Perpaduan Bersama Umno Membuang Masa.


Perpaduan Bersama Umno Membuang Masa.

Idris Hj Ahmad
21/8/12

Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu, walaupun rekod menunjukkan Umno pun gagal menunjukkan perpaduan sesama sendiri. Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno. Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan Pas kerana tidak puas hati dengan Umno di dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja. Tetapi Umno masih menganggap, ia adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan. Umno sering mendakwa penubuhan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pada hal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno.

Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi. Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda.

Oleh itu seruan perpaduan bersama  Umno hanya membuag masa. Perpaduan atas dasar bangsa tidak kekal lama, ia ibarat api dalam sekam. Perpaduan yang tidak menepati dengan fitrah manusia berakhir dengan perpecahan. Perpaduan atas dasar Islam sahaja yang akan mengenepikan manusia yang rasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa. Atas asas ini,  perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

2 comments on “Perpaduan Bersama Umno Membuang Masa.

  1. Wahai Idris

    Kalau ko baca dan siar komen dari ku ini, aku kira itu satu rahmat yang maha besar daripada Allah kepada aku. Tapi kalu ko baca dan tak siar, aku tetap berpuas hati kerana…..

    Itu maknanya ko baca dan ko terasa terkena atas batang hidung Pas sampai tak sanggup nak siarkan bagi orang lain baca, betul tak ????

    Ko kata perpaduan Pas dengan Umno hanya lah membuang masa. Aku faham maksud ko itu, ko sebenarnya nak kata : lebih baik berkawan dengan DAP daripada berkawan dengan Umno, lebih baik berkawan dengan orang kafir daripada berkawan dengan orang islam, lebih baik bersahabat dengan pihak yang terang-terangan berani menyuarakan pendirian ” selagi aku hidup, aku tak akan benarkan negara islam dan hudud menjadi kenyataan di Malaysia, kalau nak buat juga langkah mayat aku ” daripada bersahabat dengan orang yang tak pernah sebut pun perkataan yang sekurang ajar seperti itu.

    Mat Deris, sebenarnya korang ni dah tak dapat nak membezakan yang mana satu malaikat dan yang mana satu setan. Aku tak menyalahkan korang, tapi aku menyalahkan tuhan yang telah membutakan mata-hati korang sampai jadi begitu sekali. Kesian …..

    • KESIAN DEKAT engkau TOK GURU. Enkau tak baca ka pemimpin Umno parti emngkau tolak hudu, hina Islam Hendak tangkap DR Harun Din waktu Umno perintah Selangor. Baca sikitlah sejarah> Umno runtuh masjid, Tutup surau> kalau DAP tolak hudud, padanlah dia majoriyti ahlinya Bukan Islam> Macma mana dgn parti awak yang tolak hudud. Setakat hari ini ada atau tidak Dap Penang roboh masjid?

Tinggalkan komen