Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah.


    Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah.

Idris Hj Ahmad
8/1/13

Tun Dr Mahathir Muhamad mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Beliau berkata selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Beliau mengharapkan semua
semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam.
Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya.

Tun memberi ingatan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno kepada negara. Beliau masih menggunakan tektik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya. Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80 an.
Tun terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. Selepas PRU 12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negeri akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat. InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka
Atas asas apa Tun bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan? Mungkin beliau tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.
Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion.

Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri


Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
Idris Hj Ahmad
8/9/12
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.
Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina dalah kaum pendatang.
Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Hisahmudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Bukankah pemimpin Umno dan Mca yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.
Siapa yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.
Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam

Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1 Melayu 1 Bumi”. Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini
Akbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.

Tukar Kerajaan, Bukan Bendera.


Tukar Kerajaan, Bukan Bendera.
Idris Hj Ahmad
3/9/12

Apabila gagal menyekat kebangkitan rakyat menghadiri Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 maka berbagai isu dibangkitkan oleh pemimpin Umno dengan tujuan tuntutan pilihanraya bersih dilupakan. Mereka cuba menimbulkan isu kononnya Pakatan Rakyat hendak menukar bendera, dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak tukar Perlembagaan.

Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin Umno dalam isu bendera hendak ditukar. Bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?. Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian? Janganlah membuat provokasi dan tohmohan yang bukan-bukan kepada Pakatan. Sebelumnya dituduh Pakatan Rakyat hendak menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Kalau pun hendak menang pilihanraya janganlah kenyataan yang terlalu bodoh dikeluarkan oleh mereka yang bertaraf menteri. Biarlah kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh bloger upahan Umno sahaja.

Kerana terdapat beberapa bendera yang bukan bendera Malaysia terus ditohmoh kepada Pakatan Rakyat hendak tukar bendera. Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera.

Pemimpin Umno yang memfitnah PR hendak menukar bendera tanpa bukti rasmi, apakah pula status Umno dengan komunis. Bukankah Umno pernah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China (PKC) 5 Oktober 2010. Lebih bahaya lagi menurut Tengku Adnan Tengku Mansur selaku Setiausaha Agung Umno mengatakan, Umno akan hantar Putera Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan PKC. Adakah rakyat juga boleh tuduh Umno hendak menjadikan negara ini komunis?.

Sanggup Mengaku Syaitan Asalkan Terus Berkuasa.


Sanggup Mengaku Syaitan Asalkan Terus Berkuasa.
Idris Hj Ahmad
24/8/12

Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya. Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.

Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).

Kenyataan ini mengambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.

Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.

Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun. Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah. Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali. Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat. Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu. Sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.


Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.
Idris Hj Ahmad
13/8/12
 

Sepatutnya pilihanraya ke 13 sudah berlangsung tahun 2011. Tetapi suasana tidak  mengizinkan, kerana tidak menyebelahi pihak BN. Parlimen dibubar jika Pas-Dap berbecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan Dan RTM tidak  menjadi. Hubungan kedua parti ini semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti ini, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan, kerajaan Pusat akan tumbang.  Umno amat  memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam. Undi Melayu sudah tidak  lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda. Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka.

Selama ini Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai Pas, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.
Kalau Pas-Dap tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.

Terbaru  kenyatan Ustaz Abdullah Sa’amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi Dap, kerana ia kafir harbi. Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah.

Malangnya kenyataan ini telah memakan Umno dan Mca. Rakyat  mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta. Penghinaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Datuk Ayub sebagai hilang akal. Mca juga  yang banyak menghina dan  memperelkehkan Umno dalam isu hudud.  Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA.

Hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang, tidak ada satu pun masjid, surau dan Ustaz ditangkap. Tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah. Rakyat masih segar dalam ingatan,  Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Puchong Perdana ditutup. Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang kianat rumah Allah?. Tidak ada apa yang rugi kepada Pas dan Islam kerana bertahaluf dengan Dap. Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa.
 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13


Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13

Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah 
21/6/12

Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.

Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.

Pengertian Tarbiah Harakiah

Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah

Kepentingan Tarbiah Harakiah

@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi. 

@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah 

@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap
 
@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

@ Jentera
 
Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.

 @ Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud
” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.
Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. 

@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah

Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”

Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah

@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki 

@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan 
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya

@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan

Najib bimbang rakyat hanya makan umpan


Najib bimbang rakyat hanya makan umpan

Idris Ahmad,
26 Jun 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak masih takut mengumumkan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.
 
Walaupun banyak gula-gula telah ditabur sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat.
 
Berbagai-bagai segmen pengundi cuba ditarik oleh beliau melalui janji manis dan slogan transformasi namun graf sokongan masih tidak berpihak kepada BN.
 
Terbaru beliau mengumumkan untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta kepada individu di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun 2012. Di dalam program tersebut 66,000 pemandu teksi akan mendapat baucar tayar bernilai RM520 untuk empat biji tayar.
 
Alhamdulillah sekarang baru Najib sedar bahawa pemandu teksi menjadi hamba kepada kroni-kroni BN selama ini.
 
Nasib baiklah BN lemah dan Pakatan Rakyat semakin kuat barulah pemimpin Umno sedar selama ini dasar mereka memang menindas pemandu teksi.
 
Sebelumnya kerajaan telah memberi peruntukan BR1M sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.
 
Baucer setiap pelajar sekolah rendah dan menengah RM100 dan untuk pelajar universiti RM200. Pasukan keselamatan yang berkhidmat sebelum merdeka pun dapat RM3,000 walaupun mereka sudah meninggal dunia.
 
Tidak cukup dengan duit diberi supaya mereka ini memberi sokongan kepada BN, maka diadakan pula perhimpunan 100,000 di Bukit Jalil dan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya untuk menunjukkan kekuatan  bahawa pengundi bersama BN.
 
Namun begitu Najib masih tidak yakin, kerana beliau tahu mereka yang datang bukan dengan sukarela, berbanding dengan himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kedah.
 
Beliau juga khuatir pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Najib bernasib malang ketika memimpin PRU13 menghadapi pengundi yang celik maklumat dan rakyat semakin cerdik.
 
Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang.

 

Tarikh PRU Tidak Menentu, Najib Menyusahkan Mahasiswa


Tarikh PRU Tidak Menentu, Najib Menyusahkan Mahasiswa
Idris Hj Ahmad
14/6/12

Tarikh PRU 13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji,  ahli politik, peniaga dan mahasiswa. Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihanraya. Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihanraya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.

Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima  arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihanraya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah. Kerajaan faham bahawa keputusan pilihanraya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihanraya kampus diadakan pada bulan Feb sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihanraya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling  malang ada di kalangan pimpinan MPP  yang akan  menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang. Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa. Penangguhan pilihanraya kampus  menandakan Umno Bn dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Hijau Meresahkan Najib


Himpunan Hijau Meresahkan Najib
Idris Ahmad
2/6/12

Himpunan Hijau Ke Puterajaya berjaya, matlamat dan sasaran tercapai. Semua ruang stadium padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana  di dalam penuh sesak. Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit “terencat bilang”.

Mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas. 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya. Pak Samad Said mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.

Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya.  Seperti kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti. Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara.  
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khidmat Orang Tua Umno Melawan Media Baru


Khidmat Orang Tua Umno Melawan Media Baru
Idris Hj Ahmad
22/5/12
Umno terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam Umno bagi membantu kemenangan Umno di dalam PRU 13. Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno.
Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian.
Khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam. Dari segi logiknya Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan. Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya.
Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana “orang muda yang cerdik” dengan media baru tidak bersama dengan Umno, sebaliknya mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang. Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru.
Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?

Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya


Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya

Idris Haji Ahmad

19/4/12

Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang  tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.

Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana  perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah.  Mengakibatkan parti  tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali,  kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti.

Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan  manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah  yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan.

Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”

 

Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.

Tarbiah tidak sepatutnya  dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan  tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.

Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.

Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.

Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf” (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas

a.                    Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.

b.                   Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan  tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi  untuk mengimbangkan program  ceramah dengan tarbiah.

c.                    Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan  pembentukan peribadi dan membina akhlak.

d.                   Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.

 

Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.

 

Setiap ahli Pas mesti melatih  diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah

 

Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi  peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT

“Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu” (Surah al-Anfal 46)

 

 

Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal.

TAWARAN HAPUS PTPTN , NAJIB CACING KEPANASAN


TAWARAN HAPUS PTPTN , NAJIB CACING KEPANASAN
Idris haji Ahmad
2/4/12
Apabila Pakatan Rakyat bersetuju untuk hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 11 Mac 2012, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan. Perdana Menteri juga menuduh ini adalah resepi kehancuran negara. Manakala Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin kata ini tidak relevan.
Sebenarnya ini adalah jawapan skima pemimpin BN dalam setiap perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Sedangkan kerajaan pimpinan Najib sanggup hapus hutang kepada seorang individu Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Oh, untuk seorang kroni tidak hancur, untuk 1.87 juta pelajar hancur negara. Amat zalim kepada setiap pelajar yang berumur 22 tahun sudah menanggung hutang tidak kurang RM25,000 hingga RM80,000. Sedangkan peluang kerja semakin sempit, perbelanjaan semakin tinggi.

Pada tahun 2011 sahaja sudah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.
Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sebelum ini kerajaan Kelantan bersetuju untuk menghapuskan pinjaman PTPTN untuk pelajar Kelantan jika PR memerintah kerajaan pusat melalui wang royalti minyak yang akan dikembalikan kepada Kelantan.
Bukan mustahil apabila laporan sampai kepada Najib bahawa BN akan kalah di dalam PRU 13, kerana anak muda marah isu PTPTN maka Najib juga akan menghapus kira hutang PTPTN.

PAKATAN RAKYAT KUAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT


PAKATAN RAKYAT KUAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT

Idris Ahmad
8/3/12
Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat. Selama ini pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga. Banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat. Berbagai usaha untuk menarik hati rakyat  supaya menyokong BN. 

Antara faedah yang rakyat perolehi,  terbaru kerajaan  memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang. Mansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.   GST, saman ekor, cukai 6%  pra bayar telepone, 1 Care Malaysia telah  ditangguhkan. Begitu juga, kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU.

Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3000.00. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion. Begitu juga RM100.00 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200.00 untuk pelajar universiti.Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor


Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor

Tahniah kepada Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas Selangor walaupun Datuk Seri Najib dan  Tan Seri Muhyiddin Yasin begitu kerap sekali turun ke Selangor. Seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga. Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor. Betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah anak pungutan. Pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN. 

Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan. Anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa  mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik. Mereka akan pastikan ibu bapa mereka tida dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru KAFA kepada RM1500.00, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas. 

Kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai. Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno. Oleh itu akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka  rakyat akan  buta agama. 

Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula  dirasai oleh semua lapisan rakyat. Tidak seperti zaman umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi.

Kejayaan kerajaan PR Selangor  menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173  juta daripada RM800 juta. BN berhutang, PR tolong bayar. Untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah maka diperuntukan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insyaAllah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Negara Bankrap Jika PR Tiru BN


Negara Bankrap Jika PR Tiru BN
Idria hj Ahmad
31/1/12

PR sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat kerana  negara akan bankrap jika PR meniru cara BN. Datuk Seri Najib ketika  bercakap di Arau, mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat   yang membuat berbagai tawaran yang boleh menghancurkan negara.

Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR. Pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi bukan bertindak secara membabi buta

Setakat hari ini semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN. Sabah dan Terengganu walaupun negeri ini memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.

Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019  ialah Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya. Negara bankrap  jika bil letrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160, 000 sebulan dan bil air RM31,000 sebulan. Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta.

Negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak  untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan. Negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingg a negara rugi RM28 bilion setahun.

Negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara. Contohnya Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer. Bukan RM100.00 tetapi hampir RM1 bilion. Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap.

Pakatan jangan  mengganti perangai buruk pemimpin Umno Bn yang menjahanamkan khazanah negara. Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti Sabah dan Sarawak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.