Catatan Dhuha Oktober 2019


Catatan Dhuha Oktober 2019

Catatan Dhuha.

Ikhlas dalam amalan meninggikan produktiviti kerja. Bekerja dengan tekun dan merasa satu kepuasan kerana dapat melaksanakan tanggungjawab. Idris Hj Ahmad 2 Safar 1441/ 1 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha

Melakukan amal kerana manusia mendatangkan keresahan di dalam diri, kerana kita hendak memburu keredaan manusia. Idris Hj Ahmad 3 Safar 1441/ 2 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Beramal kerana Allah melahirkan sikap istiqamah. Dalam apa suasana dan keadaan ia terus beramal tanpa memperdulikan apa yang manusia hendak kata. Idris Hj Ahmad 4 Safar 1441/ 3 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Sifat ikhlas tidak akan dapat dibentuk di dalam masa yang singkat. Ia memerlukan proses, latihan yang memakan masa sehingga sebati dalam jiwa. Idris Hj Ahmad 5 Safar 1441/ 4 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Sifat ikhlas bukan perkara yang boleh dilakon dan berpura-pura. Ia mesti lahir daripada jiwa yang luhur hasil daripada tarbiah yang dilalui. Idris Hj Ahmad 6 Safar 1441/ 5 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Menderma itu adalah kehidupan dan bakhil adalah kematian. Ingatlah bahawa berinfaq satu kebahagiaan, sedangkan bakhil adalah kesengsaraan. Idris Hj Ahmad 7 Safar 1441/ 6 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Ilmu mesti beramal. Ilmu tanpa amal sama seperti seorang yang membaca buku berenang tetapi tidak turun berenang. Idris Hj Ahmad 8 Safar 1441/ 7 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Orang yang berilmu tidak akan pernah diturun atau dipecat dari jawatan keilmuannya, kerana ilmu adalah kurniaan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 9 Safar 1441/ 8 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Mudah-mudahan ilmu yang kita miliki bermanfaat samaada bagi diri kita mahu pun orang lain. Semoga Allah menjadikan ilmu kita sebagai sebab kita mendapat redha dan rahmatnya. Idris Hj Ahmad 10 Safar 1441/ 9 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Orang yang kaya ilmu insyaAllah ia kaya jiwa dan harta. Syaratnya mesti beramal dengan ilmu. Kalau tidak beramal maka kehinaan yang akan menimpa. Idris Hj Ahmad 11 Safar 1441/ 10 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Kebanyakan manusia apabila ditimpa musibah maka imannya semakin kuat dan kesolehannya makin bertambah. Apabila musibah hilang ia mula jauh dengan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 12 Safar 1441/ 11 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha

Kejayaan yang sebenar jika Allah redha kepada hambanya dan orang sekelilingnya juga redha dan senang hati kerana mendapat manfaat daripadanya. Idris Hj Ahmad 13 Safar 1441/ 12 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Orang yang soleh hidupnya tenang walau pun harta yang dimiliki tidak seberapa. Tenang ialah milik Allah yang diberi kepada hamba yang terpilih sahaja. Idris Hj Ahmad 14 Safar 1441/ 13 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Jiwa yang kotor dengan maksiat hidupnya tidak tenang. Pemikirannya kusut, langkahnya semua sumbang. Idris Hj Ahmad 15 Safar 1441/ 14 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Sesiapa yang membiasakan dirinya melakukan kebaikan, akhirnya ia menjadi sifat tetap bagi dirinya. Misalnya orang yang sentiasa senyum maka sukar meninggal kebiasaannya. Idris Hj Ahmad 16 Safar 1441/ 15 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Jangan membiasakan tabiat buruk, nanti sukar untuk membuangnya. Segera ke pangkal jalan, supaya tidak menjadi tabiat. Idris Hj Ahmad 17 Safar 1441/ 16 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Manusia memiliki nafsu baik dan nafsu buruk. Akal yang Allah anugerahkan perlu membuat pertimbangan samaada nafsu baik atau buruk. Idris Hj Ahmad 18 Safar 1441/ 17 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Anak-anak mesti dididik supaya menjadi kebisaan untuk melakukan kebaikan. Apabila sudah besar, tidak lagi bermasalah untuk membentuk watak yang baik. Idris Hj Ahmad 19 Safar 1441/ 18 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Anak boleh menjadi penawar atau racun. Apabila dididik menjadi soleh ia akan menjadi penawar dan penghubung kita sewaktu di alam barzakh. Jika berlaku sebaliknya, malang bagi ibu dan bapa. Idris Hj Ahmad 20 Safar 1441/ 19 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Mendidik anak di zaman sekarang begitu mencabar. Ia berbeza di zaman dahulu, kerana cabaran persekitaran waktu kini amat kritikal. Idris Hj Ahmad 21 Safar 1441/ 20 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha.

Saya cukup hormat kepada ibu bapa yang memiliki anak yang ramai, tetap berjaya mendidik anak yang soleh. Ini ibu bapa mithali. Idris Hj Ahmad 22 Safar 1441/ 21 Oktober 2019 Isnin.

Catatan Dhuha.

Ramai ibu bapa makan hati dan mengalir air mata kekesalan apabila melihat perangai anaknya yang tidak menyejukkan mata, berpunca daripada kesilapan mendidik. Idris Hj Ahmad 23 Safar 1441/ 22 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Ibu bapa merupakan guru yang pertama bagi anak-anak. Watak dan tingkah laku ibu bapa banyak mempengaruhi sikap anak-anak apabila dewasa nanti. Idris Hj Ahmad 24 Safar 1441/ 23 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha.

Antara perkara yang silap, apabila ibu bapa menyerah seratus peratus kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Idris Hj Ahmad 25 Safar 1441/ 24 Oktober 2019 Khamis.

Catatan Dhuha.

Untuk menjadi anak mewarisi perjuangan Islam, ia perlu dididik sejak kecil mengenai perjuangan. Perjuangan bukan seperti harta pusaka yang boleh diwarisi. Idris Hj Ahmad 26 Safar 1441/ 25 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Tugas pendakwah membina manusia. Dalam masa yang sama ada pula tangan yang meruntuh. Inilah sunnah yang terpaksa dilalui oleh pendakwah. Idris Hj Ahmad 27 Safar 1441/ 26 Oktober 2019 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Pendakwah mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk mengajak manusia ke jalan Allah SWT. Idris Hj Ahmad 28 Safar 1441/ 27 Oktober 2019 Ahad.

Catatan Dhuha

Pendakwah tidak menjanjikan benda, tetapi menyedarkan hati untuk menerima petunjuk ilahi. Hidayah milik Allah. Idris Hj Ahmad 29 Safar 1441/ 28 Oktober 2019 Isnin.

menceritakan perkara sam’iyyat (hanya dengar tetapi tidak dapat melihat seperti syurga dan neraka). n tanggungjawab. Idris Hj Ahmad 1 Safar 1441/ 1 Oktober 2019 Selasausaka yang boleh diwarisi. Idris Hj Ahmad 26 Safar 1441/ 25 Oktober 2019 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Tanggapan yang silap, dakwah hanya dibebankan kepada ustaz. Orang lain tidak perlu memikul tugas ini. Idris Hj Ahmad 1 Rabiul Awal 1441/ 29 Oktober 2019 Selasa.

Catatan Dhuha.

Medan dakwah begitu luas untuk disebarkan. Oleh itu ia memerlukan tenaga yang banyak daripada semua orang yang beriman. Idris Hj Ahmad 2 Rabiul Awal 1441/ 30 Oktober 2019 Rabu.

Catatan Dhuha

Ustaz dan ustazah mesti merasa malu jika mereka tidak memberi tenaga untuk berdakwah selain daripada tugas hakiki. Tenaga anda amat diperlukan. Idris Hj Ahmad 2 Rabiul Awal 1441/ 31 Oktober Khamis.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan komen