PEMIMPIN POLITIK SABAH LEBIH BIJAK DARIPADA PEMIMPIN UMNO SEMENANJUNG


KOTA KINABALU – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan 13 inisiatif sebagai ‘hadiah’ daripada Kerajaan Persekutuan berikutan sumbangan besar negeri ini kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Antara inisiatif itu ialah memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang diwujudkan semasa pembangkang memerintah Sabah 17 tahun lalu, yang mana ia amat dinantikan oleh rakyat negeri ini.

Sementara itu, sebagai memenuhi isu perjawatan, Abdullah mengumumkan pelantikan anak Sabah, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon sebagai Naib Canselor baru Universiti Malaysia Sabah berkuat kuasa 18 Jun ini menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin yang bersara.

Sementara seorang lagi anak Sabah, Yusof Saringgit akan menjawat Pegawai Kewangan Persekutuan yang baru.

“Kerajaan Persekutuan juga bersetuju melaksanakan skim tukar lantik dengan pegawai perkhidmatan negeri ditawar menyertai perkhidmatan awam Persekutuan di peringkat tinggi dan pertengahan,” katanyai.

Menurut beliau, dengan itu, kedudukan Sabah yang luas akan mendapat pembelaan yang lebih wajar bagi membolehkan program pembangunan dapat disusun mengikut keperluan rakyat.

Tahniah kepada rakyat Sabah yang berjaya menuntut hak mereka yang sudah lama memendam rasa. Semuanya ini satu lagi perubahan politik di Malaysia selepas PRU 12. Semua ini mereka dapat kerana presiden Umno sudah takut wakil rakyat Sabah melompat parti dan sokong Pakatan Rakyat. Suara suara wakil mereka di Parlimen seperti Ghafur Saleh, Anifah Aman macam suara pembangkang. Sekarang apabila wakil Sabah bercakap semua pemimpin BN kecut perut, macam cicak kena kapur. Masa sekarang ini tuntutlah apa yang hendak dapat. Semuanya mereka akan dapat. Maklumlah orang sudah hendak lemas. Nampak buaya pun mereka akan berpaut. Berlainan dengan rakyat Terengganu pemimpin Umno tidak bijak untuk menuntut hak royalty minyak. Usul yang dibuat oleh Pas di Parlimen ditolak, pada hal bukan untuk Pas tetapi untuk rakyat Terengganu. Inilah nasib Umno yang wakilnya semua badot di Parlimen.

Advertisements

5 comments on “PEMIMPIN POLITIK SABAH LEBIH BIJAK DARIPADA PEMIMPIN UMNO SEMENANJUNG

  1. BN SABAH: KUALITI BUKANNYA KUANTITI!!!

    I SU PEMBANGUNAN SABAH khususnya di kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan tidak sepatutnya dikaitkan dengan soal kuantiti peruntukan yang diberikan oleh BN Pusat semata-mata. Pemimpin BN Sabah mungkin merasakan mereka bija bila menonjolkan dan memanaskan suasana dengan soal Kuantiti peruntukan dan lain-lain. Sebenarnya, kemunduran dan ketertinggalnya sabah berbanding negeri lain walaupu Sabah antara neheri terkaya suatu ketika dahulu adalah berkaitan rapat dengan Soal KUALITI perbelanjaan yang ada digunakan. Jika diberikan bajet RM100 dan yang sampai ke sasaran hanya RM20 sahaja maka apalah beznya fengan dberikan RM1000 tetapi yang sampai ke sasaran hanyalah RM200 sahaja? Berlaku kebocoran berskala besar dalam penyaluran peruntukan Di Sabah, dan inilah isu utama yang amat penting untuk di selesaikan terlebih dahulu. Pengalam kita selama ini, dalam setiap kementerian dan jabatan di Sabah samada ianya JPPS, jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah dan jabatan serta kementerian di peringkat negeri amalan penyelewengan, rasuah, pilih kasih, kronisme dan bermacam bentuk kebocoran sudah menjadi amalan yang sukar dibendung. Di JPPS dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Jabatan pelajaran umpamanya soal kebocoran biasanya berlaku dalam bentuk saguhati sebanyak 20%-35% kepada pegawai-pegawai tertentu, kebocoran melalui amalan meminjam lesen dan projek dilaksanakan sendiri oleh pegawai dan juga amalan sesuatu projek sudah ditetapkan milik siapa terlebih dahulu sebelum tender dinbuka.. serta bermacam bentuk penyelewengan yang hanya Allah sahaja lah tahu. Jika aspek kebocoran ini tak diubati sepenuhnya, ribuan juta peruntukan sekalipun, taraf hidup rakyat akar umbi Sabah tidak akan berubah sama sekali, cuma taraf hidup, harta dan kemewahan para pemimpin, ahli politik dan kakitangan kerajaan tertentu sahaja akan meningkat atas dasar pembocoran berskala besar ini. Sepatutnya MP dan ADUN Sabah, mengurangkan kekerapan :melakukan aksi lakunan” untuk menonjolkan seolah mereka perihatin, Pak Lah dan konco-konconya serta rakyat semananjung serta ahli-ahli MP Malaysia mungkin boleh dikelabukan mata dan diperbodohkan, tetapi kini Rakyat Sabah bukan sebodoh itu untyuk dipermainkan dan dijadikan alat oleh pemimpin-pemimpin politik ini. Hakikatnya, di semanajung jika anda nak kaya dan wang berjuta, masuk lah UMNO, tapi di Sabah jika anda nak kaya dan harta berjuta, sertailah mana-mana parti politik yang memerintah anda pasti akan hidup mewah….tetapi ingat….ahli-ahli parti bertaraf bawahan samada dialam UMNO atau mana-mana parti akan sentiasa hidup kesusahan, menagih simpati dan dijadikan alat permainan oleh pemimpin-pemimpin parti diberbagai peringkat, Kesimpulanya, MP dan Pemimpin Sabah, silalah lakukan muhasabah diri, bersihakan hati akal dan nafsu, jauhi sifat tamak dan pentingkan diri sendiri dan perbaikilah amalan turu-temurun di Sabah yang menjadikan peruntukan untuk rakayat sebagai alat menambah kekayaan pemimpin dihentikan sama sekali. Mungkin, satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan di Sabah untuk menyiasat bagaimanakan dan kemanakan wang peruntukan pembangunan di Sabah di belanjakan semenjak BN memerintah Sabah. Ini perlu, agar pada PRU-13 nanti, Sabah akan mempunyai ahli politik baru dan pemimpin beru yang bersih, cekap, amanah, jujur, dan yang paling penting beragama agar tahu membezakan antara sumber yang halal dan yang haram serta tahu membezakan antara yang menjadi haknya dan yang mana bukan menjadi haknya. Kita perlukan Sabah yang betul-betul BARU dan Sabah yang betul-betul BOLEH dan bukan setakat slogan” Sabah Baru yang Boleh segalanya” semata-mata….Oleh Ali Rahman.

  2. PERLUKAH PEMIMPIN BN SABAH TERUS BERADA DALAM PARTI UMNO?APA ITU UMNO?BELA MELAYU?MUNGKIN MELAYU SEMENANJUNG SAHAJA TAPI BUKAN DISABAH.BILAKAH TERTUBUHNYA KEMBALI USNO?SUPAYA SABAH GAH DENGAN IDENTITI KEPIMPINANNYA SENDIRI.APA ITU DEB?ADAKAH IA BERKESAN DISABAH?YANG NYATA BEBERAPA KRONI UMNO DARI SEMENANJUNG JA YANG KAYA.ADAKAH PATUT SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI MENJADIKAN KELUARGANYA KAYA RAYA ATAS KESUSAHAN PENGUNDI YANG LUMPUH?TUA?MISKIN?..ATAS SUMBANGAN DARI NEGERI YANG TERMISKIN SEPERTI SABAH?PEMIMPIN UMNO HARUS SEDAR BAHAWA TINDAK TANDUK MEREKA DIHITUNG.JANGAN HAIRAN KALAU PR13 KALAH TERUK.AKIBAT KEBONGKAKAN KERAKUSAN GUNUNG KINABALU PUN BOLEH RUNTUH DIRATAH.

    • File No: newmelleniumsabah/o1/09
      Tarikh: 06/December 2009

      Kepada,
      Kerajaan Malaysia.

      PER: SABAH DAN 20 PERKARA.

      Sudah tiba masanya Negeri Sabah perlu diurus dan dipimpin oleh rakyat tempatan Sabah.Sudah cukup lama Kerajaan Persekutuan mempermainkan penduduk dan pemimpin tempatan Sabah dengan menyembunyikan status 20 perkara kepada pengetahuan umum.Walaubagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Perjanjian 20 perkara yant telah membentuk Negara Malaysia sebenarnya sudah tidak lagi dihormati oleh Kerajaan Pusat kerana tamak dengan kuasa dan berniat jahat untuk membelot kekayaan Sabah.

      Kerajaan Pusat harus ingat,bahawa Sabah dan Sarawak bukan masuk ke dalam Malaysia tetapi hanya syarat membentuk sebuah Negara Malaysia bersama Singapura dan Negeri-Negeri ditanah melayu.Sabah memetrai perjanjian 20 perkara dan Sarawak 18 perkara untuk menjaga kepentingan dan hak-hak rakyat tempatan.Kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah Negara Malaysia juga adalah satu penipuan oleh pemimpin tempatan atas desakan pemimpin tanah melayu seperti Tun Abdul Razak untuk kepentingan tanah melayu setelah melihat kekayaan Sabah dan Sarawak begitu banyak.

      Saya menuntut daripada Kerajaan Pusat supaya memerlihatkan surat sokongan dan tandatangan penduduk Kampung rakyat Sabah dan Sarawak yang dikatakan 80 peratus menyokong dan 20 peratus menolak.Menurut sejarah dan penggalian yang saya dapati,hanya 5 buah kampung atau beberapa orang Kampung yang datang ketika jemputan makan kenduri yang diadakan oleh pemimpin tempatan tetapi maksud untuk menyertai ke dalam Malaysia tidak pula dibincangkan dalam jemputan itu,manakala di Sarawak tidak mempunyai butir terperinci.

      Hari ini,saya ingin mencabar Kerajaan Pusat supaya memperjelaskan perjanjian 20 perkara itu kepada rakyat Sabah kenapa Kerajaan Pusat tidak menyerahkan pucuk pimpinan Negeri Sabah kepada pemimpin tempatan setelah tempoh pemerintahan Kerajaan Pusat sudah tamat di Sabah pada tahun 1972, ( 37 tahun yang lalu ).Perkara ini di lihat bahawa Kerajaan Pusat sedang menipu kekayaan Sabah,mempermainkan pemimpin dan rakyat Sabah serta melakukan satu kes jenayah kemanusiaan terhadap rakyat tempatan Sabah.Saya Maslan Bin Maginda selaku ketua dalam perjuangan untuk hak-hak rakyat Sabah ini, akan membawa perkara ini ke dalam pengadilan Makhamah Antarabangsa (ICJ) pada bila-bila masa apabila Kerajaan Pusat tidak memerdulikan beberapa perminataan rakyat Sabah seperti berikut,

      AMARAN KERAS KEPADA KERAJAAN MALAYSIA.

      1: HENTIKAN KERJA-KERJA MENGEPAM MINYAK DI SELURUH KAWASAN SABAH.
      2: KEMBALIKAN PULAU LABUAN SEMULA KEPADA SABAH.
      3: TARIK SEMUA KAKTANGAN KERAJAAN DI SABAH YANG BERASAL DARI SEMENANJUNG.
      4: KEMBALIKAN SEMULA HAK MILIK TANAH RAKYAT TEMPATAN YANG DIAMBIL OLEH SYARIKAT ASING DARI SEMENANJUNG TERMASUK FELCRA.
      5: SERAHKAN PENTADBIRAN NEGERI SABAH KEPADA RAKYAT TEMPATAN SABAH SECARA BAIK SEPERTI PADA MULANYA SABAH DAN SARAWAK MASUK MEMBENTUK NEGARA MALAYSIA TANPA MASLAAH.
      6: HAPUSKAN ISA BAGI RAKYAT SABAH DAN SARAWAK,ISA HANYA UNTUK SEMENANJUNG SAHAJA,KEBEBASAN BERSUARA UNTUK SABAH DAN SARAWAK HARUS TIADA HAD.

      Sekiranya perkara ini tidak dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat,maka RAKYAT SABAH dengan keras dan jelasnya bersuara bahawa “KAMI MAHUKAN KEADILAN DAN KEMERDEKAAN DIBUMI SENDIRI”
      dan perkara ini akan dibawa ke dalam Makhamah Antarabanga (ICJ),dalam tuntutan dan pengadilan ini tidak ada lagi perundingan antara pemimpin dan pemimpin tetapi harus diputuskan dalam Makhamah ICJ.Kepada rakyat sabah termasuk pemimpin,media cetak dan elektronik dan juga orang asing yang sedang berada di Sabah sekarang kita harus sama-sama berganding bahu untuk menuntut keadilan daripada Kerajaan Pusat Kepada rakyat asing yang berada di Sabah,saya berjanji anda akan mendapat status rakyat tempatan kelas ke dua atau bumiputra kelas kedua jika anda sama-sama berkerjasama dengan kami dalam perjuangan ini,saya ingatkan anda (orang asing) supaya tidak mengikut kata-kata pemimpin sekarang yang menghasut anda melaku sebarang masalah kepada rakyat Sabah,kita adalah sama-sama menjadi penipuan kepada pemimpin Kerajaan Pemerintah sekarang.

      Kepada unit keselamatan di Sabah,anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat Sabah dan tidak boleh dipermainkan oleh pemimpin Kerajaan untuk melakukan sebarang jenayah untuk kepentingan mereka.Pihak keselamatan harus setia kepada rakyat dan bukannya pemimpin kerajaan, anda adalah rakyat yang sedang digunakan oleh pemimpin untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.Anda diberikan senjata untuk mengawal keselamatan rakyat termasuk membantu rakyat Sabah untuk menuntut keadilan dan kebebasan daripada Kerajaan Zalim tanpa melakukan sebarang keganasan.Apa yang perlu dilakukan oleh semua pihak terutama di Sabah adalah mengadakan dailog antara sesama sendiri dan pihak kerajaan untuk tujuan memperkuatkan semangat antara satu dengan yang lain agar perjuangan kita tidak dianggap sepi atau kosong oleh Kerajaan Pusat.Para Pemimpin negeri yang dipilih oleh rakyat,harus berhenti memberikan sokongan kepada Kerajaan Pusat dan mari kita sama-sama bersuara unttuk keadilan dan kebebasan untuk rakyat dan negeri kita.

      Kita tidak perlu berlawan dengan senjata dengan Kerajaan Pusat,kerana kita mempunyai satu makahmah keadilan yang sedang menanti suara daripada kita semua.Makhmah Antarabangsa (ICJ)sedang menunggu suara kita untuk membawa perkara ini kepada mereka.Kita banyak jiran yang boleh membantu untuk mengawal keselamatan rakyat dan negeri Sabah, jika kita perlukan mereka.Adalah lebih baik kita membentuk sebuah NEGARA MERDEKA kerana kita mempunyai banyak kekayaan dan juga adalah lebih baik kita mempunyai kewangan dan matawang sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Ringgit Malaysia ( RM ).Hal ini amat perlu dilakukan demi kemajuan rakyat Negeri Sabah dan kebaikan semua.

      Kepada pemimpin tempatan,hari ini bukan lagi masa kita untuk menubuhkan parti politik,tetapi masa untuk memikirkan masa depan orang sabah yang semagkin menjadi orang asing di negeri sendiri.

      Saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan kerajaan pusat dan membawa perkara ini kepada Makhamah Antarabangsa.
      Apakah rakyat sabah dan pemimpin Sabah sudah bersedia menghadapi cabaran ini?

      SABAH HARUS KELUAR DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA SETELAH 20 PERKARA TIDAK LAGI DIHORMATI OLEH PIHAK KERAJAAN PERSEKUTUAN.BUKAN LAGI BEBAS DARIPADA UMNO TETAPI BEBAS DARIPADA MALAYSIA.SABAH HARUS KELUAR DARIPADA MALAYSIA.

      Yang Benar
      Maslan Bin Maginda
      Rakyat tempatan sabah dan
      pemerhati politik bebas sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s