Oxford ajar UiTM cara layan pelajar yang dibicarakan


Tindakan Universiti Oxford yang memberikan ijazah Doktor Falsafah kepada Abdul Razak Baginda baru-baru ini wajar diambil pengajaran oleh Universiti Teknologi Mara serta Universiti lain di Malaysia.

Razak mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Selepas dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas, beliau memohon untuk menyambung pengajiannya dan pihak Oxford menerimanya permohonan itu dan akhirnya memberikan anugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil) selepas beliau menyelesaikan disertasi beliau.

Dalam kes beliau, Oxford tidak mengantung beliau walaupun mengetahui bahawa beliau sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Oxford membenarkan permohonan penangguhan pengajian beliau sehinggalah kes berkenaan selesai atau beliau dibebaskan.

Perkara ini jelas berbeza dengan kes seorang mahasiswa UiTM, Helman Sanuddin yang didakwa dimahkamah kerana dituduh menyertai satu perhimpunan membantah akta ISA pada 8 Jun 2001, di Masjid Negara.

Selepas di dakwa dimahkamah, beliau yang ketika itu berada di semester keenam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat terus digantung oleh UiTM tanpa sebarang perbicaraan tatatertib. Pengantungan automatik beliau dibuat berdasarkan Seksyen 14(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keadilan sejagat.

Pada 22 April 2005, Hakim Mahkamah Majistret, Mohd Khairi Haron membebaskan beliau dari tuduhan berkenaan. Helman telah memohon untuk menyambung pengajianya, namun beliau akhirnya dibuang oleh UiTM melalui peraturan 2.5.5.2 dibawah kuasa Peraturan Akademik UiTM yang diluluskan Senat pada tahun 2003.

Melalui peraturan itu, UiTM mendakwa bahawa beliau gagal menghabiskan pengajian pada tempoh pengajian maksimum yang ditetapkan dan alasan itu sebenarnya bertentangan dengan Seksyen 14(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) yang mana beliau sebenarnya digantung oleh UiTM dan bukannya sengaja untuk melengahkan pengajian atau tidak mahu menyambung pelajaran.

Kes beliau sekarang sedang di rujuk di Mahkamah Tinggi Rayuan Kuala Lumpur dan keputusannya akan didengar pada 7 Julai ini di Mahkamah Tinggi Rayuan 4, Kuala Lumpur.

Kes Helman ini adalah antara beberapa contoh kes yang dilalui oleh Mahasiswa dinegara ini tetapi dianggap sebagai isu terpencil oleh pihak Kerajaan hingga kini.

Jelas disitu, bahawa sistem pendidikkan Malaysia masih mengamalkan sikap yang menindas hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan. Sewajarnya pihak Kerajaan dan Universiti berfikir bagaimana untuk memberikan pendidikan kepada semua rakyat bukannya menghalang mereka untuk berjaya.

Kes Razak yang dituduh bersubahat membunuh adalah jauh lebih berat berbanding kes Helman yang dituduh menyertai perhimpunan tanpa permit. Jadi dalam hal ini pihak UiTM wajar mencontohi Oxford yang membenarkan pelajarnya meneruskan pengajian tanpa menjadikan masalah peribadi mereka sebagai alasan untuk menghalang kejayaan mereka dalam pendidikan.

UiTM dan Universiti lain perlu mengubah dasarnya dan polisi pendidikannya agar setaraf dengan Universiti-universiti terbaik dunia. Jika tidak, Institusi pendidikan di Malaysia akan dilihat ketinggalan jauh kebelakang.

Pas mendesak agar Akta 174 dan Akta AUKU dikaji semula dan membenarkan mana-mana pelajar yang masih dituduh di Mahkamah dan belum dibuktikan bersalah untuk meneruskan pengajian. Universiti seharusnya membenarkan kebebasan bersuara dan menghormati hak pelajarnya untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan menyumbang pada masyarakat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan Pas Pusat

4 comments on “Oxford ajar UiTM cara layan pelajar yang dibicarakan

  1. Alfadhil ustaz dan salam perjuangan rakan-rakan bloggers,

    Bagi pihak rakan-rakan dari ITM dan sahabat-sahabiah yang pernah bersama-sama beliau di kampus mendoakan kejayaan kes berkenaan. Kes berkenaan telah memberi hikmah besar kepada UiTM kerana telah berjaya melahirkan seorang seorang pejuang kental merangkap tenaga pemuda jemaah berkaliber di peringkat Wilayah.

    Ia menjadi tauladan kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain khususnya mahasiswa UiTM agar jangan mudah mengalah dengan rintangan dan kekangan yang melanda.

    Saudara, teruskan perjuangan, kami sentiasa mendoakan kejayaanmu. Kes ini memahat sejarah baru kepada perundangan tanahair apabila ia menjadi antara kes terpanjang pengantungan pelajar universiti di dalam sejarah Malaysia. Ia juga mencatat rekod demokrasi terburuk UiTM sepanjang penubuhannya sejak November 1956.

    Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan yang berkelapanagan agar dapat turun padang dan bersama-sama dalam mendengar keputusan berkenaan pada 7 Julai berkenaan.

    BUKTIKAN ukhuwah yang ada pada anda semua berkekalan walaupun sudah berpisah lebih 9 tahun!, marilah turun memberikan semangat kepada sahabat kita ini kerana anda semua tidak diuji dengan dugaan sedemikian.

    Panjangkanlah pesanan ini kepada rakan-rakan yang mengenali saudara Helman Sanudin.

    Sekian,
    Amir kampus ITM 2000 / Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM 99-2000
    http://khairulrijal.wordpress.com/

  2. Pingback: Kes ISA 7: Rakan-rakan UiTM, buktikan ukhuwah anda! « Khairulrijal's Blog

  3. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog’s name.
    2. Your blog’s url.
    3. Your blog’s category.

    Thanks for support.

    saya setuju penerangan yang di beri oleh ustaz, saya nak minta ustaz ulas satu lagi isu berkaitan UiTM, mengapa buku pengajian islam (kalau tak silap kod UIS 356) di haramkan di pelajari di UiTM sekitar tahun 1998, pengarangnya salah seorang ustaz saya, untuk makluman buku tersebut memberi kesan besar kepada pelajar kerana banyak bincang SEKULARISME.

    teruskan penerangan yang berfakta, kita pecahkan penutup hati mereka yang tertutup, insyaalah.

  4. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
    Tarikh : 16 JUN 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan komen