ISU ARAK DI SELANGOR :UMNO LIDAH BERCABANG


Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas arak di kawasan majoriti Melayu, kemudian pula dibantah oleh Romie Liu Exco Kerjaan Tempatan atas tindakan MBSA. Maka Umno pun ambil kesempatan di atas isu ini, kononnya satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor. Maka ada di kalangan mereka yang mengadakan demontrasi, Ali Rostam dan Khairi Jamaudin pula menyuruh Pas keluar Pakatan Rakyat, kerana perjaungan Pas tidak dihormati. Sebenarya apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu bukan ikhlas untuk mengharamkan arak, tetapi mereka hendak memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak kenal siapa wajah pemimpin umno maka kita akan anggap umno adalah parti yang suci dalam debu. Tetapi kalau kita kenal inilah pemimpin yang lidah bercabang.

Umno kena jawab soalan ini dahulu sebelum komen isu arak di Selangor.

-Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat umno Selangor belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

– Apa yang umno buat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

-Kenapa Dato’ Ali Rostam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

-Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

-Bukankah umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandagan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

-Kenapa pemimpin umno tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

-Kita tidak pernah dengar pemimpin umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

-Kita tidak pernah dengar umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

-Kita tidak pernah mendengar umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Daripada hujah di atas sah umno adalah parti yang berpura-pura memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno adalah perangsang maksiat di negara ini. Mereka hanya berlakon anti arak, kerana hendak menarik undi orang Islam sahaja. Umno mampu tanggani isu arak, kalau umno mahu. Contohlah kerajaan Kelantan yang berjaya mengawal arak dan mendidik rakyat supaya tidak bebas membeli arak. Arak hanya dijual di kawasan majoriti orang bukan Islam. Inilah juga cadangan Pas Selangor untuk kerajaan Selangor. Insyaalah kita cuba membentuk rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat, berbeza dengan rakyat yang dibentuk oleh umno/bn. Kita yakin cadangan Pas  Selangor akan menjadi kenyataan satu hari ini, untuk melihat rakyat yang jijik dengan arak.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

9 comments on “ISU ARAK DI SELANGOR :UMNO LIDAH BERCABANG

  1. Asalamualaikum Ustaz..

    Saya setuju dengan pendapat ustaz.. memang betul.. sebab dalam PWTC sendiri pun ada arak juga..
    saya pernah bekerja disitu sebagai welter dulu.. bila ada function je.. yang menghidangkan benda haram tu mula lah gerup2 kami ludah air liur.. masa tu Tuhan saja yang tahu… yang selalu jadi mangsa welter2 cina lah kena suruh.. tak tau lah sekarang?

  2. salam,
    kenapa x dak org pas nak perjuangkan jangan merempit, jangan hisap dadah, jangan merompak, kenapa tak nak perjuangkan anak-anak melayu dan Islam..kenapa nak perjuangkan agenda yang besar,rasanya tidak ada kepentingan kepada pegundi muda seperti kami.

  3. Salam

    Ustadz kobar jo kek khairi tu, kek pokan ghombau (REMBAU) pun bersepah kodai jual arak, Pokan Kot0 (koto) yang seciput tu pun bersepah arak…kodai magnum pun melambak….toksah tunjuk lagaklah umno…sojak bilo pulak umno tau arak haram?..tompi nak buek macammano dah umno tuli, melawan Allah…so Allah khotamlah hati sebahagian bosar ahli umno, tu lah pasal dok bengong macam tu..

    baru-baru ni ese dongar perbualan ompek limo oraghang penyokong umno berkarat..he..he..goli hati se, ghaso se nak lompang jo sorang-sorang biar buleh befikir corodik sikit…tompi apa nak beuk semuo eh pangkat pak sedaro se…

  4. Asalamualaikum Ustaz,

    Ambil contoh Kerajaan Australia, penjualan arak dikawal kerajaan melalui beberapa pendekatan. Tiada arak dijual di kedai serbaneka 24 jam. Hanya kedai berlesen sahaja yang dibenarkan menjual arak. Semua tempat yang menjual arak memeriksa pengenalan diri (18+) sebelum menjualnya – tiada kompromi. Rakyat juga dilarang meminum arak ditempat terbuka seperti taman terbuka, konsert, pertunjukan amal atau perbarisan.

    Dan yang pastinya, pemeriksaan ketat pihak berkuasa akan memastikan sesiapa pun yang memandu tidak meminum walaupun segelas arak (kandungan Blood Alcohol Concentration melebihi 0.05%).

    Walaupun negara ini bukan kerajaan Islam tetapi saya merasakan ia jauh lebih baik pada dasarnya berbanding kerajaan BN yang merasakan dirinya Islam tetapi.. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s