PERLU PENGORBANAN UNTUK PAS GANTI UMNO


                                                                                 

 Aidil Adha  1431 telah berlalu pada 17 hb November 2010. Banyak binatang ternakan telah dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.  Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa  keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S

Nabi Ibrahim dan Nai Ismail telah melaksanakan tuntutan Allah SWT apabila diarahkan oleh Allah. Bukan baginda tidak sayang kepada anak, tapi baginda lebih sayangkan Allah daripada segalanya. Baginda mahu menjadi hamba Allah yang tunduk kepada perintah Allah walaupun terpaksa berkorban  dengan apa yang baginda sayang. Dalam usia yang sudah lanjut Allah uji baginda untuk korbankan zuriat yang boleh membantu baginda ketika tua, tetapi baginda yakin Allah akan membantu baginda walau pun tanpa ada anak.

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”

Untuk Pas menggantikan umno  yang sudah rapuh dan tidak bermaya untuk bergerak sendiri.Kerana umno hanya mempunyai talian hayat daripada media, wang dan jentera kerajaan sahaja. Umno sudah hilang roh perjuangan, ibarat seperti kayu reput, isinya dimakan bubuk, walau pun  di luar nampak gah perkasa dan bergaya.

Sempena dengan semangat korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS, maka menjadi kewajipan kepada kepada semua ahli Pas daripada pimpinan hinggalah kepada ahli biasa mesti berkorban untuk selamatkan negara dan bangsa di negara ini. Perlu diingat bukan mudah untuk kita menggantikan umno. Perjuangan tidak dihampari dengan permaidani merah dan duduk di zon selesa. Perjuangan tidak boleh hanya mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa pengorbanan. Walaupun perjuangan umno batil, dan perjuangan Pas benar, tetapi seandainya kita tidak berusaha, Allah Taala tidak akan memberi kemenangan dengan angan-angan kosong. Umno menggunakan seluruh instrument yang ada supaya tahta mereka tidak jatuh berkecai, kerana jatuh kuasa bermakna pemimpin umno Bn akan hidup papa kedana dan muflis. Mereka tidak akan mudah menyerah kalah kerana siapa yang mahu melunaskan banglo mewah dan kereta mewah. Di manakah mereka mahu dapat Rm100,000 sebulan, jika tanpa kuasa?.

 Semua nabi-nabi hidup dalam pengorbanan walau pun mereka adalah kekasih Allah yang boleh meminta dan dimakbulkan oleh Allah, namun nabi-nabi tidak menyerahkan begitu sahaja kepada nasib dan takdir, supaya hendak memberi  tunjuk ajar kepada umatnya bahawa perjuangan tidak boleh hanya berdoa tanpa berusaha. Tabiat perjuangan perlukan  pengorbanan. Nabi Ibrahim bertarung dengan Namrud seorang pemerintah yang zalim dan dibakar namun Allah lebih berkuasa daripada Namrud. Syaitan menggangu arahan Allah supaya jangan menyembelih anaknya Ismail AS, namun Nabi Ibrahim terus melawan demi pengorban kerana Allah.

Ahli Pas perlu berkorban untuk memikir setiap saat  untuk memastikan Pas menjadi pengganti kepada umno. Mereka perlu memikirkan apa yang boleh disumbangkan untuk kemenangan Islam yang dibawa oleh Pas. Walau pun mereka ahli biasa yang  bekerja di sektor swasta atau awam atau bekerja sendiri mesti memikirkan bagaimana untuk mengembangkan dakwah dan perjuangan

Islam tidak boleh menang jika hanya bising di kedai kopi sahaja dengan membuat analisa yang hebat sehingga habis kertas tissu, tanpa mempedulikan arahan parti seperti meramaikan ahli, mendaftar sebagai pemilih, membayar yuran, bercakap dengan bukan ahli untuk bersama dengan Pas, menyumbangkan tenaga,  memberi sumbangan wang kepada parti, menghadiri majlis ilmu dan majlis usrah.

Daftarlah anak-anak dan keluarga yang terdekat sebagai pemilih pilihanraya. Menurut Suruhanjaya Pilihanraya terdapat 4.2 juta rakyat yang layak, tetapi tidak mendaftar. Jangan biarkan anak dan kerabat terdekat tidak mandaftar. Paling malang sekali ada yang bersemangat  berkobar-kobar untuk melawan umno, tiba-tiba ada 10 anaknya yang layak mengundi tidak berdaftar. Ada pula yang bagi tahu supaya jangan daftar anaknya kerana anaknya sedang belajar di universiti takut kena buang. Jika inilah pemikiran yang ada di kalangan ahli Pas, alamat umno bermaharajalela lagilah.

Tinggalkan komen