Tarbiah ialah amal dan ujian. Ust Hj Idris Hj Ahmad Naib Presiden PAS 21/10/19


Tarbiah ialah amal dan ujian.

Ust Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS

21/10/19

Banyak persoalan ditanya kepada saya, kenapa orang yang hebat  ditarbiah dan mentarbiah orang, boleh gugur dalam perjuangan.Telahan daripada itu, ada yang menerima ujian tetapi lari daripada perjuangan.

Jawapan saya, tarbiah bukan perkara yang diucap, tetapi ia mesti diamal. Tarbiah bukan apa yang diungkap di lidah, tetapi apa yang serap ke hati.Tarbiah bukan untuk menjadi rijal kalam (orang yang bercakap) sebaliknya ia mesti menjadi rijal amal (orang yang beramal).

Beramal pula bukan sekadar beramal, tetapi ia beramal dengan ketulusan hati. Beramal kalau sekadar hendak tunjuk kepada orang dan berlakon semata-mata ia tidak kekal, akhirnya terserlah sifat yang sebenar. Akhirnya, kita boleh mendapat jawapannya. Selama ini hanya lakonan di luar sahaja. Nauzubillah.

Senang menulis mengenai tarbiah, tetapi payah untuk beramal apa yang ditulis. Mudah bercakap mengenai tarbiah, yang sukarnya ialah beramal apa yang diucap.

Kita cuba jadikan diri kita seperti kata-kata Saidina Abdullah Ibn Mas’ud

“Jadilah kamu orang yang memelihara ilmu, jangan hanya jadi orang yang pandai menceritakan ilmu sahaja”. Kita mendoakan kepada Allah semoga kita adalah golongan yang mentarbiah diri dan beramal apa yang kita cakap.

Ujian juga merupakan tarbiah. Ada manusia yang tahan diuji dengan senang, ia mampu istiqamah. Tetapi apabila diuji dengan susah ia terkulai layu. Ada manusia yang diuji dengan kesusahan ia mampu meneruskan perjuangan. Tetapi diuji dengan kesenangan ia terus tewas. Kata-kata Saidina Umar RA “ Kami diuji dengan kesusahan, kami mampu sabar. Apabila diuji dengan senang, kami tidak mampu sabar”

Oleh itu, kita tidak boleh mendabit dada, kita sudah hebat  dengan tarbiah. Kita mesti terus berusaha untuk mentarbiah diri dan berakhir dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan istiqamah dengan apa yang kita tulis dan kita ucap. Kita jangan jemu-jemu berdoa supaya kita sentiasa hidup di bawah naungan tarbiah. Hidup dan mati kita dengan tarbiah. Inilah hakikat tarbiah dan kesan tarbiah. Sentiasa merasakan Allah memerhati gerak kita, samaada keseorangan atau di hadapan orang.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s