Catatan Dhuha Feb 21

Catatan Dhuha.

Kadang-kadang musibah yang menimpa kita mampu meluruskan jiwa, menyedarkan diri daripada kelalaian dan mampu menyelamatkan dari kesesatan. Idris Hj Ahmad 19 Jamadil Akhir 1442/ 1 Feb 2021 Isnin.

Catatan Dhuha

Cahaya ilmu lenyap kerana kemaksiatan, bercampur dengan orang yang tenggelam dengan dunia dan cuai dengan ibadah sunat. Idris Hj Ahmad 20 Jamadil Akhir 1442/ 2 Feb 2021 Selasa.

Catatan Dhuha

Apabila Ilmu yang hilang keberkatan, ia hanya setakat lancar di bibir, tetapi tidak dihayati di dalam kehidupan. Kontra dengan apa yang diucap. Idris Hj Ahmad 21 Jamadil Akhir 1442/ 3 Feb 2021 Rabu.

Catatan Dhuha

Membicarakan kebaikan lebih bermanfaat, apabila disertai dengan sikap mencela diri sendiri atas kecuaian yang ada pada dirinya. Ertinya ia tidak merasa dirinya sempurna.Idris Hj Ahmad 22 Jamadil Akhir 1442/ 4 Feb 2021 Khamis.

Catatan Dhuha

Orang yang bekerja di jalan Allah hidupnya sentiasa diberkati walau pun di mana sahaja dia berada.Idris Hj Ahmad 23 Jamadil Akhir 1442/ 5 Feb 2021 Jumaat.

Catatan Dhuha.

Rasuah ibu pemusnah negara dan tamaddun bangsa. Pemberi dan penerima rasuah, kedua-dua di dalam neraka. Idris Hj Ahmad 24 Jamadil Akhir 1442/ 6 Feb 2021 Sabtu.

Catatan Dhuha

Beruntung dan berbahagialah orang-orang yang mempermudahkan hajat orang lain. Allah akan memudahkan hajatnya pula.Idris Hj Ahmad 25 Jamadil Akhir 1442/ 7 Feb 2021 Ahad.

Catatan Dhuha.

Pemberi dan penerima rasuah mungkin terlepas dengan undang-undang dunia, tetapi tidak di akhirat. Gembira sebentar, diazab lama. Idris Hj Ahmad 26 Jamadil Akhir 1442/ 8 Feb 2021 Isnin.

Catatan Dhuha.

Orang yang tidak terlibat dengan kedurjanaan rasuah jiwanya merdeka. Hidup mulia samaada ketika hidup atau sesudah mati. Idris Hj Ahmad 27 Jamadil Akhir 1442/ 9 Feb 2021 Selasa.

Catatan Dhuha

Cari dan berusaha, jangan bosan dan putus asa dalam mendapat apa yang diinginkan selagi tidak berlawan dengan Islam. Idris Hj Ahmad 28 Jamadil Akhir 1442/ 10 Feb 2021 Rabu.

Catatan Dhuha

Riwayat hidup para sahabat dipenuhi dengan amal nyata. Adapun riwayat hidup orang-orang setelah zaman sahabat, tidak sehebat zaman mereka. Idris Hj Ahmad 29 Jamadil Akhir 1442/ 11 Feb 2021 Khamis.

Catatan Dhuha

Setiap orang anda boleh membuatkan hatinya gembira kecuali orang yang iri hati dan dengki. Hatinya akan senang dan puas apabila nikmat yang ada pada diri kita hilang. Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Akhir 1442/ 12 Feb 2021 Jumaat.

Catatan Dhuha

Kebaikan yang datang pada giliran kedua merupakan pahala ke atas kebaikan pertama. Sedangkan maksiat kedua merupakan hukuman bagi kemaksiatan yang pertama. Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Akhir 1442/ 13 Feb 2021 Sabtu.

Catatan Dhuha

Rebutkan setiap keuntungan dengan amal ibadah. Perbanyakkanlah ibadah yang mudah dilakukan. Manfaatnya kembali kepada kita .Idris Hj Ahmad 2 Rajab 1442/ 14 Feb 2021 Ahad.

Catatan Dhuha.

Hak-hak al-Quran yang wajib kita berikan iaitu membaca dengan baik, menghafaz, mengamalkan kandungannya. InsyaAllah ia menjadi penawar dan penyuluh di dalam hidup. Idris Hj Ahmad 3 Rajab 1442/ 15 Feb 2021 Isnin

Catatan Dhuha.

Jangan menjadikan alasan sibuk sehingga tidak sempat membaca al-Quran. Sedangkan kita boleh mencuri masa membaca perkara yang lain. Idris Hj Ahmad 4 Rajab 1442/ 16 Feb 2021 Selasa.

Catatan Dhuha.

Allah SWT anugerahkan masa kepada kita 24 jam sehari. Manfaatkan masa yang masih berbaki untuk bekalan hari akan datang. Idris Hj Ahmad 5 Rajab 1442/ 17 Feb 2021 Rabu.

Catatan Dhuha.

Ketika kita banyak menasihat orang lain, jangan lupa nasihat untuk diri sendiri. Mungkin orang lain payah hendak menerima nasihat kita, tetapi kita boleh menerima nasihat diri sendiri. Idris Hj Ahmad 6 Rajab 1442/ 18 Feb 2021 Khamis.

Catatan Dhuha.

Hendak ubah orang lain agak sukar. Biar kita ubah diri kita dahulu. Jika kita sukar untuk berubah, jangan harap orang lain boleh berubah. Idris Hj Ahmad 7 Rajab 1442/ 19 Feb 2021 Jumaat.

Catatan Dhuha

Mengingati Allah SWT akan memperteguhkan hati dan meningkatkan kemahuan sehingga setiap kesulitan dunia akan dirasakan kecil sahaja. Idris Hj Ahmad 8 Rajab 1442/ 20 Feb 2021 Sabtu.

Catatan Dhuha

Gagal mengingati Allah akan menjerumuskan seorang pada perbuatan yang menyalahi perintah Allah dan mengikut jejak langkah syaitan. Idris Hj Ahmad 9 Rajab 1442/ 21 Feb 2021 Ahad.

Catatan Dhuha

Allah mempunyai nama Al Fattah ertinya Dia yang membuka pintu-pintu rahmat dan rezki bagi untuk setiap hambanya. Idris Hj Ahmad 10 Rajab 1442/ 22 Feb 2021 Isnin

Catatan Dhuha

Tercapainya kebahagiaan yang abadi hanyalah dengan amalan soleh bukan dengan kedudukan mahu pun keturunan. Idris Hj Ahmad 11 Rajab 1442/ 23 Feb 2021 Selasa.

Catatan Dhuha

Tiap-tiap hamba memerlukan ilmu tentang apa yang merbahayakan kepada dirinya, supaya dapat dijauhi dalam kehidupan harian. Idris Hj Ahmad 12 Rajab 1442/ 24 Feb 2021 Rabu.

Catatan Dhuha

Kita semua berada di dalam kelalaian. Mereka yang lanjut usia sudah berada di ambang kubur, tetapi amat malang perilaku mereka seperti orang yang tidak sedar maut semakin hampir. Idris Hj Ahmad 13 Rajab 1442/ 25 Feb 2021 Khamis.

Catatan Dhuha

Orang yang amanah dengan ilmunya, akan berdakwah dan menyampaikannya di setiap waktu dan kesempatan. Idris Hj Ahmad 14 Rajab 1442/ 26 Feb 2021 Jumaat.

Catatan Dhuha

Pandangan dan teguran yang baik, dapat memperbaiki perilaku seseorang dan memberi dorongan kepadanya untuk melakukan kebaikan. Idris Hj Ahmad 15 Rajab 1442/ 27 Feb 2021 Sabtu.

Catatan Dhuha.

Allah tidak meredhai penderhakaan hambanya dan tidak mengurang pun kekuasaanNya. Allah suka dengan hambanya yang taat, dan membalas dengan kebaikan kepada hambanya. Idris Hj Ahmad 16 Rajab 1442/ 28 Feb 2021 Ahad.

Isu Amanat, Umno Hendak  Pancing Undi Melayu


Isu Amanat, Umno Hendak  Pancing Undi Melayu
Idris Hj Ahmad
1/1/13
Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walau pun sudah berlalu lebih 31 tahun. Semasa isu ini dibangkitkan  ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih pakai pampes lagi. Isu yang sepatutnya sudah selesai,  jika Debat Pas Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985.

Tujuan isu ini dihidupkan supaya  ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada Pas. Harapan mereka supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun. Undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberi wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah China.  InsyaAllah isu amanat akan memakan diri Umno.  Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak Pas sama.
Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah.

Kesan daripada ulamak Pas yang memberi penerangan mengenai batas-batas Iman dan Kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah. Dulu menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak ikut hukum Islam negara akan jadi huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan. Apa ulamak Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian.  Masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan. Inilah peranan  yang dimainkan oleh ulamak Pas untuk memelihara akidah umat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TARBIAH :Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno


TARBIAH :Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno

Idris hj Ahmad

20/12/12

Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar  kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. Sebagaimana doanya “Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku  dari kalangan orag yang dibeban hutang”. Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas. Tidak ada istilah menganggur dalam  menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran “Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku”. (Nuh 71:5) 

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia. 

Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja. Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita   yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yan berada di dalam daftar pemilih. Setengah dari kalanga mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu.Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja.Ertinya  apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang  membuat masalah kepada parti. Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul.

Pemerhatian  saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut “Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam”.

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam”. namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk  kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri  kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT “Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya”. (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno. Mereka  suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan  kita berdegar-degar marah kepada Umno. Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti ” zero”

Sebab Seorang Itu Pemalas

@Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.

@Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.

@Berkawan dengan orang yang  malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW “Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya”.

@Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti.

@Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti.

@Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.

@Bergaul denga orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu  melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan.  Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang.memberi semangat berjuang. Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan  dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda “bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa”

Harussani Jadilah Mufti Agama Bukan Mufti Melayu


Harussani Jadilah Mufti Agama, Bukan Mufti Melayu.
Idris Hj Ahmad
18/12/12
Tan Sri Harussani Zakaria  diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan Mufti Melayu, supaya kewibawaan beliau dihormati. Persepsi umumnya beliau  lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu.. Lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu. Salahkah Pas dan Pakatan Rakyat  menetang Melayu  perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa. Doktrin yang beliau pegang,  amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam. Peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom. Walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya “Pemimpin mesti di kalangan Quraish”. Baginda menyebut hadis ini apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi. Sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu,  kerana  Islam, bukan kerana Melayu.
Kenapa beliau takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat?. Berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Haji Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak? Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?.
Adakah TS Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi. Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong.  
Tanah Rezab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995).  Sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang. Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap. Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu,  yang telan duit ini juga Melayu.

Beliau hendaklah ingat bahawa Pas bersedia untuk dikritik,  tetapi biarlah dengan fakta. Dalam masa yang sama beliau sebagai Mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. Jika beliau takut untuk kritik penyelewingan kerajaan BN lebih baik beliau  diam, daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam


Lakonan Pejuang  Melayu  Bermula Semalam
Idris Hj Ahmad
28/11/12

Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati. Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama. Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.
Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.
Pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno. Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu. Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri.
Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat. Andaiannya, Umno boleh buat  apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri . Walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama. Penapian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno. Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah Sudah Menjelaskan, Bagaimana Pula Pemimpin Umno


Nurul Izzah Sudah Menjelaskan, Bagaimana Pula Pemimpin Umno
Idris hj Ahmad
9/11/12

Seronok bila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan YB Nurul Izzah Naib Presiden PKR  di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polimik ini. Beliau menjelaskan “sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam”. Kenapa Umno terus bising. Tindakan yang dibuat oleh Nurul Izzah bertepatan dengan pepatah “Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan”.

Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.

Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti  kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud. Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga  kenyataan   Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.

Apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.

Semua rakyat di negara ini makruf Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Program agama hanya sekadar lepas batuk ditangga. Ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul. Penceramah yang lantang akan digam.  Umno mendirikan masjid, tapi bukan untuk memakmurkan masjid. Masjid mati sebelum ahli kariah mati. Ahli Jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.

Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk raih sokongan orang Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri


Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
Idris Hj Ahmad
8/9/12
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.
Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina dalah kaum pendatang.
Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Hisahmudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Bukankah pemimpin Umno dan Mca yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.
Siapa yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.
Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam

Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1 Melayu 1 Bumi”. Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini
Akbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai.

Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu


Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu
Idris Hj Ahmad
16/9/12

Pas  jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib. Beliau  selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat.

Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta. Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6.
Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka. Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?. Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Sow Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar?  Atau kedua-dua pembohong besar.

Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.  Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012). Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau. diroboh. Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh.

Sanggup Mengaku Syaitan Asalkan Terus Berkuasa.


Sanggup Mengaku Syaitan Asalkan Terus Berkuasa.
Idris Hj Ahmad
24/8/12

Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya. Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.

Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).

Kenyataan ini mengambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.

Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.

Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun. Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah. Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali. Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat. Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu. Sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

Umno Mencari Pelampong Agama


Umno Mencari Pelampong Agama
Idris Hj Ahmad
18/8/12

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan  menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba  mencari pelampong Agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini. Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu  dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.  Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor.

Sebab itu  kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.    Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13


Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13

Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah 
21/6/12

Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.

Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.

Pengertian Tarbiah Harakiah

Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah

Kepentingan Tarbiah Harakiah

@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi. 

@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah 

@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap
 
@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

@ Jentera
 
Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.

 @ Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud
” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.
Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. 

@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah

Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”

Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah

@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki 

@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan 
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya

@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan

Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara


Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara
Idris Hj Ahmad
19/6/12

Seperti yang dijangka, ” Seminar Feqh Mentaati Pemimpin” telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini. Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini. Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat bomoh (ulamak)  luar setelah bomoh dalam tidak boleh pakai.

Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulamak daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN. Mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang kianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara. Apakah ulamak  ini mengetahui kepincangan dalam pilihanraya di negara ini?.

Satu lagi persoalan yang timbul ulamak yang datang ke Seminar ini adakah mereka ini berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik. Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Plestin. Apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.

Kita mengharapkan kepada ulamak ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia Tidak Laku Di Akhirat.


Dunia Tidak Laku Di Akhirat.

 Idris Hj Ahmad

31/5/12

Semua makhluk yang  hidup akan mati dan mati pula biarlah dengan Islam. Ini adalah suatu perintah dari Allah SWT terhadap hambanya supaya mati di dalam agama Islam. Sebab agama Islam itu ialah agama yang diakui Allah dan diakui sebagai agama yang benar di dalam kitabnya al-Quran. Allah tidak menerima selain daripada Islam. Firman Allah SWT

“Sesungguhnya Agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam” (al-Imran:19)

Firman Allah yang lain

“Barangsiapa yang menganut agama selain daripada Islam, maka tidaklah akan diterima darinya , di hari akhirat kelak ia tergolong di kalangan orang yang rugi” (Al-Imran 85)

 

Memanglah manusia tidak berkuasa untuk mematikan  dirinya di dalam Islam. Tetapi Allah telah meluangkan kepada manusia. Sekiranya ia inginkan yang demikian maka hendaklah ia menjalankan perintah yang diwajibkan keatas dirinya serta menurut perintah Allah SWT. Memilih mati di dalam Islam adalah cita-cita manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia hendaklah membenci mati di  dalam kepercayaan selain kepercayaan Islam. Kita mesti terus menerus berdoa dan memohon dengan rendah diri dan meminta dari Allah SWT agar dia mewafatkan sebagai seorang Muslim.

Dengan sebab itulah Allah mensifatkan para Nabi dan orang solihin yang sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang mati di dalam keadaan Islam.

Firman Allah SWT

“Engkaulah (Allah) pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang Soleh” (Yusuf:101).

 

Allah juga menceritakan pula tentang Nabi Ibrahim AS, kemudian nabi Yaakob AS yang masing-masing mereka mewasiatkan kepada anak cucunya supaya mati di dalam agama Islam.

Seperti Firman Allah SWT

“Dan telah berwasiat pula Nabi Ibrahim kepada anak cucunya, dan juga Nabi Yaakob hai anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untuk kamu, sebab itu janganlah sampai kamu mati melainkan di dalam agama Islam” (Al-Baqarah, 132)

 

Wajib atas setiap manusia berusaha untuk memelihara keIslamannya dan menguatkan dengan mengerjakan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab orang yang melalaikan perintah Allah SWT itu akan terdedah dirinya untuk mati di dalam kepercayaan yang bukan Islam. Sesungguhnya melalaikan perintah Allah itu adalah bukti yang terang atas kecuaian dalam menunaikan hak-hak agama dan mengambil lewa mengenai perkara ini.

Wajib keatas setiap Muslim bercita-cita untuk mati di dalam Islam dengan meninggalkan kejahatan dan melakukan dosa, kerana yang demikian itu melemahkan Islam dan menjerumus kepada mati yang boleh menderhakai dan melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Sebagaimana Firman Allah SWT

“Kemudian azab yang lebih buruk adalah kesudahan bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu merperolok-olokkannya” (Al-Rum 30:10)

 Ayat ini memberi peringatan kepada manusia supaya melatihkan diri untuk menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan maksiat agar kita tidak terjerumus kepada maksiat dan mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT. Seandainya kita  terjerumus kepada perkara ini maka segera bertaubat kepada Allah SWT.

 

Sebagai seorang yang beriman wajib kita memohon agar Allah SWT mematikan di dalam husnul khatimah. Ia berlawanan dengan syaitan yang sentiasa menyeru  manusia kepada mati di dalam jalan yang terkutuk. Syaitan akan mencari jalan berbagai cara supaya manusia mati di dalam keadaan tidak beriman kepada Allah

 

Nikmat Islam adalah nikmat yang paling agung. Tidak ada makna hidup jika kita mati di dalam keadaan kufur kepada Allah SWT. Tidak ada makna jika Allah berikan dunia dan isinya sedangkan ia tidak memberi kepada kita Iman dan Islam. Kerana dunia akan binasa, sedangkan Islam kekal sampai hari akhirat. Dunia tidak ada harga selepas mati tetapi Islam laku sehingga hari akhirat.

Oleh itu kita mesti merasa bimbang mati di dalam su’al- khatimah kerana tidak mustahil Allah akan mematikan hambanya  di dalam keadaan buruk , jika hambanya sendiri berkelakuan dan bertindak sedemikian rupa.

Islam perlu dipupuk dan dibaja dengan amal soleh, jika tidak ia akan mati. Amal soleh diibaratkan baja kepada hamba yang mengaku dirinya sebagai seorang yang beriman.

Memang banyak cabaran kepada orang yang beriman ketika hendak menghayati Islam dan istiqamah di atas jalan Allah. Syaitan yang terdiri daripada manusia dan jin tidak pernah pencen untuk menarik sokongan supaya mengikut jalannya. Godaan yang datang samaada di dalam bentuk benda atau nafsu sentiasa berjalan terus. Oleh itu kita mesti pastikan diri kita berada di dalam lingkungan rahmat Allah SWT. Ikatkanlah diri kita bersama dengan majlis ilmu. Rapatkanlah dengan ulamak yang muttaqin kerana mereka adalah penyuluh jalan kebenaran untuk melawan kebatilan. Jangan liarkan diri daripada jamaah kerana ahlinya ialah orang yang sentiasa mengigatkan kebenaran dan memberi peringatan supaya menjauhkan diri daripada jalan maksiat. 

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Habiskan Umur Untuk Perjuangan


Habiskan Umur Untuk Perjuangan
Idris Hj Ahmad
24/5/12
Hidup ialah nikmat dan anugerah Allah kepada manusia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. Nabi SAW telah bersabda “Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya”.
Umur yang panjang ialah anugerah nikmat yang Allah berikan kepada manusia, maka hendaklah digunakan dengan betul bukan dihabis kepada perkara yang tidak berfaedah. Kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT.
Kehadiran kita ke atas muka bumi sebagai manusia bukan atas pilihan kita tetapi ia adalah ketentuan Allah SWT kepada kita. Samada kita suka atau tidak, kita sudah dijadikan sebagai mahkluk Allah yang terpilih. Merupakan mahkhluk yang paling elok kejadiannya. Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian”. (al-Tin 95:4)

Pengiktirafan Allah kepada manusia bukan ia berlalu begitu sahaja tanpa ada tanggungjawab yang wajib dipikul oleh manusia. Manusia mesti mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi untuk memastikan peraturan alam berjalan menurut paksi yang Maha Agung. Sebarang keingkaran akan membawa padah setelah kematian nanti.
Oleh itu Allah menganugerahkan nikmat hidup maka perlulah kita guna dengan sebaik mungkin supaya ia menjadi amal saleh. Allah memberikan umur dan hayat untuk hidup jangan dipersiakan begitu sahaja. Kerana setiap detik nyawa kita akan dipersoal oleh Allah SWT kepada kita. Sebagai mana Sabda Rasulullah SAW
“Tidak bergerak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga disoal empat perkara , tubuh badannya kemana yang ia gunakan, mengenai hartanya daripada mana ia perolehi dan kemana ia belanjakan, mengenai ilmunya adakah ia beramal dengannya”
Oleh itu sewaktu kita hdup dan sihat dan kuat kita habiskan umur kita kepada perjuangan. Tidak ada makna hidup tanpa perjuangan. Apa erti kita menjadi manusia sekiranya Islam tidak dihayati oleh manusia lain? Apa erti kita sebagai khalifah Allah sekiranya kita tidak memperdulikan kepimpinan negara yang kianat kepada amanah rakyat?
Beramallah sebelum Allah menjemput kita. Berbaktilah kepada agama Allah sebelum nyawa berada di hujung halkum dan martahari naik di sebelah barat. Pada ketika itu tidak ada guna lagi untuk kita hendak berbakti kepada Allah SWT. Sebagaimana orang yang tidak beriman menyatakan bahawa
“Ya Allah kembalilah ke dunia untuk kami beramal soleh dengan apa yang telah kami tinggalkan selama ini” (al-Mu’minun 23:99-100)
Pada ketika itu tidak ada makna lagi. Kerana hari akhirat merupakan hari pembalasan bukan untuk membuat amalan.
Justeru itu segala nikmat hidup yang Allah SWT berikan kepada kita hendaklah kita manfaat dengan sebaik mungkin.

Siapa yang panjangkan umur dan menghabiskan untuk taat kepada Allah maka kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Setiap hari ia mengerjakan amal bakti dan berebut untuk mendapatkannya. Kerana ia sedar bahawa amal soleh hanya boleh dilakukan di dunia sahaja kerana akhirat ialah tempat balasan bukan tempat amalan. Sebaliknya jika ia dipanjangkan umur ,dihabiskan untuk melakukan maksiat dan menderhakai Allah maka ini adalah celaka kerana ia menambahkan kejahatan dan menambahkan maksiat kepad Allah.

Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk memberi kekuatan kepada kita untuk melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup sebelum ajal datang ,mengejut. Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila -bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada Allah SWT.

Oleh itu modal untuk kita memberi kebahagiaan kepada kita ialah umur yang masih berbaki untuk menyimpan simpanan bekalan di hari akhirat. Jangan kita membelanjakan yakni menghabiskan usia umur kita kepada perkara yang sia-sia sahaja, kelak kita akan menyesal dan berduka cita sesudah mati ketika itu baru sedar bahwa amalan kita kurang dan hendak kembali kepad Allah SWT.

Kita tidak mahu ketika kita ditunjukkan amalan maka kita hendak memilih mati sahaja, tetapi malangnya di akhirat tidak ada mati lagi yang ada ialah balasan tuhan yang maha adil. Hidup ini adalah tanggungjawab yang wajib dipenuhi dan nikmat yang perlu disyukuri. Kita tidak perlu memohon kepada Allah dicabutkan nyawa kita jika belum sampai ajalnya. Walaupun kita didatangi berbagai ujian dan musibah. Kerana ini bukan ajaran Islam, sebagai Rasulullah SAW bersabda bermaksud
“Tidaklah sepatutnya seorang kamu mengharapkan kematian dan tidak pula mendoakan supaya kematian itu datang sebelum waktu nya, kerana bila seorang telah mati putuslah amalnya, dan bagi orang beriman (dengan umur yang panjang) peluang menambah kebaikan” (Riwayat Muslim)
Nabi SAW juga mengingatkan kepada kita supaya tidak perlu kita meminta Allah menarik nyawa kita sebelum sampai masanya. Kerana hidup adalah peluang untuk kita bertaubat dan membanyakkan amal kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
“Janganlah kamu mengharapkan kematian. Jika dia seorang yang berbuat kebaikan, mudah-mudahan bertambah kebaikannya dan kalau dia seorang yang berbuat salah, mudah-mudahan dia berpeluang bertaubat” (Bukhari)

Mustafa Muhamad Masih Kabur Tasawwur Islam


Mustafa Muhamad Masih Kabur Tasawwur Islam
Idris Hj Ahmad
24/5/12
Datuk Mustafa Muhammad ketinggalan keretaapi dari sudut memahami ajaran Islam. Walau pun sudah lanjut usia namun pemahaman Islam, politik dan dakwah masih lagi kabur. Macam mana beliau hendak menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya tasawwur Islam masih kabur. Kenapa perlu pisahkan Islam dengan politik dan dakwah. Bukankah perkara ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Jika artis boleh faham, kenapa beliau tidak boleh faham.
Artis yang memilih Pas kerana dasar Pas ialah Islam. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3.
Kalau artis yang berhijrah kepada Pas maka dianggap berpolitik, bagaimana pula artis yang bersama Umno?
Saya pernah dimaklumkan oleh Bob Lokman sewaktu beliau membantu kempen Umno pendapatan begitu lumayan, sedangkan beliau bersama dengan Pas ialah untuk memberi sumbangan kepada perjuangan Islam melalaui wadah Pas. Pas tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia. Sepatutnya Datuk Mustafa Muhammad kena kaji kenapa artis boleh beralih kepada Pas. Kena lihat balik apakah Umno masih relevan dari segi perjuangan bangsa atau agama. Kenapa Islam tidak di hayati oleh pemimpin Umno , malahan akhlak dan perkara asas aurat tidak ada peningkatan.
Mungkin Datuk Mustafa Muhammad merasa pelik, ketika pemimpin Umno dan media Umno mengatakan Pas ajaran sesat dan berbagai lebel dilemparkan namun semuanya tidak mengurang sokongan kepada Pas termasuk artis. Kenapa mereka menjauhkan diri dengan Umno? Ini yang sepatutnya dikaji oleh beliau