CONTOH KETUANAN MELAYU DI NEGERI DARUL UMNO JOHOR?


KOTA TINGGI 13 Jun 2008- (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah ini kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini.

Lebih mengecewakan, kata mereka, pejabat tanah didakwa telah meluluskan permohonan sebuah syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakan tanah tersebut.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Bakari, 61, dia terkilan dengan jawapan bersurat daripada pejabat tanah terhadap permohonannya yang dibuat sejak 20 tahun lalu itu.

“Sudahlah jawapan yang diberi lambat dan mendukacitakan sebaliknya tanah yang dipohon itu diluluskan kepada sebuah syarikat besar.

“Persoalannya, kenapa permohonan yang dahulunya dibuka untuk rakyat kini diluluskan kepada sebuah syarikat milik bukan bumiputera,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, tanah itu merupakan tanah pajakan yang diusahakan oleh sebuah syarikat bagi tanaman tebu yang telah tamat tempoh dan diserah kepada kerajaan negeri pada 1987.

Inilah antara contoh yang kita tidak tahu jika tidak didedahkan dalam media. Maka tidka hiranlah kalau Pulau Batu putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka pulau batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat Pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan Negara.

Tanah yang dipohon oleh penduduk setempat sejak 20 tahun diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Saya yakin yang minta itu ialah orang yang menyokong Umno dan pengundi tegar Umnpo. Kerana maklumlah Kawasan Kota Tinggi anatar kawasan Umno yang terkuat di dunia. Ahli parlimennya bekas anak singa Umno (Tan Sri Syed Jaafar Albar). Apa dah jadi dengan agenda Melayu Umno. Sebenarnya perjuangan Umno hari ini ialah khianat pada bangsa sendiri. Yang bunuh masa depan Melayu ialah orang Melayu sendiri. Kalau sesama Umno pun Umno tipu, dengan orang luar Umno lagilah maha penipu.

Advertisements

One comment on “CONTOH KETUANAN MELAYU DI NEGERI DARUL UMNO JOHOR?

  1. Saya telah baca Petikan Ketuanan Melayu di Negeri Johor dan ingin berkongsi satu hal yang telah diberitahu oleh kawan saya mengenai jualan rumah lot bumiputera kepada yang bukan bumiputera. Walau pun hal ini telah dipertikaikan beberapa kali oleh kerajaan tetapi kerajaan (Pejabat Tanah Johor Bahru) yang meluluskan semua pertukaran nama. Jika seorang bumiputera menjual rumah nya kepada yang bukan bumiputera harga yang akan di dapat oleh nya agak berbeza bila dibanding dengan harga bumi. Bukan kah ini menguntungkan mereka. Walaupun jualan rumah itu di iklan tetepai bila pembeli bumi memanggil mereka diberitahu rumah itu telah dijual kepada seorang bumi pada hal rumah itu dalam proses di pejabat tanah johor bahru untuk tukar hak milik kepada seorang bukan bumi. Ini salah siapa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s