti menyampaikan. Idris Hj Ahmad 28 Rejab 1440/ 4 April 2019 Khamis

Catatan Dhuha.

Baginda terus mengkhabarkan peritiwa Isra’ wal mi’raj kepada masyarakat Makkah. Jika baginda hendak tuntut redha manusia, baginda tidak akan cerita peritiwa tersebut. Idris Hj Ahmad 29 Rejab 1440/ 5 April 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Jika ikut fikiran manusia, Rasulullah tidak perlu cerita Isra’ wal mi’raj kerana merugikan dakwah, memandangkan Islam masih baru. Tetapi semua Rasul, mempunyai sifat yang tegas tanpa takut dan gentar. Idris Hj Ahmad 30 Rejab 1440/ 6 April 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Golongan musyrikin Makkah bergerak bertemu dengan orang ramai supaya menolak dan meragui peristiwa Isra’ wal mi’raj. Golongan ini akan wujud sepanjang zaman.pa takut dan gentar. Idris Hj Ahmad 1 Syaban 1440/ 7 April 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Bulan Rejab, berlaku peristiwa Isra’ wal mi’raj dan difardhukan kewajipan solat lima waktu. Arahan terus daripada Allah SWT, menunjukkan solat ibadah teras. Idris Hj Ahmad 2 Syaban 1440/ 8 April 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Kita pernah temui ada manusia yang lanjut umur tidak mengerjakan solat. Kenapa beliau jadi demikian rupa? Jawapnya, kerana beliau tidak diasuh sejak kecil. Idris Hj Ahmad 3 Syaban 1440/ 9 April 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Allah memerintah memelihara aurat sebagai satu penghormatan kepada manusia untuk menjaga maruah hidup manusia. Idris Hj Ahmad 4 Syaban 1440/ 10 April 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kedudukan aurat kita di dalam solat sama seperti di luar solat. Kenapa manusia sukar patuhi batas ini ketika di luar solat. Idris Hj Ahmad 5 Syaban 1440/ 11 April 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Wanita jangan anggap perintah menutup aurat satu bebanan dan menyusahkan. Ingatlah ini satu cara Islam mengangkat darjat wanita di tempat yang sepatutnya. Idris Hj Ahmad 6 Syaban 1440/ 12 April 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Kenapa batas aurat wanita dengan lelaki berbeza?. Jawapannya, kejadian wanita amat menarik, ini berbeza dengan lelaki. Idris Hj Ahmad 7 Syaban 1440/ 13 April 2019 Sabtu

Catatan Dhuha.

Menutup aurat maruah terjaga, syariat terpelihara. Beruntunglah mereka yang melaksanakan tuntutan ini. Idris Hj Ahmad 8 Syaban 1440/ 14 April 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Perintah menutup aurat, ia bukan arahan daripada ustaz atau ulamak. Ia adalah arahan Allah SWT. Jangan marah kepada orang yang menasihat kita menutup aurat. Idris Hj Ahmad 9 Syaban 1440/ 15 April 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Allah perintah tutup aurat, bukan tutup kepala. Tutup kepala tidak bererti menutup aurat. Tetapi menutup aurat, automatik ia menutup kepala. Idris Hj Ahmad 10 Syaban 1440/ 16 April 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Dakwah bukan untuk populariti peribadi, tetapi medan untuk membetul pemikiran manusia yang salah dan menyimpang daripada aqidah tauhid. Idris Hj Ahmad 11 Syaban 1440/ 17 April 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Allah boleh memberi kemenangan kepada pejuang Islam tanpa perlu bersusah payah. Tetapi Allah mahu pejuang Islam melalui sunnah alam. Idris Hj Ahmad 12 Syaban 1440/ 18 April 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Kesusahan dan kepayahan sebagai satu penapisan di dalam perjuangan. Hanya mereka yang mampu menghadapi ujian sahaja yang mampu bertahan. Idris Hj Ahmad 13 Syaban 1440/ 19 April 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Ujian kesenangan dan kemewahan banyak yang tidak tahan untuk hadapi. Pemikiran dan gaya hidup mula berubah. Idris Hj Ahmad 14 Syaban 1440/ 20 April 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Alangkah bertuahnya seorang yang diuji dengan kemewahan tetapi masih mampu istiqamah di atas jalan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 15 Syaban 1440/ 21 April 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Walau pun sedikit sahaja orang yang mampu menghadapi ujian kesenangan dan kemewahan. Biarlah sedikit itu adalah kita. Idris Hj Ahmad 16 Syaban 1440/ 22 April 2019 Isnin

Catatan Dhuha.

Islam tidak melarang manusia memenuhi keinginannya selama mana manusia tidak mengenepikan maslahah dan memudaratkan orang lain. Idris Hj Ahmad 17 Syaban 1440/ 23,April 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Dunia ini manis, semua orang suka benda yang manis terutama pengidap kencing manis. Itulah dunia yang memang semua tergoda. Idris Hj Ahmad 18 Syaban 1440/ 24 April 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Badan kita perlu sedikit gula supaya lebih bertenaga. Tetapi tidak boleh terlalu banyak, nanti binasa. Kita juga perlu dunia, tetapi tidak boleh melampau. Idris Hj Ahmad 19 Syaban 1440/ 25 April 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Dalam semua urusan, Islam meletakkan wasatiah sebagai asas perlaksanaan. Ketika mencari dunia jangan terlalu lebih dan jangan terlalu kurang. Idris Hj Ahmad 20 Syaban 1440/ 26 April 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Sifat bakhil menutup segala kebaikan yang dilakukan. Sedangkan sifat pemurah menutup keaiban. Idris Hj Ahmad 21 Syaban 1440/ 27 April 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Sifat bakhil yang paling teruk ialah apabila ia menunjukkan kemewahan, tetapi kedekut untuk menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan. Idris Hj Ahmad 22 Syaban 1440/ 28 April 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Pandangan zahir, halal dan haram tetap sama sahaja dari segi manfaat. Tetapi yang halal manfaatnya lebih besar. Idris Hj Ahmad 23 Syaban 1440/ 29 April 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Perkara yang haram tidak ada keberkatan. Ia hanya mendapat manfaat duniawi dan kepuasan nafsu sahaja. Idris Hj Ahmad 24 Syaban 1440/ 30 April 2019 Selasa.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

CATATAN DHUHA MAC 19


Catatan Dhuha mac 19

Catatan Dhuha

Islam tidak membenarkan kita menghina agama dan sembahan orang lain. Inilah formula keharmonian hidup yang telah digariskan oleh Islam. Idris Hj Ahmad 24 Jamadil Akhir 1440/ 1 Mac 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Sejarah tercatat agama lain bebas diamalkan di negara umat Islam yang majoriti. Semuanya hasil didikan Islam kepada penganutnya supaya tidak menghina agama lain. Idris Hj Ahmad 25 Jamadil Akhir 1440/ 2 Mac 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Kita wajib beriman dengan Rasul-Rasul. Bukan sahaja kita hanya beriman dengan Nabi Muhammad SAW. Haram kita menghina Nabi-nabi yang lain. Idris Hj Ahmad 26 Jamadil Akhir 1440/ 3 Mac 2019 Ahad

Catatan Dhuha.

Penjajah Inggeris boleh memerintah lama di negara ini kerana mereka tahu sensitiviti orang melayu mengenai agama. Ini garis sempadan yang tidak boleh dilanggar. Idris Hj Ahmad 27 Jamadil Akhir 1440/ 4 Mac 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Perjanjian Pangkor 1874 telah menjadi penanda aras, bahawa Inggeris mengetahui psikologi orang Melayu mengenai agama. Soal agama tidak boleh ditolak ansur. Idris Hj Ahmad 28 Jamadil Akhir 1440/ 5 Mac 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Kejayaan pendakwah dan ulama di negara ini berjaya menanamkan ke dalam jiwa orang Melayu kasihkan akidah. Walau pun dari segi penghayatan akhlak tidak seberapa. Idris Hj Ahmad 29 Jamadil Akhir 1440/ 6 Mac 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Berpolitik untuk mati, bukan untuk hidup. Barulah kita berusaha untuk menurut kehendak Allah. Jika sebaliknya, maka akal mendahului wahyu. Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Akhir 1440/ 7 Mac 2019 Khamis

Catatan Dhuha

Berpolitik tanpa ikatan agama akan membawa kemusnahan dalam masyarakat dan negara. Amanah dikhianati, fitnah menjadi modal untuk mendapat kuasa. Idris Hj Ahmad 1 Rejab 1440/ 8 Mac 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Apabila berpolitik tidak ingat kepada akhirat maka semua tindakan melampaui batasan agama dan adab susila. Apa yang penting kuasa. Idris Hj Ahmad 2 Rejab 1440/ 9 Mac 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Orang bukan Islam jangan bimbang dengan Islam. Sejarah telah membuktikan orang bukan Islam yang minoriti aman di bawah pemerintahan Islam. Idris Hj Ahmad 3!Rejab 1440/ 10 Mac 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Kenapa perlu takut apabila orang Islam bersatu atas dasar kepentingan Islam. Apabila Islam selamat, melayu, cina, india dan bangsa lain akan selamat. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 4 Rejab 1440/ 11 Mac 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Perpaduan tidak kekal lama jika bersatu atas dasar bangsa, benda dan kuasa. Faktor ini hanya fenomena sementara dan akan retak apabila tiba masanya. Islam teras perpaduan. Idris Hj Ahmad 5 Rejab 1440/ 12 Mac 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Perpaduan jika dibina atas kebendaan ia tidak kekal lama. Manusia tidak pernah puas dengan benda. Selepas benda tidak boleh diberi, maka manusia mula bergaduh.Idris Hj Ahmad 6 Rejab 1440/ 13 Mac 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Rahmatan lil Alamin mesti dijalinkan dengan tiga prinsip utama Islam, iaitu jalinan antara akidah, syariah dan juga akhlak..Idris Hj Ahmad 7 Rejab 1440/ 14 Mac 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Tidak mungkin rahmatan lil alamin akan terbina sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah dan mematuhi syariat yang mewajibkan amar makruf nahi mungkar.Idris Hj Ahmad 8 Rejab 1440/ 15 Mac 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Kejadian pembunuhan di dua masjid di New Zealand, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menakutkan orang bukan Islam mengenai Islam di negara ini. Celupar. Idris Hj Ahmad 9 Rejab 1440/ 16 Mac 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Kejadian pembunuhan di dua masjid di menggambarkan Islamoporbia masih menebal di kalangan masyarakat dunia walau pun zaman langit terbuka yang boleh akses maklumat Islam secara meluas. Pelikkan.Idris Hj Ahmad 10 Rejab 1440/ 17 Mac 2019 Ahad

Catatan Dhuha

Kenapa ada pihak yang takut apabila orang Islam di negara ini bersatu atas dasar Islam. Bukankah apabila orang Islam bersatu ia menjamin keharmonian kepada semua. Idris Hj Ahmad 11 Rejab 1440/ 18 Mac 2019 Isnin

Catatan Dhuha.

Ada hikmah yang tersendiri, apabila serangan pelampau di dua masjid di New Zealand. Munculnya rakyat di sana yang simpati dengan orang Islam walau pun mereka bukan Islam. Idris Hj Ahmad 12?Rejab 1440/ 19 Mac 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Kita mengharapkan tindakan pelampau yang membunuh umat Islam di New Zealand akan membuka pintu hidayah penduduk di sana untuk lebih dekat mengenali Islam. Idris Hj Ahmad 13 Rejab 1440/ 20 Mac 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Saya yakin masyarakat New Zealand, majoritinya masih waras dan bertamaddun. Mereka akan terfikir, kenapa manusia yang berada di dalam rumah ibadah dibunuh begitu kejam. Mungkin menjadi asbab untuk mereka mengkaji Islam.Idris Hj Ahmad 14 Rejab 1440/ 21 Mac 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Masjid di New Zealand telah menjadi tumpuan masyarakat bukan Islam di sana untuk diziarahi dan melihat orang Islam menunaikan solat. Hikmat di sebalik musibah. Idris Hj Ahmad 15 Rejab 1440/ 22 Mac 2019 Jumaat

Catatan Dhuha

Walau pun yang terkorban orang Islam, yang membunuh pula orang bukan Islam. Namun masih ada suara sumbang menyalahkan orang Islam. Nasib Islam di akhir zaman. Idris Hj Ahmad 16 Rejab 1440/ 23 Mac 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Manusia tidak boleh padam cahaya agama Allah SWT dengan fitnah. Masih ada hati manusia yang sudi untuk menerima Islam apabila mereka mengkaji daripada sumber asalnya, Quran dan al Sunnah. Idris Hj Ahmad 17 Rejab 1440/ 24 Mac 2019 Ahad

Catatan Dhuha.

Setelah 62 tahun negara Malaysia merdeka kita tidak dengar penghapusan kaum dan penindasan agama bukan Islam di negara ini. Walau pun orang Islam majoriti. Idris Hj Ahmad 18 Rejab 1440/ 25 Mac 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Rahsia dan ramuan yang berharga sehingga orang bukan Islam yang minoriti dapat hidup aman, kerana Islam melarang melakukan kezaliman kepada mereka.negara ini. Idris Hj Ahmad 19 Rajab 1440/ 26 Mac 2019 Selasa

Catatan Dhuha

Perbezaan agama, warna kulit, bangsa bukan menjadi penghalang untuk Islam memberi keadilan kepada mereka. Terbukti dan teruji Islam itu adil. Idris Hj Ahmad 20 Rejab 1440/ 27 Mac 2019 Rabu

Catatan Dhuha.

Mereka yang tebal cauvanis dan takut hilang sokongan politik sahaja cuba menakutkan orang bukan Islam dengan Islam. Idris Hj Ahmad 21 Rejab 1440/ 28 Mac 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Isra, wal mi’raj tidak boleh dicapai oleh akal yang dangkal dan terhad. Ia hanya dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan wahyu Allah SWT.Idris Hj Ahmad 22 Rejab 1440/ 29 Mac 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Isra’ walmi’raj pertembungan akal dan wahyu. Ia membuktikan akal manusia tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT yang lebih hebat. Idris Hj Ahmad 23 Rejab 1440/ 30 Mac 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Isra’ wal mi’raj diterima oleh manusia seperti Saidina Abu Bakar al Siddiq. Tetapi ditolak oleh puak Abu Lahab dan Abu Jahal. Watak ini berada sepanjang zaman. Idris Hj Ahmad 24 Rejab 1440/ 31 Mac 2019 Ahad.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha jan 2019


Catatan Dhuha Jan 19

Catatan Dhuha

Tahun 2018 meninggalkan kita. Bermakna umur kita semakin dekat dengan lubang kubur dan semakin jauh daripada tahta, harta dan wanita. Idris Hj Ahmad 24 Rabiul Akhir 1440/ 1 Januari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Alangkah baiknya kita, apabila Allah anugerahkan umur yang panjang beserta dengan amalan yang baik. Minta jauh daripada sebaliknya. Idris Hj Ahmad 25 Rabiul Akhir 1440/ 2 Januari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Pergerakan masa begitu pantas sekali sehingga kita tidak sedar pergerakan umur kita juga berjalan dengan cepat. Semuanya tanda dunia sudah hampir kiamat. Idris Hj Ahmad 26 Rabiul Akhir 1440/ 3 Januari 2019 Khamis

Catatan Dhuha

Usia muda bukan bermakna kematian masih lama lagi. Ada juga buah kelapa muda jatuh sebelum tua. Begitu juga kematian. Idris Hj Ahmad 27 Rabiul Akhir 1440/ 4 Januari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Muda pun mati, tua pun mati. Kaya pun mati, miskin pun mati. Pejuang Islam pun mati, lawan Islam pun mati. Yang penting persiapan kita kepada mati. Idris Hj Ahmad 28 Rabiul Akhir 1440/ 5 Januari 2019 Sabtu

Catatan Dhuha

Orang muda jangan terlalu gembira dengan andaian mati lambat lagi. Sehinggakan mengabai tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Kematian boleh datang bila- bila masa.mati. Idris Hj Ahmad 29 Rabiul Akhir 1440/ 6 Januari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Allah beri kita umur panjang supaya kita dapat perbanyakkan bekalan amal di akhirat. Jangan sia-siakan umur kita. Peluang masih terbuka luas. Idris Hj Ahmad 1 Jamadil Awal 1440/ 7 Januari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Minta berlindung dengan Allah, jangan umur semakin tua tetapi semakin jauh daripada petunjuk Allah. Sepatutnya semakin dekat dengan jalan Allah. Idris Hj Ahmad 2 Jamadil Awal 1440/ 8Januari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Jangan sesiakan Waktu muda, kerana inilah peluang untuk kita aktifkan tenaga bersama perjuangan Islam. Orang muda segar dengan idea dan bertenaga untuk melaksanakan. Idris Hj Ahmad 3 Jamadil Awal 1440/ 9 Januari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Peliharalah ilmu dengan beramal. Bukan hanya pandai menyampai sahaja. Memang senang suruh orang beramal, sukar untuk beramal. Peringatan buat diri sendiri. Idris Hj Ahmad 4 Jamadil Awal 1440/ 10 Januari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Ulamak apabila mencari redha manusia maka hidupnya akan menjadi hina. Mereka hanya diguna sebagai penangkis sementara. Habis madu sepah dibuang. Idris Hj Ahmad 5 Jamadil Awal 1440/ 11 Januari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Ulamak yang beramal dengan ilmunya akan memberi kesan kepada pendengarnya. Penghormatan kepadanya tidak pernah pudar dan luntur. Idris Hj Ahmad 6 Jamadil Awal 1440/ 12 Januari 2019 Sabtu

Catatan Dhuha

Ulamak yang ikhlas akan disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Pengiktirafan ini datang secara sukarela bukan dipaksa. Idris Hj Ahmad 7 Jamadil Awal 1440/ 13 Januari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Ulamak yang soleh, apabila berhujah dengan penuh keyakinan. Berbeza dengan ulamak yang tidak beramal, apabila berhujah tersangkut-sangkut kerana kontra dengan amalannya. Idris Hj Ahmad 8 Jamadil Awal 1440/ 14 Januari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Kenapa kita nampak seolah-olah masyarakat begitu taasub dengan ulamak.? Jawapannya kerana mereka melihat ulamak beramal dengan ilmunya. Jika berlaku sebaliknya mereka akan meninggalkan ulamak. Idris Hj Ahmad 9 Jamadil Awal 1440/ 15 Januari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ulamak yang muttaqin sentiasa menjadikan al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan untuk mengeluarkan pandangan. Mereka ada autoriti, kerana ada kemampuan ilmu. Idris Hj Ahmad 10 Jamadil Awal 1440/ 16 Januari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Makanan yang halal membentuk peribadi yang mulia. Makanan yang haram menjadi manusia liar dengan agama dan berjiwa haiwaniah. Idris Hj Ahmad 11 Jamadil Awal 1440/ 17 Januari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Makanlah makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa kerana sudah pasti bahan yang disediakan daripada bahan yang bersih dan suci. Idris Hj Ahmad 12 Jamadil Awal 1440/ 18 Januari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Islam agama yang membawa keselamatan dan kedamaian. Islam melarang menganggu agama orang lain. Jika hendak wujudkan keharmonian, penganut agama lain juga perlu menjaga sensitiviti orang Islam. Idris Hj Ahmad 13 Jamadil Awal 1440/ 19 Januari 2019 Sabtu

Catatan Dhuha

Hakim ada etika yang ketat bagi menjamin keadilan dapat dilaksanakan. Jika hakim di dalam mahkamah sivil pun ada etika yang ketat, telahan lagi etika hakim menurut ajaran Islam. Idris Hj Ahmad 14 Jamadil Awal 1440/ 20 Januari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Jika orang yang hendak melaksanakan keadilan tidak ada moral dan etika, apakah kita boleh mengharapkan keadilan dapat dilaksanakan di dalam perbicaraan?.Idris Hj Ahmad 15 Jamadil Awal 1440/ 21 Januari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Orang Melayu cukup sensitif soal agama, walau pun watak dan kelakuannya tidak menepati kehendak Islam. Mereka bangkit apabila kesucian agama dicabar. Idris Hj Ahmad 16 Jamadil Awal 1440/ 22 Januari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Terbukti dan teruji Islam agama keamanan, sejak daripada dahulu hingga hari kiamat. Islam agama toleransi dan menghormati hak bukan Islam walau pun mereka minoriti. Hebatnya Islam. Idris Hj Ahmad 17 Jamadil Awal 1440/ 23 Januari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Sejarah membuktikan orang bukan Islam selamat berada di kawasan majoriti orang Islam. Kerana ajaran Islam melarang menzalimi orang bukan Islam dan memusnahkan rumah sembahan mereka. Idris Hj Ahmad 18Jamadil Awal 1440/ 24 Januari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Keharmonian masyarakat dapat dibina jika wujudnya sikap menghormati dan merai golongan majoriti di negara ini. Jauhkan provokasi terhadap Islam. Idris Hj Ahmad 19 Jamadil Awal 1440/ 25 Januari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Penjajah Inggeris sedar orang melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Sebab itu Inggeris memerintah lama kerana mereka faham psikologi orang melayu. Idris Hj Ahmad 20 Jamadil Awal 1440/ 26 Januari 2019 Sabtu

Catatan Dhuha.

Apabila umat Islam bersatu atas nama Islam ia akan memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada semua manusia samaada orang Islam atau orang bukan Islam. Idris Hj Ahmad 21 Jamadil Awal 1440/ 27 Januari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Penyatuan atas nama Islam ia akan kekal dan selamat. Penyatuan atas nama bangsa atau kebendaan berakhir dengan perpecahan. Idris Hj Ahmad 22?Jamadil Awal 1440/ 28 Januari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Perpaduan atas nama bangsa atau kebendaan tidak kekal lama. Kerana naluri manusia tidak akan puas dan bertentangan dengan fitrah manusia. idris Hj Ahmad 23 Jamadil Awal 1440/ 29 Januari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Manusia tidak boleh disatukan dengan benda. Kerana manusia tidak pernah puas dengan benda. Akhirnya kawan menjadi lawan, setia menjadi seteru. Idris Hj Ahmad 24 Jamadil Awal 1440/ 30 Januari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Apabila perpaduan dibina atas kepentingan Islam, maka ia akan mengenepikan kepentingan bangsa, puak dan kebendaan. ia boleh memadamkan agenda lain, Islam diutamakan. Idris Hj Ahmad 25 Jamadil Awal 1440/ 31 Januari 2019 Khamis

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catatan Dhuha Feb 2019


Catatan Dhuha Feb 2019

Catatan Dhuha

Jangan kita putuskan hubungan dengan Allah. Nanti Allah memutuskan hubungan dengan kita. Allah tidak berhajat kepada kita, tetqpi kita amat berhajat kepada Allah SWT. genda lain, Islam diutamakan. Idris Hj Ahmad 26 Jamadil Awal 1440/ 1 Februari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Allah hanya meminta hambanya bersyukur kepadaNya atas nikmat yang diberi. Apabila hambaNya tidak bersyukur, sedikit pun kuasa Allah tidak terjejas. Idris Hj Ahmad 27 Jamadil Awal 1440/ 2 Februari 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Jika kita menjaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. Idris Hj Ahmad 28 Jamadil Awal 1440/ 3 Februari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Kematian suatu perkara yang dirahsiakan. Tidak ada seorang manusia yang mengetahui bilakah ajal datang menjemput. Hikmatnya supaya manusia sentiasa bersedia dengan kematian. Idris Hj Ahmad 29 Jamadil Awal 1440/ 4 Februari 2019 Isnin

Catatan Dhuha

Manusia yang memutuskan hubungan dengan Allah akan ditimpa keresahan dan kesulitan. Oleh itu sentiasalah bergantung dengan rahmat Allah. Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Awal 1440/ 5 Februari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Siapa yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup, ia akan jauh daripada rahmat Allah SWT. Rahmat Allah tidak akan bersama dengan orang yang engkar. Idris Hj Ahmad 1 Jamadil Akhir 1440/ 6 Februari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Kita hanya boleh berwala’ kepada Allah, Rasul dan orang yang beriman. Sebab itu disyaratkan orang yang hendak kita wala’ mestilah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul. Idris Hj Ahmad 2 Jamadil Akhir 1440/ 7 Februari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah akan mencukupkan urusan dunianya. Oleh itu kita tidak perlu resah dan gelisah dengan hambatan dunia. Idris Hj Ahmad 3 Jamadil Akhir 1440/ 8 Februari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Hati kotor memberi kesan kepada watak dan pembentukan syaksiah diri. Pemikirannya juga sukar menerima kebaikan agama. Idris Hj Ahmad 4 Jamadil Akhir 1440/ 9 Februari 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Hati yang kotor tidak boleh bersama dengan kesucian Islam. Ia ibarat matahari dan bulan tidak boleh bersama dalam satu masa.Idris Hj Ahmad 5 Jamadil Akhir 1440/ 10 Februari 2019 Ahad

Catatan Dhuha

Pemfitnah tidak kuat hujah. Berani buat tuduhan tetapi apabila berdepan tidak berani ulang tuduhan. Idris Hj Ahmad 6 Jamadil Akhir 1440/ 11 Februari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Orang yang difitnah, dia dizalim. Doa orang yang kena zalim dimaqbul Allah. Akhirnya fitnah akan akan mengenai diri pemfitnah. Idris Hj Ahmad 7 Jamadil Akhir 1440/ 12 Februari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Kalau kita pun ada masalah akhlak dan moral selama ini. Jangan cuba selak aib dan fitnah orang lain. Nanti aib kita akan dibongkar. Idris Hj Ahmad 8!Jamadil Akhir 1440/ 13 Februari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Kita bukan maksum, hanya nabi yang maksum. Oleh itu jangan melampau mengaibkan orang lain, nanti aib kita yang tersebunyi akan terdedah. Idris Hj Ahmad 9 Jamadil Akhir 1440/ 14 Februari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Sebelum kita menceritakan keaiban orang lain, maka ingatlah Allah yang menutup keaiban kita. Idris Hj Ahmad 10 Jamadil Akhir 1440/ 15 Februari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Rasa malu adalah perisai dari Allah kepada wajah seorang hamba agar tidak melakukan maksiat kepada Allah SWT. Idris Hj Ahmad 11 Jamadil Akhir 1440/ 16 Februari 2019 Sabtu

Catatan Dhuha

Apabila seorang hamba tidak malu, ia boleh lakukan apa sahaja. Kerana imannya sudah tidak memberi kesan kepada kehidupannya. Idris Hj Ahmad 12 Jamadil Akhir 1440/ 17 Februari 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Ajaib sungguh kita, walau pun kita mengetahui akan meninggal dunia, mengapa kita tidak menjadikan setiap nafas untuk ketaatan kepada Allah SWT. Idris Hj Ahmad 13 Jamadil Akhir 1440/ 18 Februari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Allah maha kaya dan gagah perkasa. Sekira hambanya melawan Allah, sedikit pun kuasa Allah tidak terjejas. Yang rugi dan menerima azab ialah penderhaka. Idris Hj Ahmad 14 Jamadil Akhir 1440/ 19 Februari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Nikmat yang kita dapat amat banyak, sehingga tidak terhitung. Persolannya berbaloikah kita dengan ibadat yang telah kita tunaikan kepada Allah SWT. Idris Hj Ahmad 15 Jamadil Akhir 1440/ 20 Februari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Jangan kita mengharapkan kerja menegakkan agama Allah semua manusia boleh terima. Kita mesti bersedia di dalam minda, fitnah, cacian adalah lumrah dalam pejuangan. Idris Hj Ahmad 16 Jamadil Akhir 1440/ 21 Februari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Apabila kita ditimpa kesakitan baru terasa nikmat sihat. Begitu bernilainya nikmat sihat, yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit. Idris Hj Ahmad 16 Jamadil Akhir 1440/ 21 Februari 2019 Khamis.

Catatan Dhuha

Apabila datang satu penyakit ingatlah kepada Allah, semoga ia mengampunkan dosa hambanya. Idris Hj Ahmad 17 Jamadil Akhir 1440/ 22,Februari 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Sewaktu kita sihat beramallah semaksima mungkin. Waktu kita sakit tenaga

kita amat minima untuk melakukan amal. Idris Hj Ahmad 18 Jamadil Akhir 1440/ 23 Februari 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha

Apabila ditimpa sedikit kesakitan, kita sudah merasa hilang seluruh nikmat Allah kepada kita. Sedangkan banyak lagi nikmat yang ada kepada kita. Inilah manusia!. Idris Hj Ahmad 19 Jamadil Akhir 1440/ 24 Februari 2019 Ahad

Catatan Dhuha.

Ketika ujian yang datang kepada kita, maka motivasinya Rasulullah SAW. Apalah sangat ujian yang kita hadapi berbanding dengan para Rasul. Idris Hj Ahmad 20 Jamadil Akhir 1440/ 25 Februari 2019 Isnin.

Catatan Dhuha

Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan piawai yang hebat mengenai perjuangan Islam. Mungkin kita tidak dapat mencapai piawai ini, namun perlu berusaha. Idris Hj Ahmad 21 Jamadil Akhir 1440/ 26 Februari 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Kejayaan atau kegagalan di dalam perjuangan Islam dalam pengetahuan Allah. Kita diperintah berusaha dan merancang untuk mencapai tujuannya. Idris Hj Ahmad 22 Jamadil Akhir 1440/ 27 Februari 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Menghina Nabi Muhammad SAW satu tindakan yang biadab. Jika yang menghina ini tinggal di Malaysia. Memang mereka buta sejarah dan tidak mengerti psikologi orang Islam khususnya orang Melayu. Idris Hj Ahmad 23 Jamadil Akhir 1440/ 28 Februari 2019 Khamis.

By ustazidrisahmad Posted in Politik


Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk kata, kita teruskan kerja tarbiah. Berjaya atau tidak bukan kerja kita.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14


Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat.
Idris Hj Ahmad
4/5/14

Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan.
Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak masih sedar, beliau bukan memerintah zaman batu yang tidak ada maklumat. Sekarang beliau memerintah zaman langit terbuka, bukan zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang boleh auta kerana tidak ada media baru dan langit terbuka.

Sedarkah beliau negeri yang tidak dapat air percuma pun dicatu air, contohnya di daerah Taiping dan Larut Matang yang memang terkenal sebagai bandar hujan pun dicatu air. Sebahagian dari kawasan Parlimen saya di Bukit Gantang dicatu, dua hari ada air, dua hari dicatu air. Apakah beliau tidak ada maklumat atau memang beliau seorang yang malas berfikir untuk mencari maklumat.

Selangor tidak ada air kerana gagalnya syarikat kroni Umno menjalankan tugas dengan baik sehingga berlaku masalah kehilangan air yang tidak diatasi sehingga kini. Najib tahu atau tidak Syabas masih gagal menurunkan kadar kehilangan air daripada 30 peratus kepada 20 peratus seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor. Tingkah laku Najib sama seperti seorang ADUN Umno di dalam Dewan Undangan Negeri yang mengatakan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma adalah usaha yang bodoh. Malangnya bila Tan Seri Khalid minta beliau beri nama dan alamat untuk tidak diberi air percuma kepada rumah beliau, beliau tidak bagi maklumat pula.

By ustazidrisahmad Posted in Politik
Sisipan

Perkara yang merosakkan jamaah, jika ada orang yg hdk paksa jamaah menerima pandangan peribadi beliau. Sebab apa berlaku begini? Dia rasa dia cerdik, orang lain tdk. Kebanyakan org mcm ini nafas tdk panjang di dlm jamaah dan perjuangan.

By ustazidrisahmad Posted in Politik


1.kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas.
2.’molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar.
3. Daging babi di perkarangan masjid.
KOMEN! Kenapa d Pulau Pinang. Pelik ye!. Kita harapkan pihak polis dpt tangkap siapa yg punya angkara. PDRM memang hebat. Mesti boleh tangkap punya. Cegah sebelum parah. Islam Rahmat untuk Semua.

By ustazidrisahmad Posted in Politik