PELAJAR UITM JANGAN BERANI DEMO DENGAN MB PAKATAN RAKYAT SAHAJA


Terkejut apabila membaca Utusan On Line hari ini 13/8/2008 yang menyatakan 5000 pelajar UITM demo depan pejabat Menteri Besar. Ini berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, kerana mencadangkan 10% kouta UITM dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing.

Alasannya untuk memberi daya saing di kalangan pelajar bumiputera. Pada saya, isu ini tidak sepatutnya disentuh kerana perkara ini sudah jelas dan telah diterima pakai oleh bukan melayu di negara ini. Sepatutnya perkara 153 hak yang telah dijamin dalam perlembagaan elok tidak perlu disentuh. Ini adalah kontrak social yang sudah lama diterima oleh semua kaum sejak kita medeka.

Kalau boleh kita pertahankan apa yang ada dan perbaiki lagi nilai dan mutu orang Islam di negara ini. Kalau dibangkitkan perkara ini ia akan menambah parah tanggapan orang Islam dan Melayu kepada Pakatan Rakyat. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa teras politik di negara ini ialah Melayu Islam.

Selama ini Umno yang telah menjahanamkan ini semua terutama di zaman Tun Dr Mahathir yang memerintah 22 tahun, dan dilanjutkan oleh Datuk Seri Abdullah Badwi.

Sebagai orang yang pernah menjadi pensyarah di UITM daripada tahun 1988-1997, memang missi UITM adalah murni. Dengan semangat bahawa semua pelajar ada potensi untuk dibangun dan dimajukan. Dulu ITM sekarang UITM yang dianggap IPTA kelas tiga, namun sekarang ia berada setanding dengan IPTA yang lain. Satu ketika dahulu pelajar yang gagal mendapat tempat di IPTA lain kerana pencapaian SPM yang rendah telah berjaya dibangun dan akhirnya ada yang menjadi professor dan ahli koperat yang berjaya.

Saya mengharapkan pelajar UITM mengembalikan zaman kegemilangan sebagai gerakan pelajar yang lantang dalam siri demo seperti zaman Saudara Mohd Sabu, Dato’ Ibrahim Ali, Anuar Tahir untuk menentang golongan penindas di negara ini dan membela mereka yang tertindas.

Tetapi semenjak dua menjak gerakan pelajar, UITM berada di bawa paras beku terutama zaman regim Profesor Dr Ibrahim Abu Shah. Perjalanan pilihanraya kampus yang tidak demokrasi, pergerakan kakitangan dipantau dan ditukar ke Sabah dan Sarawak kalau di dapati anti Umno.

Walau bagaimanapun tahniahlah pelajar UITM yang baru keluar daripada kubur dan gua kahfi untuk demo.

Lain kali bukan sahaja atas isu ini, banyak lagi isu yang mencarit perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Contohnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam metematik dan sains, penghapusan biasiswa, menarik balik bantuan perkapita sekolah agama rakyat, tanah simpanan Melayu yang bertukar status bebas.

Semuanya isu yang telah dikhianati oleh Umno/BN iaitu parti yang menjadi dokongan Ibrahim Abdu Shah dan pensyarah-pensyarah Umno kamu. Kalau kamu mahasiswa jantan teruskan agenda kamu sebagai pembela agama dan bangsa, tetapi bukan sahaja dengan MB Pakatan rakyat sebaliknya dengan penguasa yang lebih besar kuasanya di Putera Jaya yang mengkhianat amanah agama dan bangsa.

25 comments on “PELAJAR UITM JANGAN BERANI DEMO DENGAN MB PAKATAN RAKYAT SAHAJA

  1. Pingback: Mahasiswa bangkit dari kubur « Herman Samsudeen

  2. Ustaz no bodoh, belajar tinggi2 pun bangang gak. sampai bile org melayu nak pertahankan semua haknya? dunia semakin berubah, org makin berubah. kaum lain kt negara ni nak tuntut ape yg mereka rasa mereka berhak terima. demo yg dibuat oleh 5000 pelajar tu menunjukkan 5000 PELAJAR TU TAK SUKA KAUM LAIN MASUK UITM OLEH ITU SAYA LABEL DIORANG RASICT…sbab ni la melayu jatuh, angkuh, bodoh, rasict. hidup melayu

  3. maafkan saya kalau kurang faham.
    apa tujuan post ini? nak suruh semua 5000 tu selalu wat demo kat semua tempat?
    saya rasa semua 5000 itu bukannya dihasut untuk pergi buat demonstrasi. itu suara pelajar, yang belajar di tempat itu. mereka rasa itu hak mereka yang dipertahankan. kalau mereka salah, kita tegah lah. tapi jangan suruh mereka berdemo lagi.

  4. ITM kini UiTM bunyi macam UTM tapi i huruf kecit terletak di celah U dengan T , macam hebat tapi dari segi sosial terkejut bila masuk kedalam kawasan kempos , dengan lagak nya oi malu nak banding dengan U lain, sedarlah UiTM ni kelas ketiga kalu bersaing dengan U lain. Orang tegur tu untuk mengenal siapa diri kita yang sebenar. Tengoklan pemilihan dalam IPTA bila tak dapat masuk U yang ada kelas baru di campak ke sini.
    ini bukan apa hendak mengingat je.

  5. 5000 katak keluar dari bawah tempurong, bantah supaya tempurong mereka tidak terus dibuka. Sedarlahlah bahawa global village tak lagi perlukan tempurong UMNO. Keluarlah kedunia luas dan lihatlah realiti masyarakat global. Tak guna cakap ndak jadi wold class universiti kalau asyik seronak dibawah temporung UMNO yang makin mereput.

  6. adik2,buat aper berdemo,NC u all tak suka tau…sbb negara akan huru hara klu u all berdemo.

    apahal lu org nak marah2,MRSM pun dah ada bukan melayu..sapa yg bagi?
    UKM ,40 % bukan melayu..sapa yang bagi?
    UM?..UPM?….sapa yang bagi?
    klu u tanya NC korang,konfom dia boleh tolong jawabkan dgn data nyer yg cukup tepat.
    so..MB baru je nak cadang..sbb tgk korang dah macam ayam kentucky dah kat dalam uitm tu..

    apa-apapon tabik springlah korang demo polis tengok je….ilmu apa korang pakai,mai ajaq skeet..

  7. kepada saudaa syarat..
    aku nak suka lako buat lawak..
    aku student tahun akhir uitm.
    sume pelajar2 kolej di paksa pergi utk demo tu.bayangkan satu uitm tu ada bape kolej???
    nak harap kan keikhlasan, jgn harap.
    stuent uitm bgun tdo pn kul 8.30 lbh. suboh ke mana. ini kan plak nak pegi demo.
    kalu ade konsert takpe.diorang berminat la.
    budak2 tu siap kapel lagi yg datang tu..aduh uitm..

  8. Aku alumni UTM danUiTM. Kalau u all kata UiTM kelas tiga, besar harapan aku kalau disertakan fakta. Kelas tiga tu dari segi apa? KEmudahannya atau pensyarahnya atau pelajarnya atau pentadbirannya?
    Cuma apa yang aku respek kat kebanyakan Pensyarah UiTM ialah kerana ketabahan mereka dalam mendidik anak bumiputra. Kalau dulu memang diakui pelajar yang masuk ke sini adalah dari yang tercicir untuk ke Universiti lain. Jadi mereka ini dari segi keupayaan mungkin kurang tapi Pensyarah2 disini berjaya membimbing mereka berbanding pensyarah di IPTA lain yang dapat cream dimana tugas lebih mudah. Sehinggakan apabila keluar dari UiTM menjadi setanding atau melebihi keupayaan graduasi IPTA lain. Sebenarnya objektif penubuhan UiTM dengan IPTA lain dimalaysia tidak sama, kita berada dilandasan yang berbeza, tetapi halatuju kita tetap positif. Jadi tak perlulah menuding untuk mengatakan keaiban orang lain, tetapi perbaikilah diri…

  9. saya tak faham fokus artikel ni… kaburrrr… yg mana satu yg tuan sokong? errr… konpius… konpius…

    ustaz, saya nak tanya… mana yg perlu diutamakan lebih dulu… islam atau melayu?

    perjuangan ketuanan melayu itu satu pembohongan… dahlah kena jajah beratus tahun… lepas tu merdeka, tapi tetap juga orang melayu ketinggalan… masih tak ambil iktibar lagi? allah dah tunjukkan bahawa perjuangan untuk semangat perkauman tak akan berjaya.

    bagi orang islam, kejayaan itu hanya akan datang dengan cara islam! kalau buat cara “melayu”, macam la ni la jadinya…

    sebagai seorang ustaz dan apalagi ahli pas, tuan kena ingat bahawa ISLAM lah yg mesti di nombor satukan! nabi sendiri larang assabiyah! islam itu agama adil… adil bagi semua… bukan untuk orang islam sahaja! islam itu adil dan selamat untuk semuaaaaaaaaaaa… rahmat untuk sekalian alam.

    allahu’alam.

  10. sy xpuas ati ngn mb selangor nk bkk 10% kt kaum cine..kalo sume nk bkk kt sume kaum,mane perginye keistimewaan anak melayu?mrsm dah bukak,biasiswa pun bg.so ape lg drg nk?sedar2 la diri 2 n trime hakikat bhwa melayu ialah ‘tuan punye Tanah Melayu’..so xyah nk baik2 sgt nk bg hak melayu kt org yg x berhak..

  11. Kita harus maju kedepan, bukan mundur kebelakang,
    Knp u all nak takut dgn saingan kaum lain, agak2 Uitm tu nak bawak mati ke, klu 100% melayu.. pasti ke anak2, adik2 kwn2 kita semua dpt belajar kat sana..knp org Islam tak leh campur dgn agama lain ke..perkauman betul lah u all ni..jgn mareh ye

  12. UITM nampaknya ada kelas kalau dibanding dengan U U lain tapi nampak kematangan berfikir low kelas , baru di cadang dah mengamok seluruh malaysia sampai masuk dalam acara selamat pagi malaysia. berarak sana berarak sini.
    Cuba fikir dengan matang siapa MB Selangor dalam negara dia ada kuasa ke , apa yang dia cakap semua menteri ke ahli panglimen ke ikut kata dia ,tak tahulah kalau semua jadi pak anggup. cuba fikir siapa pak anggup.
    UITM kenapa gatal sangat nak tunjuk berjuang bangsa konon nya kan nampak kebodohan nya.

  13. Bagusnya bangsa melayu……anak melayu…pakai baju hitam macam panglima hitam….hhehehhe.Sekali pandang macam gagakpun ada…hehhehehe terbang sekawan mencari makan.Nasib baik tak kena tembak….Tolonglah cari penyelesian yang lebih baik.Anda semua bukannya anak-anak yang bodoh,anak-anak U le katakan.MB tu cuma nak naikkan semangat anda dan semangat anak bangsa sahaja.Andalah yang akan jadi peminpin suatu hari nanti.Carilah yang terbaik…..janganlah buat pekara yang memalukan.

  14. Alhamdulillah…

    Ahlan Wasahlan Ustaz….

    Teringat saya semasa kecil ayah saya suh ikut pegi ‘mendengar’ di Masjid Semabok, Melaka. Masa tu saya taknak pergi sebab saya bukan mendengar, saya main2 jerk nanti. 🙂 Bukan apa, masih kecil lagipun ustaz2 sebelum tuh kalau bagi kuliah saya rasa cam nak tidur jerk.

    Tapi ayah saya cakap ader ustaz baru, mengajo kat UIA.. wah semangat sikit nak pergi (masa kecik2 cita2 nak masuk Universiti.. Alhamdulillah).. saya pun bingkas bangun dari tgk doremon. 🙂

    Ingat lagi masa tuh ustaz yang bagi kuliah. siyok (pinjam kata orang bajau). sejak dari hari tuh, terus jatuh cinta nak dengar ustaz nyer kuliah. Panggilan untuk Ustaz ialah Ustaz Deris. Lepas ustaz bagi kuliah, pekene teh tarik yang dibuat oleh seorang pakcik saudara baru (lupa lak nama nyer). Masa tuh rakan2 seangkatan bapa saya Imam Japau (Jaafar), ustaz Daman Huri, dan beberapa kerat (dulu ler) orang Pas Semabok.

    Ayah saya Hj Manap Daud (kalau ustaz ingat lagi) cakap, nih ustaz kau ler pejol (panggilan untuk saya). Sebab masa kecik2 lagi dah kene anto Tadika Pasti.. hehehe.

    Eh, melalut dari topik diatas, mintak maaf ler.. Tapi apa yang saya nak terangkan kat sini, tiap2 kali dengar kuliah Ustaz Deris nih ramai jemaah rajin bertanya soalan, dan tiap2 soalan dijawab dengan ayat2 yang mudah difahami. Alhamdulillah.

    Ustaz Deris.. Saya rindu plak nak dengar ceramah Ustaz. Kalau datang Sabah (sekarang saya menetap di Sabah) email saya yerk.. Gunung Kinabalu saya tadahkan untuk ustaz. Teruskan Perjuanganmu. Bersama Islam Membina Masyarakat.

    -Faizol-

  15. Salam..
    aku sedih dengan melayu…klu melayu sendiri tidak mahu mempertahankan hak2 melayu…satu persatu akan hilang
    nanti…melayu mudah lupa dan tidur…dulu MRSM..adakah kurang daya saing murid melayu seandainya tiada cina india?
    adakah pelajar UiTM akan menjadi semakin bodoh kerana di UiTM tiada cina india?jawapnya tentu TIDAK…
    Tapi dek kerana segelintir manusia yang tidak faham tentang hak melayu bumiputera…mudah saja dibuka itu ini…dulu hak warganegara..selepas tu berkenaan tanah…lepas tu apalagi?
    ingatlah ..kaum melayu masih mundur..kalau melayu sendiri tidak berbuat sesuatu..akan lahirlah singapura kedua ..Nauzubillah !!!

  16. uitm class ke 3???
    amboi sesedap mulut jerk cakap…
    ingat senang ke skrg ni nak msuk uitm..
    jgan pandang sebelah mata k!!!..
    kiter tengok nanti graduan mana yg akan di pandang tinggi oleh majikan..
    bukan suma student melayu takder daya saing..
    sebelum cakap org..cermin2 lah diri tuer dulu..!!

    uitm di hati ku……

  17. salam..
    sabar la wahai smua org2 yg bg komen kt atas ni erk..apa yg ktorg rasa korg takan rasa punye….ye la,ckap mmg la korg pndai tp buat tu 1apa pun xda.
    sesetengah org kt msia ni fkiran sempit sgt dan ada pula yg terlebih luas.tp cuba la korg trus pndang ke hdpn, aman hidup korg ckit..hei..tak tahu la..dunia2..
    HIDUP_BUMIPUTRA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  18. hm..ptotnya bdk uitm kna sedar.sbb demo ni lah akn terserlah kebodohan mereka sndri wlupun dipaksa utk demo.mmg pelik..stakat cdgn shj diorg dh brdemo sakan.tp hal2 mrsm,biasiswa dll dh pon diluluskn xde plak org nk demo.rakyat skg dh matang dan boleh pk mana btol dan salah.mmg demo ni dh dipengaruhi oleh politik.apa nk jadi pd msia nnt?BN bt apa pon ttp xsalah.klu PR bt salah ckit ja heboh sekampung dan dilaung2 kn dlm media masa setiap hari smp kita menyampah nk dengar.sedarlah semua..

  19. itule…bila perjuangkan bangsa, tak berkat, mcm2 jadi…
    cuba perjuangkan agama..kita bersatu atas nama agama, bukan bangsa. buat apa nak bangga dgn bangsa, nabi sendiri pun tak bangga dan tak bg sapa2 yg berketurunan arab bangga…ni kan pulak bangsa melayu…

    bayangkan jika UiTM adalah U untuk org beragama islam sahaja… aku yakin 200% ia akan jadi antara U yg plg terkedepan. letakkan syarat, nak masuk UiTM blh, tp kena Islam,tak kira la bangsa apa pun. mesti tak dak sentimen perkauman punya…
    jadi U ni akan dimasuki oleh bangsa cina muslim, india muslim …persaingan sihat akan berlaku. Cina pandai bukan sebab ajaran buddha, tp budaya kaum cina….
    Bila dah maju, org2 bukan islam akan bkak mata, U islam hebat..
    sukar ke benda ni? tak susah rasanya, tambah2 skrg ni majoriti pensyarah adalah org islam dan hebat2 pulak…
    so tggu apa lagi…
    nak 1000 daya ,kalau tak nak ……………..

  20. Memang bodoh sesiapa mengatakan UiTM kelas ketiga.Jika anda sendiri tidak masuk UiTM dan belajar silibus yang sama seperti universiti lain dan antarabangsa janganlah memberikan kesimpulan itu.Walaupun pelajar UiTM banyak berdiam diri dalam isu2 lain itu bukan bermakna kami tidak peka.Kami pelajar UiTM bukannya bodoh mahu berdemo hanya kerana harga minyak naik,menentang ISA dan sebagainya.Tidak guna menentang sedemikian sekiranya kami gagal dalam pelajaran seperti rakan2 yang berbuat demikian di ipta lain.Diam2 kami diam berisi.Diam2 kami sebenarnya menambahkan profesional dalam kalangan org2 melayu islam.Diam2 kami tetapi kamilah penuntut yang mengimbangi bilangan profesional berdasarkan kaum.Kami bukannya bodoh mahu sentiasa berdemo seperti pelajar indonesia atau thailand.Pelajar Ipta lain yang berdemo kebiasaannya bukanlah mereka yang mengambil bidang2 kritikal seperti kejuruteraan atau perubatan.Mereka yang berdemo adalah pelajar kesusasteraan,pengajian islam,sains politik dan sebagainya yang tiada nilai pun dalam pasaran kerja global.Mereka hanya bernilai bagi parti politik sahaja.

  21. klu nak demo skadar memenatkan kaki, bagus xyah la kan.. bagus lg stay kat hostel… klu aku, wajib ke, x ke, sana dihostel aku tdo… watpa panat2… mgkin ada faedah la bg ssetengah pelajar, klu x watpe kan.. lek la… suma org pun mo belajar jga… kang bila ada U ni 2k org india n cina ja, amacm ko? sama jga dengan mrk… sabo kan aje la… bg peluang kpd mrk… kang bila ada masalah pekauman kang… ha… time 2 la nak salahkan org len.. bile da ada peluang cam2, amik la… mengeratkan silaturrahim ssama kaum kan bagus… yang dulu 2 dulu n skang ni pikir skang…. ko pkir la sendiri…
    “pkirla, ada hikmah disebalik semua pekara yg kamu sendiri pun xnak benda 2 berlaku…

  22. aku dulu bekas pelajar uitm…aku nak komen sket.. uitm cawangan ok best…kampus induk=cam haram
    satu lagi…blaja kat penang sepatutnya graduate pun kat penang la…hape kejadahnya nak kumpul ramai2 graduate kat shah alam…takde feel ko tau abu shah.. ko tolong pk pasal perasaan aku nih..pk pakai otak jangan pk pakai misai….hah malas aku layan ko… pentadbiran uitm= tahi…..aku nak quit uitm…blaja tmpat lain lagi baguzzzzzzzzzzzzzzzz…………bye2 mai friend…

  23. heh ehe aku ingat lagi masa aku tengah belajar dalam kelas,,,,,,,tetiba mpp buat pngumuman paksa aku dan kawankawan buat demo….heheh mende la mpp uitm nih…keras wo suara paksa gi demo… aku rasa nak tumbuk jek mpp tu…nak tumbuk tapi x jumpa lak…last aku jumpa kenderaan dia…hahahaha (spt kata gemuk dalam ali baba bujang lapok),,, hah ape lagi…pecahh laaa……………

Tinggalkan komen