PAS nekad bantah GST, pengurangan cukai pendapatan hanya untungkan orang kaya


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011 bagi mengantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia.

Pada masa ini kedua-dua cukai itu masing-masing berada 10 peratus dan lima peratus, tetapi hanya meliputi barang mewah sahaja dan bukannya barangan keperluan utama. Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.

Strategi Kerajaan yang mahu mengurangkan cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pengguna ini juga dilihat tidak logik kerana pembayar cukai pendapatan dan syarikat hanya melibatkan mereka yang berkemampuan, sedangkan cukai GST akan melibatkan semua lapisan rakyat termasuk mereka yang tidak berkemampuan.

GST akan menyusahkan ibubapa yang mahu membeli susu untuk anak-anak mereka, peniaga restoran juga terpaksa menaikan harga makanan jika beras, ikan, daging, ayam dan sayuran dikenakan cukai. Mereka yang hidup diluar bandar pasti akan lebih terasa kerana barangan keperluan yang dihasilkan dikilang akan meningkat dalam pasaran.

PAS juga melihat pembatalan cadangan penstrukturan semula subsidi Petroleum tidak memberi apa-apa makna, kerana bila GST 4 peratus dilaksanakan, kemungkinan harga minyak bercukai ini akan naik sebanyak 10 sen seliter atau lebih dari itu.

Harga tambang perkhidmatan juga kemungkinan akan berubah dengan peningkatan sebanyak 4 peratus. Bayangkanlah nasib pengguna perkhidmatan Komuter, LRT, Bas dan kapal terbang dimasa depan dengan cukai ini.

Bagi barangan yang dihasilkan dalam kilang pengguna berkemungkinan menerima cukai GST 8 peratus kerana 4 peratus dikenakan oleh pengilang dan 4 peratus dikenakan melalui pemborong atau penjual dipasaran.

Rakyat harus membuka mata terhadap isu ini dan PAS nekad membantah dasar GST demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “PAS nekad bantah GST, pengurangan cukai pendapatan hanya untungkan orang kaya

  1. Minta pihak penerangan PAS Pusat dapat menyebarkan risalah berkaitan GST ini agar dapat kami ambil tindakan di kawasan masing2 untuk edar.

  2. asslamualikum sahabat sahabat sekalian,

    terlebih dahulu saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan rakan didalam blog ini.menurut saudara idris Ahmad,

    “Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.”

    kenyataan ini tidak benar sama sekali dan menyeleweng.fakta sebenarnya adalah GST tidak akan dikenakan terhadap 40 jenis barangan keperluan kawalan.contohnya bahan makanan, bahan api (minyak dan gas), perkhidmatan pendidikan, Hospital, perkhidmatan awam dan perkhidmatan di kaunter kerajaan.

    “Harga tambang perkhidmatan juga kemungkinan akan berubah dengan peningkatan sebanyak 4 peratus. Bayangkanlah nasib pengguna perkhidmatan Komuter, LRT, Bas dan kapal terbang dimasa depan dengan cukai ini”.

    sekali lagi saudara, fakta ini tidak benar sama sekali.sila sahkan dulu fakta ini sebelum menulis.

    “Bagi barangan yang dihasilkan dalam kilang pengguna berkemungkinan menerima cukai GST 8 peratus kerana 4 peratus dikenakan oleh pengilang dan 4 peratus dikenakan melalui pemborong atau penjual dipasaran”.

    ini andaian semata mata.ini bukan fakta.Oleh demikian hujah ini boleh ditolak dan tidak berasas.

    “PAS juga melihat pembatalan cadangan penstrukturan semula subsidi Petroleum tidak memberi apa-apa makna, kerana bila GST 4 peratus dilaksanakan, kemungkinan harga minyak bercukai ini akan naik sebanyak 10 sen seliter atau lebih dari itu”.

    sekali lagi ini hanya cuma andaian dan bukan fakta.tuan sendiri menggunakan perkataan kemungkinan dan bukannya pasti.

    “Strategi Kerajaan yang mahu mengurangkan cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pengguna ini juga dilihat tidak logik kerana pembayar cukai pendapatan dan syarikat hanya melibatkan mereka yang berkemampuan, sedangkan cukai GST akan melibatkan semua lapisan rakyat termasuk mereka yang tidak berkemampuan”

    secara relatifnya, cukai korporat yang dikenakan kini adalah agak tinggi,Oleh yang demikian dengan pengenalan GST, cukai korporat akan dikurangkan bagi meringankan beban syarikat dan memberi peluang syarikat menjual perkhidmatan dan produk dengan harga yang lebih murah ataupun dengan pakej yang lebih kompetatif.Contohnya Hypermarket boleh membeli barangan dari pembekal dengan harga pukal dan kemudiannya menjual kepada pengguna dengan harga yang lebih rendah.Oleh yang demikian ini akan menguntungkan pengguna.

    hakikatnya tujuan GST diperkenalkan:

    Menerusi pengenalan GST juga dapat mengelakkan ketirisan sumber pendapatan Negara yang kemudiannya digunakan untuk projek projek pembangunan untuk rakyat contohnya untuk membina jalanraya,sekolah dan sebagainya.

    Ini berikutan dengan sikap kebanyakan pengusaha makanan dan perkhidmatan yang mengenakan cukai perkhidmatan 5%-10% sedangkan cukai tersebut tidak dibayar kepada kerajaan dan menipu pihak pengguna.Kerajaan juga kerugian berbilon ringgit setiap tahun.

    prinsipnya mudah sahaja, GST bukan cukai baru tetapi menggantikan sistem SST yang digunakan kini.tujuan GST diwujudkan adalah untuk mengurangkan kebergantungan hasil pendapatan dari hasil petrolium negara yang akan habis pada satu masa nanti.

    sekian.saya mohon pandangan dari rakan rakan sekalian.

    ahmad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s