Video Klip hina Hudud, Noh Mesti Bertindak.


Video Klip hina Hudud, Noh Mesti Bertindak.
Idris ahmad
16/12/11

Datuk Seri Noh Omar  mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip sembang rakyat yang menghina hukum hudud. Beliau tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini. Kerana individu yang sama 
 yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang , laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.
Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah. Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas “memelihara akidah” rakyat Selangor. Jangan pula Noh Omar lupa pula bahawa mereka menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja boleh menjadi murtad. 
Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229. Di di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah.

 Datuk Seri Noh perlu menunjukkan sikap yang keras dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh. Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut. Ingat azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat. Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah. Sekarang terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA.

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Tinggalkan komen