Amaran Kepada Malaysiakini, Zahid Rabun Dengan Media Pro BN.


Amaran Kepada Malaysiakini,  Zahid Rabun Dengan Media Pro BN. 
Idris hj ahmad
21/5/13
 
Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media yang tidak pro BN  yang melaporkan laporan yang betul, yang boleh  merbahaya kepada BN. Pencapaian yang tidak baik oleh  BN di PRU 13 kerana adanya portal, blog, media baru yang menjadi pengimbang berita untuk menjawab fitnah dan pembohongan televisyen yang dikuasai oleh BN.
 
Maklumlah orang baru dapat kuasa, mula hendak tunjuk taring. 
Menjadi kehairanan kepada kita kenapa Malaysiakini yang diberi amaran. Jika apa yang dilaporkan tidak betul sila dakwa di mahkamah. Bukan bercakap dengan penuh emosi. Apakah beliau marah dengan keputusan PRU 13? Adakah beliau marah kepada media yang banyak melaporkan berita di Kementerian Pertahanan dahulu? Seperti isu kapal selam, komisyen kapal selam, enjin jet hilang dan sebagainya.
 
Apakah etika kewartawanan zahid pakai?. Kalau belasah dan fitnah pembangkang maka ini dianggap beretika. Melaporkan berita yang menyemarak perkauman adakah  ini beretika?. Jika ada portal dan akhbar yang mendedahkan untuk kepentingan awam ini dianggap tidak ada etika kewartawanan kerana menggugat kepentingan Umno BN. Jika laporan menguntungkan Umno maka ini dianggap tidak bersalah, malah dianggap suci dalam debu.
Etika mana yang media pro Umno ambil. Sehingga sanggup menyiarkan berita yang diambil daripada blog yang terkenal sebagai bekas penjenayah rasuah seperti Papa Gomo.  Menyiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia berita  video seks, melaporkan berita-berita yang meniup kemarahan bangsa lain. Adakah amaran pernah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Apakah mereka ini kebal dari segi undang-undang?. Adakah laporan ini pada hemat Zahid memenuhi etika kewartawanan.
 
 
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan komen