JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN


Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh

 

 

 Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bekas KAGAT, bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.

Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi.

17 comments on “JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN

  1. ini lah wajah ust yang tak pernah cukup dgn apa yang telah
    di anugerahkan olih allah. zaman orang mencari kebenaran
    masih ada manusia bertaraf ilmuan. bila nafsu mengatasi
    akal dan iman.tamak haloba cinta dunia maruah di korbankan.

  2. Salam, Ustaz,
    Ana ahli dan aktivis PAS di Hulu Selangor.
    Dalam blog Ustaz ni, setiap blog ustaz menghentam UMNO sahaja. Tiada satu mesej PAS dan ISlam secara positif pun. Ana tak seronok baca blog ustaz berbanding membaca ramai lagi blog pemimpin PAS. Gaya bahasa pun agak keras juga.
    Ana rasa Ustaz patut tukar style. Tonjolkanlah kekuatan PAS dan keindahan ISlam, macam cara TGNA. Sekali-sekala hentam UMNO.
    Kita nak menang dengan kelemahan UMNO atau dengan kekuatan kita?
    Wassalam

  3. JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN
    Dikirim pada April 10, 2009 oleh ‘HermanSamsudeen’
    >>>Siapa kirim???

    >>>Siapa kita nk sound direct??
    “Ana ahli dan aktivis PAS di Hulu Selangor”

    salam
    ini merupakan pendapat yg dilontarkan..
    setiap manusia kalu sma
    xde lah disuruh saling kenal mengenali…

    >>>Kalu strategi KITA dua2 sekali..xmustahil !
    “Kita nak menang dengan kelemahan UMNO atau dengan kekuatan kita?”

    >>>Hati2 dlm menegur..
    ahli2 jgn cpt melatah..

    ..bakal graduan jamiah mesir..

  4. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 18 April 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 19 April 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.
    Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.
    Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.
    Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin
    http://pondokhabib.wordpress.com

  5. apa yang ustaz nak sampaikan tu ialah anda jangan sampai tertipu dengan umno.setiap orang ada caranya.tempat keras kena keraslah.tu hikmah namanya

  6. Tahniah Dr Hasan Ali atas kenyataan ini. Diharapkan, cita-cita 10 tahun dahulu menjadi, bukan sekadar retorik sahaja.

    Diharap, kenyataan ini tidak senasib dengan kenyataan Dr Hasan Ali semasa mula-mula kita mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Seperti memperkasakan MAIS dan JAIS, mengadakan program kuliah mingguan pada setiap pagi hari ahad di Masjid Shah Alam, memperhebatkan program dakwah di pasar-pasar Tani pasar-pasar malam dan sebagainya.

    Yang sangat diharapkan lagi, kenyataan ini tidak ada kaitan langsung dengan musim pemilihan PAS pada tahun ini yang akan di adakan di Selangor pada bulan 6 yang tidak lama lagi.

    Sekian

    p/s : “jadilah meriam yang mempunyai bunyi yang kuat, juga mempunyai peluru. Bukannya meriam buluh, yang hanya kuat pada bunyinya, tetapi tidak mempunyai sebarang peluru”

    Wallahu ‘Alam

    Al-Bakistani

  7. Tuan,

    Kalaulah masuk dan menyokong PAS menjanjikan saya terlepas atau mudah berdepan dgn munkar dan nakir didalam kubur, saya pasti masuk dan jadi ahli PAS totok habis-habisan.

    Saya nakkan pendirian ustaz…? benarkah “Hanya PAS yang menentukan kesempurnaan keislaman anda”? Sebab orang PAS seolah-olah terlalu memandang hina orang Islam dikalangan UMNO.

    Harapkan jawapan yang jelas dari tuan…

  8. askum………sahabat2ku semua. untuk menilai sikap, kemahuan, keinginan manusia bukanlah milik kita yang hakiki. untuk menjadi manusia yang dihormati mestilah melalui cabaran. dan apa yang saya cabarkan bagi ust jamil khir, betulkanlah akidah dan pegangan setiap ahli kabinet islam supaya mereka lebih berhati2. jangan sibuk menjaga negara tapi tugas anda sbg menteri yang memegang portfolio agama, fikirkanlah org sekelilinh anda dahulu…… islampun dah pesan, alqoran pun dah terang…..jangan asingkan agama dan politik, kerana islam itu cantik dan sempurna. FIKIRLAH ANDA LEBIH TINGGI ILMU AGAMA DARI SAYA………..

  9. JK dah tolak hadhari pasnie tolong la tegur & fatwakan isteri2 bini2 pemimpin pak menteri pakai la tudung tutup penuh…xyah la duk tersembur jambull rambut keluar haramkan

  10. ustaz jamil khir sbb dia dah jadik tok menteri dlm kabinet..nak bgtau dia tolong2 tgk akidah org2 Islam kita..kes2 murtad byk di diam mcm 2 saja..sapa la kita nak bangkit2 kan..kita tau krajaan memandang isu ini sensitif.kang kena ISA pulak sbb menyentuh isu2 ni (walaupun dlm negara ISLAM)

    Harap2 PAS brsama2 tolong perjuangkan perkara ini..kita sesama ISLAM perlu bersama2 bukan berpecah kerana ideologi politik yg berbeza.(diam2 agama lain sronok tgk kita bercakaran sesama sendiri, xpayah buat apa2 pun)

  11. Aiiihhh… Takkan dengan orang yang confirm memperkotak-katikkan agama Allah pun kita masih nak berlembut??? Memang sudah menjadi prinsip perjuangan agar ada ketegasan supaya Islam tidak dipijak dan dihina… Jangan jadi dayus semata-mata kerana nak menjaga hati orang yang nyata sekularnya.. Harap ustaz teruskan method yang telah digunakan, ana tetap teguh berdiri dibelakang ustaz!!!!!!!

  12. Pingback: PEMBOHONG PERLU DIBUANG DEMI PERDAMAIAN « Dewan Pemuda PAS Sarawak

Tinggalkan komen