Menang! Jangan Lupa Peranan Tarbiah


Alhamdulillah pencapaian Pas dalam PRU 12 agak memberangsangkan dan lebih baik daripada keputusan pilihanraya 1969 dan 1999. Satu gelombang revolusi rakyat melalui peti undi telah terbukti berjaya menamatkan khurafat rakyat Malaysia bahawa Umno/BN sahaja yang boleh memerintah.

Keputusan PRU 12 adalah dirujuk, membuktikan kesemua teori itu sudah ketinggalan lapuk. Terutama generasi muda yang celik maklumat yang berada di saluran orang muda. Manakala saluran satu masih tidak berubah, kerana khurafat Umno yang sudah sedaging dengan hidup mereka. Mereka yang berada disaluran ini kita serah kepada Allah SWT sahaja untuk menentukannya.

Namun Pas sebagai sebuah parti yang tegar dengan perjuangan yang berteraskan prinsip yang jelas iaitu Islam. Prinsip ini tidak pernah berubah walaupun tsunami politik yang melandanegara ini. Inilah asas pemimpin dan ahli Pas bergerak dan mengatur seribu langkah kedepan untuk kepentingan Islam dan umat. Kekuatan Pas banyak bergantung kepada komitmen ahli teruatama mereka yang hendak melihat Islam dihayati sepenuhnya dalam kehidupan bernegara. Mereka bertungkus lumus mempertahankan parti, ada yang kena pukul , ditangkap, dilokap.

Semua ini adalah fenomena biasa yang sudah masak dialami oleh ahli Pas. Antara kapsul yang mujarab menyebabkan Pas menjadi demikian kerana kejayaan Pas mentarbiah ahlinya. Walaupun nampak secara lahirnya perjalanan tarbiah dalam Pas biasa sahaja, dan banyak kekurangan tetapi mempunyai impak yang besar pada perjalanan politik negara ini terutama berjaya melahirkan kader Pas dan petugas Pas yang kental.

Maka sebab itu peranan tarbiah tidak boleh diketepikan begitu sahaja, walalupun ada faktor ayunan dari kalangan orang bukan Melayu dalam PRU 12. Kerana tarbiahlah menyebabkan Pas mampu membentuk jentera yang kemas daripada peringkat Jabatan Pilihanraya Pusat, Negeri sampailah kepada lokaliti kampung. Pas mampu membentuk dan boleh cula setiap pengundi. Jentera yang bergerak tanpa diupah dengan dollar dan sen, namun berbekalkan iman dan Islam maka mereka bergerak tanpa mengira siang dan malam.

Inilah yang menjadi kekaguman Umno/BN tentang kehebatan ahli Pas yang sanggup bergadai golok semata-mata untuk perjuangan yang suci. Adakah ini berlaku begitu sahaja, atau dengan semangat sahaja. Semuanya hasil kejayaan Pas mentarbiah ahlinya bukan hanya bersifat teori di power point sahaja, tetapi ia mendasari kedalam kalbu para ahlinya.

Pas berjaya menanam kefahaman di kalangan ahlinya bahawa menjatuhkan kerajaan yang zalim adalah wajib. Kita boleh melihat bagaiamana ahli Pas sanggup membawa dan mengantungkan bendera DAP dalam pilihanraya atas asas untuk menumbangkan kezaliman BN.

Saya pernah berjumpa dengan seorang kawan yang tinggal di Parlemen yang ditandingi oleh DAP, beliau memberi tahu saya begitu payah hendak melawan nafsu supaya membolehkan beliau menggantung bendera DAP dan memangkah DAP, kerana sejak daripada kecil dididik bahawa DAP musuh anti Melayu dan Islam.

Tetapi memandang ini adalah arahan pimpinan dan beliau memahami tentang konsep wala’ taat maka ia cuba melawan perkara itu dalam dirinya. Beliau membayangkan inilah yang beliau belajar melalui program tarbiah Pas terutama melalui usrah. Ini adalah esset Pas yang cukup berharga yang ahlinya bayar walaupun terpaksa mengenepikan pendapat peribadi. Walaupun mereka tahu setengah dari kalangan pimpinan DAP yang mengeluarkan kenyataan sehingga mengguris perasaan orang Pas namun atas semangat kepatuhan dan ketaatan, mereka lupa ini semua nya. Penting pada mereka ialah BN mesti ditumbangkan dahulu.

Dengan tarbiah kita melihat bagaimana ahli Pas yang sanggup berkorban apa sahaja yang ada pada mereka . Di antara pengalaman yang saya lalui ialah pada malam pengistiharan calon PRU 12 di Kompleks Pas Kedah batu 9 Alor Setar.

Saya didatangi oleh seorang tua yang saya tidak kenal. Dari segi luaran beliau dan paklaian beliau saya melihat beliau adalah orang kampung biasa. Memberi wang kepada saya sebanyak RM10, saya cuba menolak dan sedekah balik kepada beliau, namun beliau menolak. Beliau menjawab ini sahaja yang pak cik boleh beri untuk kemenangan Islam.

Saya terdiam dan terkedu tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau. Saya terfikir inilah sebahagian manusia yang ada di dalam Pas yang sanggup memberi apa sahaja. Mereka inilah yang menyebabkan Pas boleh maju sampai hari ini. Doa daripada golongan seperti inilah menyebabkan Pas selamat daripada bencana. Doa golongan inilah yang menyebabkan Pas bergerak dengan pantas walaupun terdapat berbagai ujian fitnah, tuduhan dan tohmohan.

Mereka adalah golongan yang tidak ada dalam hati mereka secebis untuk berjuang kerana dunia. Mereka tidak terlintas dalam hati mereka untuk menjadi calon, YB, Exco, Menteri, Ahli Majlis Daerah, Pengarah Syarikat Kerajaan. Golongan inilah yang terkenal dilangit tetapi tidak dikenal di bumi. Mereka hendak melihat Islam dijunjung dan BN musnah ini sahaja harapan mereka.

Advertisements

2 comments on “Menang! Jangan Lupa Peranan Tarbiah

  1. Assalamualaikum,

    MUAR, 25 Mei (Hrkh) – PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

    “Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

    “Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

    Sebelum menunding jari kepada orang…
    Kenapa peguam PAS,PKR dan DAP yang paling bijak dalam perundangan tidak menawarkan diri untuk membantu dalam kes BATU PUTIH? Jangan berbohong kalau beritahu kamu ada menawarkan khidmat untuk berkerjasama ALLAH murka.Kalau tak tahu apa-apa jangan buka mulut kerana akan menimbulkan fitnah. Jangan semata-mata politik kamu memperdagangkan maruah islam.

    Saya syorkan siapa yang buat statement ini bertaubat.

    dari muslimin hamba allah yamh kerdil lagi hina.

    wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s