Taaruf


Advertisement

USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

PENDIDIKAN :
SARJANA MUDA PENG. ISLAM(UKM) 1988
SARJANA MUDA DAKWAH (UKM) 1994

PENGALAMAN KERJAYA :
PENSYARAH

PEKERJAAN SEKARANG :
AHLI POLITIK  

JAWATAN DALAM PAS : 
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

 

EMAIL : 

 

  

 

 

 

 

20 comments on “Taaruf

  1. asm,
    apakah yang akan dilakukan oleh pucuk pimpinan pas terhadap kes yb wan ismail (adun melor) yang mana pada pendapat saya, beliau sudah tidak layak lagi menjadi wakil rakyat bagi kawasan saya.

    ianya amat memalukan dan ramai yang melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam kerajaan pas kelantan. sudahlah dikahwini dengan anak dara muda 19tahun dan berasal dari kemboja pula. nasib baik siti aishah abdullah ini tidak convert balik kepada agama asal dia. kalau orang biasa yang jahil mungkin tak apa inikan pula orang yang dilihat sebagai pemimpin islam.lebih mendukacitakan lafaz cerai dibuat dengan membawa bakal isteri muda pula.

    oleh itu saya dan berberapa rakan saya tidak redha dunia akhirat kerana telah mengundi pemimpin yang salah. (pada pendapat saya orang ini dikira fasik)

    yang benar
    wan nasru ahmad
    019-9944531

  2. Salam,
    al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad,

    Saya ikuti sungguh2 perkembangan Ustaz dari jauh. Saya sentiasa terkenang apa yg Ustaz katakan ‘itu’ semasa di ITM Lendu. Ternyata apa yg Ustaz tegaskan pada masa ‘itu’ adalah betul pd hari ini. Saya sekeluarga sentiasa doa moga2 perjuangan Ustaz dibantu dan diberkati Allah Ta’ala.

    Semoga berpeluang bertemu Ustaz di masa hadapan. Amin.

    Salam hormat.

    Albert Feisal (Melbourne, Australia)
    (ITM Lendu 1993-96)

  3. Ust,

    Ana mencadangkan agar dibuat perbincangan dengan PAS WP utk menyewa bangunan Markaz sebagai Pejabat BPP WP. Infrastruktur dh ready, lokasi dh dikenali. La ni pun rasanya diaorng menyewa jugak di KL.

    Sekadar satu cadangan utk optimize Pusat Tarbiah Taman Melewar.

    Jawapan-PAS Wilayah sudah mempunyai Pejabat sendiri di Jalan Ipoh yang disumbangkan oleh ahli.

  4. Cadangan Perlaksanaan Perundangan Islam Di Malaysisa

    Assalamualikum kepada Jemaah Parti Islam SeMalaysia(PAS)

    Disini ingin saya kemukakan cadangan perancangan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam di Malaysia iaitu Hudud dan Qisas. Saya yakin, pihak kepimpinan PAS adalah terdiri daripada individu-individu yang bijak pandai. Mungkin cadangan saya ini boleh dijadikan sebagai Plan B atau Plan C atau Plan D atau seterusnya kepada perancangan sedia ada.

    Cadangan saya ini adalah bertitik tolak daripada situasi politik semasa. Sekiranya diizinkan Allah, Pakatan Rakyat(PR) dapat memerintah Malaysia, mungkin cadangan ini boleh diterimapakai. Cadangan ini juga adalah satu cara mengembangkan sistem perundangan Islam di Malaysia secara berhemah dan hikmah agar pengembangan dapat diteruskan tanpa penolakan daripada mana-mana pihak terutama daripada Democratic Action Party Malaysia(DAP) dan orang bukan Islam yang lain.

    Cadangan saya adalah seperti berikut;

    Pihak PAS perlulah meminta kebenaraan daripada kerajaan pusat pimpinan PR agar negeri Kelantan dibenarkan melaksanakan sistem perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas. Negeri Kelantan akan menjadi model atau pilot project untuk memertabatkan perundangan Islam di Malaysia.

    Pada peringkat permulaan perlaksanaan sistem perundangan Islam, ianya perlu berjalan dengan cara berikut;
    1. Orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah, perlu dihukum menggunakan Hudud. Seperti kesalahan pengedaran dadah.
    2. Orang bukan Islam yang melakukan kesalahan jenayah, perlu dihukum menggunakan sistem perundangan sedia ada. Seperti pengedaran dadah.
    3. Sekiranya orang Islam melakukan kesalahan ke atas orang bukan Islam, maka orang bukan Islam boleh mendakwa orang Islam dengan cara Qisas atau perundangan sedia ada. Contohnya kesalahan orang Islam memukul orang bukan Islam.
    4. Sekiranya orang bukan Islam melakukan kesalahan ke atas orang Islam, maka orang Islam hanya boleh mendakwa orang bukan Islam dengan cara perundangan sedia ada sahaja. Contohnya kesalahan orang bukan Islam memukul orang Islam.

    Jika dilihat, cadangan perlaksanaan di atas, ianya agak berat sebelah dan seterusnya memberi kelebihan dan keringanan kepada orang bukan Islam. Tetapi inilah dikatakan berhemah dan berhikmah bagai menarik rambut dari dalam tepung.

    Dengan permulaan perlaksanaan seperti ini, orang bukan Islam tidak akan melihat akan kesan hukuman sistem perundangan Islam ke atas mereka. Mereka tidak perlu takut akan hukuman-hukuman berat Islam ke atas mereka kerana mereka terkecuali darinya. Dengan ini, perlaksanaan sistem perundangan Islam di Kelantan berkemungkinan besar akan mendapat restu dari DAP dan orang bukan Islam seluruhnya.

    Jalankan sistem perundangan cara sebegini untuk beberapa tahun di Kelantan sebagai contoh selama 4 tahun. Dalam masa 4 tahun ini, kajian secara statistik perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan. Kajian statistik yang saya maksudkan adalah kadar jenayah orang Islam di Kelantan dalam masa 4 tahun tadi. Dan saya pasti akan janji Allah, bahawasanya kadar jenayah orang Islam di Kelantan akan turun dengan medadak dalam tempoh ini.

    Setelah itu, berdasarkan kejayaan perlaksanaan sistem perundangan Islam bersandarkan data statistik ini, pihak PAS bolehlah seterusnya memohon kepada kerajaan pusat PR agar perlaksanaan sistem perundangan Islam ini dapat dijalankan di negeri-negeri lain yang diperintah PAS secara majoriti. Sebagai contohnya negeri Kedah. Sekiranya PAS dapat memerintah negeri-negeri lain dalam Pilihanraya Umum(PRU) akan datang sebagai contohnya Perlis dan Terengganu, maka ketiga-tiga negeri ini iaitu Kedah, Perlis dan Terengganu bolehlah menjalankan sistem perundangan Islam.

    Cara perlaksanaan juga adalah sama seperti di Kelantan. Jalankan sistem perundangan Islam di negeri-negeri ini selama 4 tahun lagi sebagai contohnya. Sekali lagi, data statistik perlu terus direkodkan di setiap negeri ini.

    Dan dengan rekod statistik yang memberangsangkan dari negeri-negeri tersebut, maka pihak PAS bolehlah pula mengajukan kepada pihak kerajaan pusat PR agar sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia sama ada di peringkat negeri atau peringkat pusat.

    Pada tahap ini, pihak DAP atau orang bukan Islam mungkin sudah tidak menolak akan sistem perundangan Islam untuk dijalankan di negeri-negeri lain (yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan DAP) dan Malaysia kerana kita mempunyai bukti-bukti kukuh penurunan kadar jenayah dari negeri-negeri yang menjalankan sistem perundagan Islam. Mungkin juga pada tahap ini, pihak DAP dan orang bukan Islam mahu sistem perundangan Islam dijalankan ke atas orang bukan Islam kerana keberkesanannya.

    Dalam pada masa yang sama, pihak PAS perlu berusaha dengan gigih untuk menyampaikan maklumat-maklumat jelas dan kebaikan-kebaikan tentang perundangan Islam dari masa kesemasa bermula dari sekarang agar pihak DAP dan orang bukan Islam tidak menolak dan tidak takut akan perlaksanaan sistem perundangan Islam ini kelak.

    Semoga dengan perancangan yg rapi lagi berhemah dan berhikmah dapat membuahkan hasil yang telah lama kita impi-impikan di Malaysia ini iaitu perlaksanaan sistem perundangan Islam yang sebenar. InsyaAllah.

    Dengan ini, saya memohon mencadang.

    Wassalam

    Daripada,
    Abdullah (Hamba Allah)

  5. Assalamualaikum….
    Ustaz mana ana boleh dapatkan buku terbitan Lajnah Tarbiah mengenai Usrah… Yang ust bentangkan baru-baru ni di selangor…..

    antara buku yang ana perlukan
    Taarif 1
    Taarif 2
    Takwin 1
    Takwin 2
    Tanfiz 1
    Tanfiz 2

    kalau boleh ust bagi sebut harga sekali yer…
    Ana perlukan segera..
    Hubungi 012-4649518

  6. salam…
    ust rajin2 la turun mai kg kami..buat aktiviti sikit..
    ni balik2 mukhriz jg yg trun tiap minggu…rtmai ahli pas dah ppatah blik ke umno…tlong hargai pengundi2 ust…markas pas ttp mcm dulu jgk…moga ust terus berjaya dab mengotakan jnji2 ust dlu…insyaAllah…

  7. ustaz,
    sy cadangkan ustaz supaya komited dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat…sy harap ustaz tidak terjebak sama dalam komplot untuk membentuk kerajaan perpaduan kerana ustaz merupakan salah seorang tokoh ulama yang sy segani…sy harap ustaz bersama2 PAS dan pakatan rakyat untuk kuburkan UMNO/BN dari bumi Allah ini..insya ALLAH..takbir!!!!!!!!!!

  8. AWW Tuan

    kebanyakan para ulama masa kini telah menjadi sepertinya ‘ulama uhum’ bukannya lagi sebagai “ulama umati”. Diharapkan para ulama janganlah sedemikian ini karena melihat dengan keberanian para ulama mengeluarkan fatwa2 yang tidak Islami dan bertentangan dengan ajaran Rasullullah saw dalam isu2 dasar seperti kafir mengkafirkan yang begitu dilarang oleh Nabi saw.

    Sekiranya bisa maka akan saya kirimkan lewat emel ke Tuan mengenai para ulama ini dari sejarah dan juga masa kini. Mohon minta alamat emelnya Bpk.

    Semoga mendapat kelanjutannya. Wass.

  9. salam,ust ,teruskan memberi sebaran penerangan Islam ,dan pohon pada ust utk memperhebatkan perkaderan Pas dalam Ilham,ana harap perkaderan dalam Ilham mencetuskan kualiti pada pejuang2 yg menyertainya.kmitmen menjaga kualiti pada Ilham dari setiap peringkat supaya disegani oleh institusi pengajian Islam yg lain.harap sgt utk sebarkan penerangan mengenai Ilham pada permulaan anak usrah setiap cawangan ,cadang supaya fokus pada anak2 jemaah terlebih dahulu..ana doakan ust terus komitmen dalam perjuangan Islam.

  10. Ust kn teruskan hentam umno bongok ni. Kami bekas penuntut ITM Melaka akan sentiasa menyokong ust. Moga dpt jumpa di Hulu Sgor nanti. Klu saya kn tgkp nnti ust dtg jamin lagi ya (Ust pernah jadi penjamin saya utk kes tangkapan di KLCC pd thn 2006, Terimakasih ust). TAKBIR

  11. salam uataz… kalau ada artikel dlm bentuk pdf boleh htr pada ana untuk di cetak dan di edarkan.

    t.kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s