JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS


Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

  • Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
  • Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
  • Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
  • Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
  • Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

32 comments on “JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Taat, wala’ dan thiqah adalah satu kekuatan yang ada pada PAS. Masa kini secara sedar atau tidak ada blogger yang cuba merungkai perkara ini, seolah-olah PAS dan kepimpinannya sudah tidak berjuang pada jalan yang betul. Ada yang buat projek MELANGGAR Haju Hadi (Presiden), Ada yang mempertikaikan keputusan lembaga disiplin melalui laman-laman maya, Ada yang membocorkan rahsia pertubuhan. Ini semua merupakan bibit-bibit perpecahan dan laluan kehancuran sekiranya tidak dibendung atau diambil tindakan.
    Harap semua ahli sedar tentang perkara ini. Seperkara lagi kelihatan mereka yang buat komen kepada kepimpinan PAS seolah-olah tidak prnah ikut Usrah. Tuliasan mereka tidak menunjukkan mereka memehami konsep gerakan Islam. Kefahaman mereka macam kefahaman ahli UMNO peringkat kampung yang tak bersekolah. Wahai ahli PAS berusahalah menghadiri usrah PAS dan memahami konsep gerakan Islam dan brtindak sebagai seorang Islam yang berilmu…

  2. Sekarang ini dah mula timbul perkatan walak’ totok yg sudah jadi mainan mulut bagi pihak2 yang berwalak selain dari Pas sedang mulut mereka terang menyatakan sayalah orang Pas yang paling kuat. Bila timbul keputusan yg tidak selari dengan pandangan mereka terus buat kenyatan dalam blog, email dll…

    inilah sikap ahli yg hanya menggunakan Pas untuk kepentingan peribadi mereka. mereka masuk Pas bukan untuk berjuang untuk menjayakan matlamat Pas tetapi menggunakan Pas untuk mengukuhkan peribadi dan agenda tertentu mereka. Mereka masuk Pas denga membawa macam2 perkara ideologi baru seperti yg dibawa oleh ummah centric dll.

    Ideologi ini telah membawa perpecahan dan kesalahfahaman ahli dengan perjuangan Pas itu sendiri. Mereka lupa kekuatan yang dicapai sehingga sekarang adalah kerana walak dan thiqah.

    Lihatlah bila walak dan thiqah ini diabaikan, hal dalaman parti sudah tidak menjadi rahsia kepada sesiapa hatta dengan pihak musuh… dah tak tahu mana yg rahsia dan mana yg tidak rahsia… moga2 Pas tetap teguh dan mantap meneruskan perkara ini.

    Mereka2 yg menjadi onar dalam Pas, pasti akan menerima pembalasannya seperti mereka2 yang sedang dikeluarkan oleh Pas sedangkan ianya terjadi tanpa diduga dan dirancang. Allah pasti akan mengeluarkan mereka2 yg berniat jahat dan membawa agenda tertentu di dalam Pas samada mereka keluar sendiri atau mereka akan dikeluarkan, lebih malang mereka ini diaibkan kerana tidak insaf dengan kejahatan yg mereka lakukan.

  3. Aslkm, PAS perlu lebih berhati-hati semasa memberi jawatan. Exco Pemuda boleh mempertikaikan JK Disiplin… Siapa budak ni.. dah lama ke jadi PAS atau baru kenal PAS atau talibarut UMNO.

  4. Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

    A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)
    MASJID ISTIQOMAH ,
    Kayangan Heights , Subang Permai
    DATO HASAN DIN AL-HAFIZ
    selepas Maghrib

    B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)
    MASJID AL-FALAH USJ 9 ,
    Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD ,
    HABIB ALI AL-HADDAD &
    SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    info : 013-330 9474 (imam)

    C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)

    1.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    mula jam 3.30 pagi

    2.
    MASJID AL-FALAH USJ 9
    BUAL BICARA MAULIDURRASUL :
    DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)
    & DATIN AMINAH ZAKARIA
    mula jam 9.00 pagi

    3.
    MASJID DARUL EHSAN ,
    taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
    mula Jam 3.30 ptg
    info : 019-216 8426 (imam Sabri)

    4.
    MASJID ALBUKHARY
    Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib
    info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)

    5.
    MASJID AS-SOBIRIN,
    AU 5, Lembah Keramat
    AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY
    mula 6.30 ptg

    D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)

    1.
    YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.
    DR MUHAMMAD MU’TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)
    5 ptg – 10 mlm

    2.
    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD
    selepas Maghrib

    E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)

    1.
    PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR
    d/a Rumah Habib Husin al-Juned
    36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL
    HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    mula jam 11.30 pagi
    info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)

    2.
    PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,
    kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.
    HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM
    Mula jam 5.00 ptg
    info : 019-669 3887

    F) 18 – 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)

    YAYASAN AL-JENDERAMI ,
    kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE

  5. Borhan Mat Disa..

    Inilah masalah PAS sekarang, tak boleh tegur langsung pemimpin, bila tegur akan dituduh agen UMNO…saya pun sama dengan sokongpr..PAS sekarang..syooooookkk..

  6. Takde masalah nak tegur pimpinan PAS. TG Hadi Hadi ditergur dalam seminar pemerkasaan parti dan ditengok dan didengari oleh semua pimpinan dan ahli2 dan wartawan… dalam muktamar, pimpinan ada yg ditegur secara sindiran malah ada yang ditegur secara direct… ok je, parti lain ada beri ruang macam nie? cuba tengok umno, semuanya ‘ anguk2, geleng2’ suruh makan tahipun, makan… itulah umno… yg masalahnya, hal dalaman parti tak perlu orang luar ambil tahu dan menyibuk, dan pimpinan yg bermasalah, tak perlu cerita hal dalaman parti kat dalam blog dll… Pas diajar beradab di dalam berjemaah… kalau tak beradab jadilah umno…

  7. Selama ini Pas berjaya hidup sehingga hari ini adalah hasil dari tarbiah dan kefahaman ahli terhadap walak dan thiqah… apakah jaminan Pas akan terus hidup sekiranya perkara ini ditinggalkan… kritik pimpinan ikut suka hati, rahsia parti boleh bagitau kat sesiapa sahaja, tak puas hati keputusan mesyuarat boleh dedah dalam blog, dll… inikah ciri2 jemaah islam yg diajar oleh Rasulullah SAW??? Inikah ciri jemaah yg diajar oleh Ulamak2??? mereka2 yg mempertikaikan perkara ini adalah dikalangan yang tidak mengikuti usrah, kalau pergipun bukan nak timba ilmu tapi cari peluang utk pertikai itu dan ini, mereka yg tak fahampun tujuan dan matlamat perjuangan Pas dan gerakan Islam seluruh dunia… semua masalah yg berlaku di dalam Pas telah dihurai panjang lebar oleh Ulamak Gerakan seluruh dunia… kita baca dan didiskusikan, pasti kita akan jumpa masalah ini dan cara penyelesaiannya… bacalah buku Wabak Sepanjang Zaman dll…

  8. Salam.
    Mohon Pihak Penerangan PAS pantau TB, Pak Hussien dan beberapa blogger lain…virus cancer semakin menular…

    InsyaAllah…Allah memilih pejuang-pejuang terbaik untuk meninggikan agamaNya.

  9. ntahlah..
    rasanya PAS perlukan panglima perang yg baru
    yg punye ciri2 yg sesuai dgn realiti game masa kini.
    panglima lama mungkin leh mberi ruang
    pd sahabat2 lain utk mgambil alih position tersebut.
    maap ckp,
    bg wa..
    zaman panglima lama
    dah pon berlalu…
    tiba masa PAS menonjolkan panglima yg sesuai dgn realiti
    dan tuntutan semasa dlm bermain dlm game ni.

    andaikata mereka yg digelar
    ulamak aje yg hanya layak konker jawatan panglime
    elok di usul kan
    agar perlembangan PAS
    stated kan dengan jelas perkara tersebut.
    biar semua ahli/pyokong/pdokong paham
    masyarakat msia pon mudah paham.
    tak perlu setiap kali muktamar masing2
    bermain dgn polimik title/gelar utk dpt jawatan or mpertahankan jawatan.

  10. Salam.
    Sdra UMA elok analisa tulisan Pemuda Gombak, Kita boleh menerima kritikan membina dgn akhlak dan adab, kita diajr sebarang keputusan besar diperhalusi dengan fakta dan hujjah…yang akhirnya kita beristikarah…yang akhirnya kita menerima Taqdir dengan lapang dada dan redha.
    Kita sedia menerima kepimpinan profesional TERPIMPIN…dipimpin dengan kepimpinan Ulamak…INGAT yang kita cari ialah MARDHATILLAH. Para bloggers dan troopers juga mesti juga dipimpin dengan akhlak Mukmin…Wallahuaklam

  11. Wala adalah kekuatan Jemaah, Thiqah harta yang paling bernilai dalam jemaah,,, Umno amat cemburu dengan PAS, sebab itu pelbagai cara digunakan supaya orang PAS meninggalkan Wala’ dan Thiqah..dengan Wala dan Thiqah sebagai peganggan ahli PAS Umno akan terkubru tak lama lagiii..walau seribu kali dikatakan bodoh kerana wala kepada ulama adalah lebih baik daripada mendengar kata2 bloggers yang jahil dan angkuh….

  12. Agak2 uma lupa kot… masa Pas menang paling besar dlm sejarah PRU adalah PRU ke 12 dan merupakan panglima yg sama… mengapa perlu tukar??? dek kerana hal yg terjadi sekarang nak tukar panglima… ini satu tindakan yg tidak betul…

    Pas sudah berada di dalam landasan yg betul… teruskan perjuangan. mereka2 yg menjadi onar, yg mempertikaikan walak dan thiqah adalah mereka yg terdiri daripada mereka yg ada agenda tertentu di dalam jemaah ini. Mereka lupa kejayaan Pas hari ini adalah dari kesungguhan dan komitmen orang terdahulu memperjuangkan Pas dengan penuh istiqamah… mereka walak dan thiqah dengan pimpinan mereka… tetapi mereka yg tidak pergi usrah ini banyak songel dan banyak tanya… tapi hampes…

    Mereka hanya mengejar ghanimah atas kemenangan yg sedikit ini… tapi percayalah, jika kemenangan ini tidak berpanjangan (nauzubillah) pasti mereka ini akan meninggalkan jemaah ini… mereka tidak segagah TG Mursyidul Am dan TG Presiden yg tidak tinggal solat malam… yg banyak songel ini, belum tentu solat malam lagi…

  13. maap bro,
    wa melihat kemenangan PAS pd PRU12
    bukannya disebabkan factor panglima.
    tp lebih pd factor lain..terutamanya factor paklah & anwar.
    klu factor utama adalah panglime
    mesti tgganu dlm tgn PAS..
    maap ckp
    bg wa
    panglime bukan salah 1 factor kemenangan PAS pd PRU12.
    wa leh terima 20thn kelantan dlm tgn PAS
    atas factor PJ kelantan.

    ntahlah bro,
    bg wa utk main game kene org yg sesuai
    so kene riki individu yg sesuai utk posisi panglima
    utk main game ni…
    seperti wa katakan,
    zaman beliau dah berlalu..
    maka berikan ruang utk sahabat2 lain.
    rasanya x perlu sampai kene berentap baru nak lepaskan jawatan.

    jgn setiap kali muktamar polimik gelaran di ulang tayang utk jawatan,
    klu x mau bg pihak lain konker jawatan tertinggi
    letakan dengan jelas dlm perlembangan PAS
    abis citer..
    semua ahli/pyokong/pdokong masyarakat 1Msia leh paham.
    nie..balik2 main sentimen

    ntahlah bro
    yg wa lihat dari kata mata kasar
    MA lak yg byk main game ni..
    mcilok sana sini…
    hantaran2 yg cantek lg tricky
    pglima x byk lakukan gerakan mcilok..
    sepatutnye,
    MA x perlu main game
    just monitor game aje..
    tp mungkin sebab MA ada jawatan dlm kerajaan negeri kot
    maka lebih sonang mdpt liputan media kot.
    maka pglima dilihat sepi tanpa berita.

    bg wa,
    pglima kene ligat
    dan kelihatan ligat main game nie.
    dgn create ruang2 utk mcilok.

    apa2pon,
    harap PAS mampu menonjolkan icon PM msia yg mampu mgoda
    dan mperdayakan rakyat 1Msia yg pbagai yg ada utk bersama dgn mereka.
    maap ckp,
    buat masa kini pglima PAS bg wa
    secara logic akal
    x brapa mampu mgoda dan mperdaya rakyat 1msia utk bersama dgn PAS.
    wa mhormati beliau
    rasanya berbakul2 pgorban beliau dlm pjuangan ni.
    tp maap wa katakan
    bg wa beliau dah makin
    kureng sesuai utk lead dlm game ni

    buat bro2 semua,
    jgn melompat2 ala ahli UMNO melompat2
    bila mana ada pihak mkritik parti dan kepimpinan mereka.
    stardard PAS vs UMNO dlm mhadapi kritikan biorlah bbeza.
    wa suka pandangan realiti DR.Hamzah TPJ pahang.

  14. Orang yg nak jadi jaguh ko suka… nampak gayanya lepas ni pimpinan yg nak naik cepat dan glamour rajinlah berblog… lepastu tulis kontra sikit, pasti menarik minat mereka yg menilai dengan apa yg ada didepan mata mereka sahaja… tapi realitinya… mereka ini hanya mencari publisiti sahaja… siapa tak kenal Dr hamzah sebelum masuk aktif dalam Pas… dapatkanlah ilmu dari mereka yg dah lama berjuang bukan dari mereka yg baru muncul tapi seolah2 mereka fakeh dalam Pas… mereka ini memang pandai mencari peluang utk tonjolkan diri dan menjadi familiar dikalangan mereka yg juga baru masuk Pas… mereka hidup dimasa Pas senang, mereka tidak merasai kepahitan dan kepayahan… ramai pimpinan yg gigih dan tabah di dalam Pas, ramai yg tidak dikenali dan disanjungi… muka2 baru dalam Pas sepatutnya menghargai dan menghormati mereka… tetapi sebaliknya…

    Rata2 mereka tak puasa hati kat MA… itulah puncanya??? tambahan pula kenyataan MA adalah bercanggah dengan 16 sept yg anwar agung2kan… padahal usul bajet lagi mudah dipinggirkan oleh puak2 yg anti UG juga… apa arah perjuangan mereka???

    Pas perlu terus dengan kepimpinan Ulamak… disitu dan kerbekatan… susur galur sirah perjuangan Rasulullah turut sama dirasai oleh Pas… perjuangan ini bukan mudah… mehnah dan tribulasi sentiasa mendepani mereka… Tahniah kepada Pimpinan Pas sekarang kerana berjaya membawa Pas di dalam hati rakyat Malaysia… PRU 12 berjaya membuktikan Pas diterima oleh rakyat… mereka lupa kuasa memerintah yg Allah berikan ini adalah dari doa dan munajat umat Islam supaya menjatuhkan kezaliman… lihatlah betapa ramai rakyat kelantan yg balik mengundi melalui agen umno tetapi mereka mengundi Pas dan PR… itulah bukti bahawa kemenangan ini adalah anugerah Allah bukannya kerana faktor Paklah dan anwar… imej anwar cukup kotor… macamana disabitkankan hukuman dengan kesalahan yg sama… pemimpin yang bijak, pasti pisang tidak akan berbuah 2 kali… kezaliman menjadi dan Allah bukakan hati rakyat Malaysia utk melihatnya… Alternatifnya Allah bukakan hati mereka utk memangkah Pas dan PR… kalau Allah tak bukakan hati rakyat Malaysia, siapapun pimpinan Pas hatta Husam ke, Dr Hatta ke, Dr Zul ke… pasti tidak akan menang… Allah buktikan walau dinampak TGHH diperlekehkan tapi waktu dia Presidenlah Pas paling berjaya dan menyebabkan Kelantan terus diperintah, Kedah dan Perak Pas jadi MB, di Selangor banyak kerusi menang, dijohor negeri umnopun Pas dapat 2 kerusi, di N.Sembilan, di Penang dll… TGHH adalah presiden.

    Alangkah tidak adilnya mereka menilai ulamak ini…

  15. Salam semua.
    Polemik ini harus di hentikan…kita di benarkan perbandingan pendapat tapi jgn sampai memecahkan hati, baliklah kepada Ulamak, kerana di situlah pandangan yang paling bernas kerana dibimbing dengan hidayah, yang terhasil dari istikarah.
    Kita yang di bawah tolong bangun malam panjatkan doa agar di satukan hati2 kita sebagaimana ahli Badr yg di pimpin junjungan Rasulullah. Cukuplah kita melihat rakan 2 dlm pakatan bercelaru, dan kita yang mendakwa Parti Islam sewajibnya menjadi suri teladan, bagai turut terikut2.
    Bagi pimpinan di atas, tuan2 telah di beri amanah, benar jalan tuan2 InsyaAllah Syurga, tergelincir tujuan dan fikrah maka tunggulah saat kecelakaan. Yang muda rujuklah pada yang tua, yang tua jgnlah tidak dipandang kata si muda. Yang lebih membimbing, yg kurang usahlah berlebih-lebih.
    Teringat kisah seoang pahlawan Islam berjuang mati-matian, dia gugur tapi ke neraka, sekalian sahabat menyanggah rasul, kerana menyaksi kesungguhan dan luka2 sang pahlawan mempertahan Islam…namun rasul melihat dari mata hati dan hidayah…sang Pahlawan inginkan populariti…dan akhirnya menikam diri sendiri@membunuh diri krn tdk tahan menahan sakit luka…Renung2 lah wahai JUNDULLAH.

  16. ** MA adalah Mursyidul Am dlm komen wa, bukannya Mustafa Ali. Harap maklum.**

    bro,
    rasanye
    rasulNYA pon usaha dan berdoa agar ada individu yg punye ciri2 tertentu utk bersama menguatkan islam pd realiti masa tu.
    sebab apa rasulNYA mcari dan berdoa agar ada individu2 tertentu bersama?
    apa perlunya individu tersebut bersama?
    maka bg wa
    begitu dgn position panglima ni.
    panglima kene sesuai dgn realiti dan tuntutan realiti semasa utk main game ini.

    apa perlu letak anwar as icon PM bg PR?
    atas sebab apa?
    strategi…
    or saja2 letak je.

    seperti mana yg wa katakan,
    statekan dengan jelas dlm perlembangan PAS
    bahwa hanya mereka yg punye tittle tertentu aje
    yg boleh menjawat jawatan yg tertinggi dlm PAS.
    biar jelas & terang,
    x perlu setiap kali muktamar pemilihan sentimen tittle di mainkan
    utk mdpt/mpertahankan jawatan.

    bg wa
    Kemenangan PRU12 pd pembangkang adalah
    factor Pak lah.
    panglima UMNO akhirnya tersungkur.
    dan kini pglima UMNO diterajui oleh najib.
    mampukah panglima PAS mcilok Najib?
    ke nak harapkan anwar yg tgh bersiap sedia ke sungai buluh.?

    tidak mustahil PAS tergolek atas factor panglima nya
    seperti mana UMNO nyaris tergolek atas factor panglima nya.
    cume atas sebab2 yg bbbeza.

    tp UMNO xada lah tergolek sgt,
    coz majoriti melayu masih dok sokong UMNO dlm PRU12 tu,
    klu tak.. mesti di DUN or parlimen PAS vs UMNO
    PAS dah leh makan.
    tp rasanya tidak begitu.
    perubahan hanya pd kaum cina & india.

    so rasanya tak perlulah keluarkan hujah,
    “klu Allah tak bukakan hati utk pangkah PAS or PR.letak husam,dr.hatta,dr.zul pasti tak menang.”
    sebab wa pon leh kata.
    yg Pasti masa PAS dibawah Panglima sekarang,Allah tak bukak hati rakyat 1 msia utk pangkah PAS utk perintah Msia.Sedangkan husam,hatta,zul belum jadi panglima lg.

    PAS diterima?
    susah wa nak ckp..
    coz perak,selangor,tgganu dan lain2..kecuali kelantan dan kedah kot.
    UMNO vs PAS
    rasanya PAS yg byk tergolek2.
    so bg wa jgn syok sendiri atas kemenangan pembangkang PRU12 tu.

    game ni,
    bukan game org yg dok majlis2 ilmu je join.
    ni game ahli neraka pun join..
    masing2 punye 1 undi.
    klu game ni,
    hanya org yg g majlis2 ilmu je join..senang citer.
    dah lama PAS perintah Msia.
    tp realiti tidak begitu.
    so ahli2 syurga kene lebih bijaksana utk main game ni,
    andaikata mau memerintah msia yg pbagai.

    andaikata realiti suasana semasa menuntut pglima yg sesuai,
    maka tukar panglima yg sesuai dgn suasana
    dan realiti semasa.
    utk lead game ni.

    nanti klu dah menang nak bg org lain jadi PM pun terpulang laaaa.
    yg ponting kasi menang game ni dulu.
    utk menang game..
    kene bijaksana dlm seni game tersebut.

    bab dlm hati ni,
    kita sama2 serahkan pdNYA
    andaikata bjuang kerana glamor
    maka glamor lah dpt..
    klu bjuang krn ppuan..
    maka ppuan lah dpt..
    klu bjuang krn duit
    maka duitlah dpt..
    so sendiri mau ingat dlm pale otak elok2.
    moga2 tak rugi bila mana bhadapan dgn NYA nanti.

  17. wala…..taat…..somit…?????
    ini bakal jadi candu kepada pengikut jika gagal diberi ilmu yg sepatutnya kepada amilin pas.
    apa yg patut ahli pas dengar?
    atas perkara yg bagaimana yg patut amilin pas taat?
    segera lah jujur dalam berjamaah wahai pemimpin pas.(sebahagian)
    nyatakanlah kebenaran.
    mengakulah bahawa usrah pas tidak memberikan impak yg sepatutnya kepada ahli usrah.nakib gagal memberikan roh usrah.tidak ada pertalian spiritual dikalangan ahli usrah. kenapa ini belaku… ostat jawab.
    demokrasi jalan hampeh…pemimpin pas gagal faham konsep hisbul muslimin..ramai dari kalangan pemimpin pas buta sejarah….(salahudinn ayub bersungguh sungguh meraikan polis yg terlibat dlm peristiwa bukit kepong–contoh seorang yg buta sejarah).pas sekarang ini telah terlalu hampir dengan cara umno mentarbiah ahli, suruh ikut membuta tuli..dalil aklinya amat lucu…bahawa pemimpin ini ibarat berada di deck paling atas dan amilin pulak bagai duduk di perut kapal jadi amilin tak kan nampak apa yg pemimpin nampak.kalau tau kami tak nampak bagi la tau apa yg kauorang nampak…make it easy dont take it easy bro…sekarang ini juga golongan ostat acah2 makin ramai…golongan inilah yg berperwatakan sikah tapi hancus bila diberi kuasa.(aut-autan tak boleh di tegur ) untuk konkulusinya….pemimpin kena terlebih dahulu menanamkan keikhlasan berjuang kerana Allah semata mata.( amilin pas amat baik reputasinya setakat ini.)

  18. ini satu kenyataan rasmi Tuan Guru kite…dipetik darilaman rasmi beliau.
    “” “Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang””. apakah maksud sebenar kata2 ini? mana pergi ghaibnya ayat Allah Al baqarah 216….atau bolehkah kita mendesak (#mana boleh desak orang alim) supaya Tuan guru kite ini memohon Maaf secara terbuka kerana menghina ayat Allah.
    aku sokong uma….kebenaran akan tetap datang.

  19. 1.apakah yang disebutkan didalam islam sebagai wala,taat kepada pemimpin itu kita boleh samakan dengan umno?
    2.manusia ini bukan maksum seperti nabi.mereka juga melakukan kesalahan namun biar beradab dalam memberi teguran.
    3.sebagai manusia akan ada kekurangannya.apakah dgn adanya kekurangan tersebut harus kita memilih org lain untuk memimpin kita?sekiranya org yg kita naikkan selepas itu ada kekurangan dan ada pihak lain yang minta dia digugurkan,bagaimana kita?Hidup dalam jemaah ialah saling melengkapi antara satu lain.Kalau kita hendak memilih pemimpin sila usulkan di muktamar.apabila telah terlantik maka hendaklah kita taatinya.
    4.setiap orang ada pandangan tentang faktor kejayaan PRU ke 12,namun saya juga ada pandangan yang tersendiri bahawa kejayaan pru yang ke 12 adalah sebagai ujian bagi kita utk terus mentaati allah dan rasulnya.kemenangan ini harus diinsafi kerana yang menggerakkan hati-2 manusia ini ialah Allah.sehebat mana usaha kita sekiranya tidak mendapat keizinan dari allah maka kita tidak akan dapat merasai ujian ini.

  20. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

    (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    nape sultan muhummad al fatih?
    adakah sebelum tu tak ada raja yg iman power ranger?
    tak ada ulamak-ulamak2 hebat yg iman power tahap gaban Z
    or mungkin masa sebelum tu
    bukan kepimpinan ulamak..
    lepas tu baru kepimpinan ulamak kot.

    apa usaha/ciri yg mbuat beliau dibjaya…?

    apa2pon..
    moga2 kita semua berusaha agar ada dikalangan kita dan keturuan kita
    yg mampu mbwk agamaNYA dlm system bernegara.

    bdoa dan riki2lah
    moga2 dikalangan pimpinan dan sahabat2 seperjuangan yg ada
    yg boleh diangkat mjadi pglima yg punye ciri2 tertentu yg sesuai
    dgn suasana dan realiti semasa
    dlm kontek game yg ada.

    maap ckp,
    bg wa..
    zaman pglima sekarang dah berlalu.
    elok beliau dipersiapkan utk position MA.

  21. 1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

  22. terima kasih diatas peringatan daripada “uma” diatas kepentingan bersistem dalam berorganisasi…namun kita semua harus beringat bahawa banyak hadis juga yang mengingatkan kita agar taat kepada pemimpin kita.Semoga kita digolongkan daripada kalangan yang mengikuti hadis nabi S.A.W

    namun saya tertarik dgn ayat ini:

    “nape sultan muhummad al fatih?
    adakah sebelum tu tak ada raja yg iman power ranger?
    tak ada ulamak-ulamak2 hebat yg iman power tahap gaban Z
    or mungkin masa sebelum tu
    bukan kepimpinan ulamak..
    lepas tu baru kepimpinan ulamak kot.”

    Ulasan saya:sila berhati-2 dengan kalam seperti ini takut disalah ertikan oleh sesetangah pihak,menganggap kita memperkecilkan sahabat-sahabat nabi dan orang yang lebih alim daripada kita.Semoga Allah memelihara iman kita daripada menceritakan keburukan orang lain

  23. wala kat pemimpin muqabalah kee..nak join dgn ameno pun nak kena wala kaa..so mana nak mai thiqah..50 tahun lawan amena..aleh-aleh nak pakat dgn ameno..mane ada jalan..dulu kita lawan ameno kerana bukan namenya ameno..la ni kita nak pakat dgn ameno sebab melayu???

  24. BUat art:
    1)apa yang anda faham dgn muqabalah?
    2)adakah dengan berjumpa dan duduk berbincang dengan “ameno” sudah menunjukkan kita sudah lari dari landasan?
    3)Kenapa kita menyertai PAS?disebabkan untuk memastikan Islam berada ditempatnya atau kerana semata-mata “ameno”?
    4.anda org yang masih bermimpi disebalik orang lain yang sudah berjaga dari lenannya

  25. ASSALAMUALAIKUM,DALAM SOAL WALA KAT PEMIMPIN NI,KITA KENA TENGOK DENGAN TELITI APA YANG DISURUH OLEH ISLAM,BUKAN BUTA TULI.KITA HANYA WALA KAT PEMIMPIN YANG PERJUANGAN NYA SEMATA2 KERANA ISLAM ,BUAT APA YANG ALLAH SURUH ,KEJAYAAN DITENTUKAN OLEH ALLAH BUKAN KITA,KALU KETUA SURUH BUAT SESUATU KETUA TU MESTI BUAT SAMA JANGAN MASA TENGAH BERJUANG ,SURUH ANAK BUAH ANGKAT PEDANG TAPI KETUA PI MAIN GOLF LUAR NEGARA(CONTOH)….KITA LIHAT PILIHAN RAYA ULU SELANGAR ,KITA SALAHKAN PEGUNDI MELAYU TAK SOKONG KITA DAN CINA MEYOKONG KITA (INGAT INI BOLEH BERLAKU SEBALIK NYA HANYA MASA MENENTUKAN) YANG PENTING NYA APA PERANAN PAS DALAM SOAL INI ,BAGI ANA PAS GAGAL BERFUNGSI DALAM MEMBUAT PENERANGAN CARA BERHEMAH KEPADA ORANG KAMPUNG YANG SEDIA MAKLUM TIDAK DAPAT MAKLUMAT HANYA HARAPKAN TV SAJA,INI BERLAKU SEJAK ZAMAN PENJAJAH LAGI,TAMBAH SEKARANG BN MENGGUNAKAN PELBAGAI CARA MEMPEGARUHI MEREKA ,KITA TAK BOLEH SALAH KAN MEREKA BANYAK PERKARA YANG MEMBELEGU PEMIKIRAN MEREKA, CUBA PAS BUAT KAJIAN BAGAI MANA RASUL BERDAKWAH,MACAM MANA MECHINE PENJAJAH MENYEBARKAN PENGARUH NYA,JENTERA GERAK KERJA PAS KENA BANYAK DIBERI PENDEDAHAN BAGAI MANA NAK MENYAMPAI KAN MAKLUMAT DAN MENAGKIS DAKYAH MUSUH DALAM MASA SEPONTAN,INI PENTING KERANA DALAM PILIHAN RAYA HULU SELANGOR PETUGAS PAS GAGAL MENANGKIS SOALAN CEPU MAS DARI PENDUDUK DAN MUDAH MEGALAH.INGAT DALAM SOAL INI PETUGAS HARUS BANYAK SABAR DAN TAK MUDAH PUTUS ASA TERUTAMA MUSLIMAT .PETUGAS HARUS TENANG.PERKARA INI MESTI DIAMBIL BERAT OLEH PAS DALAM SOAL GERAK KERJA PILIHAN RAYA ,TAMBAHAN PULA KITA INI PAKATAN RAKYAT ,JADI MESTI KONSISTEN,KALAU TIDAK TAK PAYAH ADA PR KITA SENDIRI2 SAJA ,APA TAKUT KALAH YANG PENTING ALLAH REDA PADA PERJUANGAN KITA,KITA TENGUK HISBULLAH DI LUBNAN BAGAIMANA DI DISOKONG DAN DI DOKONG OLEH SEMUA GOLONGAN RAKYAT NYA TAK KIRA LATAR BELAKANG AGAMA NYA SEDANGKAN BANGSA ARAB LEBIH KERAS HATI NYA DARI BANGSA MELAYU.INGAT PEMIMPIN ITU CONTOH ,APA SAJA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN ZAMAN SEKARANG NI MUDAH DI KETAHUI HATI-HATI TAMBAHAN PULA KETUA SEBUAH PATI…..SOOOOOOOK.

  26. “Saya akui dia (Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya ‘tibai’ (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula.

    “Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya semalam, tetapi ini jawapan saya, ‘jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Lepas itu terjunlah.
    Saya sambung cerita semalam, LUBANG kian merekah, esok lusa PECAH.

  27. Anda menulis :”JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS”.
    Saya juga tulis :” Perjuang ini tiada kaitan lansung dengan perjuangan kebendaan Perjuang ini adalah perjuang untuk SYURGA dan menghindar diri dari NERAKA. Disiplin mesti dijaga, sedikit salah faham dan berlainan ijtihad di maafkan, apatah lagi ijtihad siasi yang berasaskan maslahah dan suasana setempat.
    Mengkritik bukan bererti merobohkan wala’ dan menghilangkan thiqah kepada kepimpinan. Namun keluar daripada ketaatan kepada kepimpinan ada racun dalam perjuangan.
    Disini setiap kepimpinan mesti mempunyai thiqah kepada orang bawahannya dan berjiwa besar untuk menerima kritikan. Namun kepimpinan yang lemah adalah pemimpin yang tidah bertegas untuk menjaga jamaah, Mereka lebih suka jemaah hancur daripada kehilangan pengaruh.
    Jangan sesekali kita memilih pemimpin kerana mereka terkenal dan terpengaruh, pemimpin adalah pengorbanan. Mungkin ini yang tiada pada kita, kita terkial-kial memarahi anak sendiri bila bapa dikritik”. Kita berada di alam yang lain daripada zaman al-Mawardi, kritikan merupakan kekuatan walaupun datang daripada musuh.
    Bacalah berulang setiap kali kita berbicara mengenai Thiqah, Wala’ dan Taat, surah al-Kahfi ayat 28.
    Yang paling ku benci “PAS KELEMASAN KETIKA UMNO NAZAK”.

Tinggalkan komen