Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan
Ustaz Idris Haji Ahmad
28/7/11
 
Ramadhan muncul kembali pada tahun ini. Kehadiran yang dirindui oleh hamba yang tamak untuk beribadat kepada Allah SWT. Ramadhan penghulu segala bulan di dalam setahun. Kelebihannya tidak ada tolak ber banding dengan bulan yang lain. Allah maha mengetahui kerana menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang cukup istimewa kepada umat nabi Muhammad SAW.
Ayat yang mewajibkan puasa sebulan ialah di dalam surah al-Baqarah 183-184
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa”
Kefarduan puasa Ramadhan apabila turunnya ayat ini di akhir bulan Syaban tahun kedua hijrah. Bermula tahun itulah puasa sebulan diwajibkan.
 
Marilah kita merebut peluang Ramadhan untuk menggandakan amal kita kepada Allah SWT. Bulan yang penuh dengan rahmat Allah kepada hamabanya . Justeru itu perlu digandakan kerja amal kita di dalam bulan Ramahdan untuk kita minta kekuatan kepada Allah bagi mengahdapi cabaran perjuangan yang begitu mencabar. Lebihkan munajat kita kepada Allah kerana bulan yang cukup mustajab terutama di sepuluh terakhir.
Bulan Ramadhan ialah diawalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka jahanam.
Rahmatnya Ramadhan yang difardukan kepada hambanya sehinggakan mampu hambanya boleh melakukan dengan senang tanpa merasakan satu bebanan kepada hambanya. Sehinggakan mereka yang sakit gastrik di bulan lain tetapi mampu untuk melakukannya. Firman Allah SWT  bermaksud “Rahmatku meliputi segala sesuatu” al-Araf 156.
Memanglah tepat Ramadhan ialah bulan ibadat kepada hambanya. Rasa ringan untuk melakukan ibadah memang terpancar dalam diri setiap hambanya. Contohnya agak sukar pada hari kebiasaan kita boleh menunaikan ibadah solat sunat  sebanyak  8 rakaat atau 20 rakaat, tetapi di dalam bulan Ramadhan kita mampu melakukannya. Allah juga melontarkan perasaan untuk membuat baik, lebih daripada hendak membuat jahat di dalam hati manusia. Kadang-kadang mereka yang melakukan perbuatan jahat berhenti operasi di dalam bulan Ramadhan. Dengan rahmatnya ringan manusia hendak menderma di dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah di bulan ini berbanding dengan bulan lain. Inilah rahmat Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan
Kita mengharapkan Ramadan jangan ia berlalu begitu sahaja sebagaimana peringatan Rasulullah SAW . Semoga kita tidak tergolong  di kalangan mereka yang celaka.
 
Sabdanya bermaksud, 
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
 
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
 
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
 
Di dalam hadis di atas terdapat tiga golongan akan mendapat kecelakaan atau akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT, iaitu:
 
Orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah.
 
Orang yang apabila disebut nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) di sisinya lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam).
 
Orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua, atau salah seorang daripadanya, namun ibubapanya itu tidak menjadi sebab untuk ia masuk surga Allah.
 
Oleh itu marilah kita bergembira dengan menyambut kedatangan Ramadhan sebagaimana Rasulullah SAW bersabda maksudnya”Siapa yang bergembira dengan kehadiran Ramadhan, maka Allah mengharamkan atas dirinya dimasukkan ke dalam api neraka”
 
 

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s