FORUM MASUK ISLAM:FITNAH JANGAN DIKEJUT


Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agamanya. Islam bukan ciptaan manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam. Islam bukan agama yang memaksa untuk orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan melahirkan golongan munafik dalam Islam.

Peraturan Islam, apabila sudah menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami dari agama lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam agama kamu menghalang daripada keluar agama kamu.

Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima pakai Islam sebagai ajaran anak peri bumi di negara ini. Dan inilah juga dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur tangan dari kalangan orang lain.

Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.

Dalam banyak hal ketika negara hendak merdeka beberapa perkara yang menjadi soal fundemantal telah dimasukkan dalam perlembagaan. Seolah-olah perkara ini dianggap “keramat” dan tidak boleh disentuh seperti soal Islam, kedudukan raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu. Walaupun dalam realiti pada hari ini beberapa perkara sudah mula terhakis seperti bahasa Melayu, hak istimewa orang melayu, namun ia tidak berapa sensitif kepada orang Melayu-Islam di negara ini.

Tetapi soal Islam jangan siapa untuk menyentuh kerana ia sudah menjadi darah daging kepada orang Melayu-Islam di negara ini. Lebih lebih lagi termaktub dalam perlembagaan Malaysia Fasal 160 definisi Melayu adalah seperti berikut,

“….seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu dan:
a. Lahirnya sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singgapura atau pada hari merdeka ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau,
b. Ia adalah keturunan seorang yang tersebut.

Mengaitkan agama dengan bangsa menunjukkan ia adalah asas kepada fikiran orang Melayu sehingga agama Islam telah menjadi satu unsur yang penting dalam definisi Melayu menurut Perlembagaan Negara.

Bangsa Melayulah satu-satu bangsa yang dikaitkan dengan agama, di mana Melayu adalah sinonim dengan Islam. Memahami hakikat ini penjajah Inggeris mampu bertapak di Tanah Melayu, serta mengubah srtruktur kepimpinan di negara ini, berbanding dengan kuasa penjajah Portugis dan Belanda. Kerana mereka mengetahui psikologi orang Melayu berkenaan dengan agama. Mereka memberi cuti umum pada hari Jumaat, bulan puasa sekolah diberikan cuti kesemua ini untuk meraikan orang melayu yang kuat dengan syiar agama.

Sebab itu di awal tahun 2006 apabila tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama telah menjadi kemarahan orang Islam di negara Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui. Yang paling sedih tindakan ini dikatakan wajar oleh Datuk Rafidah Aziz ” (Utusan Malaysia 21.1.06, “Tindakan mereka wajar”)

Tindakan yang mereka lakukan amat mengguris perasaan orang Islam di negara ini. Selama ini perkara yang membabitkan masalah agama tidak ada siapa yang berani sentuh termasuk penjajah yang pernah datang ke negara ini. Kita ingin mengingatkan bahawa hal ehwal Islam biarlah orang Islam selesaikan. Mereka tidak berhak mencapuri urusan Islam, sebagai mana Islam tidak berhak untuk mencampuri hal ehwal bukan Islam.

Mereka perlu ingat bahawa Orang Melayu-Islam begitu sensitif dengan agamanya apabila diganggu. Banyak perkara lain mereka boleh maaf tetapi tidak pada urusan agama. Alhamdulillah orang Melayu-Islam masih sensitif dengan agamanya. Selonggar mana pun ikatan orang Islam dengan agamanya ia tidak tergamak agamanya dihina dan dipermain-mainkan.

Sebab itu apabila isu Artikel 121 (1A) cuba hendak disentuh seluruh rakyat di negara ini yang beragama Islam bangkit menentang, walalupun kita lihat kehidupan mereka yang agak sekular tetapi dalam hal ini mereka tetap tidak bersetuju. Kerana ini mereka anggap suatu hal yang menggugat jati diri mereka sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam.

Jangan menyamakan Islam dengan agama mereka. Tuntutan yang melampau terhadap Islam bermakna menguji keimanan orang Islam. Kalau penjajah yang datang ke negara ini memahami tentang isi hati orang Melayu Islam, ini maka mereka juga kena faham apa yang boleh mereka buat dan tidak boleh buat di negara ini. Pada hari Sabtu 9hb Ogos 2008, Majlis Peguam menganjurkan pula Forum Masuk Islam. Semua pihak marah termasuklah parti Pas melalui kenyataan Dato’ Seri Presiden Pas yang menyatakan bahawa ini akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini. Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, Pas menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.

Kita tahu ini adalah agenda mereka yang hendak memperjuangkan supaya orang bebas untuk murtad. Sedangkan perkara ini sudah jelas, tetapi kenapa mereka masih degil. Apakah mereka hendak menguji tahap kesabaran orang Islam. Selama ini suasana yang harmoni boleh berjalan dengan baik kenapa isu ini yang dibangkitkan. Ini juga adalah lanjutan kumpulan Artikel 11 yang hendak menuntut supaya kebebasan untuk beragama dan supaya orang Islam juga bebas untuk murtad. Sudah dua kali program Artiekel 11 berjaya digagalkan oleh umat Islam iaitu di Pulau Pinang dan di Johor Bharu sehingga Tan Seri Nazri Aziz kata ini tindakan yang bodoh kepada mereka yang tunjuk perasaan. Suka diingatkan ini adalah fitnah. Sabda Rasulullah SAW “Fitnah itu tidur,celakalah mereka yang mengejutkannya”.

Advertisements

5 comments on “FORUM MASUK ISLAM:FITNAH JANGAN DIKEJUT

  1. Pingback: Isu Forum : Yang Ilmiah Dipersembah! – Malaysiakini « Refleksi diri

  2. bagi saya, sepatutnya Pas yang menganjurkan program2 seumpama ini..bila tidak ada (banyak) orang anjurkan , itulah sebabnya mereka anjurkan sendiri..
    Saya cadangkan Pas kongsi pengalaman ini dengan gerakan islam negara2 lain..
    hidupkan balik semangat Syeikh Ahmad Didad…Munculkan orang seperti Dr Dzikir Neiht dikalangan Pas…Kita study dan kemukan hujah mengikut waki’ negara kita..
    Kita study juga bagaimana berbondong2 orang kafir dibarat memeluk islam (hinggakan gereja pun bertukar menjadi masjid)…

  3. (dalam buku don’t be sad) Seorang Imam masjid diRussia mengantungkan kain rentang disimpang jalan berbunyi ” if you want to know about islam call this nomber 000-00#^&* ” telah menyebabkan ribuan orang bukan Islam memeluk Islam…bolehkah kita berbuat begitu dipejabat agung Pas jalan raja laut ???

  4. Anuar Ibrahim calon PM kesayangan PAS itu membela majlis peguam sehingga MP Zulkifli Nordin terima surat tunjuk sebab.Jadi PAS berpakat dan menyokong Anuar jadi PM maka secara tidak langsung PAS juga menyokong tindakan majlis peguam.PAS janganlah hipokrik dan memperbodohkan diri sendiri.Walaupun PAS dibarisi oleh ramai Ulama ia tidak beerti PAS tidak bodoh dalam politik.Apa yang aku lihat sekarang nampaknya PAS memang di perbodohkan dan ti perkudakan.Bodoh kepada pemimpin2 PAS sekalian.

  5. Acquaintanceship greeting and brotherhood
    Hopefully [light/ray] truth of islam increasingly shines light and enlightens all people and blessing we all …. amen …
    And I invite at my site. Hopefully useful

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s