Tarikh PRU Tidak Menentu, Najib Menyusahkan Mahasiswa


Tarikh PRU Tidak Menentu, Najib Menyusahkan Mahasiswa
Idris Hj Ahmad
14/6/12

Tarikh PRU 13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji,  ahli politik, peniaga dan mahasiswa. Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihanraya. Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihanraya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.

Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima  arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihanraya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah. Kerajaan faham bahawa keputusan pilihanraya kampus akan memberi kesan politik di luar. Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihanraya kampus diadakan pada bulan Feb sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihanraya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu. Paling  malang ada di kalangan pimpinan MPP  yang akan  menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang. Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa. Penangguhan pilihanraya kampus  menandakan Umno Bn dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN


Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN

Idris hj Ahmad
7/6/12

Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi  tidak faham konsep Federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa. Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu.

Alasan dangkal Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.  kerana Kerajaan PR hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah kerajaan Pusat selepas PRU 13,, bukan sekarang ini.  Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi.

Kerajaan negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasuk kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pastport antarabangsa, cukai ke atas restoran. Masalahnya sekarang semua hasil ini diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor. Nampaknya semangat Federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.

Jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel. Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada dipenghujung hayat, insayaAllah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN. Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HAPUS PTPTN MELAYU TERGUGAT ALASAN PAK PANDIR


Sekali lagi Umno cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika PTPTN dihapuskan. Pelik bin ajaib, inilah kenayataan Pak Pandir yang kelaur daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin . Apa kena mengena dengan Melayu?. Bukankah yang meminjam ini majoriti Melayu. Bukankah yang miskin ialah orang Melayu. Alasannya, akan menjejaskan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Apa kaitan  IPTS dengan orang Melayu? Ini semuanya kaitan dengan kroni Umno. Nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi  kroni Umno. Peminjam PTPTN hampir 1.87 juta.

Begitulah juga kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa. Sebaliknya subsidi untuk syarikat Independent Power Producer ( IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.. Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit. Menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian  terakhir Umno untuk menyelamatkan  kuasa mereka. Sewaktu ada kuasa, Melayu tidak dibela. Ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir   55 tahun. Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat.  
Jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk hapus PTPTN maka lebih baik serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan.  Najib rasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang. Bukan mustahil Najib akan istiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat. Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac 2012. Walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskan, kerana ini melibatkan perjanjian. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAWARAN HAPUS PTPTN , NAJIB CACING KEPANASAN


TAWARAN HAPUS PTPTN , NAJIB CACING KEPANASAN
Idris haji Ahmad
2/4/12
Apabila Pakatan Rakyat bersetuju untuk hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 11 Mac 2012, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan. Perdana Menteri juga menuduh ini adalah resepi kehancuran negara. Manakala Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin kata ini tidak relevan.
Sebenarnya ini adalah jawapan skima pemimpin BN dalam setiap perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Sedangkan kerajaan pimpinan Najib sanggup hapus hutang kepada seorang individu Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Oh, untuk seorang kroni tidak hancur, untuk 1.87 juta pelajar hancur negara. Amat zalim kepada setiap pelajar yang berumur 22 tahun sudah menanggung hutang tidak kurang RM25,000 hingga RM80,000. Sedangkan peluang kerja semakin sempit, perbelanjaan semakin tinggi.

Pada tahun 2011 sahaja sudah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.
Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sebelum ini kerajaan Kelantan bersetuju untuk menghapuskan pinjaman PTPTN untuk pelajar Kelantan jika PR memerintah kerajaan pusat melalui wang royalti minyak yang akan dikembalikan kepada Kelantan.
Bukan mustahil apabila laporan sampai kepada Najib bahawa BN akan kalah di dalam PRU 13, kerana anak muda marah isu PTPTN maka Najib juga akan menghapus kira hutang PTPTN.

Satu Cawangan Satu Usrah


Nizam tarbiah Parti Islam Semalaysia Pas banyak. Antaranya ialah usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, riadhah. Usrah pula menjadi tonggak kepada program tarbiah.  Pengabaian kepada usrah bermakna ia akan membawa kecacatan kepada Pas di masa akan datang. Kerana tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jamaah.

 

Perlu difahami bahawa usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincang masalah  organisasi dalam jamaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.

 

Usrah bermakna keluarga.  Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.

 

Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha untuk membina fikrah Islam dalam diri dan membina peribadi Muslim, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada mereka di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan pengabdian kepada manusia dan taghut.

 

Kesimpulannaya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jamaah. Kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah.

 

Ketika Pas memulakan kepimpinan ulamak 1982 maka gerakan usrah tumbuh seperti cendawan. Boleh dikatakan setiap ahli Pas mengenali usrah, sehingga melahirkan individu yang berkualiti walaupun bilangan mereka sedikit. Boleh dikatakan setiap cawangan ada markaz, hasil daripada suntikan usrah sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi. Malahan antara sebab yang menjadi penyebab kepada desakan supaya Pas membawa gagasan kepimpinan ulamak ialah apabila order lama yang tidak berapa selesa dengan istilah usrah. Mereka hanya hendak menjadikan Pas sebagai sebuah parti politik semata-mata, sedangkan mereka lupa Pas sebagai gerakan Islam dan gerakan politik. Ketika itu muncul tokoh-tokoh tarbiah di dalam Pas seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, Ustaz Yahya Osman, Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Tokoh-tokoh ini cuba meletakkan Pas sebagai landasan yang betul supaya ada perbezaan dengan lawannya Umno pada ketika itu. Sebelumnya tidak banyak beza dari segi shakhsiah dan pakaian ahli Pas dengan ahli Umno, Cuma yang berbeza ialah ideologi poitik ketika menjelang pilihanraya umum. Waktu itu muslimat yang berjubah dan bertudung labuh di merata tempat. Lelaki pula yang berjubah dan berserban.

 

Pengalaman saya turun mengadakan muzakarah tarbiah di peringkat negeri-negeri yang  melibatkan peserta daripada semua Lajnah Tarbiah kawasan-kawasan amat menduka citakan. Umumnya apabila ditanya kepada kawasan-kawasan, hanya 30 peratus sahaja usrah di cawangan-cawangan berjalan.

Jika trend ini berlaku ia tidak baik kepada masa depan Pas, terutama dari sudut perkaderan, pembinaan syaksiah ahli dan gerak kerja jamaah terutama persiapan menghadapi pilihanraya.

 

Usrah di peringkat cawangan amat perlu dilaksanakan, kerana kekuatan Pas terletak di cawangan-cawangan. Jika usrah berjalan dengan baik, tidak timbul soal penculaan di setiap lokaliti tidak berjalan. Malahan daftar pemilih juga tidak menjadi kalut, kerana setiap minggu perkara ini akan diperingatkan oleh naqib di dalam setiap kali pertemuan kepada semua ahli keluarga yang belum lagi mendaftar. Ertinya banyak perkara di dalam organisasi dapat diselesaikan.

 

Selalu persoalan yang ditimbulkan oleh cawangan-cawangan, mereka tidak ada naqib. Maka dengan sebab itu usrah tidak berjalan. Jawapan saya kepada mereka jangan menjadi alasan untuk tidak membuat usrah. Perkara yang penting ialah pertemuan mingguan. Mereka boleh melaksanakan sendiri,  dengan membaca Yasin, solat hajat dan isi dengan tazkirah tulisan pimpinan Pas seperti tulisan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib dan buku keluaran Lajnah Tarbiah Pas Pusat. Cukup sekadar membaca di dalam dua muka surat tanpa huraian (kalau mampu lebih baik) kemudian boleh berbincang dengan ahli mengenai organisasi, kebajikan ahli dan sebagainya. Apa yang penting ialah pertemuan supaya ukhwah terjalin dengan kukuh.

 

ISU REBATE CUKAI TANAH UUM


28/4/11

Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah.

Isunya

Universiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar

Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja. Teruskan membaca

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai.


Parti Islam SeMalaysia Pas kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh “politik babarian” yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengigatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalim. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asshahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama Pas dahulu” Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang”
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM500 Pada Guru Kenapa Muhyiddin Melatah


Parti Islam Semalaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. Pas merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri  mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

Iltizam Pakatan Rakyat  kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. Pas mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu. Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan. Pakatan berjanji pada guru-guru untuk peringkat awal, insyaAllah selepas ini semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga. Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.
Pas menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat , jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mereka juga sebagai kerani, bendahari, ambulan untuk hantar murid- sakit dan sebagainya. Sebab itulah Pakatan Rakyat beriltizam untuk membela guru-guru dahulu.

Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja


Parti Islam Semalysia Pas menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010.

Pas mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.Kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

Teruskan membaca

Mahasiswa 21 tahun berhak berpolitik


KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon berkata, tindakan empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor seharusnya digalakkan dan bukan diambil tindakan oleh pihak Universiti.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan empat pelajar tersebut sebenarnya selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.

“Oleh itu, penyertaan politik ialah satu hak yang sah menurut perlembagaan, tiada sesiapa orang termasuk menteri berkuasa mencabuli hak mereka,” katanya.

Teruskan membaca

SEBELUM BERJANJI HULU SELANGOR :SELESAIKAN MASALAH SEKOLAH BOCOR DI SJKT BUKIT DARAH


Parti Islam Semalaysia Pas (PAS) mendesak supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya menyelesaikan masalah sekolah SJKT di Bukit Darah dekat dengan Sungai Buluh. Sekolah yang begitu dhaif dengan bumbung bocor dan struktur bangunan yang merbahaya kepada pelajar.

Menurut laporan Utusan Malaysia on line (6/4/10) Guru Besar SJKT Bukit Darah, A. Rajendra Devi berkata dia mula mengenalpasti keadaan itu sejak memulakan tugas di situ pada tahun 2006.Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja dihadapi murid-murid tetapi juga guru-guru kerana setiap kali musim hujan ia begitu membimbangkan.Beliau mengakui agak terkejut dengan maklum balas yang diterima bahawa peruntukan RM150,000 untuk sekolah berkenaan telah habis digunakan.

Teruskan membaca

Hulu Selangor : PAS bidas projek politik Timbalan Perdana Menteri


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang. Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.

Teruskan membaca

PAS Selar Muhyiddin Halang PIBG Bersuara


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

Di Parlimen semalam, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.

PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibubapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan. Malah mereka berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.

Teruskan membaca

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.

“Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.

Teruskan membaca

PAS Mahu SPRM Siasat Bagaimana Umno Boleh Gunakan UiTM Pahang Untuk Konvensyen Politik


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) untuk program Konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 2000 orang ahli Umno Pahang dijangka akan berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan didalam Universiti berkenaan. Walaupun ada peruntukan ‘dengan kebenaran Menteri’ tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak Mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik apalagi membenarkan program politik didalam kampusnya. Kalau dengan alasan sudah mendapat restu Menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno. Teruskan membaca