BAGAN PINANG: ANALISA AWAL


BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala  Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak  banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.

-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau

-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.

-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada umno.

-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.

-Undi pos yang tidak di pos adalah simpanan tetap umno dalam pilihanraya

-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan Pas sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli umno 3017 orang.

-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan umno dalam pilihanraya.

-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam umno untuk membodohkan rakyat.

-Pengundi India yang terpengaruh  dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar. 

– Budaya takut di kalangan pengundi  melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi Pas, tetapi takut menzahirkan diri.

-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno,  contohnya  seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada Pas.

-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.

-Sokongan Kelab Penyokong Pas yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008

-Usaha gigih ahli-ahli Pas di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas Pas dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samsing umno seperti Sarip Dol  kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong Pas sama ramai.

-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli Pas. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

5 comments on “BAGAN PINANG: ANALISA AWAL

  1. salam. maafkan saya. saya rasa komen ataupun ‘analisa’ ustaz terlalu emosional dan tidak selayaknya dititipkan oleh pimpinan tertinggi parti (ketua penerangan pas pusat). ustaz terlalu menyalahkan pengundi. pengundi memang begitu sifatnya. seperti yang ustaz sebutkan pas hanya mempunyai kurang lebih 100 ahli sahaja dengan empat cawangan. seharusnya kita melihat ini sebagai satu kejayaan kerana dengan 100 ahli kita berjaya mendapat lebih 2000 undi (1:20) berbanding umno dengan 3000 ahli hanya mendapat 8000 undi (1:3). Lupakan tentang politik wang yang memang sudah berakar dikalangan umno/bn, apa yang penting kita perlu melipatkan usaha untuk menambah keahlian dan membuka lebih banyak cawangan pas. cthnya di ladang-ladang yang pas tidak pernah boleh masuk sebelum ini, sudah menunjukkan penerimaan kepada kempen pas. Dan jangan lupa, kesilapan di pihak pas pun ada, cthnya seperti kes ‘tetakan parang’ yang berlaku, akhirnya diketahui sebagai drama yang paling hebat. tanpa selidik kita telah mewar-warkan melalui media kononnya markaz pas diserang. ini bagi saya satu kesilapan besar sebagai sebuah parti islam. Apapun mari kita sama-sama lakukan muhasabah diatas kekalahan ini dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada sebelum PRU13. wassalam

  2. lots have been said and will be said.dari pelbagai sudut dan dari pelbagai andaian dari kepala akal manusia yang daif dan kerdil ini!jika Allah takdirkan menang,pasti lain pula olahan ceritanya….Allah Maha Kaya dan Allah juga mengajar kita.God is watching us every second and every minute.haq dan bathil itu jelas.islam pasti menang dan sentiasa menang tapi hanya jika kita melihat dengan mata hati dan nur makrifat…..unless and until we are ready and prepared,only then the ultimate victory is ours….but are we really really really ready???

  3. Pingback: BN Perak tabur dakyah dan cuba balas dendam – Dr khairuddin Dato’ Malek « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  4. USTAZ IDRIS HANYA MEMBALAS PENENDANG DENGAN PENAMPAQ

    OLEH Aris Awang

    Aku baru membaca dan meneliti tulisan Ustaz Idris Ahmad mengenai sanggahan terhadap Prof. Dr. Abd Aziz Bari yang menuduh Tuan Guru Hj Abd hadi Awang pro-UMNO. Setelah membaca dan meneliti tulisan itu, bagi pandangan aku tulisan Ustaz Idris Ahmad adalah ibarat penampar sahaja, dibandingkan dengan penendang yang dilepas kepada muka Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang oleh Dr. Abd Aziz Bari

    Aku adalah seorang manusia kerdil yang didik oleh Tuan Guru sejak dari bangku sekolah hinggalah sekarang. Beliau telah mendidik aku mengenali perjuangan Islam yang benar bukan sahaja melalui teori (buku, kuliah, ceramah, tamrin, kolokium, kertas kerja, usrah, muqayyam) tetapi secara lisanul hal (tingkah laku dan perbuatan beliau ketika didepan ramai dan ketika bersendirian) dalam segala aspek kehidupan untuk menjadi seorang mukmin yang akan berjaya di dunia dan diakhirat.

    Adalah pelik, jika seorang yang merasakan bahawa dia telah dididik dan diasuh dengan penuh keikhlasan (terasa dan tersentuh keikhlasannya dalam hidupku), tiba-tiba beliau dituduh dengan satu tuduhan yang cukup hina oleh Dr. Abd Aziz Bari yang boleh diibaratkan melepas penendang kemuka Tuan Guru Hj Abd hadi Awang, tiba-tiba tidak ada seorangpun anak buah beliau yang berani untuk tampil dan melepaskan penendang kembali kepada Dr. Abd Aziz Bari atau sekurang-kurangnnya melepas penampar.

    Menuduh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pro UMNO yang korup dan dajal adalah satu perkara yang cukup besar impacknya!. Suatu impack yang besar biasanya tindakan pantulan akan berlaku dengan lebih cepat dan kuat.

    Oleh itu aku mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hj Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, kerana telah menjelaskan kedudukan yang sebenarnya dan menyanggah kembali tuduhan Dr. Abd Aziz Bari, walaupun bagi aku sanggahan Ustaz Idris hanyalah ibarat membalas penendang dengan penampaq.

    Sepatutnya yang kena berlaku ialah – media dibalas dengan media, penendang dibalas dengan penendang, penampaq dibalas dengan penampaq. Awas jangan lebih kalau lebih itu sudah salah dari segi adab dan prosedur mahkamah syarie. Tidak timbul panas baran atau tidak bila kita melakukan perkara tersebut, kerana jika tidak dilakukan tindakbalas dan penjelasan mungkin masyarakat akan menganggap betul, lebih malang jika ahli pula yang menganganggap betul tuduhan tersebut, lalu ahli berpusing 180 darjah memilih mereka yang tidak dikenali hatinya budinya secara mendalam keadaan sebenarnya, yang mungkin dilihat cukup tenang dipermukaannya dan cantik dikulitnya.

    Tahniah, sekali lagi kepada Ustaz Idris Ahmad dan diharap kepada Dr. Abd Aziz Bari janganlah terasa sangat kerana beliau dahulu yang melepaskan penendang, maka sudah tentu bersedia untuk kena luku, kute, penyepak atau penendang juga.

    Semoga kes ini ditutup, cukuplah penendang di balas dengan penampar oleh Ustaz Idris Ahmad dan Dr. Abd Aziz Bari, bolehlah terus mengkritik dan mengulas apa sahaja yang beliau ingin ulas mengenai mana-mana pihak dengan adil dan saksama dan mungkin akan dikritik dan diulas pula dengan saksama oleh mereka yang dikritik itu.

    p/s:setiap kali pilihanraya bila pas tewas,ust.hadi selalu dihina,dicerca…apakah sestengah golongan pimpinan dlm pas ini muktazilah?syi’ah?atau mungkin pihak yg merasakan bahawa ibadah mereka adalah penentu kpd jannatullah bukan rahmat dari Allah..jd sewenangnya membelasah peribadi ust.abd.hadi…selalu mcm tu,tipikal dan dangkal…adakah pengaruh JIM dan RC?

Tinggalkan komen