Tuduh Pembangkang Anarki, Tidak Ada Nilai Akademik


Pelik macam mana seorang ahli akademik seperti Dr Zainal Keling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang.

Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram. Sebagai ahli akademik sepatutnya, sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan. Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan. Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang. Kenapa beliau tidak mengkaji himpunan Bersih 10 november  2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang  berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.

Jangan kerana beliau menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikiran beliau selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara. Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu. Saya tidak nafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji.
Beliau memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi. Fikrah beliau sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak. Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading. Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan komen