Ulamak Mesti Berani Menegur


Parti Islam Semalaysia Pas bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur  penghinaan kepada Islam. Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.

Pas juga mengharapkan supaya golongan agama dalam umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. Pas tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan  kerajaan dan ulamak dalam umno orang kurang upaya (OKU).

Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis nabi SAW menyebut ‘Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di  bunuh”

Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak Pas dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang  lain.

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Tinggalkan komen